Thursday, February 19, 2015

Universiti Kehidupan 260–Mengenal Sejarah Islam Kasymir

 

Islam datang ke Kasymir kurun pertama hijrah lagi, sama seperti Islam datang ke Nusantara, cuma ia hanyalah sebagai sebuah komuniti masyarakat yang belum tertubuhnya sebuah kerajaan.

Melihat bentuk muka bumi di Kasymir, kita dapat membayangkan betapa kesungguhan para pendakwah di dalam menyampaikan Islam. Di sini, dipenuhi dengan bukit, gunung, lembah dan gaung.

Kalau orentalis menyatakan pendakwah Islam datang ke satu tempat untuk berdagang sambil-sambil berdakwah, masakan perkara yang dibuat sambil-sambil sehingga boleh mengIslamkan hampir seluruh bangsa Kasymir. Lagipun, Kasymir bukan laluan perdagangan seperti laluan sutera. Para pendakwah memang datang untuk membawa syiar Islam itu. 95 peratus bangsa Kasymir adalah Muslim, dan muslim mereka adalah muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dari sudut makanan, bangsa Kasymir tidak jauh macam orang Melayu, makanan harian mereka nasi bukan roti seperti di tempat lain di India, gaya masakan juga tidak terlalu berkari seperti kebanyakkan tepat di India. Patut pun ramai juga mereka datang ke Nusantara dan selesa menetap di sana.

Masyarakat Islam pada kurun pertama hijrah di Kasymir duduk di bawah pemerintahan hindu. Kerjaan Islam dari Delhi tidak datang untuk memerangi kerajaan hindu di sini seperti yang dibuat pada bahagian-bahagian lain. Ini kerana kedudukan Kasymir yang berbukit dan susah untuk sampai ke sini.

Hanya jasa para pendakwah yang bersungguh mewarnai kesuburan masyarakat Islam di Kasymir, semakin lama bilangan mereka semakin ramai hinggakan hanya kerajaan sahaja masih hindu sedangkan majoriti rakyatnya telah Islam. Ramai orang Islam telah menjadi pembesar kepada kerajaan hindu ini.

Sehinggalah pada tahun 714 hijrah/ 1315 masihi, raja hindu yang memerintah di Kasymir mangkat. Tidak ada pengganti yang bagus kepada raja ini. Selama 16 tahun kerajaan Kasymir diperintah oleh para pembesar sedangkan penggantinya tidak terlibat langsung dengan pemerintahan.

Sehinggalah pada tahun 731 hijrah/ 1331 masihi, para pembesar Istana bersidang dan akhirnya bersetuju untuk melantik seorang pembesar Islam menggantikan raja yang telah lama mangkat. Nama pembesar Islam ini adalah Syah Mirza.

Dengan tertabalnya Syah Mirza menjadi Sultan, maka bermulalah kerajaan Islam Kasymir yang tidak bernaung kepada kerajaan Islam India yang telah sedia ada ketika itu.

Islam semakin berkembang di Kasymir, kalau dahulunya hanya jasa pendakwah, kita gabungan antara pendakwah dan pemerintah menyemarakkan lagi Islamnya Kasymir.

Sultan Syah Mirza mangkat dan digantikan dengan anaknya iaitu Sultan Sikander.

Sultan kedua kerajaan Islam Kasymir ini sangat warak dan alim orangnya. Baginda orang yang sangat penyayang dengan rakyatnya tetapi amat tegas di dalam pegangan Agama. Mana-mana tempat yang telah Islam dan tiada orang hindu di situ akan didirikan masjid dan kuil yang tidak digunakan itu akan dirobohkan.

Sebab itulah Sultan Sikander terkenal dengan jolokkan Sikander But Syikan (Sikander Si Pemusnah Berhala), gaya dan wataknya saling tak tumpah seperti watak Saidina Umar yang mendapat gelaran al-Faruq.

Pada tahun 1390 masihi, seorang Raja dari Samarqand (sekarang di bawah Uzbekistan) bernama Timurlane ghairah melancarkan peperangan ke atas negara-negara Islam agar mereka tunduk kepadanya. Beliau adalah pengasas negara Islam Samarqand. Bezanya, banyak negara Islam lain berperang dengan negara bukan Islam sama ada Kristian ataupun Hindu, tetapi Timurlane menyerang negara-negara Islam. Timurlane menyerang kerajaan Islam Delhi pada tahun 1398.Timurlane juga menyerang kerajaan Khalifah Bani Uthmaniyyah di Turki.

Ketika itu ramai para Ulama dan cendikiawan dari Asia Timur melarikan diri ke Kasymir kerana di sini selamat dari serangan Timurlane.

Sultan Sikander But Syikan mengalukan kedatangan mereka dan dengan bantuan dan sumbangan para cerdik pandai ini, Sultan Sikander dapat memajukan negaranya dari sudut pembangunan ekonomi, pertanian, kesenian dan ketenteraan.

Setelah Sultan Sikander mangkat, ia digantikan oleh anaknya iaitu Sultan Zainal Abidin. Baginda seorang yang terpelajar hasil didikan para cedikiawan dari berbagai tempat yang duduk di Kasymir. Ketika pemerintahannya, baginda mewujudkan pengawal keselamatan di jalan-jalanraya untuk memastikan pengguna yang masuk keluar ke Kasymir selamat dari gangguan perompak dan penyamun.

Sultan Zainal Abidin memerintah Kasymir kira-kira 50 tahun dan dapat memajukan negaranya. Baginda menjadi raja Kasymir yang terakhir kerana di zamannya Kasymir masuk ke dalam kerajaan Islam Moghul iaitu di zaman Maharaja Humayun.

Kerjaan Islam Kasymir berdiri sendiri selama 209 tahun.

Menjejaki kerajaan Islam Kasymir ini, kita dapat melihat hubungan antara pendakwah, para ulama dan juga kerajaan menyemarakkan lagi pembangunan negara, bukan sahaja dari sudut lahiriahnya tetapi pengisian rohani dan peradaban insani.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Srinagar Kasymir

19 Febuari 2015 jam 7.30 pagi

Wednesday, February 18, 2015

Universiti Kehidupan 259–Perjalanan Ke Kasymir

 

18 Febuari 2015, saya dan ahli rombongan keluar dari hotel jam 11.00 pagi menuju ke Indira Ghandi  Domestik Airport New Delhi.

Kami sampai di lapangan terbang jam 12 tengah hari dan terus membuat persiapan untuk kemasukkan.

Penerbangan kami ke Kasymir dijadualkan jam 2.00 petang. Penerbangan domestic “Spicejet” bernombor SG 865 mula meninggalkan New Delhi jam 2.15 petang. Kapal terbang jenis Boieng 737-800 menerjah awan Delhi. Kala ini saya duduk di tempat duduk 22 A, betul-betul di tepi tingkap.

Dari ketinggian, kami melintasi negeri-negeri di India, negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1.26 billion. 13 peratus dari penduduk di India adalah Islam menjadikan ia sebuah negara yang kedua mempunyai umat Islam paling ramai selepas Indonesia.

Di bahagian  kanan kami tersergam banjaran Himalaya dengan salji yang berada di atas bukit, seolah-oleh orang tua yang sedang memakai kopiah putih. Dalam perjalanan ini, kami hanya dihidangkan dengan minuman juz.

Saya merenung ke bawah, bukit dan lembah adalah jenis muka bumi di sini. Terbayang bagaimana kesungguhan para pendakwah terdahulu datang ke Kasymir mengIslamkan penduduknya yang dahulunya beragama hindu. Kini penduduk Kasymir, 95 peratus adalah Muslim dan Muslim mereka adalah Muslim ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Hanafi.

Perjalanan kami ke Kasymir mengambil masa 1 jam 30 minit dari ketinggian dan kelajuan kapal sehingga 800 km sejam. Bagaimana pendakwah dahulu ? Merentasi bukit dan gunung, lembah dan gaung. Tapi hasilnya, penduduk Kasymir dapat di Islamkan.

Kapal terbang mulai merendah, jam 3.50 petang, kami sampai di lapangan terbang Srinagar. Tidak besar, barangkali seperti lapangan terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas Kedah.

Walaupun perjalanan ini perjalanan domestik, kami kena juga membuat urusan passport di lapangan terbang ini, kami dikehendaki menulis nama dan no passport sebagai rekod kedatangan kami di sini.

Untuk ke hotel, tidak ada bas besar bagi rombongan 40 orang seperti kami, ini kerana tidak ramai orang yang datang ke Kasymir ini. Kami menaiki van Inova untuk ke hotel. Terus ke hotel bersebelahan dengan tasik “Gal”. Saya menjeling nama hotel yang kami duduki. “Centaur Lakeview Hotel” (www.centaurhotelsrinagar.com).

Dalam perjalanan ke hotel, di kiri kanan jalan, ramai tentera India. Keadaannya sama dengan kota Jerusalem di Palestin.

“Kenapa banyak sangat tentera ni ye” Tanya jemaah pada saya.

Kasymir adalah kawasan rebutan sejak dahulu antara India dan Paksitan. Oleh kerana penduduknya 95 peratus Islam, penduduk di sini agak lebih selesa berada di bawah Pakistan. Jadi kadang kala terdapat sedikit ketegangan antara kerajaan dan penduduk di sini. Sebab itu kawasan di sini di kawal oleh tentera. Selain itu kadang kala, terjadi pertempuran kecil antara penjaga sepadan India- Pakistan.

Dengan menyandang senjata AK 47, mereka mengawal kota Srinagar ini.

Bulan Febuari masih sejuk di Kasymir ini, suhu waktu siang hingga 5 darjah. Magribnya agak cepat iaitu jam 6.20 petang sedangkan Subuhnya agak lewat iaitu jam 6.00 pagi.

“Welcome to Paradise” (Selamat datang ke Syurga), kata pemandu van yang saya naiki. Barangkali merujuk pada cantiknya pemandangan kawasan sini.

Ya.. apa yang indah-indah semuanya dinisbahkan pada syurga tetapi ketahuilah syurga sebenar, tidak dapat dibayangkan dek akal kita. Ia jauh lebih hebat dan nikmat dari apa pun yang kita bayangkan.  Semoga Allah kurniakan syurga buat kita semua asalkan kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang soleh, amin…

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Srinagar Kasymir

18 Febuari 2015 jam 6.00 petang

XM7A1096

  Suasana bandar Delhi

XM7A1159

Suasana Jammu Kasymir, sekarang sedang musim sejuk dan sering hujan turun

XM7A1170

hotel kami di Srinagar Kasymir

Universiti Kehidupan 258 –Bintang Enam Milik Islam

 

Makam Maharaja Humayun dari Dinasti Moghul adalah satu kawasan yang dibangunkan oleh isterinya lambang kepada cinta seorang isteri kepada suaminya.

Saya memasuki kawasan makam ini. Ada satu altar yang tinggi yang dibangunkan. Pada dindingnya terdapat bintang enam.

“Ustaz, tu bukan bintang Yahudi ke? tanya ahli rombongan saya kepada saya.

Saya memandang bintang enam yang terdapat di dinding makam besar ini.

“Bangunan ini telah berdiri sejak kemangkatan Humayun pada tahun 962 hijrah/ 1556 masihi, jadi bintang enam ini telah digunakan sebagai dekorasi di kawasan ini sejak lima ratus tahun dahulu lagi” terang saya.

Orang yahudi baru menggunakan bintang enam ini sekitar seratus tahun. Mereka jenamakan bintang ini bintang mereka dan mereka mengatakan bintang enam adalah “Star Of David”. Tetapi sebenarnya, penggunaan flora dan geometri sebagai hiasan adalah di zaman Islam. Sebelum kebangkitan Nabi SAW, mana-mana tempat mereka menggunakan patung-patung sebagai hiasan.

Kalau kita lihat bendera Israel, ia akan mempunyai dua calit biru di atas dan di bawah dan di tegah-tengahnya terdapat bintang enam ini.

Menurut mereka, ada enam negara yang mempunyai kaitan langsung dengan sejarah Yahudi, iaitu Palestin, Mesir, Jordan, Syrian, Lubnan dan Iraq. Enam negara ini dilambangkan dengan bintang enam dan cita-cita mereka untuk menguasai enam negara ini manakala calit biru di antara bintang enam ini adalah lambang kepada dua buah sungai di antara negara ini iaitu sungai Nil di Mesir hinggalah sungai Furat dan Dajlah di Iraq.

Walaupun Yahudi mendakwa bintang enam ini milik mereka, tetapi seni bina Islam telah ribuan tahun menggunakannya. Antaranya yang terdapat di dalam Baitul Maqdis sendiri. Banyak bintang enam yang telah wujud dari zaman Salahuddin al-Ayubi lagi.

Dan menziarahi makam Maharaja Humayun, kita mendapati juga bintang enam yang digunakan sebagai dekorasi makam ini.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Srinagar Kasymir

18 Febuari 2015 jam 5.30 petang

XM7A1041

Bintang enam yang menghiasi makam Maharaja Humayun dari Dinasti Moghul

XM7A1042

Bintang enam adalah lambang kepada rukun Iman dan bintang lima lambang kepada rukun Islam

XM7A1050

Makam Humayun dihiasi dengan anak air yang mengalir sekitar kawasan ini. Ia sebagai satu terjemahan gambaran syurga yang Allah sebut di dalam al-Quran bahawa syurga itu mengalir di bawahnya sungai-sungai. Hiasan begini banyak dibuat di Istana-istana orang Islam antaranya Istana al-Hambra di Spanyol

Universiti Kehidupan 257–Bagaimana Islam masuk ke negara India ?

Islam memasuki negara India melalui dua jalan, jalan laut dan darat. Ia sama seperti Islam masuk ke negara China. Jalan laut dengan melalui Pantai Barat iaitu satu pintu masuk langsung dari semenanjung Arab melalui laut dan jalan darat iaitu melalui Afghanistan dan Turki.

Ia bermula dari zaman Saidina Umar lagi, pembukaan dan penaklukan benua kecil India telah dimulakan.

Pada tahun 87 hijrah/ 706 masihi, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari Kerajaan Bani Umayyah telah menghantar sebuah angkatan tentera Islam berjumlah 12 ribu orang, 6000 tentera berkuda dan 6000 lagi tentera berunta. Tentera ini dipimpin oleh Muhammad al-Qasim yang ketika itu baru berusia 17 tahun. Muhammad al-Qassim berjaya mengIslamkan banyak tempat di negara Sind ini.

Pengislaman tanah Sind ini semakin kuat diusahakan oleh para pendakwah yang terus berdakwah mengIslamkan masyarakat setempat sehinggalah Islam dapat membina kerajaan Islam pertama iaitu kerajaan Islam Ghaznawi pada tahun 351 hijrah bersamaan dengan 962 masihi.

Bermula dengan tertegaknya sebuah kerajaan Islam, maka ia menjadi sebagai titik bermulakan Islam dapat mengIslamkan tanah-tanah hindu di Sind ini.

Kerjaan Islam Ghaznawi kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Ghori pada tahun 544 hijrah bersamaa dengan 1150 masihi. Di Palestin ketika ini orang Islam sedang berjihad mengemalikan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib.

Kerjaan Islam Ghori runtuh dan digantikan oleh Kerajaan Mamluk dan bermulalah Kerajaan Kesultanan Islam Delhi pada tahun 602 hijrah/ 1206 masihi. Dinamakan kerajaan Mamluk (kerjaan hamba) kerana Sultan pertamanya adalah bekas hamba di zaman kerajaan Ghori. Beliau adalah Sultan Qutbuddin Aibak.

Ketika baru tertegaknya kerajaan Mamluk inilah, orang-orang Monggol menyerang orang Islam (1220 masihi) dan akhirnya  Keraaan Bani Abasiyyah di Bangdad diserang oleh Monggol  pada tahun 1258 masihi. Khalifah Bani Abasiyyah selepas itu berlindung dan bernaung dengan Sultan-Sultan Mamluk.

Siapa sangka, kerajaan Mamluk akhirnya menjadi sangat kuat sehingga menjadi pelindung kepada Umat Islam sehingga di Timur Tengah termasuk Palestin.

Di Palestin ketika ini, Salahudidin al-Ayubi baru sahaja dapat mengalahkan tentera Salib.

Kerjaan Islam Mamluk kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Khilji pada tahun 689 hijrah/ 1290 masihi. Sultan-Sultan Khilji sangat pintar dalam ilmu perang sehingga orang Monggol juga takut dengan mereka. Pada tahun 1296, Sultan Alauddin Khilji berjaya mengalahkan tentera Monggol dan Monggol terus menerima kekalahan berganda pada peperangan tahun 1303 masihi dan 1304 masihi sehingga orang Monggol menjadi gerun dengan orang Islam

Di Nusantara ketika ini telah tertegaknya kerajaan Islam Melaka dan Terengganu.

Kerjaan Islam Khilji kemudian digantikan dengan kerajaan Islam Tugluq pada tahun 720 hijrah/ 1321 masihi. Sultan-sultan Tughluq adalah orang yang meminati ilmu dan mereka sendiri adalah orang yang mahir dalam ilmu-ilmu sains, matematik, fizik, logik dan falsahah selain dari ilmu-ilmu agama. Di zaman Kerajaan Islam Tugluq berkembangnya ilmu-ilmu yang menjadi asas ilmu sains moden sehinggalah mereka telah diserang oleh Sultan Timurlane dari Samarqand pada tahun 1398, dan Timurlane telah membawa ahli cendiakiawan dari India ini untuk membangunkan negaranya di Samarqand.

Sultan Tuglug yang terakhir, Sultan Mahmud Tuglug mangkat dan tidak ada yang mahu berani untuk menaiki tahta kerana takut ancaman Timurlane. Akhirnya, Syed Daulat Khan, seorang gabenor di zaman Sultan Mahmod  Tuglug dilantik menjadi Sultan.

Kerajaan Islam Tuglug  diganti oleh Kerjaan Islam Dinasti Syed pada tahun 814 hijrah/ 1412 masihi.

Kerajaan Islam Dinasti Syed tidak lama memerintah. Ia kemudian di ganti dengan Kerajaan Islam Dinasti Lodi pada tahun 854 hijrah/ 1451 masihi.

Di Melaka ketika ini, kerajaan Islam Melaka telah mula terkenal dengan wujudnya pelabuhan yang menjadi penghubung antara tanah besar China dengan Dunia Arab. Ketika ini Portugis telah mula meminati Melaka.

Semua kerjaan Islam di India ini adalah kerajaan sama ada Arab, Parsi atau Turki. Pada tahun 931 hijrah/ 1526, bermula kerajaan pertama dari darah campuran Turki/ Monggol dan India. Ia adalah kerajaan Islam Moghol.

Kala ini di Melaka, kerajaan Islam Melaka telah tumbang di jajah Portugis. Kapal-kapal perang dari  Kerajaan Islam Demak pimpinan Raja Yunus (Pati Yunus) telah dikirim  untuk membantu Melaka tetapi tidak berjaya. Hal ini dirakamkan dalam pujangga Melayu “Kalau Roboh Kota Melaka, Papan Di Jawa Kami Sorongkan..”

Berita tumbangnya kota Melaka tersebar di Kerajaan Islam lainnya.

Ketika Alfonso al Buquerque  membawa kekayaaan Melaka untuk ke Portugis, ia telah diserang oleh Kerjaan Islam Moghol. Walaupun secara rasminya kerajaan Islam Moghol tertubuh pada tahun 1526, tetapi pengasas dan pembinaannya telah bermula.  Sebahagian orang barat mengatakan bahawa Alfonso mati diserang lanun, tetapi ia sebenarnya adalah kapal-kapal perang dari Kerajaan Islam Moghul. Kebiadaban Alfonso telah ditamatkan kerana dia adalah orang yang pernah berusaha mencuri jasad Nabi kita Muhammad SAW yang mulia.

Kita dapat lihat kaitan Ukhwah antara kerajaan-kerajaan Islam  pada kurun ke 15 ini.

Secara ringkasnya, kerajaan Islam Moghul tertegak di Delhi sehinggalah ke Sultan yang terakhir iaitu Sultan Bahadur Syah (II) yang mengisytiharkan perang Jihad pada British. Baginda kemudian ditangkap dan dibuang ke Rangoon Myanmar dan mangkat di sana.  Pihak British menjajah India dan kemudian telah menukar Delhi menjadi New Delhi.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

New Delhi India 18 Febuari 2015 jam 10.15 pagi

Universiti Kehidupan 256– Perbezaan Makam Humayun dan Taj Mahal

17 Febuari 2015, saya bersama rombongan menziarahi makam Hamayun.

Siapa Humayun ini? Beliau adalah Maharaja Kedua Kerajaan Dinasti Moghol di India. Di lantik menjadi raja pada umurnya 23 tahun pada tahun 1530 masihi. Beliau memerintah selama 26 tahun sehingga tahun 1556 masihi.

Maharaja Humayun adalah seorang raja yang disenangi oleh rakyatnya sama ada yang muslim atau yang hindu. Beliau orang yang peramah, mudah mesra, pemurah dan pemaaf.

Ketika beliau mangkat, ramailah orang yang bersedih terutama dari kalangan ahli kerabat beliau. Isteri beliau telah mememinta pengikut yang setia bersamanya membangunkan kompleks makam yang besar. Komples makam Maharaja Humayun ini telah dibina dan dibiyaai isterinya sebanyak 1.5 juta rupi. Ia sebagai lambang kasih dan sayang isterinya kepada Maharaja.

Perbezaan dengan bangunan Taj Mahal pula, ia dibina oleh seorang suami kepada isterinya. Ia menelan belanja 20 juta rupee.

sekarang, makam Humayun telah diletakkan sebagai kawasan peliharaan sejarah nasional dan ramai pelawat yang datang menziarahi. Seseorang akan bersusah payah untuk apa yang dicintainya.

Melihat bangunan pemakaman Humayun, teringat akan kisah percintaan yang sejati antara suami isteri. Alangkah untungnya  jika cinta itu di asaskan dengan kecintaan pada Allah dan Rasul.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Muhamad bin Abdullah
New Delhi 17 Feb 2015 jam 10. 40 malam

ustaz amin

di hadapan makam Humayun

ustaz amin delhi

Ia lambang kecintaan  seorang Isteri, alangkah untungnya jika kecintaan itu membawa kita ke syurga, amin…

ustaz amin new delhi

Bersama DJ Faiz dari Ikim dan unit TV IKIM.

Universiti Kehidupan 255–Pejalanan Ke New Delhi

Lebih setahun Universiti Kehidupan bercuti dari penulisan. Kini ibarat semester baru yang baru buka. InsyaAllah aka dan mula aktif kembali.

Peulisan baru ini adalah mengenai perjalanan saya ke New Delhi, India bersama penyampai IKIM.

Jam 7.00 pagi 17 Febuari 2015, seramai 40 peserta rombongan akan bertolak menaiki pesawat MH 172 dari Kuala Lumpur ke New Delhi.

Kapal berlepas jam 8.50 pagi dan perjalanan ke New Delhi mengambil masa selama 6 jam. Saya duduk di tempat duduk 17 A. Selama dalam perjalanan saya hanya membaca buku sejarah kerajaan Islam India dan sekali sekala mata saya menerjah di luar tingkap memerhatikan peandangan perjalanan dari ketinggian 36 ribu kaki.

Sesampai di New Delhi, kami serombongan terus di bawa makan tengah hari. Sudah tentu masakan kari dan ayam tandori yang dimasak membangkitkan selera.

Berkongsi mengenai sejarah Islam India ini, Ia didirikan oleh 8 Kerajaan iaitu :-

1.Ghaznawi

2. Ghori

3. Mamluk

4. Khilji

5. Tughlug

6. Syed

7. Lodi

8. Moghol

dan Moghol menjadi kerajaan Islam terakhir sebelum India dijajah oleh Inggeris sepernuhnya.

Sultan terakhir Moghol Sultan Bahadur Syah II telah dibuang ke Ranggon Burma dan mangkat di sana.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

New Delhi India

17 Feb 2015 jam 10.00 malam