Friday, January 25, 2013

Universiti Kehidupan 239 - Pencuri Di Al-Aqsa

Jumaat 18 Januari 2013, selepas menunaikan solat Jumaat, saya membawa rombongan berjalan sekitar kota lama Jerusalem. 

Kemudian kami berjalan pulang ke hotel. Sampai di hotel, saya terus ke bilik untuk meletakkan beberapa barang sedangkan ahli jemaah yang lain terus ke dewan makan untuk makan tengah hari. 

Tidak lama selepas itu, saya turun ke dewan makan hotel, ada antara ahli jemaah yang telah selesai makan dan ada yang belum lagi.

Saya mengambil pinggan, menyenduk nasi putih dan memilih lauk pauk yang dihindangkan di dewan makan.

Baru tiga suapan, tiba-tiba seorang jemaah yang membangsakan dirinya sebagai Ibu Kiah menghampiri saya dengan nafas yang agak kencang..

"Ustaz, aduh ustaz..." kata Ibu Kiah.

Saya terus berpaling, "Kenapa? Ibu dah makan? tanya saya.

"Belum Ustaz...." kata Ibu Kiah. Mukanya agak panik.

"Pasport saya hilang ustaz.." kata Ibu Kiah.

"Hah...!" saya bingkas bangun. Nasi dan lauk yang berada di hadapan saya terus hilang dari ingatan.

"Kat mana last Ibu perasan pasport Ibu?" tanya saya lagi.

"Tadi ada sebelum Jumaat" kata Ibu Kiah.

Saya terus menghubungi Imam masjid al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah sebab sebelum Jumaat kami ada menziarahi beliau di pejabat beliau. Mungkin ada terjatuh di sana.

Syeikh Yusuf agak terkejut, 

"Saya rasa tidak ada" kata beliau.

"Tak apa, cuba hubungi Maktab Hirasah (pejabat keselamatan) al-Aqsa" kata beliau memberi pandangan.

Nombor telah diberi, saya menghubungi Maktab Hirasah al-Aqsa. Nada dail berbunyi, tidak lama selepas itu telifon diangkat.

Saya bertanyakan passport.

"Ya ada pada kami" kata pegawai yang menjaga pejabat keselamatan al-Aqsa ini. 

""Macam mana kamu jumpa" tanya saya tidak sabar.

"Tak apa, datanglah kemari, nanti kami ceritakan" pegawai terbabit menerangkan.

Saya menarik nafas lega, tetapi belum lega sepenuhnya kerana belum tentu pasport ini Ibu Kiah yang punya. Mungkin orang lain punya.

Selera makan saya terus hilang, terus memikirkan kalaulah hilang macam mana, kita tidak ada kedutaan di sini. 

Saya terus bersiap, mengajak Ibu Kiah ke al-Aqsa...

Melangkah masuk ke al-Aqsa, saya semakin mempercepatkan langkah. Tak sabar ingin menghabiskan debaran yang datang. Ibu Kiah mengekori dari belakang. 

"Assalamualaikkum..." teriak saya dari luar pintu pejabat.

Salam saya dijawab.

"Haaaa, taali.. taaali (mari sini, mari sini) kata pegawai yang bertugas.

Kami melangkah masuk ke dalam pejabat, tidak berapa besar, tetapi punyai peranan besar di dalam mengkordinasi bahagian keselamatan di dalam masjid yang pernah di bakar oleh Yahudi.

Pegawai berkenaan mengeluarkan satu bungkusan plastik hitam, mata saya tertumpu pada plastik ini. Kemudian, dengan perlahan dia mengeluarkan satu beg kecil warna hijau tua.

"Ha,, inilah beg saya, dalam inilah pasport" kata Ibu Kiah.

Begi ini kosong, kemudian dari plastik hitam pegawai ini mengeluarkan satu buku kecil berwarna merah, tertulis di hadapannya "Pasport Malaysia".

Jantung saya macam kena elektrik, "Alhamdulillah....." spontan terlafaz dari mulut saya ketika Ibu Kiah mengesahkan bahawa memang ini pasportnya. 

"Tapi duit-duit dalam beg kecil ini sudah tidak ada" kata Ibu Kiah agak sedih.

"Tak apa Ibu, duit nanti boleh cari, asalkan pasport ini jumpa balik" kata saya.

"Ya, betul tu ustaz" kata Ibu Kiah. 

"Macam mana kamu boleh jumpa?" tanya saya pada pegawai tersebut.

"Kami minta maaf banyak-banyak dan kami rasa malu ia berlaku di dalam al-Aqsa" kata pegawai terbabit.

"Kenapa?" tanya saya hairan.

"Begi kecil saudari ini telah di seluk, dia tak perasan, salah seorang pegawai kami jumpa beg kosong dan pasport ini di buang di tong sampah" terang pegawai ini dengan wajah yang kesal. 

Saya tidak memberikan respons yang jengkel pada pegawai ini kerana di Mekah dan Madinah juga berlaku perkara seperti ini. 

"Selalu ke berlaku kes macam ini" tanya saya lagi.

"Tak selalu, tapi ada" terang pegawai ini lagi. 

"Tak apa, nanti saya maklmumkan pada jemaah di sini dan kami akan kumpul derma kilat untuk saudari ini" kata pegawai Hirasah al-Aqsa ini lagi.

"Tak apa, tak apa, terima kasih, kami sama-sama jemaah ada, terima kasih di atas pertolongan tuan-tuan" kata saya.

Kami bersalaman...

"Ibu Kiah, ibu pergi dulu ke masjid ye, saya nak rehat sekejap di lapangan al-Aqsa ini" kata saya pada ibu kiah dengan nada yang rendah.

"Nanti kita jumpa lepas Maghrib ye" kata saya lagi. Maghrib berbaki 40 minit. Saya merebahkan dahi sujud syukur di atas lapangan al-Aqsa. Baru terasa lapar dan penat.

Selesai sujud syukur, saya hanya duduk di lapangan al-Aqsa menanti azan. 

Ini baru barang hilang di dunia, macam mana kalau amalan hilang dituntut oleh orang lain ketika perhitungan di akhirat.

Saya merenung jauh, jauh mengambil iktibar dari peristiwa ini, susah di dunia, susah lagi di akhirat jika kita tidak bersedia...

"Ya Allah, selamatkan kami dari azabmu di akhiart, amin..." saya melangkah perlahan ketika azan Maghrib di laungkan. 

Terima Kasih Allah, Alhamdulillah...........

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Tulip Hotel
Jordan
24 Januari 2012 jam 11 malam

 Di dalam pejabat keselamatan al-Aqsa, syukur tak terhingga apabila Ibu Kiah mengesahkan pasport itu miliknya
 Gambar kenangan bersama pegawai bertugas, mereka agak segan kerana perkara ini berlaku di al-Aqsa. Barangkali kita bersesak pada hari Jumaat, Ibu Kiah tidak sedar begnya diseluk.
Ini baru hilang barang di dunia, bagaimana jika kehilangan pahala di akhirat, sungguh menjadi iktibar keimanan buat kita...

5 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum,

Di copet pencuri? Saya yg membaca pun boleh rasa berdebar debar bila pasport tu hilang. huhh..Alhamdulillah..

Ummi Imtiyaz said...

Alhamdulillah, masih ada rezeki...selalu passport Saya letak dlm Baju inner yg ada poket...tidur pun dgn passport...

Anonymous said...

A-Melawat ibu lagi ?

B-Mesti !!

A-Tapi,..

B-Orang yang paling aku sayang, selepas Rasulullah dan keluarganya !!
Lagi pun ibu dah lama terpisah.. Aku sayang sangat padanya.

A-Aku pun rindu, dah 20 tahun dalam kurungan..

B-Ya, lagi lama..maka lagi keraplahlah kita wajib melawatnya..!! Orang yang paling baik dan paling afdhal kita lawat dan berbuat baik.. Melihatnya saja dah dapat pahala..

A-Tapi..

B- Aku tak akan meninggalkan pahala besar ini, tiap-tiap tahun aku akan pergi melihat dan ziarah dia..

A- Abang, setiap kali kita melawatnya kita akan belanjakan duit kepada orang yang mengurungnya..

B- Eh kenapa kamu ni berkira..? berapalah sangat !!

A- Maksud saya, setiap kali kita datang kesini, kita akan memakmur dan membuatkan penjahat itu (mereka yang menangkap ibu) semakin selesa, semakin mewah dan semakin gagah.

B- Eh awak ni? Mereka tu takkan kayalah dengan sedikit duit kita ni ?

A- Tapi kita seolah-olah merestui mereka setiap kali kita masuk kekurungan ibu. Kita relakan.. dan akui penangkapan ibu..

B- Aku tak rela !! Bohong ! Aku tak pernah rela !!

A- Kalau kita sorang, ya.. Tapi bila dah ramai yang ziarah ibu dan berkali2 pulak, maka menjadi pendapatanlah, pada mereka yang jahat ni.

B- Ibu pasti nak tengok anak-anaknya, dalam pelukannya

A- Abang, afdhalnya kita bebaskan ibu.. bukan datang melihat dan menziarah dalam keadaan ibu menghinakan...
Cuba kita tanya.. apakah ibu suka tinggal dalam kurungan begini dan kita datang melawatnya bertahun-tahun, atau ibu lebih suka dibebaskan ? Duit tambang dan bayaran kebenaran (dari penjahat untuk) melawat ibu, kita boleh kumpul dan salurkan untuk perjuangan bebaskannya..Mana lebih afdhal ? Ini pulak kita mendapat sumber pendapatan membawa saudara-saudara kita yang lain melawat ibu..

A- ....X ?

B- Saya bukan marah abang menziarahi dan membawa saudara kita melawat ibu tercinta, tapi kebencian kita pada penjahat yang mengurung ibu makin terhakis, mereka melayan kita seperti orang kehormat. Diberi izin khas, tak seperti orang yang dikurung disini. Dan kita pun mengiktiraf penguasaan mereka atas ibu tercinta.. Saya sedih abang,



"...sebab itulah hampir kesemua ulama perjuangan termasuk Dr Yusuf Al Qardawi mengeluarkan fatwa melarang kita orang luar datang menziarahi Al Aqsa.. kita membayar dan meng"iktiraf" pihak berkuasa haram yahudi yang mengawal Al Aqsa, satu sen kita bayar, satu sen jualah yang kita sahamkan kepada kekuatan mereka..
Jom bebaskan Al Aqsa, Kemudian sama-sama kita menziarahinya !!"

Anonymous said...

Membahasakan dirinya make kiah la Ustat... bukan membangsakan...

Anonymous said...

(macam mana kalau amalan hilang dituntut oleh orang lain ketika perhitungan di akhirat.)
ustaz apa maknanya ini??
harp ustaz dpt reply ke email saya slumberpeace@yahoo.com..
teringin nak faham apa maksud ini

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...