Tuesday, June 11, 2013

Universiti Kehidupan 247 – Perbezaan Majlis Perkahwinan Palestin - Malaysia

31 Mei 2013, selepas menghabiskan lawatan sekitar kota Jerusalem, Qasim, pemandu pelancong saya di Jerusalem mengajak saya untuk pergi ke Mukhayyam Su’fat, satu penempatan rakyat Palestin di pinggir kota Jerusalem.

IMG_9952

(Gambar - bas mini dari kota Jerusalem ke Mukhayyam Su’fat)

“Mari, malam ni ada kenduri kahwin, aku mahu engkau lihat cara sambutan perkahwinan di Palestin ini” kata Qasim pada saya.

IMG_0015

(Gambar – papan rentang pemberitahuan jalan akan ditutup kerana sambutan majlis perkahwian di sini)

setelah akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki belum boleh membawa pengantin perempuan pulang. Akan di adakan majlis di sebelah pengantin lelaki kemudian di sebelah pengantin perempuan, barulah majlis pengantin lelaki datang ke rumah mertua untuk menjemput pengantin perempuan pulang ke rumahnya.

IMG_0009

(Gambar – kain rentang pengunguman perkahwinan, macam pilihan raya pula)

Perbezaan majlis perkahwinan di Malaysia ialah pengantin akan diarak dan diraikan seperti raja, sebab itu ia dipanggil raja sehari.

IMG_9974

Di Palestin, pengantin akan diarak seperti pejuang. Ia akan dijulang dengan paluan gendang perang. Sambil membawa bendera tertulis kalimah syahadah, pengantin akan diarak sambil membaca selawat dan qasidah semangat.

IMG_9979

Pakain pengantin pula tidak ada beza dengan pakaian pengunjung, hanya memakai seluar jin dan baju t-shirt (pengantin yang menghadap kamera)

IMG_9986

Sampai satu tempat, mereka menyalakan pula obor sambil melaungkan takbir dan selawat.

IMG_9998

Sampai di tapak majlis, pengantin disambut dengan letupan mercun seolah-olah letupan senapang yang bertalu-talu

IMG_0005

Di hujung jalan, terdapat pentas dan para penasyid telah bersedia melaungkan nasyid semangat agar keluarga baru ini dikurniakan anak yang banyak lagi soleh/ah.

IMG_0016

Saya menghabiskan masa hingga tengah malam menyaksikan majlis perkahwinan masyarakat di sini.

Di ketika masyarakat penuh ujian dan cobaan, majlis perkahwinan tetap dijalankan, bezanya mereka diraikan bagai seorang pejuang.

“Unversiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

11 Jun 2013 jam 12.15 tengah malam.

7 comments:

Anonymous said...

Ustaz Amin, Assalamualaikum! Kalau kita tak selesaikan masalah kita di Malaysia ini, bakal kita jadi macam Bumiputera Islam Palestin dan Singapura! DAP sekarang menggunakan agama sebagai senjata untuk MENJAJAH Malaysia dan menjatuhkan Islam dan orang Melayu! Bahkan sejadah sonsang dengan gambar babi dan penggunaan "Allah" dalam Injil - adalah untuk mengancam KEDAULATAN Islam dan KESELAMATAN orang Islam di Malaysia ini.

Cara yang boleh berkesan ialah KDN mesti ada Intelligence yang amat cekap dan berani, kerana pertubuhan PENGGANAS Kristian Zionis, melalui menyamar sebagai gereja biasa, NGO atau perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar, makin mengkristiankan Bumiputera/Bukan Bumiputera bukan Islam seramai mungkin – ini sebab utama undi bukan sahaja dari orang Cina, tetapi bukan Islam kepada DAP. Dan ramai yang Bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab hendak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis. Bahkan saya syak puak Kristian Zionis ini makin rancak di pendalaman Sarawak/Sabah untuk mempastikan lebih ramai Bumiputera yang dikristiankan akan mengundi DAP di pilihanraya akan datang!

Pertubuhan Kristian Zionis ini sebenarnya adalah senjata politik yang amat merbahaya dipergunakan oleh CIA-US/MI5-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui DAP/PKR) untuk menjajah negara-negara atau tanah Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Jadi fahaman Kristian Zionis digunakan untuk cuba memecahbelahkan orang Islam termasuk dengan menubuhkan pejuang 'jihad' (yang sebenarnya diketuai bukan Islam Kristian Zionis, tetapi menyamar sebagai orang Islam untuk melagakan dan memperdayakan Shia-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pejuang 'jihad' pengganas bukan Islam itu, seperti di Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Nigeria, Lebanon, Iran dan lain-lain), dan cuba mengkristiankan Melayu/orang Islam dan Bumiputera lain yang Islam atau bukan Islam seramai mungkin (termasuk semakin agresiv di Indonesia dan negara-negara islam lain). Dan penjajah Barat-Zionis melalui sekutu DAP/PKR mereka, ingin menjadikan Malaysia dan Indonesia, sebagai satu lagi Israel tetapi di Asia, sebab Singapura terlalu kecil dan tak ada minyak-gas bertimbun macam Malaysia terutamanya di Malaysia Timur, dan juga Indonesia, yang juga kaya dengan minyak-gas untuk dikuasai!

Maka, jabatan DAKWAH Islam mesti lebih kuat berusaha, terutamanya di perkampungan Orang Asli dan di pendalaman Sabah dan Sarawak, dan kawasan perumahan termasuk kawasan flat untuk orang miskin/sederhana. Jangan berlengah lagi - masjid mesti dibina di setiap kampung dan kawasan perumahan untuk berdakwah. Saya syak orang India yang miskin pun makin disasarkan pertubuhan Kristian Zionis bawah DAP/PKR untuk dikristiankan, termasuk melalui NGO-NGO DAP/PKR, yang menyembunyikan aktiviti Kristian Zionis mereka. Serta, setiap kawasan perumahan di seluruh negara, melalui penggubalan undang-undang mesti ada kuota tinggi untuk Bumiputera dan yang miskin, dan orang Islam, kerana ini negara Islam dan kita makin ditindas di negara sendiri.

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN paling penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

Unknown said...

Salam..

perkongsian yg indah dari saudara seagama... saya suka dan hormat. Bukakanlah hati2 kami anak Melayu Islam ya Allah agar bersatu dengan sesama saudara Islam dan hancurkan dan insafkan penentang2 agama-Mu..

Anonymous said...

Makcik tempurang mengarut dalam tempurung nya

Anonymous said...

Satu perkongsian yang menarik.

Sekadar Pencerahan Minda kepada Makcik Tempurong dan yang sependapat dengannya.

Negara kita memang negara Islam dan terdapat berbagai bangsa dan agama yang mendiami negara kita. Sedarkah makcik bahawa bagaimanakah terdapat kaum India dan Cina di negara Tanah Melayu ini. Harap makcik rujuk kepada sejarah Tanah Melayu, siapakah yang membenarkan kerajaan Inggeris untuk membawa masuk kaum lain ke Tanah Melayu, janganlah menyalahkan orang lain.

Dan lagi satu, kalau takut sangat dengan Kristinisasi, kenapakah kerajaan sekarang membenarkan pembinaan Gereja Terbesar di Asia yang terletak di Bukit Jalil? Adakah DAP/PKR/PAS yang membenarkan pembinaan tersebut.

Dan siapakah yang membenarkan mengimport bible dalam Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia dan juga kenapa membenarkan mencetak Bible di Sabah/Sarawak? Adakah DAP/PKR/PAS?

Fikir2kan lah sebelum menyalahkan PKR/DAP/PAS!!!!!

Anonymous said...

As Salam Ustaz,
Sampaikan salam saya pada Mr. Qasim kalau Ustaz ada rezeki berjumpa dia lagi.
Beiau tour guide trip kami bersama Poto Travel October 2012 yang lepas. Kata-katanya penuh bersemangat yang memang kebiasaan bagi orang2 Palestin..

Sampai ke hari ini, saya masih teringat2 lawatan saya ke BaitulMaqdis dan kawasan sekitar. Selepas lawatan, doa untuk Palaestin hampir sentiasa ada dalam solat fardhu saya.
Kalau ada rezeki, saya ingin mengikut rombongan Ustaz pula dan moga2 dapat experience jemputan ke majlis perkahwinan saudara Palestine juga.. :-)

~Emi

Anonymous said...

Dpt pengalaman melihat perkahwinan di Palestin.Fauzi UK10.

Anonymous said...

memang patut la nama makcik tempurung..


pemikiran pon macam katak bawah tempurung..


tu la dok baca utusan, harian metro, bharian, dok tgk berita tipu rtm, tv3..

otak pon dah tepu..kesian makcik..


makcik tempurung, syiah dah difatwakan sesat oleh kerjaan, tetapi adakah mereka ditangkap dan gerakan syiah dilumpuhkan?

TIDAK..

Gerakan murtadkan islam telah lama berlaku di negra ini, kerajaan tau, tapi apa kerajaaN buat?

takde pape..


makcik tempurung, terudkanlah duduk bawah tempurung..

artikel macam bagus, tapi hampas je

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...