Thursday, March 22, 2012

Diari 356 – “al-Quran ditongsampahkan..”

20 Mac 2012, saya menyarungkan pakaian seragam pekerja Alam Flora di Putrajaya.

Pada hari ini, saya bersama krew TV9 membuat pengambaran bersama pekerja Alam Flora.

Kami sama-sama mengutip sampah sekitar Putrajaya dan saya membahaskan di dalam program Usrah ini mengenai “Manusia Dan Alam” dan saya menyentuh bab kebersihan di dalam Islam.

Saya bersama-sama pekerja Alam Flora menaiki lori sampah dan menghayati bagaimana perjalanan pekerjaan yang mulia ini, pekerjaan untuk menjadikan sekitara bandar Putrajaya bersih.

Saya berbual-bual dengan pemandu lori mengenai pengalamannya mengutip sampah.

Satu perkara yang mengejutkan saya ialah apabila pemandu ini mengeluarkan surah Yasin, kitab pelajaran membaca al-Quran “Iqra”, dan juga kitab Ubat Hati.

Ayat-ayat suci al-Quran ini dikutip dari tong sampah yang dibuang oleh penduduk.

Saya beristighfar panjang sambail menggelengkan kepala. Tiga sudut boleh kita pandang.

1. Memang yang membuang adalah orang yang cukup biadab

2. Mungkin yang buang tidak perasan atau tidak tahu

3. Mungkin yang buang jahil dan tidak tahu bagaimana ingin melupuskan ayat suci ini.

 

Bagi golongan yang pertama, mereka perlu perbaiki adab dan bagi pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakkan pada tindakan ini.

Bagi golongan kedua perlu meningkatkan kepekaan terhadap buku-buku agama

Bagi golongan yang jahil, perlu tingkatkan ilmu. Untuk membuang ayat suci al-Quran yang telah lama hendaklah kita bakar dan abu-abunya buang di sungai dengan cara yang hormat atau boleh tanam abu itu di tempat yang hormat juga.

Kita tidak boleh membuang ayat suci al-Quran dengan cara tidak sopan lebih-lebih lagi di dalam tong sampah yang terdapat pampers anak, lauk basi dan sebagainya.

Semoga kita tidak tergolong orang yang biadab pada kesucian agama, Dan semoga Allah beri kesedaran pada orang yang membuang ayat suci al-Quran ini.

Kalaulah yang buang itu orang bukan Islam, ia boleh menimbulkan masalah yang cukup besar kerana mencarik kesuciaan Islam.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan’

al-faqir ila rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

22 Mac 2012 jam 3.20 petang

479979_396078397086192_100000521060856_1462875_103249368_n[1]

Bersama krew ketika pengambaran di Putrajaya bersama Alam Flora

374544_396193250408040_100000521060856_1463060_1042761519_n[1]

Sebahagian ayat suci al-Quran yang ditongsampahkan.. Astagfirullahal Azim Wa Iyyahum

2 comments:

Anonymous said...

Assalam,

Semuga dalam kasih sayang Allah.

Terima kasih yang ustaz kongsikan mengenai pembuangan al-Quran.

Jazakaullah

faqrul said...

salam ustaz, doakan ada kesempatan kita berjumpa mengadakan kerja amal bersama.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...