Friday, October 19, 2012

Diari 406 - "Seminar Keibubapaan, kisah anak tahfiz.."

Sabtu 13 Oktober 2012 jam 8.30 pagi....

Pagi ini saya bersama dengan peserta kursus keibubapaan yang dianjurkan oleh Pusat Perunding Dan Latihan IKIM (PPLI) di jalan Off Jalan Duta. 

Yang saya suka kongsikan ialah pengalaman seorang ibu dan ayah yang anaknya yang telah menghafal al-Quran, kini telah jemu dan mahu meninggalkan sekolah tahfiznya.

Sebenarnya, bagi ibu ayah yang ingin menjadikan anak mereka tahfiz, tidak cukup hanya sekadar menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah tahfiz, tetapi ibu ayah perlu sentiasa memberi semangat untuk anak itu terus menghafal al-Quran.


Ini kerana cabaran penghafal al-Quran sebenarnya memang besar.

Pada kesempatan ini juga, TV Hijrah dan Bernama bertanyakan mengenai gejala sosial yang semakin meruncing sekarang ini.
Saya boleh simpulkan dengan satu perkataan iaitu, banyakkan doa. Kadang kala, kita telah berusaha dengan semaksima mungkin untuk melihat anak kita berjaya, tetapi faktor doa tidak boleh dianggap remeh.

Doa juga ada rahsia-rahsia untuk ia menjadi mustajab...

Semoga perkongsian hari itu memberi manfaat, amin..

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
19 Oktober 2012 jam 10.30 malam.

4 comments:

Anonymous said...

Bukan budak aje ustaz, yg tua2 pun kdng2 gitu.

Manusia ni fitrahnya nakkan sesuatu yg berlainan baru bersemangat menjalani hidup ni. Bila dah membuat yg lain, masa utk aktiviti lamanya (cthnya menghafal) dah kurang. Tu yg beransor2 hilang & lupa.

Kita sendiri dulu misalnya masa muda2 hafal beberapa surah2 terkenal spr alMulk, AsSajadah, AlWaqiah, AdDhuha sampai AnNas, Alkahfi 5 ayat pertama & terakhir dll, tapi bila dah meningkat umor sibuk dgn karier, family, dll , ada sesetengahnya surah yg dah lupa sepenuhnya.

Cam mana tu ustaz.
Kdng2 masa banyak juga habis kat internet. Tapi tengok yg baik2 ustaz, spr layari blog ustaz, dngar ceramah ustaz2 dll.

Anonymous said...

assalammualaikum ustaz,
saya belum mempunyai anak,saya selalu berdoa agar saya dan suami dikurniakan zuriat yg baik,soleh dan solehah.bagaimana persiapan yang terbaik yang boleh saya lakukan supaya apabila mempunyai anak kelak,saya boleh didik mereka dengan baik?

Anonymous said...

Insyaallah, utk dpt zuriat yg baik di sisi Allah, kedua ibu bapa mestilah baik, soleh di sisiNya.

Hubungan dgnNya & manusia/masy/makhlok dijaga.
Tapi klu kdg2 tak sbgaimana diharap, Allah nak beri ujian. Jgn putus timba ilmu .

siti said...

Assalamualaikum ustaz.. saya dr sebelum mempunyai anak dh berniat nk anak2 saya dpt belajar menghafaz Al quran.. skrg anak sulung saya berusia 8 thn.. saya berhajat nk hntr nye ke sekolah tahfiz.. tp saya ada perasaan bimbang klu2 saya menbeban & memberi tekanan pada anak saya.... apa pendapat ustaz

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...