Wednesday, August 15, 2012

Bicara Ilmu 100 – "Forum Cinta : Aku, Kau & Dia" ~ADMIN

Forum Cinta bertajuk : Aku, Kau & Dia telah diadakan pada hari sabtu 11 Ogos 2012 bertempat di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Perak. Bersama ahli panel Al Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin & Dr. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman & Moderator Ustaz Izwan Yusof. Tajuk kali ini mengupas tentang cinta yang agung, bagaimana boleh dikaitkan dengan bulan Ramadhan khususnya bagi membina sebuah keluarga mawaddah warahmah. Rakaman ini hanya memuatkan Al Fadhil Ustaz Muhamad sahaja.  Semoga kita semua mendapat manfaat dari rakaman di bawah insyaallah ~ ADMIN.

Bahagian 01




Bahagian 02




Bahagian 03


Tuesday, August 14, 2012

Bicara Ilmu 99 – “Bicara Lailatul Qadar di IKIMfm…”

Isnin 13 Ogos 2012….

Seperti biasa setiap hari Isnin jam 10.15 pagi, saya bersama dengan sidang pendengar di IKIMfm.

Kami mulakan perbincangan kami dengan persoalan yang diajukan oleh sidang pendengar pada siri lepas mengenai berimamkan Imam Masjid al-Haram di TV, adakah boleh atau tidak?

Senang jawab, ia tidak boleh…

Bagi yang tidak sempat mengikutinya pagi tadi, boleh melayarinya seperti di bawah.

“Ilmu Asas Amal”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Ogos 2012 jam 11.50 malam.

Monday, August 13, 2012

Bicara Ilmu 98 – "Mukjizat Al Quran Surah Hud Ayat:52" ~ ADMIN

Kisah seorang pakcik yang telah mengamalkan Surah Hud ayat 52 sejak muda. Umur beliau sekarang 81 tahun..Bagaimana seorang pakcik tua melihat mukjizat Al Quran ini dengan diberikan kekuatan kepadanya dengan amalan ayat tersebut. Semoga kita semua dapat manfaat dari rakaman di bawah insyaallah ~ ADMIN


Bicara Ilmu 97 – "Qiamullail : Tujuan; Kaedah; Kelebihan" ~ ADMIN

Bicara Ilmu kali ini memuatkan video tentang kuliah bertajuk Qiamullail..Apakah tujuan qiamullail berdasarkan daripada Suarah Al Isra' : 79 Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
 Antara intipati kuliah ini membincangkan tentang bagaimana kaedah untuk bangun malam. Apakah solat2 yang perlu dikerjakan.Saranan solat mana dahulu yg harus dimulakan. Qiamullail ketika Ramadhan ini kelebihannya sangat banyak terutama ketika penghujung Ramadhan iaitu terdapat Malam Lailatul Qadar..Semoga kita semua mendapat manfaat daripada video di bawah ini insyaallah ~ADMIN

Bahagian 01


Bahagian 02




Friday, August 10, 2012

Bicara Ilmu 96 – "Forum Stairway to Heaven, Stay Away from Naar" ~ ADMIN

Forum kali ini bertajuk Jalan Menuju Ke Syurga, Jauhi dari Neraka. Antara soalan2 yang dilontarkan oleh moderator kepada Al Fadhil ialah cara-cara untuk menjaga deria dari maksiat @ mengelakkan dari melakukan zina...Umum mengetahui laman media sosial pada masa sekarang seperti tidak boleh dipisahkan oleh masarakat..tetapi untuk menjadikan sesuatu itu perkara yang bermanfaat seperti berdakwah haruslah menjaga perkara-perkara yang boleh merosakkan hati contohnya..di bawah Al Fadhil Ustaz Muhamad akan menerangkan bagaimana untuk menjauhi maksiat, bagaimana cinta Rasulullah yg akhirnya membawa ke syurga dan persoalan2 yang diajukan oleh penonton. Semoga kita semua mendapat manfaat dari video di bawah..Forum ini telah dirakamkan di Dewan Seri Harmoni, Kolej Kelima, UPM ~ ADMIN

Bahagian 01




Bahagian 02



Bahagian 03


Thursday, August 9, 2012

Bicara Ilmu 95 – "Forum Mahabbah IKIMfm" ~ ADMIN

Forum Mahabbah IKIMfm bertajuk Generasi Facebook antara kelalaian & Dakwah..Fenomena laman sosial seperti FB, Twitter & Blog tidak asing lagi bagi kita semua..Bagaimana medium ini boleh dijadikan sebagai medium dakwah..AL Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah Amin cuba mengupas bagaimana Fb ini boleh membawa kita ke arah kebaikan @ keburukan..Forum ini telah dirakamkan di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak Bersempena Karnival Mahabbah IKIMfm baru-baru ini..Semoga video di bawah ini dapat dimanfaatkan bersama insyaallah ~ ADMIN


Bahagian 01



Bahagian 02


Bicara Ilmu 94 – “IKIMfm Ramadhan Membentuk 5 Unsur Diri..”

Rancangan IKIM ini disiarkan pada Isnin 23 Julai 2012. Ia adalah rakaman kerana pada tarikh ini saya berada di Mekah bersama krew Jejal Rasul.

Walaubagaimana pun, rakamana di youtube ini dibuat agak panjang, termasuk iklan sebelum program.

Perbincangan hanya bermula setelah minit ke 17

Perbincangan kali ini, kami kongsikan mengenai tarbiah Ramadhan di dalam membentuk 5 unsur manusia.

Semoga bermanfaat, amin,,

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Ogos 2012 jam 7.15 pagi

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...