Friday, May 6, 2011

Diari 307 - "Nama Saya Muhamad bin Abdullah..."

5 Mei 2011 jam 2.30 petang, saya bersama beberapa krew TV9 melintasi sepadan Malaysia – Singapura di Woodlands.

Cuaca agak redup petang ini, kereta agak banyak dan kereta yang kami naiki perlahan-lahan melalui Imigresen Malaysia dan selepas itu terus ke bahagian Singapura. Passport kami diserahkan kepada pegawai bertugas.

Pegawai ini kemudian meinggalkan pondok imigresen dan meletakkan “kon” di belakang kereta kami bermakna laluan ditutup dan hanya untuk kami sahaja.

Pada permulaan, raasa macam jadi vip kerana ruangan ini hanya untuk kami sahaja.

Seorang demi seorang diperiksa passport dan pemeriksaan agak lama. Sehinggalah nama saya dipanggil..

“Siapa Muhamad bin Abdullah?”

“Saya! saya Muhamad bin Abdullah..” jawab saya ringkas.

Kemudian, pegawai perempuan lewat 30an ini berkata..

“Kejap lagi ada pegawai akan datang dan ikut pegawai itu, sebab cip passport Muhamad tidak boleh dibaca..”

“Tapi, kesemua passport kami tidak diberikan, kalau cip passport saya yang bermasalah kenapa tidak diberikan passport yang lain..” kata saya dengan ahli rombongan.

Tidak lama selepas itu, datang seorang pegawai menaiki basikal:-

“Ikut saya ye encik..?”

Untuk pergerakan yang pantas, pegawai di sini hanya menaiki basikal. Kami dibawa ke satu tempat, di sana terdapat beberapa kereta orang awam yang lain.

“ha.. parking di sini..” katanya

Setelah kereta diletakkan, semua ahli rombongan pun keluar, pegawai tadi sudah menunggu dipintu automatic. Saya dijemput masuk dan terus pintu tertutup. Rombongan yang lain terhenti di hadapan pintu. Saya sudah terpisah dari rombongan cuma dapat melihat mereka melalui pintu kaca yang agak tebal.

Di dalam ruangan ini ada lebih kurang lima orang yang ditanya dengan beberapa soalan. saya melabuhkan punggung saya ke kerusi yang ada disitu, kerusi bersambung empat seperti di ruangan menunggu di hospital.

Saya hanya menunggu tanpa berkata apa-apa. Ahli rombongan yang lain kadang kala menjengah dipintu kaca yang memisahkan kami.

Dalam 15 minit menunggu, nama saya mula dipanggil..

“Muhamad bin Abdullah…”

“Ya saya..” jawab saya ringkas.

“Sila duduk di sini” kata pegawai berbangsa cina berumur awal 40 an.

Dia kemudian sibuk menekan butang-butang komputernya sambil kadang kala mengerutkan dahinya.

“Maaf, ada masalah apa-apa ke? Tanya saya.

“Tak ada apa-apa Muhamad, you fahamlah ye, nama Muhamad Abdullah ni banyak di luar-luar sana, jadi kita kena cek dulu sekejap ye..” katanya.

“tapi jangan risau, saya rasa tak ada problem apa-apa” katanya lagi.

Saya menunggu dihadapanya dalam 5 minit…

“Ok..” jawabnya ringkas sambil mengambil passport saya dan distem tanda dibenarkan masuk. Kemudian pegawai ini memberikan kesemua passport ahli rombongan kepada saya.

“Terima kasih..” kata saya.

Sampai di luar, ahli rombongan bertanya pada saya..

"Apa hal tu?"

Tak ada apa-apalah, nanti saya cerita.." kata saya ringkas. Saya kemudian menguruskan Autopass untuk kegunaan kereta yang dibawa masuk. Selepas itu, kami mula memandu masuk ke Singapura.

Ini kali ketiga saya pernah di tahan di atas nama “Muhamad bin Abdullah”. Dua kali di di Hongkong dan sekali di Singapura ini.

Jika pembaca blog saya yang baru, boleh baca pengalaman kedua saya di Imigresen Hong Kong pada awal tahun 2010 melalui catatan di bawah..

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-144-peristiwa-di-imigresen-hong.html

Rupanya, berat juga nama “Muhamad bin Abdullah” ini, nama junjungan kita tercinta ini rupanya agak dikhuatari oleh sesetengah pihak.

Apa pun, saya tidak pernah meminta diberikan nama ini, semuanya telah ditakdirkan Allah, yang penting, saya harapkan agar diri ini terus mendapat bimbingan ilahi untuk terus menghampirkan diri dan mencintaiNya dan NabiNya. Mudah-mudahan, satu hari nanti dapat dikumpulkan dengan empunya nama ini di akhirat nanti, amin....

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
North Bridge Road, Singapura
3 Jamadil Akhir 1432/ 6 Mei 2011 jam 1.45 pagi

Tuesday, May 3, 2011

Universiti Kehidupan 193 – Nikmat Kemajuan

Kita kongsikan perbahasan mengenai nikmat ketika saya berada di Kemboja.

Dengan merantau dan melihat dunia yang ada di sekeliling kita, maka kita akhirnya mengakui bahawa kita sedang berada di lautan nikmat yang Allah berikan untuk kita.

Semoga dengan memahami nikmat, ia akan menjadikan kita menjadi hamba yang bersyukur di atas anugerahnya.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sungai Rengit

30 Jamadil Awal 1432/ 3 Mei 2011 jam 6.30 petang

 

Jom Kongsi Pengalaman 73 – Pengambaran Usrah “Hidup Untuk Menang 2”

Di dalam membawa tajuk “Hidup Untuk Menang” ini, antara lokasi pengambaran adalah pendakian bukit di pergunungan Krabi

IMG_9256

Di kawasan Tonsai memang terdapat bukit bukau dan yang menariknya, ia berhadapan dengan laut dan pemandangan sangat cantik

IMG_9264

Orang putih banyak mendaki di sini

IMG_9267

“Amacam, boleh ke?” :)

IMG_9296

Jurugambar mencari idea untuk merakamkan 

IMG_9304

Melihat lokasi

IMG_9307

Melonggarkan sendi sebelum memulakan pendakian..

IMG_9326 

Tali khas yang digunakan untuk mendaki, ia mampu menampung berat sehingga 3000 kg

IMG_9362

Sukan mendaki seperti menyelam, ia memerlukan pasangan. Di dalam mendaki, seorang akan manjat dan seorang lagi akan menjaga tali atau menghulurkan tali.

IMG_9366

Secara jujur, kalau nak jadi mendaki, badan kena kurus sikit le.. :)

IMG_9374

Persediaan akhir sebelum mendaki

IMG_9377

Sukan ini ada falsafahnya tersendiri, antaranya, “lagi tinggi lagi bagus..” Ia boleh diaplikasikan di dalam kehidupan, semakin tinggi ibadah semakin bagus, semakin tinggi iman semakin bagus, semakin tinggi taqwa semakin bagus

IMG_9387

Membahaskan falsafah mendaki di atas bukit

IMG_9405

Chelet dari atas bukit

IMG_9410

antara pendaki yang ada bersama saya..

IMG_9417

di sini, bukitnya tepi pantai dan pemandangan sangat cantik

IMG_9441

mengulas di atas tebing curam

IMG_9465

santai semasa rakaman berjalan..

Akhirnya, saya membisikkan, memang orang Islam perlukan badan yang kuat untuk berjuang di apa bidang pun dan benarlah kata Junjungan “orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah dari Mukmin yang lemah..”

“Pengalaman Asas Hikmah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sungai Rengit

30 Jamadil Awal 1432/ 3 Mei 2011 jam 6.00 petang

Jom Kongsi Pengalaman 72- Rakaman Usrah “Hidup Untuk Menang 1.”

27 April 2011 jam 4.00 petang, rombongan kami tiba di Tonsai Bay Resort. Selesai menguruskan kemasukkan hotel, kami terus keluar membuat segmen pertama Usrah untuk episod bertajuk “Hidup Untuk Menang”

IMG_9176

Di dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 84, Allah menyatakan bahawa . “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (Iskandar Zulqarnain) di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya sebab-sebab (untuk mencapai) segala sesuatu”

IMG_9172

Jadi untuk kejayaan, kita perlu menempuhi sebab-sebab untuk berjaya kerana Allah menjadikan sesuatu itu ada sebab-sebabnya

IMG_9187

Pada segmen pertama dan kedua “Hidup Untuk Menang”, kami mengupas tajuk ini dengan menjelaskan falsafah berenang dan berkayak

IMG_9188

bersama krew di dalam air..

IMG_9196

Keindahan pulau Krabi

IMG_9220

Kapal terbang membelah angkasa Krabi

“Pengalaman Asas Hikmah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sungai Rengit

30 Jamadil Awal 1432/ 3 Mei 2011 jam 2.00 petang

Jom Kongsi Pengalaman 71 – Perjalanan Usrah ke Krabi

Alhamdulillah, ingin saya kongsikan perjalanan saya ke Krabi. Dari Krabi, saya dan krew Usrah TV9 menyempurnakan beberapa siri di sini.

IMG_9119

Selepas masuk ke Thailand melalui pintu Bukit Kayu Hitam pada 27 April 2011, kami singgah di Satun dan makan tengah hari di sini.

IMG_9124

Hidangan tempatan disini, goreng dan rebus..

IMG_9126

“future ustaz” (amin ya Rabb)  Abdullah Faiz Farhan bin Muhamad al-Amin..

IMG_9129

Dalam perjalanan, krew membuat rakaman, merakamkan perjalanan kami

IMG_9134

Lambang tandas untuk orang istimewa

IMG_9136

di sini ada gerenti tandas bersih

IMG_9146

Menghamiri Krabi, makan malam

IMG_9149

“Local Genius”, beg plastik membawa cawan air..

“Pengalaman Asas Hikmah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sungai Rengit

30 Jamadil Awal 1432/ 3 Mei 2011 jam 8.00 pagi

Bicara Ilmu 32 – “Bicara Keluarga di IKIM..”

Isnin 25 April 2011 jam 10.00 pagi, saya bersama dengan DJ Fairuz di Radio IKIM di dalam slot “Suri”. Memang pada setiap Isnin minggu ke tiga dan keempat bermula jam 10.00 pagi, saya akan bersama pendengar IKIM.fm membicarakan mengenai kekeluargaan.

“Kak, bulan depan kak masih ada lagi ke?” tanya saya pada DJ Fairuz yang akan bersalin tidak beberapa lama lagi.

“Mmm, tengoklah.. kalau belum bersalin lagi masih ada” katanya sambil tersenyum.

Perbicaraan di IKIM lebih santai dan kurang tekanan, tak seperti di “Tanyalah Ustaz” tv9.

Sepengalaman saya bersama IKIM, pemanggil banyak dari orang lelaki, barangkali para suri rumah sedang sibuk dan tak sempat untuk bertanya.

Perbicaraan kali ini berdasarkan firman Allah di dalam surah Maidah ayat 8 :-

 

إِعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."

Adil di sini, kita boleh melihat dari dua keadaan.

1. Adil di dalam memberi nafkah

Yang di katakana nafkah kepada isteri adalah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Ada orang kadang kala buat tak tahu pada nafkah ini. Lebih-lebih lagi di dalam dua kes iaitu isteri yang bekerja dan kes poligami.

Tidak sedikit orang yang berpoligami sebenarnya mengambil hak isteri pertama dan diberi serta dilebihkan pada isteri kedua.

Bagi saya, orang yang tidak mampu jangan berbicara dahulu mengenai poligami, ini kerana ia akan menjadikan banyak timbulnya mudharat. Jika telah benar-benar mempunyai kemampuan, barulah boleh bicara bab selanjutnya.

Lebih malang lagi, jika peruntukan nafkah tersebut digunakan untuk membelanja kawan-kawan sedangkan isteri di rumah kekurangan. Dan lebih parah lagi, ada yang sanggup membelanja kekasih di waktu isteri terminta-minta haknya pada suami.

2. Adil dari segi memberi pandangan

Jangan memarahi isteri tanpa usul periksa, begitu juga suami, kerana tidak sedikit kesalahan yang dibuat oleh pasangan adalah berpunca dari diri kita.

Ada suami yang berperangi kerana kurang layanan dari isteri dan ada juga isteri yang derhaka kerana kezaliman suami.

Kalau kita jujur di dalam memandang pasangan kita, nanti kita akan dapati bahawa sebenarnya, banyak perkara yang berlaku bukan kerana kesalahan pasangan semata-mata.

Ada orang yang tidak adil di dalam memberi pandangan, isteri salah terus diancam dengan neraka. Ada isteri yang tidak adil memberi pandangan, kesalahan yang boleh diperbetulkan terus dibesar-besarkan di hadapan orang lain sehingga mengaibkan suami.

Di hujung perbicaraan hari ini, banyak soalan berkisar mengenai poligami. Pada saya ada tiga jenis poligami:-

1- poligami pincang, seseorang yang tidak mampu dalam poligami dari segi zahir atau batin tetapi berpoligami.

2 - poligami jahil, orang yang berpoligami tetapi tidak tahu bagaimana nak memujuk kembali isteri yang telah kecil hati, tidak tahu nak mendamaikan antara isteri dan sebagainya. Dari sudut ilmu orang sebegini kurang pengetahuan dan perlu ditingkatkan lagi.

3 - Poligami lemah, seseorang yang tahu banyak perkara mengenai tanggungjawab, tetapi tidak mampu untuk mengimplementasikan ilmu yang dia tahu ketika berlakunya poligami. Dia tahu tentang keadilan tetapi selalu tidak adil, dia tahu tentang perlunya berlemah lembut pada isteri tetapi tidak mampu menahan nafsu ammarahnya. Orang begini perlukan didikan bagi menguatkan hatinya

4. Poligami sunnah, Kemampuan ada, ilmu ada, dan kekuatan dalaman ada di dalam melayani karenah rumah tangga.

Akhirnya, kita melihat, dalam kes poligami, semua pihak-pihak yang terlibat perlukan ilmu dan didikan, samaada suami, isteri pertama atau isteri kedua dan seterusnya. Salah seorang pincang, maka akan pincanglah institusi ini.

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Sungai Rengit Pengerang Johor

2 Mei 2011 jam 3.00 petang

IMG_9115

Bersama IKIM.fm

IMG_9116

Soalan yang diajukan pada kesempatan kali ini lebih kepada kes dan kisah poligami…

Bicara Ilmu 31 – “Tanyalah Ustaz - Dilema Rumah Tangga..”

Alhamdulillah, pada 22 hingga 24 April 2011 saya memenuhi program “Tanyalah Ustaz” bertajuk “Dilema Rumah Tangga”.

Secara jujurnya, memang terlalu banyak kisah-kisah rumah tangga yang menjadi persoalan, dan ia memberitahu kita bahawa kualiti rumah tangga orang sekarang sudah jatuh berbanding zaman datuk-datuk kita terdahulu.

Selang dua hari setelah program “Tanyalah Ustaz” saya telah pergi ke Krabi Thailand memenuhi rakaman “Usrah” dan selama 4 hari berada di Pulau.

Setelah pulang ke tanah besar dan berpeluang membuka email dan facebook, hampir 300 soalan masuk ke dalam ruangan dan kebanyakkannya mengenai rumah tangga.

Jadi, sudah tentu saya tidak mampu untuk memberkan jawapan segera terhadap semua soalan yang dikongsikan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih pada yang bertanya dan insyaAllah saya akan jawab, cuma agak mengambil masa sedikit.

Kesempatan ini ingin saya kongsikan isi penting di dalam perbincangan “Tanyalah Ustaz”

Mengenal bisikan Syaitan di dalam rumah tangga:-

1. Bisikan jemu,

Mengeluh, ada aje tak kena, cakap dah tak lembut

2. Bisikan tidak hormat

Marah-marah, maki-maki

3. Bisikan sangka buruk dan cemburu

4. Bisikan tak bertimbang rasa

Ungkit-ungkit dan menyakitkan hati

Sayidina Umar r.a mengatakan bahawa :-

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا

Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum kamu di hisab. Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan di dalam memandang.

1. Betulkan cara memandang perkahwinan

i. Rumah tangga mengalami perubahan – dari bujang kepada berdua, cara hidup kena berubah dan tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau dulu waktu malam asyik main futsal, sekarang sudah berkeluarga, sudah kena kurangkan. Bagi isteri sudah kena belajar masak

ii. Perkahwinan tidak selamanya indah - sedangkan lidah lagi tergigit, jadi kita kena berusaha meningkatkan kemahiran di dalam menangani pergaduhan dan pertikaian di dalam rumah tangga

2. Betulkan cara memandang suami/isteri

i. pasangan memang berbeza – orang lelaki dan perempuan tidak sama lebih-lebih lagi jika latar belakang tak sama. Kita kena akui bahawa pasangan tidak sama dan akan sering berlaku pertembungan pemikiran. Apa yang penting adalah buang yang keruh ambil yang jernih

Lebih-lebih lagi perkahwinan yang melibatkan berlainan bangsa.

ii. jangan harap tinggi pada pasangan

Walaupun dia nak pergi haji beberapa kali, bukan bermakna pasangan telah baik segi akhlak dan perangai. Dia ada kelemahan yang perlu kita bantu.

iii. kenali mazmumah pasangan

Ada orang yang kalah dengan pangkat, ada yang kalah dengan perempuan cantik, ada yang kalah dengan harta. Jadi sehebat mana orang, kalau mazmumahnya (kelemahannya) terdedah, biasanya dia akan tumbang. Jadi setiap perlu tahu kelemahan diri dan pasangan mereka.

Jika tidak, itu yang terjadi isteri kecewa suami tengok video lucah, suami usaha harta haram dan sebagainya.

3. Betulkan cara memandang kesalahan

1. Degree salah

Tidak semua kesalahan itu degree atau tahapnya 100 peratus dari suami atau isteri. Ada terjadi, suami cari perempuan lain keran isteri tidak pandai layan suami.

Selalunya kita terus letak 100 peratus kesalahan adalah dari suami atau isteri semata-mata tanpa jujur melihat sumbangan kesalahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

2. tak nafi mungkin ada faktor sihir

Kena berubat dan kadang kala, pergolakan suami isteri bukan besar, tapi jadi besar kerana ada faktor sihir.

Selain itu, dua perkara kena jaga:-

  1. Jangan marah pasangan depan orang lain
  2. Jangan mengeluh mengenai pasangan depan orang lain

4. Betulkan cara mendengar

i. bisikan syaitan, jangan di layan bisikan.

ii. nasihat orang yang salah sama ada diri ibu ayah/ kawan-kawan dan kadang kala oernag sekeliling kita

Ini di antara isi penting perbahasan pagi ini, semoga Allah terus pelihara keluarga kita semua amin...

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Sungai Rengit Pengerang Johor

2 Mei 2011 jam 12 tengah hari

IMG_9029

Banyak soalan yang dapat dikongsikan di dalam tajuk “Dilema Rumah Tangga”

IMG_9026

IMG_8982

Tanyalah ustaz sekarang ada set baru :)

IMG_9054

Hari kedua tanyalah ustaz,  Sabtu 23 April, setelah tamat “Tanyalah Ustaz” saya memenuhi program “Promise” membicarakan asas akidah di Perpustakaan Shah Alam

IMG_9109

Hari kedua tanyalah ustaz,Sabtu 23 April 2011 jam 2.30 petang, saya bersama dengan mahasiswa/i dari Fakulti Pergigian UiTM di Balai Islam UiTM

IMG_9099

IMG_9112

Pengarah Program, mahasiswa pergigian dari Iraq

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...