Agak sejuk di sekitar al-Aqsa kerana sekarang memang sedang musim sejuk. Lagi tambah sejuk pula kawasan al-Aqsa ini memang sentiasa berangin.
Tetapi secara peribadi, saya sangat menyukai al-Aqsa kerana bumi ini bumi anbiya, tidak ada seorang pun para Nabi melainkan semuanya pernah ke sini secara langung atau tidak.
Secara langung iaitu sewaktu mereka hidup, tidak langsung ialah ketika Rasullullah saw mengimamkan solat bersama seluruh para Nabi sebelum baginda SAW di Mikrajkan.
Sebelum subuh, ada sahaja orang berqiamullail dan berzikir di penjuru-penjuru al-Aqsa
Sebelum Subuh, kumpulan-kumpulan kecil dibentuk bagi mengimarahkan al-Aqsa dengan halaqah ilmu dan al-Quran. Apa pun, perkara ini sangat-sangat jarang berlaku di Malaysia.
akan ada orang bertanya hairan nanti..
"Hah!, majlis ilmu sebelum subuh, sapa nak datang?'
Baru sebulan tabung derma masjid di letakkan di al-Aqsa. Jadi, orang ramai kalau tak jumpa sapa-sapa untuk diberi derma, boleh beri langsung ke dalam kotak ini.
3 comments:
Salam ustaz
Saya nak tau mcm mana nak apply visa ke israel?
Ya Allah, ya rabb...sampaikankanlah kami ke bumi palestine, khususnys masjid al aqsa...amin, amin, amin
Bagaimana nak menyertai rombongan ustaz ke al aqsa. Ustaz boleh war war kan tarikh rombongan akan datang.
Post a Comment