Wednesday, December 19, 2012

Universiti Kehidupan 234 – “Respons Dari Pendedahan Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

Saya mendapat berbagai respons dari artikel yang saya tulis mengenai “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem”.

Saya tidak berkesempatan untuk memberikan komen segera kerana kala ini saya bersama dengan Krew TV3 menyempurnakan rakamanan untuk program Motivasi Pagi TV3 di Palestin, Jordan dan Turki.

Perjalanan ke Palestin bermula pada 12 Disember hingga 19 Disember, ada rombongan lawatan ke al-Aqsa yang menyertai perjalanan ini. 

Semua jemaah rombongan Palestin telah pulang pada awal pagi 19 Disember 2012, saya akan bertolak ke Turki bersama krew pada petang ini.

Apa yang saya ingin tekankan ialah, apa yang saya kongsikan bukan rekaan, saya tidak punyai kepentingan apa-apa atas pendedahan ini, saya bukan ahli politik yang inginkan kisah popular, saya adalah seorang muslim yang punyai tanggungjawab ke atas agama yang saya cintai ini, dan saya tidak akan berkompromi dengan perkara macam ini.

Kalau pembaca sekelian telah lama mengikuti blog ini, dengan izin Allah, saya adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan saudara muslim kita di gereja pada tahun 2009. Mereka adalah orang HIV muslim yang tidak punyai tempat perlindungan.

Kenapa saya berbuat perkara yang saya tidak punyai kepentingan apa-apa? Ya, bukan untuk popular, tapi untuk tidak kelu di hadapan ilahi apabila saya ditanya mengenai, “apa yang kamu buat ketika saudara seIslam duduk di gereja?”

Pada ketika itu saya menerima berbagai respons, ada yang kata saya penipu, ada yang kata ini agenda untuk menjatuhkan parti itu dan ini, tapi apa yang mereka buat? Apa orang yang kata itu buat untuk agamanya?.

Saya bersumpah atas nama Allah agar Allah ajar orang seperti ini.kerana mereka kurang ajar dengan Allah dan Rasul.

Saya saksikan waktu itu, tak kira dari apa parti, ada yang cuba memainkan isu  tersebut untuk kepentingan mereka. Tapi saya tidak nafikan, tidak sedikit juga yang begitu ikhlas membantu hingga akhirnya pada kala ini, rumah perlindungan HIV Muslim dapat dibangunkan.

Kala ini saya menerima seribu satu respons. Sama seperti tahun 2009, ada yang kata saya mereka-reka perkara ini.

Ada yang kata saya pro parti itu dan ini.

Ada yang kata pada saya “berapa kerajaan bayar ustaz untuk cerita ini?”

Saya berterima kasih juga yang ikhlas bertemu dan berbincang dengan saya, ada dari jabatan agama, ada dari Pas, ada dari Umno, ada dari PKR, ada orang perseorangan. Yang ikhlas tetap dengan keilkhlasan mereka, tapi yang berkepentingan, tidak habis-habis memperbodohkan orang lain.

7 Disember 2012, saya dihubungi oleh Cawangan Khas Bukit Aman yang mahu bertemu dengan saya. Sahabat di sekeliling saya agak terkejut. Mungkin membayangkan akan menghadapi tindakan. 

Ketika itu saya terus menghadiahkan fatihah untuk guru-guru saya. Saya berterima kasih pada mereka yang mengajarkan saya untuk menjadi orang yang tegas dan berani  berhadapan dengan apa-apa demi agama, bangsa dan negara.

Jam 5 petang 10 Disember 2012, seramai 4 pegawai Cawangan Khas Bukit Aman dan seorang pemerhati  menemui saya.

Perhatian mereka pada keselamatan agama, kerana jika perkara ini tidak di kawal, satu tahap ia akan meletupkan huru hara besar pada negara tercinta ini.

Pertemuan itu berjalan dengan baik, secara ringkasnya, yang saya mahu kongsikan dari pertemuan itu ialah…

MANA-MANA DI ANTARA KITA YANG MELIHAT, ATAU TAHU KEGIATAAN KRISTIANISASI PERLU MEMBUAT LAPORAN PADA POLIS DAN PIHAK BERKUASA AGAMA.

Kadang kala, kita tahu, kita lalui, kita temui tetapi kita tidak buat apa-apa tindakan. Biar kegiataan mereka ada di dalam pengetahuan polis dan pihak berkuasa agama.

Jangan hanya bercakap di kedai kopi. Kita perlukan tindakan.

Ini kerana, jika perkara ini berlaku, akhirnya ia akan meletup dan boleh menjadi huru hara besar dalam negara tercinta ini.

Biar orang politik tidak percaya pada pendedahan ini, bagi kita yang sayangkan agama dan negara kita, buatlah sesuatu sesuai dengan kemampuan dan bidang kita.

Mana-mana orang dari apa-apa bidang, sama ada media, pihak berkuasa agama, pihak berkuasa tempatan, ayuh, pertahankan kedaulatan agama di negara tercinta ini. Semua kita bertanggungjawab di atas agama kita.

Saya ucapkan terima kasih pada semua yang ikhlas dalam hal ini. Saya doakan dari kejauahan, dari masjid al-Aqsa, siapa sahaja yang ikhlas dan membantu agama Allah ini, akan Allah berikan pada mereka dan zuriat mereka kebaikan yang banyak, kekayaan hati, kekayaan iman dan harta, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan.

Doakan saya, hamba yang daif ini,  di atas apa saja yang saya buat, semoga Allah bersama kita semua, amin…

“PadaMu kami berserah ya Allah, agar diberikan pada hamba ini kekuatan di dalam membelaMu dan nabiMu…”

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Amman Jordan

19 Disember 2012 jam 8.35 pagi.

39 comments:

Malayu Sarawak said...

Assalamualaikum
Ustaz Muhammad Bin Abdullah,


Hamba bersyukur ada insan seperti Tuan Hamba yang amat mengambil berat tentang agama,bangsa dan negara kita.

Jikalau hamba dapat bersama tuan hamba alangkah bestnya. Kerana hamba masih mahu mengembara mencari rahmat dariNya. Ingin mengetahui dunia sebenar. Sedangkan sekarang maasih terpaku disini menanti hari.

Namun begitu, hamba masih tahu akan perkara ini, freemason,illuminati,bab akhirzaman, yang jelas semakin mula kelihatan pergerakannya.

Walaupun hamba di kawasan East Malaysia(SARAWAK) namun saya sentiasa memerhati dan berhati2 dlm memilih dan menilai berita.

Hamba berharap kita semua dapat bertemu. Bersama2 pergi mengembara dibumi ini. Insyallah.

#Harap tuan byk2 bersabar dgn karenah mereka. Kadang2 yang memberi komen itu orang kita atau#@!#@$#.... Harap kalau tuan hamba ada byk rahsia ketika pengembaraan dipalestin, harap tuan hamba kongsikan.

Tuan Hamba amat beruntung. Disini hamba asyik melihat hutan2 tebal, kerenah manusia x masok akal, hiburan2 yang menyakitkan hati(lawaklah,gangnam lah,lambang dajjal di arena hiburan, berita kutuk sana kutuk sini, berita dunia yang mengggemparkan, dan pelancong2 mat salleh yang semakin bertebaran berada dikampung saya???. Tempat saya bukannya kawasan bandar kuching, atau bandar yang penoh hiburan namun saya tinggal dikampung yang penuh dgn hutan pun byk ejen diorg tinggal jugak???...

Ingin melihat gunung2 batu,dan akawasan padang pasir :)

Anonymous said...

Salam Ustaz....

Saya adalah bekas pelajar UPM dan kolej kediaman yg saya duduki bersebelahan dengan gereja yang terdapat di dalam UPM. secara kasarnya kita lihat gereja usang di pintu masuk K.Kediaman itu seakan tidak berpenghuni tetapi sebenarnya kegiatan mereka sangat aktif. sewaktu saya dalam tahun 2 kira kira 2 tahun lepas pintu bilik saya diketuk oleh individu yang tidak dikenali dan individu ni mengaku ingin menyebarkan ajaran kristian. saya agak terperanjat dan saya menjelaskan kepada individu tersebut bahawa saya seorang muslim dan meminta agar menghormati saya dan tidak mengganggu warga kolej. mujurlah di waktu itu penghuni kolej kebanyakannya tiada di bilik kerana ada program di dewan. hanya senior sahaja yang ada di bilik masing-masing. saya agak pelik juga kerana bagaimana mereka sewenang-wenangnya masuk ke kolej dan menyebarkan ajaran tersebut. lagi pula individu tersebut bukanlah pelajar UPM malahan orang luar yang tidak fasih berbahasa melayu dan saya hanya berkomunikasi dalam bahahsa inggeris. masalah tersebut saya dan rakan-rakan yang lain telah dirujuk kepada pihak keselamatan dan mereka cuma meminta kami untuk berhati-hati.

saya tidak memandang isu ini dengan remeh. ini berkenaan dengan akidah kita sebagai umat islam.

wallahualam

wadironi said...

Assallamualaikum wbt..

Syabas dan syukur alhamdulillah , muga jejak dan istikomah ustaz dlm membentur kemutlakan Islam ini terus mekar dan mewangi. Tegak bukan kerana watak , namun tegak jesteru kecintaan yg punya hak.
..

Admiral Haha said...

Salam.

Dah lama tak komen. sebelum pembaca salah anggap komentar saya, ingin saya nyatakan setinggi2 tabik kepada blogger kerana ada keberanian memaparkan penemuan penting saudara. Tak kurang rasa syukur kerana pada zaman ini, ada lagi yang terus berusaha dalam menegakkan dan mempertahankan agama tercinta atas nama Allah dan Rasul.


Okay, ni komen saya:

Sebenarnya, kalau nak fikirkan, dalam isu dakwah ni, siapa yang degil tak dengar cakap Nabi? Salah ke kristian berdakwah bile depa percaya Nabi depa suruh keluar berdakwah? Kita sebenarnya yang salah kan... kita yang tak ikut cakap Nabi kita suruh berdakwah. Asyik2 nak kutuk depa cub nak dakwah kat kita (bukan bermakna saya setuju) tapi persoalannya...

Kita berdakwah tak kat orang kafir sekeliling kita sepertimana Nabi dan para sahabat pernah suatu ketika dahulu sehingga nyawa dan keselamatan keluarga diancam?

Fikirlah sejenak. Pada hemat saya, para kristian ini hanyalah menyampaikan amanat dari konteks kepercayaan mereka dan menjunjung amanah guru-guru mereka untuk berdakwah. (dan mungkin yang ekstrim sehingga tahap merancang untuk menjatuhkan agama lain dsb. tapi keluarkan mereka dari susunan formula ini)

Kembali kepada persoalan cepu mas:

1. APAKAH KITA SUDAH MENDUKUNG AMANAH NABI DAN PARA GURU KITA UNTUK BERDAKWAH MENGEMBANGKAN AGAMA KITA JUGA?

2. SALAH SIAPA BILA ANAK2 KITA SUATU HARI LEMPAR BALIK SOALAN INI PADA KITA, "MAKAYAH, NAPA ORANG KRISTIAN KELUAR BERDAKWAH, KITA TAK?"

Anonymous said...

salam. boleh ustaz scan kertas agenda kristian yg ustaz temui dlm bas hari tu? sy ingin baca dari A sampai Z
terima kasih

Hayamwurok said...

Ustaz,

Masalahnya kita Melayu Islam hampir tidak pernah untuk mendakwah rakan-rakan bukan Islam khususnya orang-orang Cina yang hampir 35% penduduk negara ini. Mereka ini kuasa besar dalam ekonomi tetapi kita masih tidak menggerakkan jentera kita untuk mendakwahkan mereka, asyik-asyik curiga dengan mereka tak habis-habis. Perlu ada satu usaha mantap dari pihak atasan untuk menggerakkan dakwah lebih berkesan dengan kelebihan yang ada pada kita kearah tujuan tersebut. Orang Cina ni kebanyakannya "free thinker" dan kita boleh isi kekosongan tersebut dengan dakwah dan insyaallah mereka boleh akhirnya bersama-sama kita. Lihatlah di negara China yang orang-orang Islamnya hebat dan masih bertahan dengan ugama ini walaupun hidup dalam penindasan dan ingat bilangan mereka disana lebih besar dari kita. Apa kata kita mula memanggil mereka di China untuk bekerja disini, buka restoran halal dan lain-lain mana tau nanti dakwah akan berkembang kepada orang Cina di sini sekian.

Anonymous said...

saya, admiral haha, ustaz amin dan semua kita, jom pakat berdakwah bermula dgn diri kita dahulu, org2 sekeliling kita dan semua yg di dunia ini selagi ada hayat sebelum kiamat

Anonymous said...

Assalam ustaz, semuga ustaz Dan seluruh pembaca blog Ini bersama-sama meneruskan wasilah Rasulullah membawa manusia kepada Allah yang esa. Menjadi hamba yang bertakwa. Berdakwah tidak semestinya dengan kata-kata kadang kala perbuatan Dan tingkah laku yang mulia menarik mereka kpd Islam. Wallahu'alam...ihdinasshiratholmustaqeem...

. said...

-1040-
Halusi maksudnya.

The Black Jubah said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya juga tidak faham Ustaz k kenapalah orang politik ni taksub sangat sehinggakan semua perkara nak di politik kan.

Sila baca artikel di blog saya
www.theblackjubah.blogspot tajuk To be a Muslim or a Christian? jika buka blog saya di bawah tajuk Popular Post, post ini memang kegemaran ramai. Wallahu a'lam....

Anonymous said...

Salam komen dah ok tp knp masih ade ayat ayat cinta spt. .perlu ada usaha dari pihak atasan....anai-anai yg kecik tu pun blh menumbangkan pokok yg besar.. Mulakan dgn diri sendiri...

Anonymous said...

Salam. .x faham ape yg nk d sampaikan. Adakah maksudnye x pyh lspor pd polis spt yg ustaz sarankan. Yang saya faham ustaz ingin elakan muslim dari murtad.soalan yg no 2 tu yang sy confirm 'kita ' tu bukan ustaz. Maaf tapi cuba jgn bercakap bg pihak orng lain

Anonymous said...

Ambo suka cara ustaz bila tngok kat tv dan dngar kat radio.

Ceria, jelas & tak berbelit2.
Kalau ulas masaalah rumahtangga ustaz mmg bagus.

Ambo nak buat report, mudah2an ustaz bole bawa ke depan, pasal tv-tv tayangkan banyak sangat hiburan dedah sana dedah sini. Malam jumaat pun bantai juga.

Kita marah org2 bkn Islam bantah azan kuat sngat.

Hipokrat ke atau tak tau?

Anonymous said...

Asaalamualaikum ustaz,

1) Sampai bilakah org islam malaysia yang majoriti perlu takut pada orang kristian yang minoriti, sedangkan kita ada pejabat agama dan bermacam lg agensi utk mengajak orang kepada islam. Kita ni ibarat main bola 11 lawan 3. Kalau kalah lg nak salahkan siapa?

2) islam berdiri diatas hujah. Bukannya sekatan itu dan ini keatas agama lain. Tak perlu takut jika kerja telah dijalankan.

3) salahkah bagi penganut agama selain islam utk melihat agama dianuti mereka berkembang pesat?

4) pada saya setiap umat islam perlu ada "kepentingan" untuk melihat islam menang mengatasi agama lain.

5) kita dimalaysia hidup dlm keadaan yang sangat prejudis diantara satu sama lain sedangkan orang bukan islam zaman nabi cukup seronok hidup dibawah naungan kerajaan islam. Bilalah agaknya ini semua akan terjadi di negara kita.


Anonymous said...

ustaz mmg terbaiklaaaa.....
'muhammad bin abdullah' nme sme mcm nabi.....kulit merah2...dahibesar.....cume taik lalat xde...wakakakakaka.....bila imam mahdi nk kluar ni....

Unknown said...

Salam Ya Habibi...Ya Shaikhul Kabeer...teringat kisah Luqman Al Hakim brsama anaknya dgn Sang Keldai...kalau nak diikutkan komen puak2 Juhala' nih...mmg ape pun x buleh Ust...teruskn dgn keberanian & ketegasan! Ana sokong tindakn Ust...

Siti said...

Asmlkm ustaz, maaf sy nk keluar dr topik sikit. Bolehkah kita sbg org islam mengucapkan "Merry Christmas" atau "Selamat Hari Krismas"? Ada pendapat mengatakan ucapan bukan bermksud ta'kid kt hati yg kita follow dan beriman ajaran diorang. Sama mcm diorang ucap "Selamat Hr Raya Aidilfitri" yg tak bermakna diorg redha dgn apa yg kita percaya.

Terima kasih ustaz.
ct_bee@yahoo.com

azlan said...

ASSALAMUALAIKUM , saya doakan agar ustaz terus maju dan tabah memperjuangkan risalah Baginda Muhamad Rasulullah s.a.w . Saya amat yakin dan percaya bahawa suatu hari nanti akan lebih ramai lagi mengikuti langkah seperti ustaz (berdakwah).
Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Salam Ust dn rakan2 semua. ..dakwah mesti diteruskan. Sy secara peribadipun takut Allah akn tanya knp x sebarkn Islam memandangkn sehingga skrg hampir separuh umur sy bekerja dgn sykt/bangsa cina.
Yg penting skrg apakah tindakan pihak berkuasa seterusnya setelah diberikan bukti olh Ust...samada mereka jg nk berpolitik atau betul2 nk jg Islam d Malaysia ini!

Asiah said...

Assalamualaikum Ustaz,Saya sangat gembira kerana ada yang takutkan ugama Islam.Harap mereka dapat nur untuk menjadi seorang muslim.Jesteru itu jangan bimbang kerana Allah sentiasa bersama pendakwah seperti Ustaz kerana agenda orang bukan Islam sangat banyak.

Asa said...

Bukankah dengan curiga akan membuat Islam terlihat semakin buruk? Sungguh Islam yang anda gambarkan bukan perilaku Islam sejati.

Salam

Anonymous said...

Berminat dengan perbandingan agama layari bicaramohdaziz.blogspot.com

Unknown said...

Assalamualaikum...
nak tompang promosi ya ustaz:
Assalamualaikum..tompang promosi ya kat sini...

Promosi Januari 2013 – Advanced Joint Health Tablet

Collagen Powder

ESP – Soy Protein Isolate Powder

GLA Complex

Vita-E Complex

Omega Guard

B-Complex

Anonymous said...

bkn smua umat kristian m'sia mcm yg d nyatakan d ats..bnda2 mcmni bole m'buatkn p'kara yg x elok b'laku t'hdp negara..dlm m'sia bkn hnya tinggal urg2 islam sj..tp t'dpt jg agama len..jd aku rasa..artikal2 seperti ini xsesuai nak d sebarkn..hormat agama urg len klo nak urg len hormat agama kta..xyah nak timbulkn isu yg sebegini..kta xda bukti yg sahih..surat yg d nyatakan 2 sapa2 pun ble tulis/type tuk sabotaj..aku klo bab2 mcmni..mmg aku xstuju..psl pa??psl family aku byk anuti agama len..jd xnak bnda2 mcm ni memecah belahkn family..
kertas yg d tunjukkan 2 pun headline dier "worship songs Jerusalem 2012..kertas lagu kot..klo kertas lagu mn nak cmpur2 dgn urusan len..apa nta..spttnya bg dgn jelas stiap huruf2 dlm surat 2..bkn bg blur isi surat 2..nmpk headline pun urg da tau 2 surat lirik lagu yg t'kandung dlm buku lagu kritian..tlg r..xyah nak huru harakan negara dgn cra yg mcmni..


USTAZ, mungkin tak paham English:

HEADLINE ITU TERTULIS: WORSHIP SONGS JERUSALEM 2012..
WORSHIP ITU BUKAN WORKSHEET...
USTAZ AGENDA KRISTIAN yang di maksud ustaz itu worksheet??
worship song itu artinya : lagu penyembahan
bagi kat kta2 baca kertas itu, nak translate...

chiakcandy said...

assalamualaikum.. Alhamdulilah, Allah telah mjwb kemusykilan dlm hati sy.. ustaz terima kasih kerana bg sy idea.. sy mhadapi situasi kristianisasi di tmpt kerja sy di lmbah klang.. dpd kisah ustaz sy rs sy tahu ape yg perlu sy wat n cube..

chubbyslim said...

Assalamualaikum. Usaha orang Kristian memang sejak dari dulu lagi untuk menyebarkan agama mereka spt mendirikan sekolah dan hospital terutama dari zaman penjajah dulu lagi. Yang penting umat Islam sendiri kurang menyebarkan agama Islam dikalangan orang Islam sendiri. Tapi alhamdulillah kini dah ada tv alhijrah dan radio Ikim dapat Islam itu disebarkan secara sistematik. Mantapkan Islam dlm diri umat Islam itu dulu

chubbyslim said...

Kita perlu bersyukur kerana ada hospital dan sekolah yg didirikan oleh orang Kristian ini sebab nak tunggu orang Islam sendiri nak bukak kedai, sekolah hospital lambat sangat. baru sekarang kita nampak org Islam ada usaha nak memantapkan ekonomi. Mereka dah mantapkan dakwah dah lama dah.

Malvin Gakim said...

Setakat ini, apa yang saya lihat, banyak orang yang berlainan pegangan dan agama saling 'menuding jari' untuk mempertahankan pegangan dan agama masing-masing. Jangan kita menilai ajaran agama dan pegangan tertentu dengan melihat para penganutnya. Jangan kerana tindakan sebahagian penganut sesuatu agama atau pegangan dijadikan sebagai kredit untuk kita memandang serong terhadap agama atau pegangan tersebut.

Malvin Gakim said...

Bagi orang Islam, saya percaya kalian semua berpegang kepada ini –
1. “Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]”
2. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyatakan bahawa:
“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu Daud)
3. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108: Maksudnya : “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Bagi orang Kristian, saya percaya kalian semua berpegang kepada ini –
1. (Jesus Christ said to the expert in the law): “Love the Lord your God with all your heart, with all your soul, and with all your mind. This is the greatest and most important command. The second is like it: Love your neighbor as yourself. All the Law and the Prophets depend on these two commands.” Matthew 22:37-40 (HCSB English Translation for the Greek language, the language that was used in New Testament)
2. “But I say to you who listen: Love your enemies, do what is good to those who hate you, bless those who curse you, pray for those who mistreat you.” Luke 6:27-28 (HCSB English Translation for the Greek language, the language that was used in New Testament)
3. “Now these three remain: faith, hope, and love. But the greatest of these is love.” 1 Corinthians 13:13 (HCSB English Translation for the Greek language, the language that was used in New Testament)

Kesimpulannya, cukuplah dengan hal saling ‘menuding jari’ sesama kita yang berlainan agama dan pegangan. Jangan kerana segelintir pihak, kita saling bermusuhan. Saya fikir apabila kita bergaul dengan orang Kristian, janganlah dengan terang-terangan kita menyebut mereka kafir dan begitu juga dengan orang Kristian, apabila bergaul dengan orang Islam janganlah dengan terang-terangan kita menyebut mereka kafir. Ini kerana, ajaran Islam dan Kristian masing-masing menegaskan kepada para pengikutnya yang masing-masing kedua-dua agama tersebut adalah agama benar dan bukan kafir. Jadi, menurut apa yang saya lihat, ajaran Islam dan Kristian mempunyai persamaan dalam hal kasih dan saling menghormati.

Pilihan untuk menganut sesuatu pegangan dan agama adalah terletak pada tangan individu itu sendiri samada Islam atau Kristian atau agama-agama yang lain. Setiap agama mempunyai suruhan agung untuk menyebarluaskan ajaran agama masing-masing kepada sesiapun, cuma pilihan terletak pada tangan orang yang mendengarkan ajaran-ajaran agama dan pegangan tersebut samada ingin menganut agama dan pegangan itu atau tidak. Sepertimana agama Islam mempunyai peluang untuk menyebarkan ajarannya kepada sesiapapun, seharusnya agama Kristian dan agama serta pegangan lain juga mempunyai peluang yang sama untuk menyebarkan ajaran mereka kepada sesiapapun. Terpulang kepada individu yang mendengar ajaran-ajaran tersebut itu samada ingin menganut agama dan pegangan tersebut atau tidak. Saya fikir hal ini patut diterapkan selaras dengan apa yang termaktub dalam salah satu bahagian pada perlembagaan Negara Malaysia iaitu ‘Kebebasan Untuk Beragama’. Ajaran-ajaran daripada mana-mana agama dan pegangan yang ingin disebarkan seharusnya tidak mencela atau merendah-rendahkan agama dan pegangan yang lain.

Malvin Gakim said...

Bagi orang Islam, saya percaya kalian semua berpegang kepada ini –
1. “Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]”
2. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyatakan bahawa:
“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu Daud)
3. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108: Maksudnya : “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Bagi orang Kristian, saya percaya kalian semua berpegang kepada ini –
1. (Jesus Christ said to the expert in the law): “Love the Lord your God with all your heart, with all your soul, and with all your mind. This is the greatest and most important command. The second is like it: Love your neighbor as yourself. All the Law and the Prophets depend on these two commands.” Matthew 22:37-40 (HCSB English Translation for the Greek language, the language that was used in New Testament)
2. “But I say to you who listen: Love your enemies, do what is good to those who hate you, bless those who curse you, pray for those who mistreat you.” Luke 6:27-28 (HCSB English Translation for the Greek language, the language that was used in New Testament)
3. “Now these three remain: faith, hope, and love. But the greatest of these is love.” 1 Corinthians 13:13 (HCSB English Translation for the Greek language, the language that was used in New Testament)

Kesimpulannya, cukuplah dengan hal saling ‘menuding jari’ sesama kita yang berlainan agama dan pegangan. Jangan kerana segelintir pihak, kita saling bermusuhan. Saya fikir apabila kita bergaul dengan orang Kristian, janganlah dengan terang-terangan kita menyebut mereka kafir dan begitu juga dengan orang Kristian, apabila bergaul dengan orang Islam janganlah dengan terang-terangan kita menyebut mereka kafir. Ini kerana, ajaran Islam dan Kristian masing-masing menegaskan kepada para pengikutnya yang masing-masing kedua-dua agama tersebut adalah agama benar dan bukan kafir. Jadi, menurut apa yang saya lihat, ajaran Islam dan Kristian mempunyai persamaan dalam hal kasih dan saling menghormati.

Pilihan untuk menganut sesuatu pegangan dan agama adalah terletak pada tangan individu itu sendiri samada Islam atau Kristian atau agama-agama yang lain. Setiap agama mempunyai suruhan agung untuk menyebarluaskan ajaran agama masing-masing kepada sesiapun, cuma pilihan terletak pada tangan orang yang mendengarkan ajaran-ajaran agama dan pegangan tersebut samada ingin menganut agama dan pegangan itu atau tidak. Sepertimana agama Islam mempunyai peluang untuk menyebarkan ajarannya kepada sesiapapun, seharusnya agama Kristian dan agama serta pegangan lain juga mempunyai peluang yang sama untuk menyebarkan ajaran mereka kepada sesiapapun. Terpulang kepada individu yang mendengar ajaran-ajaran tersebut itu samada ingin menganut agama dan pegangan tersebut atau tidak. Saya fikir hal ini patut diterapkan selaras dengan apa yang termaktub dalam salah satu bahagian pada perlembagaan Negara Malaysia iaitu ‘Kebebasan Untuk Beragama’. Ajaran-ajaran daripada mana-mana agama dan pegangan yang ingin disebarkan seharusnya tidak mencela atau merendah-rendahkan agama dan pegangan yang lain.

MatSapurba said...

Asalamualaikum
Saya bukan ustaz dan hanya seorang yg daif yg mungkin byk silapnya dlm apa yg saya nk sampaikan. Namun keyakinan tentang kebenaran dan kehendak yg kuat utk teguhkan kebenaran mendorong saya utk mencoba. Maafkan saya kalau memang salah opinion saya yg berdasarkan gut feeling dan ilham.
1. Penemuan 'rahsia' tentang decree itu sgt menakjubkan, subhanallah.
2. Ia seperti clue utk kita perjuangkan agama n bangsa yg diambang kehancuran.
3. Bermcm cara utk mengkafirkan kita sudah bermula semenjak gambar mother mary di atas kaca baru2 ni.
Bangsa Islam kita yg sudah pun menyeleweng senang dikelirukan lagi dgn usaha2 mereka ni.
4. Soalannya kenapa Sahabat, Tabiin dan seterusnya tak mudah dipengaruh hinggalah sesuatu masa semuanya runtuh.
5. Kita sering ishtiharkan pegang Quran dan Sunnah nescaya selamat, kenapa masih belum selamat. Perpecahan sana sini, Arab springs etc etc. Umat Islam tk bersatu disebabkan perbezaan fahaman agama antara satu dgn lain angkara perbezaan dan pemalsuan HADITS
6. Soalannya adakah benar pelajaran Islam sekarang ni, adakah sahih kitab2 agama yg kita belajar skarang ni?
7. Saya ambil contoh sedikit saja. Adakah hadis kita belajar ni benar 100%? Termasuk sahih Bukhori. Kalau dah sahih Bukhori seharusnye sahih lah 100%. Lalu...
a) Benarkah nabi Musa terlanjang disaksikan sahabat2nya mengerjar batu yg melarikan pakaiannya?
b) Benar kah junjungan kita Rasulullah jimak dgn 11 isteri satu malam kerna mempunyai kekuatan 30 lelaki? Perlukah nabi bicarakan aksi intimnya dgn umat nya?
byk lagi dongeng hadis yg membuat saya menangis.
c) Benarkah Rasulullah mengajarkan kita Tarawih perseorangan dirumah?? (when prophet said he performed salah at home, ppl assumed he wasdoing Taraweeh at home)
Pernah saya ajukan pertanyaan semua ni sebagai curhat bersama teman2. Mereka persendakan saya.. marahi saya. Siapa lah saya bukan ustaz nak salahkan beribu Ulamak sedunia yg iktirafkan kesahihan hadits tersebut.
Sampai sekarang di semenanjung kita ni tak pernah saya dgr seorang ustaz pun perdebatkan hal ini, mengapa?
Ya ustaz Muhamad amat saya hormati, Islam hanya boleh bangkit apabila ilmu Islam ni dibetulkan, disebarkan, difahamkan barulah umat bersatu tiada beza pendapat.
Dan seterusnya ekonomi kita dpt dimantapkan. Bukan dgn kekerasan seperti apa yg berlaku skarang. Salah kita sendiri 100%.

Beranikah ustaz tampilkan keberanian mencari kebenaran?
Menghapuskan kitab palsu yg diedarkan ke masjid2 dan dimana2 dan mansuhkan kitab2 yg benar utk dijadikan panduan hadis? Ini sesuatu cabaran yg sulit.
Inilah doa saya permintaan saya yg masih saya menunggu dgn penuh harapan.
Namun maafkan saya kalau terkasar bahasa. Saya tk pandai sgt menulis mungkin dan mesej saya keliru.
Terima Kaseh

MatSapurba said...

Ustaz tak faham English?
Kenapa meremehkan Ustaz yg berniat murni. It doesnt mean u come frm a family of mixed religion, we cant be discussing these pressing issues? Allah or family as priority?
Not all non muslims have agendas against us, but if there exists some mischief amongst them, should we not protect ourselves?

Anonymous said...

Assalammualaikum.. Apa yg cuba disampaikan Umat islam di Malaysia perlu bersatu mempertahankan agama islam di Malaysia. Berhentilah menyalahkan org lain dn janganlah bermusuh serta berpecah disebabkan hal
Dunia.. Kembalilah kpd Allah.

Anonymous said...

Usaha dan kegigihan Kristian dalam dakwah lebih hebat berbanding umat Islam sendiri. Ini kita mesti akui. Jangan salahkan Kristian berdakwah sedangkan sekolah mubaligh jumlahnya amat banyak di negara kita malahan dah berusia puluhan tahun.
Lebih malang kita dihanyutkan dan dijauhkan daripada pegangan Islam itu sendiri. Musuh Islam tak perlukan kita menganut agama mereka tetapi mereka cukup bergembira jika kita juah daripada agama. Lihat anak muda MELAYU ISLAM di MALAYSIA...apa dah jadi? mereka tak masuk Kristian tetapi hidup lebih teruk berbanding orang bukan ISLAM. Bahkan tak perlu jadi negara Kristian pun cara hidup MUDA-MUDI ISLAM lebih bangsat berbanding Kristian...
Siapa yang menjadikan MUDAMUDI ISLAM jadi seprti ini?...Fikirkan...adakah pimpinan negara hari ini nampak?

Anonymous said...

ada anonymous berlagak pandai, dia kata ustaz tak faham B.I. macam ni punya punya makhluk pun ada... dakyah nak suruh kita senyap la tu.

di bawah ni adalah teks penuh, saya salin dari komen dari post asal.

--------------------------

Prayer Points and Prophetic Decrees:
1. We declare and decree that Almighty God is the Lord and King over this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, the Only True and Living God Who is worthy of all our worship!
2. We declare and decree that Adonai Yeshua HaMashiach is the Savior and Redeemer of every soul living in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia!
3. We declare and decree that Adonai Yeshua HaMashiach is the Builder and Developer of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia which shall be exalted according to the Prophetic Calendar of Almighty God!
4. We declare and decree that Almighty God is the Foundation, the Pillar and the Canopy and Covering of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia!
5. We plead the Precious Blood of the Lamb over this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia! Let this entire nation BE SOAKED and SATURATED WITH THE PRECIOUS BLOOD OF THE LAMB! ALMIGHTY GOD SHALL BE STIRRED WITH A FRESH JEALOUSY FOR THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA!
6. We plead the Precious Blood of the Lamb upon the Parliament House and upon every State Government and Department in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia! Let only the Perfect Will and Good Pleasure of God Prosper in them, in Yeshua’s Mighty Name!
7. We declare and decree that this New Prophetic Nation of Malaysia will LIVE and PROSPER and MAKE TREMENDOUS PROGRESS according to the Good Pleasure of Almighty God! MALAYSIA IS A TRUE BLESSING TO THE NATIONS OF THE WORLD!!!
8. We declare and decree that this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia will live to fulfill her God-Ordained Destiny as the Beloved of the Lord among the nations of the world!
9. We declare and decree that this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia will be filled with the Glory and the Knowledge of God even as the waters cover the sea! WHEREVER THE BLOOD OF THE LAMB IS HONORED IN THIS NATION, THERE THE GLORY OF THE LORD SHALL BE MADE MANIFEST!
10. O Lord our God, we pray that every Ahab and Jezebel that is in authority that opposes Your plan and purpose for this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, BE REMOVED, in Yeshua’s Mighty Name! Every ungodly ruler and those that do not stand up for righteousness and integrity, BE REMOVED, in Yeshua’s Mighty Name!
11. O Lord our God, we pray that the doors into every home in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia that does not know Adonai Yeshua HaMashiach, BE OPENED BY FIRE, for the penetration of the Gospel of Your Kingdom, in Yeshua’s Mighty Name!
sampai item:
35. O ABBA FATHER, LET THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA LIVE IN THE FULLNESS OF YOUR PRESENCE, POWER, PURPOSE, PROVISION AND PLEASURE! LET THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA FULLY MANIFEST YOUR GLORY, HONOR AND MAJESTY, IN YESHUA’S MIGHTY NAME!!!

Anonymous said...

TAMBAHAN ITEM 12 - 34 DLM DECREE:

12. O Lord our God, we ask You to bless and protect all Your beloved saints from every attack of the enemy in Yeshua’s Mighty Name! We declare and decree that no weapon that is formed against us shall prosper; and every tongue that shall rise against us in judgment we shall condemn! This is our heritage as Your Anointed and Ordained Ambassadors of Your Kingdom in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, for our righteousness is of You, O Lord our God!
13. O Lord our God, we pray against all hidden agendas, and that any attempts to deliberately orchestrate violence between the religious communities of this New Prophetic Nation of Malaysia would come to nothing, in Jesus’ Mighty Name! We pray that every evil counsel that is in existence to be utterly destroyed, in Yeshua’s Mighty Name! (Job 5:12-14).
14. O Lord our God, we pray for the release of Your Supernatural Wisdom upon our leaders in the utilization of the nation’s resources, in Yeshua’s Mighty name! We pray that every manner of corruption, injustice and wickedness in high places be brought down and totally destroyed, in Yeshua’s Mighty Name!
15. O Lord our God, we pray for Your mercy to come upon the weak, the poor and the orphans who cry for help because You, O Lord are the Help of the helpless, a Father of the fatherless, and a judge of the widows! You indeed are in Your holy habitation in the midst of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia!
16. We declare and decree the destruction of all false satanic altars and speak an establishment of the Altar of the Almighty God in the midst of this New Prophetic Nation of Malaysia, in Yeshua’s Mighty Name! O God of this New Prophetic Nation of Malaysia, ARISE AND SHOW US YOUR AWESOME GLORY AND WONDER IN THE MIDST OF THIS PROPHETIC RAINBOW NATION that we may learn to fear and tremble before You, in Yeshua’s Mighty Name!
17. We declare and decree the Bountiful Blessing of the Goodness and Perfect Shalom of the Lord over the entire land of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia – from the east to the west, from the north to the south, and every point in between, shall be greatly blessed by the Lord, in Yeshua’s Mighty Name!
18. We declare and decree the utter destruction and dethronement of every wicked power, prince and principality of the air ruling over the heavenly places of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, in Yeshua’s Mighty Name!
19. We declare and decree that THERE IS A SHIFT AND CHANGE OF POWER AND AUTHORITY IN THE HEAVENLY PLACES OVER THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA, in Yeshua’s Mighty Name! We declare and decree that THE BLOOD-REDEEMED SAINTS OF THE MOST HIGH GOD ARE THE TRUE RULERS, PRINCES, AND PRINCIPALITIES IN THE HEAVENLY PLACES OVER THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA, in Yeshua’s Mighty Name!
20. We declare and decree that the True Light of Jesus will shine upon all that are still in darkness in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, in Yeshua’s Mighty Name! O Adonai Yeshua HaMashiach, we declare that You are the True Light of this New Prophetic Nation of Malaysia! Shine, O Adonai Yeshua HaMashiach, SHINE BRIGHTLY OVER THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA THAT ALL THAT STILL DWELL IN THE REGION OF DARKNESS MAY SEE YOUR LIGHT AND COME TO YOU FOR SALVATION!

Anonymous said...

LAGI 21-34:
20. We declare and decree that the True Light of Jesus will shine upon all that are still in darkness in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, in Yeshua’s Mighty Name! O Adonai Yeshua HaMashiach, we declare that You are the True Light of this New Prophetic Nation of Malaysia! Shine, O Adonai Yeshua HaMashiach, SHINE BRIGHTLY OVER THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA THAT ALL THAT STILL DWELL IN THE REGION OF DARKNESS MAY SEE YOUR LIGHT AND COME TO YOU FOR SALVATION!
21. We declare and decree that Adonai Yeshua HaMashiach is the Strength and Healer of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia! Heal us, O Adonai Yeshua HaMashiach, and we shall be fully healed and restored! We speak forth the Word of Your Divine Healing over every state, sector, and department that has been destroyed or affected by the power of darkness, in Yeshua’s Mighty Name!
22. We declare and decree that Adonai Yeshua HaMashiach is the Good Success and Enduring Prosperity of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia! We declare and decree that the Kingdom of God is come and fully established in the midst of this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia, in Yeshua’s Mighty Name! We worship You, O Adonai Yeshua HaMashiach as the King over this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia!
23. We declare and decree that the Holy Ghost is BROODING OVER THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA! We declare and decree that MALAYSIA IS A CHRISTIAN NATION, in Yeshua’s Mighty Name! (7x)
24. We declare and decree that this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia shall be guided in the Way of Justice and Truth of Almighty God! We declare and decree that MALAYSIA IS A CHRISTIAN NATION, in Yeshua’s Mighty Name! (7x)
25. We declare and decree that Righteousness shall reign in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia! We declare and decree that MALAYSIA IS A CHRISTIAN NATION, in Yeshua’s Mighty Name! (7x)
26. We declare and decree that this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia belongs to Adonai Yeshua HaMashiach! We declare and decree that the Lord Jesus Christ shall make Satan and all his cohorts to come and bow before us in this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia because WE ARE THE BELOVED SAINTS OF THE MOST HIGH GOD! (Rev.3:9)
27. We declare and decree that this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia shall be PRESERVED AND SUSTAINED BY THE WORD, THE BLOOD, AND THE LIFE-GIVING SPIRIT OF ADONAI YESHUA HAMASHIACH!
28. In the Name of Adonai Yeshua HaMashiach, we open up THE GATES, THE DOORS, AND THE WINDOWS OF THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA FOR A FRESH VISITATION OF THE HOLY GHOST LIKE NEVER BEFORE! COME, O HOLY GHOST AND VISIT US LIKE YOU’VE NEVER VISITED ANY OTHER NATION IN THIS WORLD! COME, O HOLY GHOST AND LET THE LORD JESUS CHRIST BE EXALTED TO THE PLACE OF PREEMINENCE AND PROMINENCE IN THE MIDST OF THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA!
29. O Holy Ghost, visit the Prophetic Womb of Malaysia, in Yeshua’s Mighty Name! Let this New Prophetic Nation of Malaysia bring forth all the FRUITS OF THE PROPHETIC SEEDS that have been sown into her through the mouths of Your Ordained Prophets!

Anonymous said...

LAGI 30-34:
30. O Malaysia, we prophesy to you TO BRING FORTH AN ABUNDANCE OF ROYAL DELIGHTS FOR THE PLEASURE OF ADONAI YESHUA HAMASHIACH, YOUR KING OF GLORY!
31. O Winds of the Holy Ghost – the Prophetic Winds of End-Times Revival Glory, COME AND BLOW MIGHTILY upon this New Prophetic Rainbow Nation of Malaysia from the four corners of the earth, and let the Armies of the Living God be raised up for the End-Times Purposes of Almighty God!
32. We declare and decree that this New Prophetic Nation of Malaysia is Redeemed, Cleansed and Sanctified by the Precious Blood of the Lamb! We declare and decree that this New Prophetic Nation of Malaysia RIGHTFULLY BELONGS TO ADONAI YESHUA HAMASHIACH BECAUSE HE HAS PAID THE FULL PRICE FOR THE FULL SALVATION OF EVERY SOUL THAT IS BORN IN THIS NATION OF MALAYSIA!
33. COME, O ADONAI YESHUA HAMASHIACH, AND RECEIVE UNTO YOURSELF WHAT YOU’VE LOVINGLY SUFFERED FOR – THIS PRECIOUS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA!
34. O ADONAI YESHUA HAMASHIACH, ARISE AS THE ALMIGHTY LION OF JUDAH AND UNLEASH YOUR ROARS UPON THIS NEW PROPHETIC RAINBOW NATION OF MALAYSIA AND LET THE PROPHETIC DESTINY OF MALAYSIA BEGIN TO BLOOM AND FLORISH LIKE NEVER BEFORE!!!

--------------------------------

sekarang dah jelas nyata niat mereka menjadikan Malaysia negara kristian. mereka mendoakan pucuk pimpinan negara bertukar dan pemimpin yang dipilih menyebelahi mereka.

Anthony McCool said...

Kami menggembirakan 👁 dalam keindahan Butterfly, tetapi jarang mengakui perubahan yang telah melalui untuk mencapai keindahan itu. Anda hanya melalui kehidupan ini sekali 🔂 anda tidak datang kembali 🔙 untuk Encore. Anda tidak akan pernah membuatnya dengan duduk di atas duff anda 🧘 ♂ dan memberitahu dunia 🌍 betapa besar 💪🏻 anda akan menjadi, Adakah anda inginkan kekayaan 💰 kemasyhuran 📡 cahaya sukan, untuk melakukan tanda dan keajaiban, pengembalian pasangan anda 👫 anda adalah seorang peguam, guru , politik 👮🏼 urus Bank, pemain bola sepak ⚽ atau anda mempunyai idea perniagaan tetapi tiada kewangan, membuka kunci nasib anda sekarang dengan menyertai 🤝🏻 Freemasonry Grand Lodge hari ini, dan menerima jumlah €50,000,000 💶 Manfaat, selepas pendaftaran kehormatan anda telah diluluskan, sebagai Wang keahlian alu-aluan pertama 💶 dan gaji bulanan €800,000 💶 anda mempunyai akses penuh untuk membasmi kemiskinan dan lain-lain keadaan dari kehidupan anda, hubungi ibu pejabat 📞, melalui e-mel 📥 alamat, unitednationalmasons@protonmail.ch atau 📲 WhatsApp European Union, +31687718900 takdir anda berada di tangan anda 🤲

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...