Monday, July 4, 2011

Diari 321 – “Israk Anjuran Muslimat Masjid at-Taqwa Subang Permai…”

Ia bukan kuliah khas Israk Mikraj, ia hanyalah kuliah dhuha yang memang dianjurkan pada setiap hari Sabtu…

Itulah yang saya difahamkan ketika memenuhi jemputan kuliah Israk dan Mikraj di Subang Permai,  Subang.

Kuliah dhuha ini dianjurkan oleh bahagian Muslimah masjid ini. ratusan orang memenuhi ruangan dewan solat. Ia bermula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Saya diberikan buletin bahagian Muslimah masjid ini.

“Wah, bukan main aktif lagi muslimah di sini ye…!, kata saya pada Nazir masjid.

Nazir mengnggukkan kepalanya dengan wajah yang ikhlas tanda bersetuju.

Saya difahamakan masjid ini telah dimakmurkan sejak  15 tahun lalu tapi belum dirasmikan maka tahun ini, ia akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor.

Semoga terus makmur rumah Allah ini dan semoga yang memakmurkannya juga menjadi orang yang  diberi kebaikan oleh Allah…. amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Sya’ban 1432/ 4 Julai 2011 jam 2.15  pagi

IMG_2599

 

IMG_2593

IMG_2621

Kenangan dengan AJK bahagian Muslimat masjid at-Taqwa.

Diari 320 – “Cipanas Indonesia…”

Rabu 29 Jun 2011, saya memenuhi undangan ceramah Isra dan Mikraj di Bandung Indonesia,

“Mohd, nanti habis program, dia orang dah susun untuk anta pergi ke Cipanas” kata Dr. Raihanah, isteri Prof. Dr. Ahmad Hidayat yang menjemput saya ke sini.

Cipanas adalah satu kawasan air panas gunung berapi. Kononnya, jika kita mandi di situ badan kita akan menjadi lebih segar kerana banyak mineral asli pada air itu.

IMG_2562

Perjalanan ke Bandung kali ini, saya membawa keluarga saya bersama…

IMG_2501

Selepas Zohor, kami mula bertolak dari Bandung ke Cipanas. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih kerana hari ini jalan agak jem. Di sini, sambutan Israk dan Mikraj dikira sebagai cuti umum.

IMG_2499

Ini antara pengangkutan awam di Cipanas.

IMG_2506

Kuda juga digunakna sebagai pengangkutan awam.

IMG_2512

Mata saya tertumpu pada gunung ganang yang menghijau dengan dilitupi awan di atasnya. “Subhanallah….” terkeluar perkataan ini secara spontan melihat keindahan ciptaan Allah, inilah keindahan yang Allah jadikan di Cipanas.

IMG_2498

Orang di sini memberi tahu, Ci maksudnya air, panas bermaksud panas jadi Cipanas bermaksud “air panas”. Apa yang menarik di Cipanas ini, jika kita mandi, airnya memang sedap, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Berbeza dengan kolam air panas di Malaysia yang terlalu panas. Memang kalau berendam, macam tak mahu naik…

IMG_2495

Kami telah ditempahkan chelet terapung air panas. Yang menariknya, dalam danau-danau air panas ini, terdapat banyak ikan-ikan yang hidup. Kita boleh memancing dan kalau dapat, boleh minta dapur chelet masakkan.

IMG_2481

Dengan bunga-bunga teratai yang hidup, suasana sangat tenang dan nyaman. Macam perkampungan perguruan silat zaman dulu kala, atau sekolah Kung Fu di China dan mungkin seperti biara Samurai di Jepun.

Pada waktu pagi saya melihat di Chelet sebelah, terdapat pelancung dari luar yang mengamalkan teknik pernafasan di Chelet mereka. Bagi saya, solat subuh dan solat sunat yang mengiringinya sudah cukup untuk kita menenangkan fikiran dan ia lebih berkesan dari bertafakkur….

IMG_2482

Walauapa pun, inilah kebesaran Allah, menjadikan air panas juga bermanfaat untuk manusia, tetapi amat sedikit dari golongan manusia yang bersyukur, “maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahmah)

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Sya’ban 1432/ 4 Julai 2011 jam 1.40 pagi

Saturday, July 2, 2011

Diari 319 – “Kembara Ceramah Israk Mikraj- Dari Malaysia Ke Indonesia...”

Peristiwa yang akan dikenang saban tahun dari mana-mana rumpun bangsa dan zaman, itulah peristiwa Isra dan Mikraj yang berlaku pada 1400 tahun yang silam.

IMG_2113

Biasanya saya akan membawakan kisah israk dan mikraj ini di dalam ceramah multimedia.

IMG_2129

Tempat yang biasa dibuat adalah di dalam dewan Yayasan Restu.

IMG_2136

Selasa 28 Jun 2011 jam 9.30 pagi, ceramah Israk dan Mikraj disempurnakan di sini.

IMG_2163

Semoga dengannya dapat menanamkan kecintaan pada Nabi SAW.

IMG_2313

Tamat jam 11.30 pagi, jam 3.30 petang, saya terbang ke Bandung di atas jemputan ceramah Israk dan Mikraj dari Prof. Dr. Ahmad Hidayat dan Prof. Dr. Raihanah.

IMG_2343

Jam 10.00 pagi 29 Jun 2011, majlis dimulakan dengan ucapan dari seorang Kyai mengalu-alukan seluruh yang hadir.

IMG_2345

Antara cabaran ceramah di sini ialah penggunaan bahasa dan istilah yang mungkin kurang difahami seperti tasik di panggil sebagai danau di sini.

IMG_2365

Beginilah indahnya Islam, kita disatukan dengan kalimah “Lailahaillahllah, Muhammadurrasullullah” dan di mana sahaja kita bersama, kita adalah bersaudara.

IMG_2435

Majlis diakhiri dengan pantun dari Prof. Dr. Raihanah. Barulah saya perasan bahawa pantun orang Melayu memang sangat istimewa, mereka semua bertepuk tangan dengan kata-kata persaudaraan dari seni pantun dari Prof. Dr. Raihanah.

Sesungguhnya, indahnya Islam sehingga kita semua adalah bersaudara tanpa mengira sempadan geografi…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sumber Alam Resort

Cipanas, Garut Indonesia

27 Rejab 1432/ 30 Jun 2011 jam 8.30 pagi.

** dipost dari Putra Heights

Bicara Ilmu 38 – “Program Suri IKIM -Bab Nafkah”

27 Jun 2011 jam 10.00 pagi, saya bersama dengan pendengar setia IKIM di dalam rancangan SURI. Hari ini kita membicarakan mengenai Nafkah. Saya ingin kongsikan isi perbincangan kita.

Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.

Yang dikatakan nafkah adalah makanan dan yang berkaitan dengannya, pakaian dan yang berkaitan dengannya dan juga tempat tinggal dan yang berkaitan dengannya. Ini adalah pandangan jumhur.

Yang terdapat khilaf iaitu khadam (orang gaji) dengan dua syarat iaitu :-

1. Ketika sebelum berkahwin isteri telah terbiasa dengan orang gaji

2. Jika suami mampu.

Pemberian nafkah hendaklah langsung dari suami atau wakil suami.

Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,

“Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintah seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya”

Peruntukan seksyen ini juga boleh digunakan oleh isteri untuk memohon nafkah terhadap suami yang ingkar atau cuai membayar nafkah semasa hubungan suami isteri masih lagi wujud.

Soalan yang diajukan melalui telifon:-

En Faizal : kalau orang nak kahwin yang kedua, dan bakal isteri kedua kaya macam mana kedudukan nafkahnya?

Jawapan : walaupun isteri mampu, nafkah tetap wajib diberikan melainkan isteri telah melafazkan dia menghalalkan segala haknya.

En Ishak : Kawan saya sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, adakah cina buta saat ini?

Jawapan:- kewujudan cina buta saya tidak tahu ada atau tidak, tetapi dari segi hukum, perkahwinan yang dijanjikan untuk diceraikan adalah tidak sah dan dilarang. Ia seperti perkahwinan Mut’ah di dalam Syiah.

En. Muhamad dari KL : Mengenai aurat orang gaji.

Jawapan : Aurat orang gaji yang bukan mahram perlu dijaga. Didiklah orang gaji untuk menjaga auratnya.

Puan Ummi – keadaan dan isteri yang sama-sama berkongi membayar urusan rumah tangga seperti tempat tinggal dan makan minum.

Jawapan : Kesamaan sudah dikira menunaikan nafkah Cuma tetap kena lafazkan minta halal di dalam kekurangan.

En. Izwan – isteri tidak bekerja, seluruh pendapatn suami diberikan pada isteri, bagimana keadaan ini?

Jawapan : Jika isteri lebih matang di dalam mentadbir kewangan keluarga, maka itu wajar.

Puan Isniza dari Terengganu - Keadaan suami dan isteri yang bekerja, pendapatn gabung dua, bayar apa-apa yang pakai, keperluan harian. Baki barulah bebelanja yang lain. Puan tidak mahu kemewahan tetapi hanyalah kemewahan kasih sayang.

Jawapan seperti permasalahan di atas.

Soalan, apakah hukumnya isteri meminta-minta dari suami.

Jawapan – kalau memang haknya, maka dibenarkan untuk menyebutkan pada suami.

Puan Sa’dawiyyah – nafkah kediaman. Dulu tinggal di rumah nama suami, suami bayar, tapi sekarang berpindah rumah atas nama isteri, isteri pula kena bayar.

Jawapan : sebenarnya, suami tetapi kena bayar dan suami jangan takut kerana kalau berlaku perceraian atau meninggal, harta sepencarian boleh dikira.

Soalan : Adakah bil-bil dikira nafkah?

Jawapan : ya kerana ia berkaitan dengan tempat tinggal

Kesimpulan, nafkah dianggap sebagai hutang jika tidak ditunaikan. Penunaian itu wajib melainkan jika isteri menggugurkan dan meredhakannya. [1]

Sebagai penutup, biasanya selagi seorang suami itu menunaikan nafkah, dia adalah baik kerana masih lagi bertanggungjawab dan seorang perempuan, berkahwinlah dengan orang yang menunaikan tanggungjawab, dan itulah yang agak susah dicari sekarang.

“Ilmu Pelita Hidup”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sumber Alam Resort

Cipanas, Garut Indonesia

27 Rejab 1432/ 30 Jun 2011 jam 7.30 pagi.


[1] Fiqh al-Islami, jilid 7 hal 815

IMG_2111

Bersama DJ Yati di IKIM.fm

Monday, June 27, 2011

Diari 318 – “Kelas Robotik Maahad Sains al-Quran al-Amin..”

Dulu, kalau bicara mengenai budah tahfiz, gambarannya mesti jumud dan tak tahu dunia luar.

Inilah yang saya lalui ketika saya belajar di Madrasah Tahfiz 20 tahun dahulu.

Kini, saya diamanahakan untuk memimpin sebuah sekolah tahfiz peringkat menengah di Sunway iaitu “Mahaad Sains al-Quran al-Amin” (MASAA), sebuah sekolah tafiz yang tidak memisahkan antara agama dengan akademik.

Di MASAA, semua anak-anak yatim al-Ijabah belajar di sini.

Di sini para pelajar diintegrasikan antara tahfiz al-Quran, agama dan juga akademik. Tingkatan limanya mengambil aliran Sains.

Ketika saya berprogram dengan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Seksyen 34 Shah Alam,  (ADVANCED TRAINING TECHNOLOGY CENTER) di dalam program usrah TV9, saya terus berbincang untuk menghantar anak-anak tahfiz di bawah jagaan saya berkursus mengenai robotik di sini.

Pihak pentadbiran Adtech setuju dan satu modul dua hari disusun untuk anak-anak MASAA. Tujuannya adalah untuk mencambahkan minat mereka pada Sains walaupun mereka berada di dalam bidang tahfiz.

25 Jun – 26 Jun, sejuk hati saya melihat anak-anak pelajar saya bersungguh-sungguh mempelajarinya. Mereka cukup minat dan ini yang kita mahu tanamkan iaitu belajar tahfiz al-Quran dan tahu juga menganai sains dan teknolongi.

Semoga satu hari nanti mereka akan menjadi orang-orang hebat di dalam memenuhi keperluan negara dan dapat berbakti untuk negara tercinta ini, amin..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

25 Jun 2011/ 27 Jun 2011 jam 8.30 pagi

IMG_2091

IMG_2085

Bersungguh-sungguh anak-anak ini di dalam kelas Robotik

IMG_2098

Bersama En. Ubaidulllah, pensyarah di Adtech ini.

IMG_2103

IMG_2104

Semoga mereka menjadi penghafal al-Quran yang celik Sains dan Teknologi, amin…

Diari 317 – “Jom Ke Pesta Buku Shah Alam”

24 Jun hingga 3 Julai, Perpusatakaan Shah Alam menganjurkan Pesta Buku. Banyak gerai-gerai buku menyertainya.

Bercerita mengenai buku, saya sangat meminatinya hingga bercita-cita untuk membuka perniagaan berkaitan dengan buku sama ada menulis, mencetak, menjual dan apa-apa pun yang berkaitan dengannya.

Dan hari ini, dengan izin Allah, ia telah ditunaikan. Allah telah kurniakan saya sebuah kedai buku di Axis Ampang dan di Pesta Buku Shah Alam ini juga, saya mengambil sebuah gerai untuk tujuan itu.

Dan kalau nak tahu, video yang terdapat di dalam Youtube mengenai “pencuri buku agama” tu, di kedai saya le tu :)

Walaupun ada orang yang mengatakan bahawa buku adalah “Dying Business” tapi saya menceburinya kerana minat pada bidang ini.

Di bawah ini, kita boleh lihat dua sudut kejadian mencuri di kedai buku saya, bilangannya agak banyak juga.. tapi tak apalah, saya halalkan sahaja, barang kali orang ini minat nak baca, tapi tak mampu nak beli, dan bilangan yang banyak barangkali nak kongsi dengan saudara maranya…

Semoga satu hari nanti, bidang ini akan dapat dibuat dengan skala yang lebih besar lagi, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

25 Jun 2011/ 27 Jun 2011 jam 7.50 pagi

IMG_2036

Gerai buku saya di Pesta Buku Shah Alam

IMG_2030

Suasana di dalam gerai di pesta buku

Youtube ini diupload oleh pekerja saya, ia sebagai iktibar bahawa pencuri berada di mana-mana disekeliling kita..

Bicara Ilmu 37 – “Promise” – Bagaimana Mahu Bercerita Mengenai Neraka…?

Ada dua cara kalau hendak bercerita mengenai neraka…
1. Berbicara dengan penuh menggambarkan kegerunan dan balasan yang amat dahsyat jika seorang itu melakukna maksiat
2. Berbicara dengan penuh kasih sayang dan menggambarkan bahawa walaupun wujudnya neraka, tapi rahmat dan pengampunan Allah itu sangat besar.
Kedua-dua cara ini dibicarakan mengikut siapa pendengar. Jika pendengarnya memang orang yang selalu engkar pada Allah, maka pendekatan pertama bagus, tapi jika orang yang memang sudah baik, pendekatan kedua lebih baik.
Baru sahaja pulang dari China, 25 Jun 2011 jam 9.00 pagi, saya memenuhi undangan program menyemarakkan Islam Selangor (Promise) di Shah Alam.
Tajuk yang diamanahkan pada saya adalah mengenai neraka…
Di dalam perjalanan saya memikirkan kaedah mana yang bagus untuk dibicarakan, sama ada kaedah satu atau dua. Modul “Promise” yang ada di tangan saya membawa pendekatan yang pertama iaitu mengenai dahsyatnya neraka dan kegeruanan padanya.
“Tapi orang di Promise rata-ratanya orang masjid, maknanya orang yang dah mahu meningkatkan diri…” bisik hati saya.
Jadi, saya membawa pendekatan kedua…
Kalau kita baca di dalam hadis nabi mengenai Neraka, bagi umat Muhammad, mereka hampir mustahil masuk ke dalam neraka kerana banyak kelebihan-kelebihan yang Allah berikan pada umat Muhammad, antaranya…
1. Gandaan pahala
2. jika berniat nak buat pun dah ditulis pahala
3. berbuat dosa akan ditulis satu dosa tapi berbuat pahala boleh digandakan hingga ratusan kali ganda.
4. Peluang taubat yang sentiasa terbuka
5. dan lain-lain lagi.
Sehingga di dalam hadis Nabi SAW pernah bersabda..
“Semua kamu akan masuk ke dalam syurga melainkan orang yang enggan. Para Sahabat bertanya, siapakah orang yang enggan itu wahai Rasullullah? sabda Nabi SAW, siapa yang mentaatiku maka dia adalah orang yang akan masuk ke syurga dan siapa yang mengingkariku itulah orang yang enggan”
Dalam hadis ini jelas menyatakan peluang yang besar bagi kita umat Muhammmad untuk masuk syurga. Cuma orang yang enggan sahaja yang tidak berpeluang untuk ke sini.
Orang yang enggan ialah:-
1. Orang kafir
2. Orang munafiq iaitu orang yang hatinya ada perkara yang dia ragu pada Islam
3. Orang ahli maksiat yang tidak mahu bertaubat. Maksudnya tidak ada di hatinya untuk memperbaiki dirinya.
Jika kita tidak tergolong di dalam tiga golongan di atas maka kita akan sentiasa mempunyai peluang yang besar untuk ke syurga.
Semoga Allah anugerahkan saya dan semua rakan maya peluang yang besar untuk ke syurga, Amin…
“Ilmu Asas Amal”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
25 Jun 2011/ 27 Jun 2011 jam 7.30 pagi
IMG_2015
IMG_2025
Program ini sangat bagus kerana ia memberi peluag bagi yang tidak sempat untuk berkuliah di malam hari untuk datang ke sini

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...