Monday, November 26, 2012

Bicara Ilmu 121 – 12 Kaedah Melahirkan Anak Cemerlang

Seminar bertempat di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur mengupas mengenai Kaedah melahirkan anak yang cemerlang.. Antara isi kandungan dalam seminar ini adab ketika mengandung, saat kelahiran. apakah amalan-amalan yang sunnah dilakukan oleh para ibu & bapa. Kisah2 para nabi, ulama' terdahulu. Antaranya kisah Imam As Syafie & susu kambing..Doa2 yang perlu dibaca @ diamalkan oleh para ibubapa n anak2..semoga video ini mendapat manfaat & kebaikan kepada kita semua insyaallah. ~ ADMIN


Friday, November 16, 2012

Bicara Ilmu 120 - Apakah Yang Dikatakan Amar Makruf?

Forum 14 November 2012 dari jam 5.15 hingga 6.15 petang saya diajukan mengenai Amar Makruf.

Yang dikatakan Amar Makruf adalah berusaha untuk membetulkan cara berfikir dan cara bertindak seseorang.

Kita kongsikan semoga memberi manfaat

Bicara Ilmu 119 - Keseimbangan 5 Unsur Manusia

Rabu 14 November 2012 jam 5.15 petang

Saya digandingkan dengan Dato' Ustaz Zawawi sebagai ahli panel dan Ustaz Suhaimi dari JAIS. Kami menyempurnakan forum sempena Maal Hijrah yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam.

Soalan yang diberikan pada saya ialah bagaimana wasatiyah itu membentuk peribadi yang soleh dan solehah.

Sama-sama kita kongsikan

Monday, November 5, 2012

Bicra Ilmu 118 - 3 Keperitan Yang Perlu Di Lalui Oleh Seorang Pelajar

3 November 2012, saya merasmikan ihtifal Maahad Sains al-Quran al-Amin, sekolah tahfiz yang saya kelolakan.

Pada kesempatan kali ini, anak-anak murid saya dan juga ibu ayah mereka ada.

Kami mulakan program dengan bacaan doa dan al-Quran.

Kemudian saya membawakan 3 keperitan yang perlu dilalui oleh seorang pelajar dan ia merupakan satu sunnatullah.

3 Keperitan itu ialah keperitan ilmu, keperitan majlis ilmu dan keperitan bersama guru. Memang, Nabi SAW juga melalui proses yang sama di dalam baginda menerima wahyu.

Orang hebat seperti Imam Syafie dan Salahuddin al-Ayubi juga melalui proses yang sama.

Jadi, seorang yang ingin menjadi orang hebat perlu melalui proses yang sama. Ia ibarat ingin melahirkan roti canai yang sedap dan baik, ia perlu diuli, dibanting, ditepuk, dilambung, dibakar. Barulah ia menjadi roti canai yang sedap dan enak.

Kalau seguni tepung tidak mahu melalui proses tadi, hanya diletakkan di lantai tidak disentuh dan diproses maka, ia hanya akan tetap seguni tepung yang lama kelamaan akan menjadi rosak dan busuk.

Mari sama-sama kita kongsikan sebahagian dari rakamannya, semoga memberi manfaat.

"Ilmu Asas Amal"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
5 November 2012 jam 7.30 malam



Saturday, November 3, 2012

Bicara Ilmu 117 - "Pengalaman Korban di Negara China.."

Sempena dengan bulan korban ini, ingin saya kongsikan pengalaman membuat korban di negara China.

Lokasi kami membuat korban ini adalah di Ping Liang, lebih kurang 1000 km dari Beijing.

Rakaman ini telah dibuat pada raya korban tahun lepas, sebab itu ada yang menyatakan saya kurus sikit.

Satu pengalaman yang menarik yang dapat kita kongsikan bersama.


Diari 413 - "Takbir Raya Korban Di al-Aqsa.."

Alhamdulillah, dapat saya kongsikan pengalaman bertakbir hari raya Aidil Adha di dalam Masjid al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan buat kita, amin...

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 November 2012 jam 3.15 pagi

Thursday, November 1, 2012

Diari 412 - Semanis Kurma TV9 "Tiada Cinta Tiada Nafkah"

1 November 2012 jam 9.30 malam.

Pulang dari Palestin sehari sebelumnya, saya memenuhi program "Semanis Kurma" TV9. Walaupun agak letih, tapi saya cuba mengupas dengan sebaiknya soalan yang diajukan. Dengan izin Allah, Alhamdulillah, program dapat disempurnakan.

Tajuk malam ini adalah "Tiada Cinta Tiada Nafkah" satu tajuk yang menarik. Ini kerana pada saya, persoalan nafkah adalah persoalan yang agak banyak berlaku di tengah masyarakat kita.

Kesimpulan yang dapat dibuat malam ini ialah masing-masing pasangan perlu meningkatkan ilmu mengenai kekeluargaan. Ini kerana manusia dibentuk apa yang ada pada akal dan hati mereka.

Jika akal kosong dengan ilmu, bagaimana ingin mengharungi rumahtangga dengan sebaiknya. Selepas akal diisi dengan ilmu, maka hati perlu diisi dengan tarbiah pula, kerana tanpa tarbiah, ilmu yang ada di akal hanya tinggal sebagai teori semata-mata tanpa ada kekuatan untuk diamalkan.

InsyaAllah, perkongsian malam ini akan kita kongsikan di Youtube nanti.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 November 2012 jam 11.45 malam

 Suasana dalam studio
Tajuk perbincangan malam ini agak menarik kerana ia rapat dengan keadaan semasa masyarakat