Thursday, November 1, 2012

Diari 412 - Semanis Kurma TV9 "Tiada Cinta Tiada Nafkah"

1 November 2012 jam 9.30 malam.

Pulang dari Palestin sehari sebelumnya, saya memenuhi program "Semanis Kurma" TV9. Walaupun agak letih, tapi saya cuba mengupas dengan sebaiknya soalan yang diajukan. Dengan izin Allah, Alhamdulillah, program dapat disempurnakan.

Tajuk malam ini adalah "Tiada Cinta Tiada Nafkah" satu tajuk yang menarik. Ini kerana pada saya, persoalan nafkah adalah persoalan yang agak banyak berlaku di tengah masyarakat kita.

Kesimpulan yang dapat dibuat malam ini ialah masing-masing pasangan perlu meningkatkan ilmu mengenai kekeluargaan. Ini kerana manusia dibentuk apa yang ada pada akal dan hati mereka.

Jika akal kosong dengan ilmu, bagaimana ingin mengharungi rumahtangga dengan sebaiknya. Selepas akal diisi dengan ilmu, maka hati perlu diisi dengan tarbiah pula, kerana tanpa tarbiah, ilmu yang ada di akal hanya tinggal sebagai teori semata-mata tanpa ada kekuatan untuk diamalkan.

InsyaAllah, perkongsian malam ini akan kita kongsikan di Youtube nanti.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 November 2012 jam 11.45 malam

 Suasana dalam studio
Tajuk perbincangan malam ini agak menarik kerana ia rapat dengan keadaan semasa masyarakat

5 comments:

lambaian maju enterprise said...

assalamualaikum.. ustaz...
saya suami yang sering diberhentikan kerja akibat penyakit gangguan (sihir) yang saya alami... sentiasa on dan off maksudnya sedar dan tidak sedar... isteri saya berniaga kecil2an kais pagi makan pagi... bagaimana sy hendak menanggung isteri dan anak saya ... puas berikhtiar masih belum temui jawapannya...
mohon penjelasan

Anonymous said...

Sdr, kbnyakan isteri2 ni, mereka faham klu suami tak daya cari nafkah atas sbb2 tertentu yg bukan kehendak depa (spr masaalah sdr).

Tapi suami tu hendaklah pandai tambat hati isteri selari dgn tuntutan agama. Misalnya tak merokok, pandai pulak mengaji quran & ajar/bimbing keluarga, solat jamaah, pendek kata hubungan dgn Allah & makhluk (masy/keluarga) dijaga.
Rajin ringankan beban isteri dlm tugas2 r/tangga, tolong dlm kerja rumah dll.

InsyaAllah klu itu dibuat, Allah akan buka pintu2 rezeki dari yg tak disangka2.

Anonymous said...

Saya ingin memberi contoh2 bagaimana pintu2 rezeki yg tak disangka2 dari Allah yg insyaAllah hasil dari sedikit usaha tapi ikhlas kerana Allah, yg saya dengar2 dari ustaz/ustazah, kawan, bacaan dll.

1) Hamba Allah tu sakit, tapi dia bole bergerak ringan2 saja, kawan baiknya (ahli surau) mencadangkan dia buat kerja2 cleaner/noje di surau, tak kisah ikut jadual asalkan surau nampak kemas & teratur. Bila masuk waktu hendaklah solat jamaah bersama, & attaend majlis2 ilmu. Bila penat, rehatlah, tak kisah.

Selang beberapa lama, dia dah pandai mengaji, tambah ilmunya, tak miss solat jamaah, pihak surau mmg beri upah (tapi x le banyak), tapi satu masa tu ade seorg hamba Allah agak kaya singgah surau tu & terpikat dgn kerja2 serta budi pekerti si sakit tu, & kepandaian dia mengaji, maka tiap2 bln org kaya tu bantu anak2 & keluarga nya, spr sewa rumah, perbelanjaan asas dll & kdng2 dia juga dapat upah ajar anak2 kariah mengaji.

Isterinya tak perlu keluar bekerja sebaliknya duduk rumah ambil upah jaga anak2 org.

Untuk dapat tu , hendaklah sabar & yakin pada janji2 Allah. Jiwanya tenang. Sapakah yg buka hati org baik2 utk tolong org baik2 utk dapatkan rezeki berkat?

Wlu asalnya dia jauh dari Allah, tapi kerana dia dengar nasihat kawan yg baik, Allah buka pintu2 kebaikan untuknya.

Anonymous said...

Anak kawan saya sedang tunggu2 keputusan interview kerja. Dia rajin jamaah di surau. Satu hari bos yg ada kaitan tempat dia mohon kerja tu (dia x kenal) singgah di surau tersebut & bos tu terpikat dgn budak muda tu (maklumlah yg attend surau tu kbnyakn org tua2), lantas mereka berbual. Dia adalah sebut yg sdng tunggu keputusan interview.

Selang agak2 sebulan, dia terima surat dapat jawantan tu. Barulah dia tau yg berbual2 dgnnya yg rekomen dia, sbb bos tu terpikat watak & peribadi dia masa mereka berbual2 tu.

Sapakah yg buka pintu hati bos tu? Orang baik2 akan mencari oragng baik2. Org2 yg melazimi solat jamaah antara ciri2 org baik2 apalagi org muda.

Org2 berniaga akan berganda2 rezeki kalau melazimi solat jamaah & majlis ilmu & tak berkira utk buat kebajikan. Jangn lupa, selain hubungan dgn Allah, hubungan dgn ibu bapa, kelauarga , masy hendaklah ok .

Sama2 kita kembali padaNya & cari ridha Allah. Amin.

Anonymous said...

Assallammuallaikum Uztaz..

Saya ini ingin beristeri dua tetapi saya tidak tahu apakah syarat- syaratnya seorang lelaki dr semenanjung ingin bernikah perempuan darisarawak.Adakah permohonan untuk bernikah perlu mendapat keizinan isteri pertama.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...