Saturday, December 1, 2012

Diari 415 - Makam Nabi Samuel

Kenapa saya sangat suka bumi Palestin ini?

Ya, ia satu bumi yang disebut di dalam al-Quran, bumi para Nabi, banyak perkara yang dapat kita pelajari di sini dan sebab itu saya namakan ia sebagai perjalanan "Universiti Kehidupan"
Kesempatan kali ini, saya menzirahi makam Nabi Samuel, seorang Nabi yang menjadi hakim di zaman Talut dan zaman Nabi Daud a.s
 Nabi Samuel adalah antara Nabi yang berusaha menghakimi pesalah pada zaman Talut dan Nabi Daud dengan adil dan saksama. Selain dari menjalankan tugas baginda sebagai hakim, baginda juga giat berdakwah untuk kaumnya.
 Pada waktu ini, makam Nabi Samuel telah di ambil sebahagianya oleh orang Yahudi. Mereka bersembahyang dan berdoa di dalam makam ini.

Orang Yahudi akan menggunakan lilin di dalam meminta hajat mereka.Gambar di atas adalah gambar tempat lilin yang terdapat di hadapan makam Nabi Sameul.
 Orang Yahudi bersembahyang di sini dengan berbagai cara, ada yang membaca kitab, ada yang berdoa dan ada yang meniupkan trompet dari tanduk binatang (insyaAllah kita akan kongsikan di Youtube nanti)
 Banyak makam para Ambiya di sini telah dibagi dua, sebahagian untuk orang Islam dan sebahagian untuk orang Yahudi, antaranya makam Nabi Ibrahim di Hebron, makam Nabi Daud di Jerusalem dan lain-lain lagi.
Di atas makam ini adalah masjid, dan oleh kerana makan di bahagian bawah ini telah diambil oleh orang Yahudi maka orang Islam membuat altar dibahagian atas sebagai tanda makam Nabi Samuel di bawahnya.
Satu lagi yang saya suka menjejaki makam para Nabi ini ialah kitab-kitab sejarah setempat yang tidak terdapat di negara kita.  Saya sempat merujuk kitab sejarah yang menukilkan sejarah Nabi Sameul di sini.
Makam Nabi Samuel ini terletak di atas bukit dan ketika tentera Salib datang ke sini, mereka menamakan kawasan ini sebagai "Mountain Of Joy". Ini kerana Baitul Maqdis dapat dilihat dari atas bukit ini. Ia hanya berjarak 4 kilometer sahaja.

Dari atas bukit ini juga, tentera Salib merancang untuk menawan Baitul Maqdis.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
30 November 2012 jam 10.30 malam

3 comments:

Anonymous said...

yAhudi takde marah pulak Ustaz & org islam masuk tempat diorang?

Anonymous said...

ustaz, saya nak tanya. hmm saya tahu di tmpat belajar saya, ada satu gerakan dakyah Kristian yg sgt aktif. malah salah seorang drpd mereka adalah classmate saya sendiri. dia sangat suka datang untuk berbual dengan saya dan bertanya perihal islam. sampai ada satu tahap itu, dia pernah berkata "i just want to see the way how you answer my question". hal ini menyebabkan saya jadi gusar. dgn saya yang masih kurang ilmu, diasak dgn pelbagai persoalan. soalan saya, apa yang harus saya lakukan untuk menghadapi golongan sebegini?

Muhaimin said...

nabi samuel... hmm personaliti yg menarik..tak sangka israel mengeja nabi samuel sama spt kita

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...