Friday, January 11, 2013

Universiti Kehidupan 235 - Kisah Syeikh Ali Di Palestin

12 Disember 2012, saya membawa rombongan ke Palestin. Rombongan kali ini adalah rombongan kesebelas dan saya menamakannya sebagai rombongan "Universiti Kehidupan ke 11". 

Rombongan kali ini disertai oleh krew TV9 dan kami membuat pengambaran rancangan "Usrah" terakhir bagi tahun 2012. 

15 Disember 2012, rombongan kami dalam perjalanan ke Yafa, kawasan yang bersebelahan dengan Tel Aviv. Kami menggunakan "highway no 1" membelah bukit bukau. Jalan ini dahulu pernah ditutup selepas tahun 1948 selepas  Yahudi mengisytiharkan kewujudan negara Israel. Ini kerana waktu itu, jalan ini masih dikuasi oleh orang Islam dan orang Yahudi tidak dibenarkan melaluinya. 

Pada tahun 1967, setelah Israel dapat mengalahkan Palestin dan Jordan serta menawan kota Jerusalem, barulah mereka bebas  menggunakan jalan ini.
Cuba kita lihat gambar di atas. Lebuh raya menuju ke Yafa-Tel Aviv ini tiba-tiba terdapat satu kawasan di tengah-tengah.
Sebenarnya, di tengah-tengah lebuh raya ini terdapat satu perkuburan seorang yang Alim bernama Syeikh Ali, seorang ulama dari Khilafah Uthmaniah di kurun ke 17 masihi.  Sewaktu Israel membuat lebuh raya ini, beberapa kali mereka cuba membongkar kubur ini dan mengalihkannya tetapi jentera yang mereka gunakan mati dan rosak. 

 Mungkin kisah ini kita anggap macam mengarut, tetapi orang Israel, dalam bab mempercayai perkara ghaib, mereka lebih percaya, ini kerana keturunan mereka memang telah terbiasa dengan kisah-kisah ghaib. Banyak Nabi dan Rasul diutus pada mereka.

Punya terlalu percaya pada perkara ghaib sehinggakan banyak khurafat berlaku di sekitar masyarakat Yahudi ini.

Barangkali seperti kisah makam Habib Noh di Singapura, akhirnya, mereka tidak berani untuk membongkar dan mengalihkan kubur ini. Lebuh raya ini dibahagia dua. Keadaannya seperti pulau dan setelah habis kawasan perkuburan ini, maka ia menjadi sambung kembali.

 Rombongan kami makan tengah hari di Yafa, pantai tempat Nabi Yunus di keluarkan oleh ikan Nun.
Bandar Yafa ini bersambung dengan bandar Tel Aviv, bangunan tinggi yang kita lihat di seberang sana adalah bandar Tel Aviv.


Sesungguhnya, orang soleh sentiasa dipelihara oleh Allah walaupun mereka telah tiada.

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
11 Januari 2013

6 comments:

Ummi Imtiyaz said...

SubhanAllah...

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..boleh tahu alamat travel umrah ustaz ni? terima kasih. - mas-

Asiah said...

Salam,sangat bagus artikel ini.Teruskan untuk tambah pengetahuan.

Anonymous said...

Allah Maha Besar....Mohon Allah pelihara golongan ulama di negara kita juga. Ustaz, saya dah lama berhajat untuk ikut serta pengembaraan ustaz ke bumi Pelestin...namun saya terikat dgn keizinan suami. Puas saya bercerita tp nampak beliau macam tiada hati dgn pengembaraan ini dan hari2 saya panjatkan doa agar Allah buka pintu hatinya utk kesini disamping ke bumi Haramain yg mana saya telah menunaikan rukun ke 5 pd 2011.

Anonymous said...

Benar seperti yg ustaz ceritakan, di Makam Habib Noh pun saya dengar jentera yg nak tolak kwsn makam, enjinnya terhenti/rosak/terbalik. Dan sy dengar juga pemandu jentera jadi gila/mati, wallahualam...

Anonymous said...

Semoga Allah memberkati usaha Ustaz selalu.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...