Friday, August 3, 2012

Bicara Ilmu 90 - “Tanyalah Ustaz “Perihal Talak” siri dua..”

1 Ogos 2012..

Hari ini hari kedua saya bersama di dalam “Tanyalah Ustaz” membicarakan mengenai talak.

Kami mulakan perbincangan dengan membicarakan takrifan talak, syarat jatuh talak.

IMG_4695

Kemudian perbincangan diteruskan dengan bagaimana lelaki seharusnya memandang talak.

1. Dia yang memang ingin menceraikan isteri, harus tetapi Allah benci.

2. Isteri yang minta cerai atau orang lain paksa suruh cerai, maka kena pertahankan rumahtangga sehingga Nabi saw menyatakan di dalam hadis.

“Sesiapa yang mati di dalam mempertahankan harta dan ahli keluarganya, maka matinya syahid”

Di dalam undang-undang di Malaysia juga ada peruntukan bagi membela seorang suami yang mempertahankan rumahtangganya

3. Seorang suami yang tidak mahu menceraikan isterinya kerana menahannya dengan zalim, maka haram hukumnya

ustaz amin tanyalah ustaz

Bagi perempuan pula, bagaimana mereka perlu melihat perceraian.

1. Jika nafkah di dalam perkahwinan tidak ditunaikan, maka boleh untuk memohon taklik

2.Jika perkahwinan itu memudharatkan, maka boleh memohon pasakh

3. Jika hanya mahu lari dari masalah, maka memohon cerai tidak wajar.Di dalam hadis Nabi SAW bersabda:

“Mana-mana perempuan yang meminta talak dari suaminya dengan keadaan tidak wajar maka haram baginya mencium bau syurga”

4. Melihat perceraian sebagai jalan keluar kerana mempunyai agenda maksiat seperti telah bermain kayu tiga,  maka haram dan berdosa.

IMG_4754

Sebenarnya untuk hari kedua, setelah tamat program tanyalah ustaz jam 8.00 pagi di TV9, program soal jawab diteruskan hingga hampir jam 9.00 pagi.

Banyak rupanya persoalan mengenai rumah tangga..

IMG_4702

Penonton lelaki yang bersama di dalam program ini

IMG_4714

Penonton perempuan yang bersama di dalam “Tanyalah Ustaz” hari ini.

Bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah layari seperti di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Ogos 2012 jam 7.00 pagi

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam ustaz, saya bergaduh dengan isteri saya lalu menulis sms seperti di bawah....."maybe one day I may let you go...so you can fly wherever you want to". Apakah ini dikira jatuh talak?. Mohon pencerahan

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...