Thursday, June 13, 2013

Ziarah Palestine di 10 Malam Terakhir Ramadhan

[ADMIN] Assalamualaikum w.b.t
Rasai kelainan beribadah di Masjidil Al-Aqsa pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil melawat ke tempat-tempat-tempat menarik dan bersejarah di Jerusalem,Bathelehem dan Hebron. Rombongan akan dipimpin sepenuhnya oleh Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al Amin.

Tarikh perjalanan : 29 Julai- 7 Ogos 2013 ( 10 hari 9 malam)

Bagi yang berminat dan ingin mendapat maklumat mengenai kembara kehidupan ini boleh hubungi kami segera di talian :
Pejabat : 0355232296
Liana    : 0196603643
Fendi    : 0123935584
Website : www.alcctravel.com


Tuesday, June 11, 2013

Universiti Kehidupan 247 – Perbezaan Majlis Perkahwinan Palestin - Malaysia

31 Mei 2013, selepas menghabiskan lawatan sekitar kota Jerusalem, Qasim, pemandu pelancong saya di Jerusalem mengajak saya untuk pergi ke Mukhayyam Su’fat, satu penempatan rakyat Palestin di pinggir kota Jerusalem.

IMG_9952

(Gambar - bas mini dari kota Jerusalem ke Mukhayyam Su’fat)

“Mari, malam ni ada kenduri kahwin, aku mahu engkau lihat cara sambutan perkahwinan di Palestin ini” kata Qasim pada saya.

IMG_0015

(Gambar – papan rentang pemberitahuan jalan akan ditutup kerana sambutan majlis perkahwian di sini)

setelah akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki belum boleh membawa pengantin perempuan pulang. Akan di adakan majlis di sebelah pengantin lelaki kemudian di sebelah pengantin perempuan, barulah majlis pengantin lelaki datang ke rumah mertua untuk menjemput pengantin perempuan pulang ke rumahnya.

IMG_0009

(Gambar – kain rentang pengunguman perkahwinan, macam pilihan raya pula)

Perbezaan majlis perkahwinan di Malaysia ialah pengantin akan diarak dan diraikan seperti raja, sebab itu ia dipanggil raja sehari.

IMG_9974

Di Palestin, pengantin akan diarak seperti pejuang. Ia akan dijulang dengan paluan gendang perang. Sambil membawa bendera tertulis kalimah syahadah, pengantin akan diarak sambil membaca selawat dan qasidah semangat.

IMG_9979

Pakain pengantin pula tidak ada beza dengan pakaian pengunjung, hanya memakai seluar jin dan baju t-shirt (pengantin yang menghadap kamera)

IMG_9986

Sampai satu tempat, mereka menyalakan pula obor sambil melaungkan takbir dan selawat.

IMG_9998

Sampai di tapak majlis, pengantin disambut dengan letupan mercun seolah-olah letupan senapang yang bertalu-talu

IMG_0005

Di hujung jalan, terdapat pentas dan para penasyid telah bersedia melaungkan nasyid semangat agar keluarga baru ini dikurniakan anak yang banyak lagi soleh/ah.

IMG_0016

Saya menghabiskan masa hingga tengah malam menyaksikan majlis perkahwinan masyarakat di sini.

Di ketika masyarakat penuh ujian dan cobaan, majlis perkahwinan tetap dijalankan, bezanya mereka diraikan bagai seorang pejuang.

“Unversiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

11 Jun 2013 jam 12.15 tengah malam.

Monday, June 10, 2013

Universiti Kehidupan 246 – “Bersama Dato Dr. Haron Din Di Mekah..”

Saya bersama dengan Dato’ Dr Haron Din di Mekah ini pada Jun 2013.

Kami bersama pergi ke Jeddah untuk mengisi jemputan kuliah dari orang Melayu yang bekerja di Jeddah dan sekitaranya.

Kali terakhir saya bersama dengan Dato’ Dr Haron Din adalah sebelum pilihanraya PRU 13  ketika kami bersama menjadi ahli panel di dalam satu forum di Masjid Negeri Shah Alam.

Dato Haron dan ustaz amin

Kesempatan bersama Dato’ Dr. Haron Din, saya berkata kapada beliau.

“Dato’ ana nak tanya 3 soalan” kata saya.

Soalan pertama adalah soalan peribadi saya mengenai panduan sebagai pendakwah kerana baru-baru ini saya berhadapan dengan satu perkara yang seakan pernah dilalui oleh Dato’ Dr. Haron Din. InsyaAllah saya akan kongsikan nanti jika sesuai.

Soalan kedua mengenai pendirian beliau mengenai isu kaimah Allah berbanding dengan pimpinan lain.

Beliau menyatakan bahawa di dalam keputusan ahli Syura PAS jelas bahawa kaliamah Allah untuk orang Islam. Pendirian beberapa pemimpin juga sama cuma ayat mereka berbeza iaitu kalimah Allah boleh digunakan dengan syarat. Tetapi syarat yang ditetapkan memang mustahil boleh dilaksanakan, cuma kadang kala Media mengambil separuh-separuh sahaja kenyataan pemimpin PAS yang akhirnya mereka terfitnah.

Bagi Dato’ Dr. Haron Din, beliau memilih perkataan yang lebih tegas iaitu tidak boleh digunakan oleh orang kafir.

Soalan ketiga adalah soalan yang agak sensitif, bolehkah Pas dan Umno bersatu?

Dato Dr. Haron menjawab, demi Islam kita boleh buat apa sahaja dan dalam politik, tidak ada kawan yang selama-lamanya dan tidak ada musuh yang selama-lamanya.

Baki perbincangan kami tidak dapatlah saya kongsikan di sini buat masa ini.

Tapi apa yang dapat saya simpulkan adalah Islam semakin kuat bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. Sesiapa yang masih yakin dengan sekular pasti tersingkir.

Dan demi Islam, apa pun boleh berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk agama dan negara kita di Malaysia insyaAllah, amin…

Semoga Allah sentiasa memelihara kepentingan Islam dan Umat Islam di negara tercinta ini, amin…

Semua orang ada peranannya, jangan pertikai peranan orang lain yang kita tidak faham, soalannya apa peranan yang telah kita mainkan untuk agama Allah ini.

IMG_0217

Program kami di Jeddah bersama orang Melayu di tanah haram ini.

IMG_0229

kenangan bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Mekah Mukarramah

10 Jun 2013 jam 6.00 petang

Universiti Kehidupan 245 – “Majlis Ulama Kota Mekah”

Perjalanan Universiti Kehidupan ke 17 kali ini bersama dengan ibadah Umrah.

Di Mekah, seperti biasa, saya akan menziarahi ulama-ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dan saya membawa jemaah bersama menzirahi dan menyertai majlis zikir dan selawat.

IMG_0242

Ini di antara selawat dan Madih yang dibaca. Majlis bermula dengan zikir selepas solat Maghrib, dan selepas isyak ia di sambung dengan majlis selawat.

IMG_0246

Majlis dihadiri oleh Ulama dari Turki, India dan beberapa negara Arab lainnya

IMG_0247

InsyaAllah sesiapa yang mahu mengikuti perjalanan Majlis ini boleh mengikuti program Jejak Rasul bulan Ramadhan ini, saya bersama krew Jejak Rasul merakamkan perjalanan program Ulama Mekah ini.

ustaz amin di masjlis ulama mekah

Selepas tamat program, ia diraikan dengan majis jamuan, biasanya akan makan nasi Mandy kambing.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

10 Jun 2013 jam 5.30 petang

Friday, June 7, 2013

Diari 419 – Perjalanan Universiti Kehidupan Palestin ke 17

29 Mei 2012, perjalanan Universiti Kehidupan bermula lagi. Seramai 59 menyertai rombongan.

Saya memang memilih tarikh ini kerana ia bersempena dengan israk dan Mikraj, jadi penghayatan kisah mulia ini sudah tentu dapat dirasakan lebih mendalam bagi peserta.

IMG_9862

Rombongan kali ini berada di Baitul Maqdis tidak lama kerana kami akan meneruskan perjalanan ke Mekah dan Madinah pula

IMG_9823

Seperti biasa, perjalanan masuk ke al-Aqsa di kawal ketat. Rombongan kali ini ramai anak muda, jadi banyak juga yang kena periksa betul-betul ketika nak masuk.

IMG_9837

Suasana di dalam batu tergantung saat ini

IMG_9872

Suasana di dalam masjid Marwani, masjid bawah tanah di al-Aqsa

IMG_9904

Santai bersama jemaah sambil berkongsi kisah dan pengalaman di al-aqsa

IMG_9925

Berjalanan di Old City Of Jerusalem, terdapat 1001 sejarah di dalam kota lama ini.

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

2 Jun 2013 jam 8 pagi