Thursday, October 6, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 87 – Khurafat Orang Uzbekistan

Setiap bangsa ada mitos dan kepercayaannya sendiri mengenai alam ghaib. 

Ketika Islam datang, ia membawa manusia membersihkan kepercayaan pada perkara ghaib. Hanya perkara ghaib yang benar-benar wujud sahaja yang diajarkan sedangkan yang bersifat sangka-sangka atau boleh merosakkan akidah di benteras.

22 September 2011, saya bersama rombongan dari Shah Alam telah sampai ke Bukhara Uzbekistan. Ini kali ketiga saya sampai di tempat ini.

Jika saya berjalan dan bermusafir, antara perkara yang suka saya lihat adalah cara orang berfikir dan kepercayaan setempat.

Tengah hari ini, kami berhenti untuk makan. Masakan orang Uzbek macam Arab, agak tawar dan tidak berempah. Oleh kerana kawasan ini banyak sayur, maka hidangan akan sentiasa bersulamkan sayur-sayuran. Tapi cili tidak ada, dan mereka pun memang jenis yang tidak makan pedas.

Mata saya terpandang ke satu sudut. Ada cili yang bergantungan. Ingatkan ia sebagai perhiasan atau tempat meletak cili untuk memudahkan orang mengambilnya. Rupanya ia adalah untuk mengelakkan malapetaka dan juga sihir.

Banyak kedai dikunjungi dan perkara yang sama mereka buat.

“kenapa kamu gantung cili ini? tanya saya pada orang Uzbek di sini.

“Oh, ia sebagai mengelakkan pandangan yang jahat dan juga sihir” katanya menerangkan pada saya sambil tersenyum yakin.

Sebenarnya, di mana-mana tempat ada khurafat tersendiri. Di Nusantara ini, mungkin kita pernah melihat orang meletakkan paku lama, gobek sirih lama, besi kuning  dan sebagainya. Nampaknya di nusantara barang-barang mengelak jin lebih mahal dari Uzbek yang hanya meletakkan cili kering.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Zulqaedah 1432/ 6 Oktober 2011 jam 12.oo tengah hari

IMG_5027

Cili kering pada pokok

IMG_5146

Cili kering pada pinggan

IMG_5147

1 comment:

Anonymous said...

Ustaz, thanks for the info.
Membuat kan saya teringat ttg amalan org2 Melayu, antaranya utk elak hujan (esp nak kenduri kawin), dijerang batu dlm air mendidih .

Ada kaitan saintifik ke yg boleh dijadikan sebab musabab (usaha?). (Mcm kita usaha/ikhtiar makan ubat, yg menyembuh tu ialah Allah.)

Kot sapa2 boleh tolong explain. Skurang2nya tambah ilmu kita.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...