Wednesday, September 26, 2012

Bicara Ilmu 113 - Ke Neraka Kerana Menyeksa Kucing (Hadith Muslim128)

Kita kongsikan kisah seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana menyeksa seekor kucing.

Semua mahkluk Allah perlu dirahmati. Akibat yang buruk jika seseorang menzalimi makhluk Allah.

Semoga memberi manfaat

Bicara Ilmu 112 - Kisah Semut (Hadith Muslim127)

Kita kongsikan kisah semut di dalam hadith Nabi SAW. Sekumpulan semut yang cuba dibakar oleh seorang Nabi kemudian Allah menegur Nabi itu dengan menyatakan bahawa semut adalah satu masyarakat yang bertasbih

Tuesday, September 25, 2012

Bicara Ilmu 111 - Galakkan Membunuh Ular (Hadith Muslim 125)

Hadith pilihan Imam Muslim ke 125 ini membicarakan mengenai galakkan membunuh ular yang berbisa.

Semoga memberi manfaat

Monday, September 24, 2012

Bicara Ilmu 110 - Hadith Muslim Ke124

Pengajian hadith Muslim secara bersanad yang dibuat di Masjid Bukit Jelutong. Hadith yang ke 124 ini membicarakan mengenai kelebihan madu

Semoga memberi manfaat.

Sunday, September 23, 2012

Bicara Ilmu 109 - Mengenal 3 Sebab Manusia Menjadi Hina

Khamis 20 September 2012,

Saya dijemput menyampaikan pengisian "Transformasi Diri" di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Hospital Sungai Buloh.

Ada 7 bab yang dapat dibincangkan dalam 3 jam program di sini, kita dapat kongsikan di kesempatan kali ini, salah satu babnya iaitu,

"Mengenal 3 Sebab Manusia Menjadi Hina"

Semoga kita dapat menjaga diri kita dari menjadi orang yang hina dan semoga Allah kurniakan kepada kita kemuliaan hidup di dunia dan hidup di akhirat, amin..

"Ilmu Pelita Hidup"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
23 September 2012 jam 11.30 malam


Bicara Ilmu 108 - Politik Hanya Alat Bukan Matlamat

Politik adalah alat bukan matlamat, matlamat umat Islam adalah untuk mencari keredhaan Allah.

Bicara Ilmu 107 - Seruan Bangsa Yang Bukan Asabiyyah

Mari kongsikan mengenai 4 jenis seruan kepada bangsa.

1. Seruan kepada bangsa untuk taksub
2. Seruan kepada bangsa untuk menguatkan bangsa itu sebagai umat Islam
3. Seruan kepada bangsa untuk Islam
4. Seruan Untuk Islam kepada bangsa


Di antara keempat seruan ini, seruan jenis pertama yang dilarang oleh Nabi SAW kerana ia adalah seruan Asabiyyah.

Saturday, September 22, 2012

Bicara Ilmu 106 - Apa Itu Nikmat

Sempena dengan hari Malaysia pada 16 September 2012, saya dijemput untuk memenuhi undangan forum.

Pusingan pertama, kita kongsikan mengenai apa itu nikmat dan jenis-jenisnya.

Semoga memberi manfaat pada kita.

Bicara Ilmu 105 - Tanda hati ada iman

Di antara tanda hati ada iman adalah dengan ketenangan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita, amin..

Friday, September 21, 2012

Bicara Ilmu 105 - Bagaimana Melepaskan Bebanan Hati

Dengan memaafkan orang lain, kita akan melepaskan bebanan hati kita, inilah rahsia ketenangan..

Thursday, September 20, 2012

Bicara Ilmu 104 - Syirik Jangan Dimulakan

Perkara syirk jangan dimulakan, ini kerana, kalau kebetulannya betul, seseorang akan menjadi percaya sampai bila-bila.

Semoga memberi manfaat

Bicara Ilmu 103 - Pengajian Hadith Kitab Sunan Ibnu Majah, hadith ke 14

Alhamdulillah, dapat kita kongsikan pengajian kitab sunan Ibnu Majah hadis ke 14 yang berlangsung di Yayasan Restu Shah Alam pada hari Rabu 19 September 2012.

Semoga memberi manfaat

Wednesday, September 19, 2012

Bicara Ilmu 102 – Pengajian Asmaul Husna, Nama Allah yang ke 69 – Allah al-Qadir

Selasa 18 September 2012, jam 9.30 pagi..

Pada setiap hari Selasa, saya akan mengendalikan kelas Asmaul Husna di Yayasan Restu Shah Alam.

Pengajian Asmaul Husna ini telah lama dimulakan di Yayasan Restu ini, cuma akhir-akhir ini sahaja yang dapat dirakam dan dikongsikan.

Alhamdulillah, kami hari ini membicarakan mengenai nama Allah yang ke 69 iaitu Allah al-Qadir.

InsyaAllah, dapat kita kongsikan seperti di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Rabu 19 September 2012 jam 3.00 petang

Monday, September 17, 2012

Diari 404 – “Kembara Dakwah Dari Utara Ke Selatan..”

Ahad 16 September 2012, hari ini cuti hari Malaysia, kembara dakwah bermula di Tanjung Piandang Perak.

Bersempena dengan Karnival Pemakanan Sihat di sini, saya diminta mengisi programnya.

Jam 3.00, ceramah dimulai, yang menariknya, kebanyakkan pendengarnya adalah orang yang telah berumur tetapi mereka begitu aktif bertanya soalan.

Saya rasa macam di dalam rancangan “Tanyalah Ustaz” pula.

IMG_5631 Kadang kala, apabila turun ke tangah masyarakat, kita dapat mempelajari tentang kehidupan di dalam masyarakat. Bak kata orang Melayu, lain padang lain belalang..

IMG_5638

Sepemandangan saya, orang di sini peramah, dan jamuan makannya memang sedap :)

Habis program, saya menghadiri satu mesyuarat di Simpang Ampat di Penang mengenai kerjasama kolej untuk anak-anak yatim dan tahfiz  Yayasan al-Ijabah

Tamat jam 10.30 malam, saya dan rombongan terus bertolak ke arah Selatan.

Lokasi seterusnya adalah Semerah Batu Pahat Johor.

17 September 2012, jam 9.30 pagi, progaram telah bermula. Saya diminta untuk membicarakan mengenai keusahawanan.Ketika berbincang melalui telifon, saya hanya diminta untuk mengulas tentang motivasi usahawan dari sudut Islam.

IMG_5700 

IMG_5685

Antara yang hadir di dalam program.

Alhamdulillah, kita dapat berkongsi pengisian tentang usahawan seperti di bawah.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 September 2012 jam 11.00 malam

Diari 403 – “Forum Perpaduan di Aman Perdana Meru Klang..”

15 September 2012…

Sempena dengan Hari Malaysia, saya bersama Ustaz Fauzi Mustafa memenuhi undangan Forum di Aman Perdana, Meru Klang.

Forum berkisar mengenai hari Merdeka, insyaAllah, isi forum akan dikongsikan di dalam Youtube nanti.

IMG_5599

Negara kita memang makmur dan aman, semoga ia terus aman dan dikurniakan keberkataan dengan Islam.

IMG_5611

Secara jujurnya, surau di sini, binaannya memang unik, mempunyai jalan khas untuk orang kurang upaya atau orang tua.

IMG_5606

Antara yang bersama di dalam forum malam ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 September 2012 jam 9.25 malam

al-Ijabah 111 – “Pelapis Perjuangan..”

Jumaat 14 September 1012, jam 3.00 petang

Untuk tahun ini, beberapa orang murid saya menyambung pelajaran dibeberapa tampat.

Ada yang ke IAIN (Insitut Agama Islam Negeri) Medan Indonesia, diterima masuk ke tahun akhir di dalam bidang Syariah.

IMG_5542

Dalam kesibukan tugas harian, saya melapangkan juga masa ke LCCT untuk menghantar mereka, salah seorang dari mereka adalah anak Yatim al-Ijabah yang telah sampai ke tahap akhir pengajian.

Alhamdulillah, semoga terus berjaya dan menjadi pelapis perjuangan, insyaAllah..

IMG_5565

Bidang yang diambil adalah Syariah, pada 13 Oktober 2012 ini juga, dua orang pula anak Ijabah akan ke Mesir, salah seorangnya adalah anak yatim piatu, alhamdulillah, semoga turus berjaya. Pohon didoakan agar mereka semua berjaya dunia akhirat.

IMG_5594

Selepas menghantar mereka, saya bergegas ke IKIM, mengadakan rakaman untuk hari Isnin 17 September. Saya tidak dapat bersiaran secara langusng pada tarikh tersebut.

Bersama di dalam studio adalah anak saya dan anak angkat saya, mereka baru habis UPSR, jadi ajak sekali sebagai pengalaman untuk mereka.

“Bersama Kita Beramal”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 September 2012 jam 9.20 malam

Diari 402 – “Kursus Keusahawanan Bersama Mara Daerah Pontian..”

Walaupun saya berada di dalam dakwah, tetapi saya juga amat meminati perniagaan. Ia adalah satu sunnah.

Kalau di Masjid sejak 15 tahun dahulu, ustaz kita mengajar mengenai perniagaan di dalam Islam, maka mungkin sekarang banyak ahli perniagaan dapat dilahirkan melalui acuan Islam.

6 sehingga 8 September 2012, saya diminta oleh MARA daerah Pontian untuk membuat perbentangan kursus usahawan bersama para usahawan dari sekitar daerah ini.

Ada di antara mereka yang baru memulakan perniagaan dan ada yang telah berpuluh tahun menceburi bidang ini.

Antara tajuk yang diminta untuk saya kupas ialah:-

Penjenamaan menurut Islam, Praktikal mengimport barang dari China, Asas perniagaan dalam Islam, Asas pengurusan kewangan dalam Islam dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga memberi manfaat untuk yang hadir, amin..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 September 2012 jam 9.10 malam

IMG_5318

Antara yang bersama di dalam kursus ini

IMG_5343

Kami juga membincagkan unsur di dalam diri manusia dan bagaimana ia boleh disenergikan untuk melahirkan jiwa usahawan

IMG_5384

Bersama En. Aizat, pengawai Mara Daerah Pontian

IMG_5387

Kenangan dengan beberapa peserta

Diari 401 – Motivasi Pekerja di UiTM Puncak Alam “Ambil Hati Boss Atau Bodek Boss..”

12 Sepember jam 11.30 pagi..

Hari ini, saya bersama dengan warga UiTM Puncak Alam, membicarakan mengenai motivasi pekerja.

Tajuknya agak menarik..

“Ambil Hati Boss Atau Bodek Boss”

Kesimpulan yang boleh dikongsikan ialah, kalau kita buat baik pun orang akan kata, kalau buat jahat pun akan orang kata.

Lebih baik kita dikata di ketika kita buat baik berbanding kita dikata di dalam keadaan kita jahat sungguh.

Kalau nak hiraukan orang kata, memang tak habis. Jadi, buatlah kerana Allah dan Allah, Rasul serta orang beriman akan menilainya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

“al-Faqir Ila Rabbihi”

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 September 2012 jam 9.00 malam

IMG_5488

Keikhlasan kadang kala tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai, sebab itu, buat baik kerana Allah dan hati akan lebih tenang dan senang tanpa terbeban dengan pekerjaan itu.

IMG_5498

Di setiap tempat memang ada ujiannya, usah dibandingkan kebahagiaan orang dengan kebahagiaan kita, nanti kita tidak akan dapat mengecapi apa-apa kebahagiaan.

IMG_5529

Antara yang bersama pagi ini

IMG_5531

Semoga memberi manfaat untuk semua..

Wednesday, September 12, 2012

Diari 400 – Program Semarak Merdeka di USIM

Selasa 11 September 2012..

Saya di jemput untuk memenuhi program Semarak Merdeka di Universiti Sains Islam Malaysia.

Apa yang menarik di USIM ini, program dianjurkan di ruang legar perpustakaan.

Ia salah satu cara untuk memesrakan para mahasiswa/i dengan perpusatakaan.

Di Malaysia, negara mensasarkan agar rakyat Malaysia membaca 12 buku setahun, ia jauh lebih kecil berbanding dengan orang Eropah yang membaca 60 buku setahun.

Saya membawa tajuk Sejarah Islam Nusantara sebagai menyuntik semangat jatidiri anak Melayu Islam kita.

Semoga memberi manfaat pada semua yang hadir.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Putra Heights

12 September 2012 jam 8.10 pagi

IMG_5437

Apa yang menarik ialah ia dibuat di ruang legar perpustakaan sebagai memesrakan mahasiswa/i dengan perpustakaan

IMG_5421

Saya membawakan tajuk Sejarah Islam Nusantara..

IMG_5453

Ceramah yang dibawa berkonsepkan multimedia, jadi hampir 2 jam taklah mengantuk

IMG_5452

Jatidiri orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam sebagai tunjuangnya

IMG_5459

Seperti biasa, selepas ceramah, saya akan mengajak semua yang hadir bangun dan berselawat pada Nabi SAW

IMG_5471

Syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penggerak progaram ini

al-Ijabah 110 – UPSR Anak Ijabah

Selasa 11 September 2012…

Hari ini adalah hari pertama anak tahfiz dan yatim al-Ijabah menduduki peperiksaan UPSR.

Kesempatan hari pertama ini, saya mengiringi mereka hingga ke dewan peperiksaan di Sek. Ren. Islam Pintar al-Amin Bandar Baru Sunway.

Jam 8 pagi, semua para pelajar telah berada di dalam dewan peperiksaan.

Saya meminta izin pada pemeriksa untuk memulakan peperiksaan semua murid yang ada termasuk anak tahfiz dan yatim al-Ijabah dengan doa.

Alhamdulillah, permintaan dibenarkan.

Dengan harapan agar  anak ini berjaya dunia akhirat, doa dipohonkan.

InsyaAllah, tahun ini, anak yatim piatu al-Ijabah akan menyambung pengajian ke Mesir dan seorang lagi ke IAIN Indonesia di dalam bidang Syariah.

Semoga Allah sentiasa berikan mereka kejayaan, amin…

Terima kasih pada yang sama-sama membantu sama ada secara langusng atau tidak.

IMG_5402

Suasana di dewan peperiksaan UPSR

IMG_5409

Saya meminta laluan pada pemeriksa untuk memulakannya dengan doa

IMG_5410

Semoga Allah kurniakan kejayaan untuk pelapis perjuangan agama ini, amin..

“Bersama Kita Berbakti”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

12 September 2012 jam 7.45 pagi