6 Oktober 2011 jam 2.30 petang…
Saya telah berada di Bilik Mesyuarat Haji Mohd Ali Tingkat 6 Bangunan Sulatan Idris Shah, Shah Alam, Majlis Agama Islam Selangor.
Hari ini, saya dijemput untuk bermesyuarat bersama rumah-rumah kebajikan di bawah naungan MAIS.
Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hallim Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS.
Dari jenis rumah pemulihan dadah, rumah pelindungan perempuan mengandung, rumah HIV/Aids, pemulihan akhlak dan sebagainya semuanya ada.
Semua orang bermasalah ini difatwakan di Negeri Selangor sebagai golongan Riqab (orang yang terhamba) yang perlu dipulihkan agar ia menjadi baik atau keberadaan di dalam rumah perlindungan dan pemulihan akan menyebabkan sebahagian masyarakat tidak dipengaruhi.
“Agak-agak masalah sosial ini boleh berkurangan tak?” kata ustaz Halim
Sebahagian wakil rumah perlindungan menggelengkan kepala dengan wajah yang agak muram tanda tidak ada harapan ia makin berkurangan.
Masing-masing rumah perlindungan menceritakan kisah-kisah yang mereka lalui.
Tamat mesyuarat jam 5.00 petang, saya boleh membuat kesimpulan:-
1. Pengedali rumah kebajikan memerlukan mental yang kuat kerana terlalu banyak dan besar cabaran yang akan mereka lalui. Sebab itulah kebanyakkan, pengusaha rumah perlindungan terdiri dari golongan berumur atau para ustaz kerana orang berumur lebih matang mengendalikan emosi dan para ustaz paling kurang tahu nak memujuk hati dengan iman..
2. Gejala sosial anak muda semakin parah, kita bukan sahaja memerlukan usaha memulihkan tapi penjagaan yang baik juga lebih utama. Kalau bahan bercetak semakin teruk, media massa juga makin teruk, mana nak diharapkan orang semakin baik akhlak.
3. Jika hendak bantu menyelesaikan masalah sosial, bantulah orang yang telah membuat rumah kebijikan atau program dakwah dan penjagaan. Kalau mereka tidak dibantu, maka mereka tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah sosial ini.
4. Hanya dengan pendekatan agama sahaja segala gejala sosial dapat diselesaikan kerana ia membentuk manusia dari dalam.
Oleh itu, peliharalah diri dan keluarga kita dengan agama. Orang yang tidak yakin dengan agama, orang yang akan kecewa di dalam usahanya memperbaiki masyarakat.
Mesyuarat tamat jam 5.00 petang dengan berbagai iktibar dan pengajaran yang saya timba petang ini.
“al-Ijabah Bersatu Kita Berbakti”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
8 Zulqaedah 1432/ 6 Oktober 2011 jam 6 petang
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Halim
Berbagai bentuk rumah kebajikan petang ini, dari pemulihan akhlak hingga ke pemulihan akidah
5 comments:
semuanya atas simpulan jiwa, jiwa beragama. terjebak dgn hiv, krn rosak atau tiada jiwa agama, mengandung luar nikah krn tiada jiwa agama, rosak akhlak kerana tiada jiwa agama dsbnya. maka pakat2 kembali kpd jiwa beragamalah iaitu AJARAN AGAMA ISLAM...........
Sepatutnya menjadi tanggungjawab semua umat islam utk menolong golongan bermasalh ni.bkn terhad kpd badan atau pertubuhan tertentu je.msyrkt skg ni kdg2 terlalu ptgkn diri.maybe gak xsure nk tlg dgn cara cmne..moga dibukakan pintu hati kita utk menolong mereka ini..amin..
Semuga suatu tindakan menyeluruh dan bersepadu samada pencegahan atau mengatasinya diambil bersama oleh NGO Islam, penduduk setempat,pejabat kebajikan, polis,sekolah,universiti dan perwakilan pelajar di IPTA/IPTS pihak berkuasa tempatan,media serta parti-parti politik.
Ini kerana masalah sosial berlaku dikalangan pelajar, penuntut universiti(walaupun kononnya dah bijak pandai),orang dewasa,ahli politik/perniagaan/bangsawan yang bergelar (kerana terlalu mewah).Pusat-pusat hiburan/rumah-rumah urut yang diragui tumbuh bagai cendawan telah diberikan lesen oleh pejabat/majlis tempatan.Wujudkan atau kuatkuasa undang-undang membatalkan lesen pusat hiburan/urut yang telah diserbu oleh polis.
Pejabat ugama/badan dakwah lebih aggresif melakukan dakwah secara terbuka dan mesra bukan hanya ceramah di mesjid/surau aje kerana hanya orang-orang yang tidak bemasalah akan ke mesjid/surau.
Oleh kerana tanda-tanda awal kelakuan/sikap negatif boleh dikenalpasti maka peranan kaunsellor sekolah/IPTA/IPTS patut diberi keutamaan seterusnya dilanjutkan masalah pelaku ke badan/institusi dakwah.
Media perlu dilibatkan berbincang agar lebih bertanggungjawab.
Kursus keibubapaan perlu dilaksanakan pada masyarakat setempat/kawasan perumahan.
Kita tidak mahu negara maju tapi moral runtuh.
Assalamualaikum
ustaz, saya teringin nak menjadi sukarelawan. tapi saya tidak tahu bagaimana caranya. saya ingin menyumbang tenaga muda yang masih ada untuk agama tercinta.
Post a Comment