Thursday, March 22, 2012

Diari 353 – Kolej Wakaf al-Amin

21 Mac 2012, saya bertemu dengan Dato' Dr Syed Ahmad Hussein, CEO Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi membincangkan penubuhan Kolej Wakaf al-Amin.

Beliau yang berasal dari Johor begitu bersemangat apabila saya menceritakan konsep penubuhan Kolej Wakaf ini.

“Kalau di negara Arab ia sudah banyak tetapi di Nusantara ini belum ada yang betul-betul di bangunkan di atas nama wakaf”

InsyaAllah, tapak sebenar akan dibuat di Puchong dan sementara ini ia akan dimulakan di Kelana Jaya.

22 Mac 2012, hari ini, saya melihat tapak sementara untuk Kolej Wakaf al-Amin. Mudah-mudahan ia dibantu dan permudahkan Allah di dalam memberikan pendidikan pada anak-anak Melayu Islam kita secara percuma.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

22 Mac 2012 jam 2.45 petang.

IMG_1587

InsyaAllah, peringkat awal ia akan dimulakan di Kelana Jaya dahulu

IMG_1588

Sudut sisi bangunan yang akan digunakan (InsyaAllah)

IMG_1591

Minta di doakan bagi usaha ini…

4 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz..
Semoga segala urusan dipermudahkan Allah swt..
Moga Allah merahmati usaha ustaz n mereka yg t'libat secara lnsg atau tidak,dlm membantu ank bangsa kita..
Mohon ustaz ceritakan pkembgn semasa kolej ni.tq n wassalam

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Salam sejahtera.

Semuga segala urusan dipermudahkan Allah dan terus berkembang. Moga dirahmati dan diredhai Allah.

Jazakaullah

Anonymous said...

Assalam Ustaz, saya dan suami mendoakan usaha Ustaz berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T, Amin..

Hjh Ummu said...

assalamua'laikum ustaz,

sedikit pertanyaan & maklumat ttg prosedur kemasukan ke maahad sains al-quran al-amin.mohon penerangan dr pihak ustaz...terima kasih.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...