Friday, March 22, 2013

Universiti Kehidupan 241 – Perjalanan Universiti Kehidupan Ke 15

18 Mac 2013, hari ini, saya dan jemaah telah bersedia untuk perjalanan Universiti Kehidupan ke 15 ke palestin, cuma perjalanan kali ini, perjalanan kami akan diteruskan ke Umrah pada 23 Mac 2013

IMG_7246

Seperti biasa, perjalanan dimulakan dengan doa semoga Allah sentiasa memberikan kebaikan dan perlindungan di dalam perjalanan, amin..

 

IMG_7257

Bulan Mac ini, musim buah-buahan sudah bermula, pada musim panas ia akan bertambah rancak

IMG_7338

Ahli rombongan Universiti Kehidupan ke 15

IMG_7296

Kebetulan, pada ketika ini, Presiden Amerika datang melawat Israel

IMG_7399

kesannya, semua yang dibawah umur 50 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid al-aqsa

IMG_7410

Tentera yang lengkap dengan senjata bukan sahaja menyekat kami masuk ke dalam masjid, malahan masuk ke kota Jerusalem

IMG_7406

Iktibar yang sangat besar bagi kita, semoga Allah melindungi kita semua umat Islam dan tanahair umat Islam.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

22 Mac 2013

Saturday, March 9, 2013

Jom Kongsi - Rancangan TV3 Motivasi Pagi

Panel Ustaz Muhamad Abdullah. 

Kepada yang ketinggalan menonton pada tiap tiap SABTU & AHAD waktu 7.00 pagi.
Dari ADMIN

Wednesday, February 6, 2013

Diari 419 – Kelas Hadith Bersanad di Shah Alam..

IMG_0993

Seperti biasa pada setiap hari Rabu, saya ada membuka kitab hadith Muslim secara bersanad di masjid Bukit Jelutong jam 9.15 pagi

 IMG_0994

Kitab hadith Muslim bersanad di Bukit Jelutong ini hampir khatam dan di hujung majlis khatam, para penuntut akan diberikan sanad hadith ini

 IMG_1014

Setiap pagi Rabu juga, bermula jam 10.30 pagi, saya akan ke Yayasan Restu untuk membuka pengajian kitab Ibnu Majah secara bersanad.

 IMG_1021

Setakat ini, murid di Yayasan Restu telah khatam beberapa kitab hadith

 IMG_1023

Shah Alam adalah lembah ilmu, banyak kelas pengajian di sini

 IMG_1034

Yayasan Restu terletak di sebelah masjid Negeri Shah Alam

Diari 418 – Kembara Maulid 2013 (3) Majlis Daerah Kuala Langat

IMG_0946 

29 Febuari 2013 jam 9.00 malam, saya memenuhi undangan forum anjuran Majlis Daerah Kuala Langat di lapangan Majlis Daerah.

IMG_0975

Malam ini sebenarnya saya mula demam, mungkin pertukaran cuaca dari terlalu sejuk di Palestin ke panas di Malaysia.

 IMG_0982

Rakan Ahli panel malam ini ialah ustaz Halim Din. Forum di hadiri juga oleh YB bagi DUN kawasan sini.

Macam ini yang kita mahu, kalau YB datang forum, anak masyarakat pun insyaAllah akan minat pada majlis ilmu, tapi kalau YB kaki dangdut, anak buat dua kali ganda kakinya nanti.

Diari 417 – Kembara Maulid 2013 (2) Melaka

29 Januari 2013

Saya memenuhi jemputan di Melaka di Bukit Beruang.

IMG_0876

Jemaah yang menjemput saya ialah jemaah dari pusat pengajian Aqrab Tilawah

 IMG_0879

Kelas di sini tiap-tiap hari

 IMG_0881

Ia dihadiri oleh jemaah lelaki dan perempuan

 IMG_0882

Seseorang telah mewakafkan rumahnya untuk tujuan majlis ilmu ini

 IMG_0888

 

 IMG_0911 

 IMG_0915

 

 IMG_0925

 IMG_0933

Kenangan bersama pengajur

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Diari 416 – Kembara Maulid 2013 (1) Perumahan PDRM

Isnin 28 Januari 2013

Sekembalinya saya dari Palestin, bermulalah kembara Maulid Nabi SAW. Ini kerana waktu ini ialah bulan sambutan Maulid Nabi SAW

IMG_0858

Ingin saya kongsikan program saya di  Perumahan PDRM Sri Wilayah Barek Polis Jalan Sentul

 IMG_0859

Perumahan PDRM ini telah dibina sejak tahun 1975

 IMG_0863

Bersama dengan anggota Polis yang menjadi AJK majlis malam ini.

 IMG_0828

Di sini, ada kumpulan marhaban, sebelum majlis bermula, AJK program telah memulakan dengan membaca marhaban

 IMG_0832

 

 IMG_0834

 IMG_0843

 IMG_0846

Sempena dengan majlsi maulid, saya juga memulakan dengan bacaan selawat pada Nabi saw

 IMG_0848

Jemaah yang hadir sama berselawat

 IMG_0853

Semoga, kecintaan pada Nabi menjadikan kita sentiasa berusaha menjadi umatnya yang baik.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

6 Febuari 2013 jam 12.30 tengah malam

Saturday, January 26, 2013

Universiti Kehidupan 240 – Makam Nabi Lut a.s

Rabu 16 Januari 2013..

Pada hari ini, saya dan rombongan berjalan menuju ke Hebron. Menurut orang Palestin, orang di Hebron terkenal dengan orang yang keras pendiran, sama seperti orang di Gaza. Di sini, kebanyakkan mereka memilih parti HAMAS sebagai pilihan.

Untuk mengenali orang Hebron agak mudah, mereka mempunyai bentuk badan yang lain dari orang di tempat lain di  Palestin, mata mereka kebanyakkan berwarna biru.

Setelah selesai melawat masjdi Khalili Ibrahimi, saya mengajak jemaah untuk pergi ke perkampungan Bani Naim.

Perkampungan Bani Naim tidak jauh dari Hebron. Di sini terletaknya makan Nabi :Lut a.s

IMG_0021 (Gambar : Masjid Bani Naim yang terdapat Makam Nabi Lut a.s)

Nabi Lut adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Setelah peristiwa Nab Ibrahim di bakar di Ur Iraq, Nabi Lut telah beriman. Allah berfirman di dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 26 yang bermaksud :-

26. Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: "Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Mereka berdua telah merantau ke bumi Syam bahagian Palestin.

Nabi Ibrahim di utus di kawasan Bir Sheba sedangkan Nabi Lut a.s telah di utus ke kota Sodum.

Kota Sodum terkenal dengan kota yang mewah tetapi penduduknya mengamalkan seks songsang iaitu homoseks.

Di dalam surah as-Syuaara ayat 165-168 Allah menyatakan yang bermaksud bahawa:-

165. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia

(di dalam tafsir at-Tabari menyatakan bahawa kaum Lut mendatangi sesama lelaki dari dubur mereka)

 IMG_0016

(Gambar : Masjid Bani Naim dari dekat)

166. dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas".

(dalam tafsir al-Tabari menyatakan bahawa mereka bukan sahaja mendatangi dubur kamu lelaki tetapi kaum wanita dari mereka)

Setelah seruan Nabi Lut tidak dihiraukan dan perbuatan keji mereka semakin melampau, maka akhirnya Allah mengutuskan malaikat untuk menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. Di dalam Surah Hud ayat ke 81 Allah berfirman yang maksudnya:-

81. Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertingga, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?".

Ustaz Amin di Luar Makam Nabi Lut

(Gambar : Di hadapan masjid Makam Nabi Lut a.s di perkampungan Bani Naim)

Isteri Nabi Lut a.s adalah seorang yang mengingkari apa yang disampaikan dan akhirnya, isteri baginda Lut turut di hapuskan.

IMG_0026 (Gambar : Bangunan Masjid Makam Nabi Lut a.s)

Di dalam surah al-Qamar ayat 34 Allah telah berfirman dengan maksudnya :-

34. Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan sebelum fajar menyingsing

Bumi telah diterbalikkan untuk mereka dan tempat itu telah menjadi tempat paling rendah di muka bumi iaitu laut mati.

IMG_0010

Maka Allah menyelamatkan Nabi Lut a.s ke tempat yang diberkati. Di dalam surah al-Anbiya ayat 71Allah telah berfirman yang maksudnya:-

71. Dan Kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia

Ustaz amin Di Makam Nabi Lut

(Gambar: di hadapan Makan Nabi Lut a.s)

Beginilah kisah Nabi Lut a.s.

Nabi Lut di makamkan perkampungan Bani Naim ini (Walaupun ada khilaf di tempat lain tetapi tanah yang diberkati di dalam al-Quran adalah merujuk al-Aqsa dan sekitarnya)

Perkampungan Bani Naim ini adalah perkampungan seorang sahabat Nabi SAW bernama Naim ad-Dari. Beliau adalah adik pada Tamim ad-Dari, seorang nelayan yang telah bertemu dengan dajjal.

Ketika para sahabat telah berjaya mengIslamkan negeri Syam termasuk Palestin dan sekitarnya, Saidina Naim ad-Dari membawa keluarganya tinggal di kawasan ini.

Abangnya Saidina Tamim ad-Dari pula tinggal di sekitar Hebron. Mereka memilih untuk tinggal di sini supaya keturunan mereka nanti dapat bersama-sama membantu Nabi Isa membunuh Dajjal kerana Tamim ad-Dari adalah seorang sahabat yang telah bertemu Dajjal yang dilaknat.

IMG_9995Nabi Lut a.s adalah seorang Nabi yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim, bermaksud ketika itu belum ada lagi Bangsa Arab dan Bani Israel. Kedua bangsa ini hanya wujud setelah zaman Nabi Ibrahim.

Sebab itulah makam ini tidak menjadi rebutan orang Yahudi. Ketika saya menziarahi makam ini, sebahagian makan ini telah rosak, Menurut penjaga makam ini, sebahagian pemuda Yahudi telah datang dan merosakkan makam ini.

Semoga Allah terus menjaga para AnbiyaNya, amin..

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbbihi

Muhamad bin Abdullah

Sabtu 26 Januari 2012 jam 3.00 pagi

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...