Monday, June 10, 2013

Universiti Kehidupan 246 – “Bersama Dato Dr. Haron Din Di Mekah..”

Saya bersama dengan Dato’ Dr Haron Din di Mekah ini pada Jun 2013.

Kami bersama pergi ke Jeddah untuk mengisi jemputan kuliah dari orang Melayu yang bekerja di Jeddah dan sekitaranya.

Kali terakhir saya bersama dengan Dato’ Dr Haron Din adalah sebelum pilihanraya PRU 13  ketika kami bersama menjadi ahli panel di dalam satu forum di Masjid Negeri Shah Alam.

Dato Haron dan ustaz amin

Kesempatan bersama Dato’ Dr. Haron Din, saya berkata kapada beliau.

“Dato’ ana nak tanya 3 soalan” kata saya.

Soalan pertama adalah soalan peribadi saya mengenai panduan sebagai pendakwah kerana baru-baru ini saya berhadapan dengan satu perkara yang seakan pernah dilalui oleh Dato’ Dr. Haron Din. InsyaAllah saya akan kongsikan nanti jika sesuai.

Soalan kedua mengenai pendirian beliau mengenai isu kaimah Allah berbanding dengan pimpinan lain.

Beliau menyatakan bahawa di dalam keputusan ahli Syura PAS jelas bahawa kaliamah Allah untuk orang Islam. Pendirian beberapa pemimpin juga sama cuma ayat mereka berbeza iaitu kalimah Allah boleh digunakan dengan syarat. Tetapi syarat yang ditetapkan memang mustahil boleh dilaksanakan, cuma kadang kala Media mengambil separuh-separuh sahaja kenyataan pemimpin PAS yang akhirnya mereka terfitnah.

Bagi Dato’ Dr. Haron Din, beliau memilih perkataan yang lebih tegas iaitu tidak boleh digunakan oleh orang kafir.

Soalan ketiga adalah soalan yang agak sensitif, bolehkah Pas dan Umno bersatu?

Dato Dr. Haron menjawab, demi Islam kita boleh buat apa sahaja dan dalam politik, tidak ada kawan yang selama-lamanya dan tidak ada musuh yang selama-lamanya.

Baki perbincangan kami tidak dapatlah saya kongsikan di sini buat masa ini.

Tapi apa yang dapat saya simpulkan adalah Islam semakin kuat bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. Sesiapa yang masih yakin dengan sekular pasti tersingkir.

Dan demi Islam, apa pun boleh berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk agama dan negara kita di Malaysia insyaAllah, amin…

Semoga Allah sentiasa memelihara kepentingan Islam dan Umat Islam di negara tercinta ini, amin…

Semua orang ada peranannya, jangan pertikai peranan orang lain yang kita tidak faham, soalannya apa peranan yang telah kita mainkan untuk agama Allah ini.

IMG_0217

Program kami di Jeddah bersama orang Melayu di tanah haram ini.

IMG_0229

kenangan bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Mekah Mukarramah

10 Jun 2013 jam 6.00 petang

2 comments:

Anonymous said...

Dpt jumpa ulamak hebat...ALLAHUAKBAR.X saba nk tgg cite selanjutnya mgenai soalan 1 yg ustaz tanyakan pd ustaz Harun Din.

Anonymous said...

Fauzi UK10.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...