Friday, April 19, 2013

Universiti Kehidupan 244 – “Kenapa Gaza Diserang?”

Negara Palestin atau Israel dibahagikan kepada tiga area, iaitu area “A” untuk orang Palestin, Area “B” untuk orang Israel dan Area “C” untuk kedua-dua bangsa ini.

Contoh Area “A” adalah Jericho, Hebron dan Gaza dan Contoh Area “B” adalah Qaryat Arba’ manakala contoh Area “C” adalah Jerusalem.

Walaupun area “A” diberikan kepada orang Palestin, tetapi 5 perkara tetap di bawah orang Israel iaitu:-

1. Api

2. Ruang Udara

3. Elektrik

4. Tentera

5. Hak Sepadan yang mempunyai Imigresen.

Gaza adalah satu wilayah yang diperintah oleh Hammas, sama seperti di Hebron. Masyarakat di kedua daerah ini memilih parta Hammas di dalam pilihanraya. Tetapi kenapa Gaza yang diserang bukan Hebron.

Ini kerana, wilayah Gaza bersepadan dengan Mesir, ia mempunyai sepadan yang dapat menghubungkan Area “A” dengan dunia luar.

Ketika Hammas menang di Gaza, mereka meminta kelima-lima hak di atas terutamanya hak sepadan yang mempunyai Imigresennya sendiri.

Oleh kerana kedua-dua pihak berkeras, maka akhirnya Israel melancarkan serangan pertama pada tahun 2008.

Masyarakat di Gaza diserang, tetapi tidak bermakna di wilayah lain tidak diserang dan tidak mendapat tekanan.

Kini, banyak bantuan dapat disalurkan ke Gaza lantaran ia mempunyai sepadan dengan Mesir.

Bantuan dapat disalurkan melalui Mesir.

Boleh kita bayangkan di wilayah yang tidak ada laluan untuk bantuan sampai?

Ya.., kita hanya mampu berbuat apa yang termampu, baki, kita serahkan pada Allah. Bak kata pepatah Arab..

Wali kulli zamanin daulah wa rijal (bagi setiap zaman itu ada yang mendapat kuasa dan pemimpin yang memerintah).

Hari ini, ada yang diatas dan ada yang di bawah, yang diatas jangan sombong kerana hari ini hanyalah hari dia, esok lusa pasti akan digilirkan putaran ini.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Zaman”

al-Faqir Ila rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

19 April 2013

IMG_8099

Tembok 8 meter yang memisahkan antara Area “A” untuk Palestin dan Area “B” untuk Israel

IMG_8100

mural yang dilukis pada temnok pemisah

IMG_8102

setiap kali memasuki area “A” iaitu untuk Palesatin, akan ada papan tanda merah dan ingatan bahaya bagi rakyat Israel.

9 comments:

Anonymous said...

ustaz dh jadi agen BN ke?

Anonymous said...

Apa la punya soalan. Jgn la kaitkan politik dlm kebenaran ilmu.

Anonymous said...

Ustaz.... berhati hati bila berpolitik, dah nampak ramai sgt ilmuan yang kecundang....

saya pasti ustaz berkata benar...tapi harap harap berkata lah juga dengan seadil adilnya....

mohon maaf ustaz jika menyingung sedikit...

Anonymous said...

Saya rasa apa yg ustaz kongsi di atas tidak ada kene mengena dgn mana2 pemimpin dari mana2 parti politik. Artikel di atas amat terbuka sifatnya dan harus diambil iktibar oleh mana2 insan yg bergelar pemimpin x kira apa fahaman politik.

abdullah abd said...

Salam Ustaz..kami mendoakan agar ustaz terus sihat dan berupaya menyampaikan kepada kami khabar-khabar saudara seislam di pelosok dunia dan berharap agar ustaz dapat berkongsi mengenaoi isu semasa mengenai islam di seluruh dunia..

Anonymous said...

Saya setuju dgn anon 8.00 pm....tidak ada unsur politik.

Ariff said...

MasyaAllah... Agak2 la soalan tu... itu hak individu.. lebih baik bertanyakan soalan yg berbentuk ilmiah... mcm mana nak solat jadi khusyuk ker... mcm mana nak capai haji mabrur ker.... kan bagus... cuba ubah minda tu sikit... :)

Maramo said...

Bila Ahli politik Dari parti apapun mencemarkan agama, disitu saya lihat orang2 agama (diluar Parti) menegur dan membetulkan kemelut itu. Itu peranan ahli agama. Yg bahaya sadikit ialah bila ahli agama terang2 masuk jadi ahli politik. Terus pencemaran ilmu nya berlaku, kerana dia tak upaya bersikap berkecuali, terpaksa jaga politik nya, undinya, rakan parti2 nya dll. Ilmu yg ada terpaksa di 'trade' dgn kepentingan2 lain tanpa di sedari nya??

Anonymous said...

Hak individu...ustaz mnyatakan yg terang tapi anda yg fahaman politik...jd jgn samakan pemahaman anda dgn orang laun