Wednesday, October 31, 2012

Diari 409 - Bagaimana Aidil Adha Disambut di Masjid al-Aqsa?


Khamis 25 Oktober 2012...

Malam ini adalah malam hari raya Aidil Adha, ia merupakan haji akbar bagi tetamu Allah di Mekah. Kami telah sampai di kota Jerusalem jam 3.30 petang.
Orang Arab menyambut hari raya korban lebih meriah dari hari raya Aidil Fitri. Petang ini, polis Israel membuat rondaan menaiki kuda di jalan-jalan sekitar masjid al-Aqsa

 Pada hari raya Aidil Adha, tidak ramai orang tempatan di kawasan masjid ini. Ini kerana kebanyakkan mereka balik berhari raya di kampung mereka sekitar Jerusalem.

Kami memasuki al-Aqsa sebelum maghrib, ya.. bermulanya malam hari Jumaat dan bermulanya malam hari raya Aidil Adha. Masjid ini pada hari ini dipenuhi oleh orang Sudan. Mereka adalah buruh kasar yang bekerja untuk Israel di Tel Aviv, tetapi jika tanya, mereka akan berusaha mengelak dari menjawab mereka bekerja di bawah orang Yahudi.

Di sekitar al-Aqsa, yang tidak balik merayakan dengan penuh gembira, di sini mereka bertakbir dengan memalu gendang. Keadaan seperti di dalam peperangan. Ketika kami melalui lorong-lorong al-Aqsa, orang di sini memberikan hadiah-hadiah kepada kami.
 Penerbit rancangan Usrah TV9 menghubungi saya melalui SMS mengenai keadaan jemaah di sini kerana terdapat berita yang diterima bahawa berlaku tembakan pada pagi hari raya.
 Memang kadang kala terdapat berita-berita buruk yang menakutkan orang untuk ke sini, dan ini kali kedua ketika saya berada di sini terdapat berita di Malaysia bahawa Yahudi menembak jemaah di al-Aqsa, tetapi ketika berita ini tersebar saya berada di al-Aqsa dan saya menyaksikan bahawa berita ini tidak benar, ia saja di reka untuk menakutkan orang untuk datang ke sini.
 Pagi selepas solat hari raya, saya mengajak jemaah menziarahi bahagian bawah masjid al-Aqsa, ruangan bawah ini sepatutnya dibuka pada hari Jumaat, tetapi kebetulan hari raya jatuh pada hari Jumaat, banyak petugas di al-Aqsa pulang bercuti, rentetan dari itu, bahagian bawah masjid di buka sekejap sahaja kemudian ditutup kerana kekurangan penjaga.
Ketika kami pulang ke Hotel selepas solat hari raya, terdapat seorang budak perempuan membawa sejambak bunga, dia menghadiahkan bunga ini kepada ahli jemaah, diraut wajahnya terpancar kegembiraan kerana menyambut hari raya.

Beginilah, orang Jerusalem menyambut hari raya qurban. Ia lebih meriah lagi berbanding hari raya Aidil Fitri, berbeza dengan tempat kita.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
30 Oktober 2012 jam 8.35 malam

5 comments:

Muhaimin said...

aidil adha lebih meriah dr aidil fitri.. mengapa ye

Anonymous said...

nama jah ustaz tapi dome of rock dengan masjid al-aqsa pun tak tahu beza...

ain said...

Assalammualaikum ustaz..apakah prosedur2 yg membolehkan saya bersama suami saya utk dpt menziarahi palestine?

zizo said...

aidil fitri dirayakan cuma bermula maghrib(mlm raya) hingga zohor hari raya. berbeza dgn raya qurban disambut 3 hari mengikut islam.
buktinya takbir raya aidilfitri bermula maghrib(mlm raya) berakhir zohor hari raya. bebeza dgn raya qurban takbirnya 3 hari bertirut2.

Anonymous said...

Ustaz dah bbrp Kali ke Palestine. Knp pulak ustaz tak tau beza ? Baca dulu catatan kembara ustaz sblm ni..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...