Wednesday, February 18, 2015

Universiti Kehidupan 258 –Bintang Enam Milik Islam

 

Makam Maharaja Humayun dari Dinasti Moghul adalah satu kawasan yang dibangunkan oleh isterinya lambang kepada cinta seorang isteri kepada suaminya.

Saya memasuki kawasan makam ini. Ada satu altar yang tinggi yang dibangunkan. Pada dindingnya terdapat bintang enam.

“Ustaz, tu bukan bintang Yahudi ke? tanya ahli rombongan saya kepada saya.

Saya memandang bintang enam yang terdapat di dinding makam besar ini.

“Bangunan ini telah berdiri sejak kemangkatan Humayun pada tahun 962 hijrah/ 1556 masihi, jadi bintang enam ini telah digunakan sebagai dekorasi di kawasan ini sejak lima ratus tahun dahulu lagi” terang saya.

Orang yahudi baru menggunakan bintang enam ini sekitar seratus tahun. Mereka jenamakan bintang ini bintang mereka dan mereka mengatakan bintang enam adalah “Star Of David”. Tetapi sebenarnya, penggunaan flora dan geometri sebagai hiasan adalah di zaman Islam. Sebelum kebangkitan Nabi SAW, mana-mana tempat mereka menggunakan patung-patung sebagai hiasan.

Kalau kita lihat bendera Israel, ia akan mempunyai dua calit biru di atas dan di bawah dan di tegah-tengahnya terdapat bintang enam ini.

Menurut mereka, ada enam negara yang mempunyai kaitan langsung dengan sejarah Yahudi, iaitu Palestin, Mesir, Jordan, Syrian, Lubnan dan Iraq. Enam negara ini dilambangkan dengan bintang enam dan cita-cita mereka untuk menguasai enam negara ini manakala calit biru di antara bintang enam ini adalah lambang kepada dua buah sungai di antara negara ini iaitu sungai Nil di Mesir hinggalah sungai Furat dan Dajlah di Iraq.

Walaupun Yahudi mendakwa bintang enam ini milik mereka, tetapi seni bina Islam telah ribuan tahun menggunakannya. Antaranya yang terdapat di dalam Baitul Maqdis sendiri. Banyak bintang enam yang telah wujud dari zaman Salahuddin al-Ayubi lagi.

Dan menziarahi makam Maharaja Humayun, kita mendapati juga bintang enam yang digunakan sebagai dekorasi makam ini.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Srinagar Kasymir

18 Febuari 2015 jam 5.30 petang

XM7A1041

Bintang enam yang menghiasi makam Maharaja Humayun dari Dinasti Moghul

XM7A1042

Bintang enam adalah lambang kepada rukun Iman dan bintang lima lambang kepada rukun Islam

XM7A1050

Makam Humayun dihiasi dengan anak air yang mengalir sekitar kawasan ini. Ia sebagai satu terjemahan gambaran syurga yang Allah sebut di dalam al-Quran bahawa syurga itu mengalir di bawahnya sungai-sungai. Hiasan begini banyak dibuat di Istana-istana orang Islam antaranya Istana al-Hambra di Spanyol

Universiti Kehidupan 257–Bagaimana Islam masuk ke negara India ?

Islam memasuki negara India melalui dua jalan, jalan laut dan darat. Ia sama seperti Islam masuk ke negara China. Jalan laut dengan melalui Pantai Barat iaitu satu pintu masuk langsung dari semenanjung Arab melalui laut dan jalan darat iaitu melalui Afghanistan dan Turki.

Ia bermula dari zaman Saidina Umar lagi, pembukaan dan penaklukan benua kecil India telah dimulakan.

Pada tahun 87 hijrah/ 706 masihi, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari Kerajaan Bani Umayyah telah menghantar sebuah angkatan tentera Islam berjumlah 12 ribu orang, 6000 tentera berkuda dan 6000 lagi tentera berunta. Tentera ini dipimpin oleh Muhammad al-Qasim yang ketika itu baru berusia 17 tahun. Muhammad al-Qassim berjaya mengIslamkan banyak tempat di negara Sind ini.

Pengislaman tanah Sind ini semakin kuat diusahakan oleh para pendakwah yang terus berdakwah mengIslamkan masyarakat setempat sehinggalah Islam dapat membina kerajaan Islam pertama iaitu kerajaan Islam Ghaznawi pada tahun 351 hijrah bersamaan dengan 962 masihi.

Bermula dengan tertegaknya sebuah kerajaan Islam, maka ia menjadi sebagai titik bermulakan Islam dapat mengIslamkan tanah-tanah hindu di Sind ini.

Kerjaan Islam Ghaznawi kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Ghori pada tahun 544 hijrah bersamaa dengan 1150 masihi. Di Palestin ketika ini orang Islam sedang berjihad mengemalikan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib.

Kerjaan Islam Ghori runtuh dan digantikan oleh Kerajaan Mamluk dan bermulalah Kerajaan Kesultanan Islam Delhi pada tahun 602 hijrah/ 1206 masihi. Dinamakan kerajaan Mamluk (kerjaan hamba) kerana Sultan pertamanya adalah bekas hamba di zaman kerajaan Ghori. Beliau adalah Sultan Qutbuddin Aibak.

Ketika baru tertegaknya kerajaan Mamluk inilah, orang-orang Monggol menyerang orang Islam (1220 masihi) dan akhirnya  Keraaan Bani Abasiyyah di Bangdad diserang oleh Monggol  pada tahun 1258 masihi. Khalifah Bani Abasiyyah selepas itu berlindung dan bernaung dengan Sultan-Sultan Mamluk.

Siapa sangka, kerajaan Mamluk akhirnya menjadi sangat kuat sehingga menjadi pelindung kepada Umat Islam sehingga di Timur Tengah termasuk Palestin.

Di Palestin ketika ini, Salahudidin al-Ayubi baru sahaja dapat mengalahkan tentera Salib.

Kerjaan Islam Mamluk kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Khilji pada tahun 689 hijrah/ 1290 masihi. Sultan-Sultan Khilji sangat pintar dalam ilmu perang sehingga orang Monggol juga takut dengan mereka. Pada tahun 1296, Sultan Alauddin Khilji berjaya mengalahkan tentera Monggol dan Monggol terus menerima kekalahan berganda pada peperangan tahun 1303 masihi dan 1304 masihi sehingga orang Monggol menjadi gerun dengan orang Islam

Di Nusantara ketika ini telah tertegaknya kerajaan Islam Melaka dan Terengganu.

Kerjaan Islam Khilji kemudian digantikan dengan kerajaan Islam Tugluq pada tahun 720 hijrah/ 1321 masihi. Sultan-sultan Tughluq adalah orang yang meminati ilmu dan mereka sendiri adalah orang yang mahir dalam ilmu-ilmu sains, matematik, fizik, logik dan falsahah selain dari ilmu-ilmu agama. Di zaman Kerajaan Islam Tugluq berkembangnya ilmu-ilmu yang menjadi asas ilmu sains moden sehinggalah mereka telah diserang oleh Sultan Timurlane dari Samarqand pada tahun 1398, dan Timurlane telah membawa ahli cendiakiawan dari India ini untuk membangunkan negaranya di Samarqand.

Sultan Tuglug yang terakhir, Sultan Mahmud Tuglug mangkat dan tidak ada yang mahu berani untuk menaiki tahta kerana takut ancaman Timurlane. Akhirnya, Syed Daulat Khan, seorang gabenor di zaman Sultan Mahmod  Tuglug dilantik menjadi Sultan.

Kerajaan Islam Tuglug  diganti oleh Kerjaan Islam Dinasti Syed pada tahun 814 hijrah/ 1412 masihi.

Kerajaan Islam Dinasti Syed tidak lama memerintah. Ia kemudian di ganti dengan Kerajaan Islam Dinasti Lodi pada tahun 854 hijrah/ 1451 masihi.

Di Melaka ketika ini, kerajaan Islam Melaka telah mula terkenal dengan wujudnya pelabuhan yang menjadi penghubung antara tanah besar China dengan Dunia Arab. Ketika ini Portugis telah mula meminati Melaka.

Semua kerjaan Islam di India ini adalah kerajaan sama ada Arab, Parsi atau Turki. Pada tahun 931 hijrah/ 1526, bermula kerajaan pertama dari darah campuran Turki/ Monggol dan India. Ia adalah kerajaan Islam Moghol.

Kala ini di Melaka, kerajaan Islam Melaka telah tumbang di jajah Portugis. Kapal-kapal perang dari  Kerajaan Islam Demak pimpinan Raja Yunus (Pati Yunus) telah dikirim  untuk membantu Melaka tetapi tidak berjaya. Hal ini dirakamkan dalam pujangga Melayu “Kalau Roboh Kota Melaka, Papan Di Jawa Kami Sorongkan..”

Berita tumbangnya kota Melaka tersebar di Kerajaan Islam lainnya.

Ketika Alfonso al Buquerque  membawa kekayaaan Melaka untuk ke Portugis, ia telah diserang oleh Kerjaan Islam Moghol. Walaupun secara rasminya kerajaan Islam Moghol tertubuh pada tahun 1526, tetapi pengasas dan pembinaannya telah bermula.  Sebahagian orang barat mengatakan bahawa Alfonso mati diserang lanun, tetapi ia sebenarnya adalah kapal-kapal perang dari Kerajaan Islam Moghul. Kebiadaban Alfonso telah ditamatkan kerana dia adalah orang yang pernah berusaha mencuri jasad Nabi kita Muhammad SAW yang mulia.

Kita dapat lihat kaitan Ukhwah antara kerajaan-kerajaan Islam  pada kurun ke 15 ini.

Secara ringkasnya, kerajaan Islam Moghul tertegak di Delhi sehinggalah ke Sultan yang terakhir iaitu Sultan Bahadur Syah (II) yang mengisytiharkan perang Jihad pada British. Baginda kemudian ditangkap dan dibuang ke Rangoon Myanmar dan mangkat di sana.  Pihak British menjajah India dan kemudian telah menukar Delhi menjadi New Delhi.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

New Delhi India 18 Febuari 2015 jam 10.15 pagi

Universiti Kehidupan 256– Perbezaan Makam Humayun dan Taj Mahal

17 Febuari 2015, saya bersama rombongan menziarahi makam Hamayun.

Siapa Humayun ini? Beliau adalah Maharaja Kedua Kerajaan Dinasti Moghol di India. Di lantik menjadi raja pada umurnya 23 tahun pada tahun 1530 masihi. Beliau memerintah selama 26 tahun sehingga tahun 1556 masihi.

Maharaja Humayun adalah seorang raja yang disenangi oleh rakyatnya sama ada yang muslim atau yang hindu. Beliau orang yang peramah, mudah mesra, pemurah dan pemaaf.

Ketika beliau mangkat, ramailah orang yang bersedih terutama dari kalangan ahli kerabat beliau. Isteri beliau telah mememinta pengikut yang setia bersamanya membangunkan kompleks makam yang besar. Komples makam Maharaja Humayun ini telah dibina dan dibiyaai isterinya sebanyak 1.5 juta rupi. Ia sebagai lambang kasih dan sayang isterinya kepada Maharaja.

Perbezaan dengan bangunan Taj Mahal pula, ia dibina oleh seorang suami kepada isterinya. Ia menelan belanja 20 juta rupee.

sekarang, makam Humayun telah diletakkan sebagai kawasan peliharaan sejarah nasional dan ramai pelawat yang datang menziarahi. Seseorang akan bersusah payah untuk apa yang dicintainya.

Melihat bangunan pemakaman Humayun, teringat akan kisah percintaan yang sejati antara suami isteri. Alangkah untungnya  jika cinta itu di asaskan dengan kecintaan pada Allah dan Rasul.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Muhamad bin Abdullah
New Delhi 17 Feb 2015 jam 10. 40 malam

ustaz amin

di hadapan makam Humayun

ustaz amin delhi

Ia lambang kecintaan  seorang Isteri, alangkah untungnya jika kecintaan itu membawa kita ke syurga, amin…

ustaz amin new delhi

Bersama DJ Faiz dari Ikim dan unit TV IKIM.

Universiti Kehidupan 255–Pejalanan Ke New Delhi

Lebih setahun Universiti Kehidupan bercuti dari penulisan. Kini ibarat semester baru yang baru buka. InsyaAllah aka dan mula aktif kembali.

Peulisan baru ini adalah mengenai perjalanan saya ke New Delhi, India bersama penyampai IKIM.

Jam 7.00 pagi 17 Febuari 2015, seramai 40 peserta rombongan akan bertolak menaiki pesawat MH 172 dari Kuala Lumpur ke New Delhi.

Kapal berlepas jam 8.50 pagi dan perjalanan ke New Delhi mengambil masa selama 6 jam. Saya duduk di tempat duduk 17 A. Selama dalam perjalanan saya hanya membaca buku sejarah kerajaan Islam India dan sekali sekala mata saya menerjah di luar tingkap memerhatikan peandangan perjalanan dari ketinggian 36 ribu kaki.

Sesampai di New Delhi, kami serombongan terus di bawa makan tengah hari. Sudah tentu masakan kari dan ayam tandori yang dimasak membangkitkan selera.

Berkongsi mengenai sejarah Islam India ini, Ia didirikan oleh 8 Kerajaan iaitu :-

1.Ghaznawi

2. Ghori

3. Mamluk

4. Khilji

5. Tughlug

6. Syed

7. Lodi

8. Moghol

dan Moghol menjadi kerajaan Islam terakhir sebelum India dijajah oleh Inggeris sepernuhnya.

Sultan terakhir Moghol Sultan Bahadur Syah II telah dibuang ke Ranggon Burma dan mangkat di sana.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

New Delhi India

17 Feb 2015 jam 10.00 malam

Friday, October 10, 2014


[ADMIN] Assalamualaikum w.b.t semua...

Alhamdulilah setakat hari ini 10 Okt 2014 jumlah wang yang terkumpul daripada penderma-penderma budiman yang bermurah hati untuk menginfakkan wang bagi pembelian coaster yang berharga RM95,000 telah terkumpul sebanyak RM52,450.00

Yayasan Al-ijabah adalah yayasan dibawah kelolaan sepenuhnya oleh Ustaz Muhamad Bin Abdullah. Pihak yayasan masih memerlukan baki 52 orang individu / syarikat koporat sahaja lagi yang bermurah hati untuk menyumbang RM1000/seorang. Jumlah terkumpul RM95,000 akan merealisasikan impian kami untuk membeli coaster sebelum 31 Oktober 2014. 

Semoga dengan pengorbanan harta yang muslimin muslimat laksanakan akan menambahkan keberkatan harta muslimin muslimat sekalian.Aamiin.

Sedekah itu barakah
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji/sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai(bulir),pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji.Allah melipat ganakan(ganjaran)bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.
Surah Al Bakarah :Ayat 261

Friday, October 18, 2013

Jawapan kepada isu ketidakpuasan hati penganut agama Hindu tentang perlaksanaan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya.

3 hari yang lepas ketika umat Islam di Malaysia bergembira meraikan salah satu dari hari-hari kebesaran bagi umat islam seluruh dunia iaitu Hari Raya AidilAdha, kita telah dikejutkan dengan komen dari penganut agama Hindu di negara kita. Walaupun Hari Raya Aidiladha telah disambut sejak berabad-abad yang lalu di Malaysia tetapi tidak dapat dirasionalkan mengapa baru sekarang ketidakpuasan hati ini hendak ditimbulkan mereka dan ini adalah pandangan peribadi dan respon spontan saya berkenaan isu yang ditimbulkan :

"Orang kafir memang tidak akan pernah redha dan setuju dengan islam. Habis satu isu akan bangkit satu isu lagi. Inikan telah diingatkan oleh Allah dalam Al-Quran.Sekarang ini kita sebagai umat islam kena bersatu sama bahu-membahu untuk mempertahankan islam jangan salahkan musuh sebab memang musuh itu sifatnya memusuhi, salahkan diri yang terlalu lemah sehingga orang lain boleh mempertikaikan amalan kita. Bumi Malaysia adalah tanah orang Melayu Islam sejak sebelum merdeka, amalan korban telah dibuat sejak dahulu lagi, kenapa sekarang mahu mempertikaikannya. Jawapannya mudah kerana sekarang sudah pandai cari pasal dan pandai berkurang ajar. Teruskan untuk mempertikaikan sehingga sampai ke limit terakhir, nanti kita akan tahu betapa di Malaysia tetap wujud orang yang akan mempertahankan Islam di peringkat paling maksimum...Salam Satu Malaysia untuk kamu yang mempertikaikan. Jangan lupa sejarah orang Melayu islam apabila telah sampai limit terakhir.."

Salam dari bumi Al-Aqsa untuk saudara Islamku bersabarlah ....

Dari saudaramu Muhamad Bin Abdullah Al Amin

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...