Tuesday, July 31, 2012

Bicara Ilmu 86 – “Usrah, Kisah Nabi Musa a.s..”

Usrah baru-baru ini membicarakan mengenai kisah Nabi Musa, sebenarnya, rakaman ini telah dibuat pada bulan Febuari 2012.

Rakaman ini dibuat dibeberapa lokasi.

Secara peribadi, saya gembira dapat kongsikan kisah para Nabi ini di lokasi tempat kejadian.

Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.

Bagi yang tidak sempat mengikuti, boleh layari di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Julai 2012 jam 5.45 petang

Bicara Ilmu 85 – “Qiamulllail, Perbahasan Di IKIM..”

Alhamadullillah, saya menghabiskan kembara Jejak Rasul di Mekah pada 27 Julai 2012..
Pulang Dari Mekah, banyak program Ramadhan telah menunggu.
Isnin 30 Julai 2012, saya bersama di dalam IKIKfm, membicarakan mengenai Qiamullail.
Siapa yang tidak sempat mengikutinya, bolehlah melayarinya di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rababihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
31 Julai 2012 jam 5.30 petang
Ustaz Amin Ikim
Kami mulakan dengan persoalan yang dikirimkan melalui FB kerana dalam dua minggu yang lepas, ia adalah rakaman dan para pendengar tidak berpeluang untuk berinteraksi secara langsung.
semoga memberi manfaat

Bicara Ilmu 84 – “Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.

Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-

1. Jika kita ditempat kita

2. . Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ

Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)

Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Julai 2012 jam 5.00 petang

Sunday, July 29, 2012

Bicara Ilmu 83 – "Tarbiyah Ramadhan Untuk Pasangan Suami Isteri" ~ ADMIN

Tarbiyah Ramadhan kali ini khusus ditujukan kepada para suami & isteri..Bagaimana mendidik 5 unsur iaitu roh, badan, akal, nafsu, hati dalam menghadapi kerenah suami isteri...selain daripada itu tarbiyah untuk anak-anak kepada ibu bapa juga diceritakan oleh Al Fadhil Ustaz antaranya setiap manusia tidak lari dari membuat kesalahan & cara terbaik adalah memaafkan. Sama-samalah kita menghayati video di bawah.~ADMIN


Friday, July 27, 2012

Bicara Ilmu 82 – "Tarbiyah Ramadan Membentuk Peribadi Manusia" ~ ADMIN

Pada kali ini kuliah bertajuk bagaimana ramadhan mentarbiyah diri manusia yang dijadikan dengan 5 unsur iaitu roh, badan, akal, nasfu & hati....Al Fadhil mensyarahkan tarbiyah Ramadhan dari sudut yang lain iaitu Ramadhan mendidik roh dengan membanyakkan membaca Al Quran contohnya...Ramadhan mentarbiyah badan dengan apabila berpuasa seorang itu boleh melakukan rutin seperti biasa...kita hayati bersama video & sambungan di bawah ini semoga kita semua dapat manfaat & iktibar dari video di bawah insyallah. ~ ADMIN


Tarbiyah Ramadan Bahagian 01



Tarbiyah Ramadan Bahagian 02



Tarbiyah Ramadan Bahagian 03


Thursday, July 26, 2012

Universiti Kehidupan 232 - “Tawadhuknya Para Ulama Mekah..”

Banyak menghadiri majlis ulama’ di kota Mekah ini saya mempelajari satu perkara..

Saya mempelajari erti tawadhuk pada ilmu.

P1000667

Jahil sangat diperangi dalam Islam tetapi ketahuilah jahil boleh berlaku dalam dua perkara:-

1. Orang yang malas menuntut ilmu

2. Orang yang telah rasa cukup dengan ilmunya, maka berlakulah jahil kali kedua.

25 Julai 2012, saya menghadiri majlis ilmu Habib Taha  bin Hassaan Fada’ak.

P1000665

Majlis ilmu ini bukan sahaja dihadiri oleh orang awam, tetapi para ulama lain juga menghadiri masjlis ini.

P1000671

Ia disampaikan oleh beberapa orang ulama’, gambar di atas Habib Taha memegangkan pembesar suara pada ulama lain ketika ulama lain mengajar satu bab dari ilmu.

P1000675

Hadir juga di masjid ini malam ini ialah Habib Umar al-Jailani, padahal Habib Umar seorang tuan guru besar dan punyai pengajiannya sendiri, tetapi beliau juga hadir di majlis ilmu orang lain untuk mendengar majlis ilmu.

P1000681

Budaya ini di Malaysia agak kurang, amat sedikit para ustaz duduk di majlis ilmu ustaz lain yang mengajar. Berbeza dengan para ulama Mekah.

Yang bukan anak muridnya, mereka tidak membenarkan untuk mencium tangan, cepat-cepat akan ditarik tangan mereka, kalau kita dapat mencium tangan mereka, mereka akan mengambil tangan kita dan menciumnya kembali.

P1000688

Semoga Allah jadikan saya dan pembaca sekelian orang yang tawadhuk pada Ilmu, tidak sombong dengan pengetahuan dan tidak takabbur dengan kehidupan.

Jam 3 pagi, kota Mekah masih sesak, kota yang tidak pernah tidur….

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat'”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

26 Julai 2012 jam 3.15 petang

Diari 400 – “Sedekah Air Ketika Tarawikh..”

Beberapa masjid yang saya kunjungi ketika solat tarawikh di Mekah ini, saya dapat mempelajari  berbagai cara untuk bersedekah.

P1000630

Salah satunya sedekah air mineral ketika solat tarawikh

P1000631

Air mineral disediakan buat jemaah yang solat

P1000664

Masjid di sekitar Mekah, ada yang buat 20 rakaat dan ada juga yang buat 11 iaitu 8 rakaat dan 3 witir.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

26 Julai 2012 jam 3.20 petang

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...