Saturday, October 27, 2012

Diari 408 - Perjalan Uni. Kehidupan al-Aqsa ke (9)

Rabu 24 Oktober 2012, bermulakan perjalanan Universiti Kehidupan al-Aqsa (9). Tarikh yang saya pilih untuk bersama rombongan kali ini adalah bertepatan dengan sambutan hari raya Aidul Adha.


Kapal Roual Jordan yang kami naiki mula meninggalkan KLIA jam 10.10 malam. Singgah di Bangkok sebentar, kami meneruskan perjalanan ke Amman sebelum memasuki Jerusalem. Tempat duduk saya kala ini ialah no. 14 A.


 Kala ini di Palestin sedang peralihan dari musim panas ke musim sejuk, jadi berbagai buah-buahan sedang mekar ketika musim ini.
 Rombongan Universiti Kehidupan (9) kali ini seramai 24 orang, dan rombongan kali ini beruntung kerana dapat merasakan solat Idul Adha dan suasana hari raya di Palestin
Kebanyakkan orang Arab hari ini berpuasa sunat Arafah. Di serambi al-Aqsa mereka bersama-sama berbuka puasa ketika azan Maghrib dilaungkan dari Mihrah al-Aqsa.
 Satu yang menarik di al-Aqsa ini adalah budaya bersedekah, ada yang sedekah manisan, ada yang sedekah tisu, ada yang sedekah minyak wangi.
Oleh keran sekarang peralihan ke musim sejuk, jadi malam lebih panjang dari siang. Jam 4.28 pagi sudah masuk waktu Subuh dan jam 5.02 minit dah masuk waktu Magrib. Beza jam di Malaysia kala ini dengan jam Palesitin adalah 6 jam.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
26 Oktober 2012 jam 10 malam.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..Ustaz. Sy nk tnya beberapa soalan ya. Harap Ustaz blh tlg jelaskan. 1. Bolehkah seorang Islam mengucapkan 'Merry Ch*stmas' kpd rakan bkn Islam? 2. Apakah perkara yang menentukan seseorang itu telah murtad? Apa beza murtad dan kufur? 3. Apakah sah hubungan perkahwinan seorang gay dgn isteri wlaupun masih melakukan perbuatan gay slps berkahwin? Layakkahh menjadi wali? 4. Apakah hukum seorang bapa yang tidak memberikan keperluan yang mencukupi kpd keluarga? Adakah dikira berhutang?
5. Benarkah seseorang yg mempunyai tabiat mengetap gigi ketika tidur berkemungkinan mempunyai saka? 6. Apakah hukum bagi seseorang yang gemar meminjam barang rakan dengan anggapan, rakan membenarkan padahal rakan tersebut tidak merelakan. Adakah dikira haram? Maaf ustaz terlalu banyak kemusykilan saya. Saya harap ustaz dpt bantu sy. in shaa Allah..syukron

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...