Selepas berada di Palestin sehingga 8 Febuari 2012, saya terus ke Mesir untuk pengambaran program Usrah TV9.
Saya berada di Mesir sehingga 20 Febuari 2012.
Pulang ke tanahair, terlalu banyak tugasan sehingga lebih sebulan tidak sempat untuk menulis di blog ini. Inilah kali pertama semenjak tahun 2008 blog ini di tinggal selama sebulan lebih.
Di antara yang amat mengambil masa saya sekarang ialah pengurusan rumah HIV muslim yang sedang diusahakan di Puchong.
Rumah yang ada sekarang adalah sewa dan di sini adalah rumah yang dibina sendiri di atas tanah Yayasan al-Ijabah.
Terima kasih saya ucapkan di atas jariah semua yang akhirnya fasa pertama rumah ini berjaya di siapkan.
InsyaAllaha dalam bulan Mac 2012 ini, penghuni rumah HIV Darul Ukhwah akan berpindah ke sini.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
17 Mac 2012 jam 12.10 tengah malam.
Alhamdulillah, fasa pertama rumah HIV ini telah siap di bina
barang-barang yang telah mula dipindahkan
Sekarang ini, saya sedang berusaha menyiapkan fasa kedua pula
InsyaAllah, pada hujung Mac 2012 ini, penghuni HIV muslim ini akan mula berpindah
Lawatan Yayasan Bursa Malaysia ke rumah baru Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah
Terima kasih pada semua yang bersama-sama di dalam perjuangan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung, semoga tertubuhnya rumah ini menjadi jariah buat kita semua, amin…
5 comments:
Assalam ustaz,
Semuga sentiasa diberi kesihatan.
Alhamdulillah! semuga semua urusan dipermudahkan Allah.
salam ustaz.tahniah di atas usaha murni utk mewujudkn rumah hiv muslim n cuba keluarkn mereka yg b,agama islam dr perlindungan rumah ibadat agama lain.semoga segala urusan dipermudahkn Allah.semoga lbh ramai yg tampil m,hulurkn sumbangan..amin..
Allah barik alaihi....
Siapakah mujaddid kurun ke 14
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang
Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan dan didiskusikan oleh pemikir-pemikir dan ilmuan Islam pada masa sekarang. Pembahasan ini tidak hanya terbatas kepada tafsiran makna dari tajdid ini atau dari segi siapakah dia yang disebutkan mujaddid?
Bahkan, ketika ada seorang ilmuan yang pemikirannya ternyata sedikit menyeberangi arus perdana berpendapat bahwa pemikirannya tidak lain adalah kerana memang tajdid di dalam Islam adalah dituntut. Ini tidak lain adalah disebabkan ada sebuah hadis Sahih Nabi Muhammad SAW yang berbunyi: "إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها"[1] (Sesungguhnya Allah mengutus bagi umat ini pada setiap awal seratus tahun orang yang akan memperbaharui bagi umat ini akan agamanya).
Disebabkan oleh janji Rasulullah SAW melalui sabdanya tadi, perebutan title sebagai mujaddid menjadi marak. Entah dari mana sahaja golongan, bahkan sampai kepada puak liberal sekalipun berani berkata bahwa merekalah mujaddid @ pembaharu Islam pada masa kini, walaupun banyak pendapat mereka sebenarnya menolak hadis-hadis sahih itu sendiri atau bahkan al-Qur'an sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir (liberalism).
Ulama-ulama terdahulu sudah membahas siapakah sebenarnya mujaddid menurut penafsiran mereka. Semisal, Imam al-Suyuthi sendiri mengarang bait-bait bahar rajaz yang diberi nama "تحفة المهتدين بأخبار المجددين"[2]. Di dalam bait-bait tersebut, terdapat nama-nama mengikut urutan siapakah mujaddid menurut persepsi beliau sendiri. Bahkan, Imam Suyuthi sendiri mencantumkan Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Fakhruddin al-Razi sebagai mujaddid. Beliau juga tidak lupa berdoa agar menjadi mujaddid pada zamannya yaitu kurun ke 9 yang lalu.
Penulis sendiri sudah membaca banyak kajian tentang tajdid ini, akan tetapi sesuatu yang penulis ingin berkongsi bersama dengan para pembaca adalah tidak lain mujaddid menurut KH. Maimun Zubair, Pengasuh Pondok Pesantren al-Anwar, Sarang.[3]
http://otam67.blogspot.com/
ASSALAM USTZ...Tahniah ustaz. semoga segala yang dirancang berjaya dengan izin Allah
Post a Comment