14 Januari 2013
Perjalanan Kembara Universiti Kehidupan ke 12 bermula lagi. Baru seminggu sebelum kami menjejakkan kaki ke sini, al-Aqsa telah diselubungi dengan salji. Kala kami sampai, salji telah tiada, hanya beberapa tempat sahaja yang masih kelihatan.
Jam 10.40 malam, kapal Royal Jordanian Airbus 330 meninggalkan bumi tercinta. Singgah di Bangkok sejam, kami meneruskan lagi perjalanan merentas benua.
Tempat duduk saya kala ini sebelah tingkap, tempat yang saya tidak suka kerana susah untuk bangun ke tandas, pasti akan mengganggu orang di sebelah.
Seperti biasa, rombongan kami sampai ke Amman jam 6.30 pagi waktu tempatan. Di Malaysia kala ini pukul 11.30 pagi, 5 jam beza dengan Amman.
Rombongan kami kala ini disertai oleh seorang jurugambar Profesional, dengan barang kamera yang hampir 50 ribu, beliau mengusung kamera besarnya mengambil gambar setiap sudut bandar Jerusalem.
(Kenangan rombongan kembara Universit Kehidupan 12)
Kala ini, di Jerusalem, limau tempatan membanjiri pasaran sekitar. Di Jerusalem ini yang bagusnya buah-buahannya memang sedap-sedap.Kala ini bersama saya, ada sekumpulan ketua-ketua Travel Agen dari Malaysia yang datang untuk membuat tinjauan trip ke al-Aqsa. Oleh kerana masyarakat di Jerusalem tidak besar, kecoh satu Jerusalem syarikat-syarikat Travel Agen dari Malaysia yang datang ini mengambil "ground" dari orang Yahudi. Setiap kali saya ke masjid al-Aqsa pasti akan ada yang menyapa saya meminta memberitahu travel agen ini.
"InsyaAllah saya akan maklumkan.." kata saya pada orang yang menemui saya.
Kala ini juga, di Maa'le Adumin, (berhampiran dengan pemeriksaan tentera untuk masuk ke Jerusalem) sedang berlaku tunjuk perasaan. Orang Yahudi sedang berusaha untuk membuat penempatan baru di sini dan ia ditentang oleh orang Palestin.
Jalan agak sesak kerana setiap kenderaan yang ingin masuk ke Jerusalem akan diperiksa oleh tentara.
Beginilah keadaan di sini. Saya suka untuk membawa rombongan ke sini selagi ia masih boleh kerana pada bila-bila masa sahaja ia boleh ditutup untuk orang luar.
Sabda Nabi SAW, "Tidak perlu kamu semua bersusah payah untuk berjalan (kerana agama) kecuali untuk tiga tempat, masjid al-Haram, masjid Nabawi dan masjid al-Aqsa"
No comments:
Post a Comment