Monday, October 10, 2011

al-Ijabah 102 – “Ini Pun Nak Kebas Ke?…”

Dah lama saya tak menerima panggilan dari pemandu bas anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah pada waktu pagi.

Saya rasa sejak kita dapat mengusahakan bas yang baru. Kalau tidak, ada sahaja panggilan pada waktu pagi mengenai bas yang rosak. Terima kasih pada yang sama-sama menyumbang sehingga dapat membeli bas yang lebih baik.

7 Oktober 2011 jam 6.30 pagi, saya menjeling telifon saya yang berdering dari pagi.

“Abang Amin, bas tak boleh start la…” kata pemandu pada saya.

“Sebab apa?” tanya saya

“Bateri hilang…” kata pemandu.

“Astaghfirullah” saya mengucapkan istighfar.

“Hah, tunggulah, kejap lagi Abang Amin sampai” kata saya.

Walaupun nama saya Muhamad bin Abdullah, tapi di kalangan keluarga saya dipanggil dengan nama Amin, gelaran yang datuk sebelah ibu saya berikan sewaktu saya lahir.

Jam 7.00 pagi, saya sudah berada di tepi bas. Saya menggelengkan kepala. Tempat bateri bas anak yatim dan tahfiz telah terbuka.

Malam sebelumnya, ada orang yang datang dan mencuri beteri bas ini.

Beteri bas memang ada harga. Kalau baru hingga RM 450.

Saya bersama pemandu mengusahakan bateri lama yang ada di asrama dengan harapan masih boleh digunakan. Tapi ia sudah tidak boleh berfungsi lagi.

Nasib baik semua anak yatim kita bersekolah di Maahad Sains al-Quran al-Amin yang saya juga sebagai pengetuanya, kalau tidak mesti dah kena ambil tindakan sebab lambat datang ke sekolah.

Beginilah dunia, yang tidak beriman tetap tidak takut untuk berbuat jahat. Padahal, yang diambil adalah hak anak-anak yang tidak berupaya, lebih-lebih lagi pentingnya bateri itu kerana ia digunakan untuk mengangkut mereka menuntut ilmu.

“Dahlah, nak diapakan” kata saya sambil memberikan duit kepada pemandu bagi membeli dua biji bateri bas yang baru.

Semoga rezki anak-anak ini terus dibantu Allah, amin..

“al-Ijabah, Bersama Kita Berbakti”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

12 Zulkaedah 1432/ 10 Oktober 2011 jam 6.30 petang.

bas kena curi

Kenangan kisah bas…

4 comments:

School Of Tots said...

Semoga pencuri yg kerjanya mencuri ini mendapat hidayah dan keinsafan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadaian ini, iaitu supaya lebih berhati-hati dan kunci tempat beteri itu. Selagi tidak dipotong tangan pencuri ini akan terus mencuri gamaknya. InsyaAllah Ustaz, Allah akan gantikan duit beli bateri tu dgn rezki yg lain. Teruskan perjuangan !!

Anonymous said...

Dugaan.
Semuga Allah ganti yg lebih baik.
Mari semua pembaca, pakat2 doakan pencuri tu semuga insaf & dapat hidayah sbgaimana kata S..O..Tots.

Lebih 40 org berdoa, mudah2an dimakbulkan Allah.

Anonymous said...

mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut..mungkin kalau orang yang ambil bateri tu terdesak dan ditakdir kan dia ambil,kalau dia tak ambil bateri tersebut,bas tersebut akan rosak di tempat yang dibimbangi..hanya maha berkuasa yang maha mengetahui segalanya..

Anonymous said...

Mudah-mudahan individu tersebut insaf n diberikan hidayah oleh Allah swt.semoga Allah sentiasa bukakan pintu rezeki untuk anak2 al-Ijabah..amin..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...