Saturday, August 25, 2012

Bicara Ilmu 101 – Ceramah Motivasi ~ ADMIN

Ceramah Motivasi anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk para penerima biasiswa yang telah berjaya menghabiskan pengajian mereka & mereka telah diapnggil untuk berkhidmat untuk JPA iaitu sektor awam. Pada sesi ini mereka disajikan dengan ceramah motivasi yg disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin untuk jatidiri bagaimana untuk menjadi manusia yg hebat dalam erti kata lain manusia yang berjaya & berkualiti tinggi. Semoga ceramah dibawah menjadi inspirasi kepada kita semua insyaallah ~ ADMIN

Bahagian 01


Bahagian 02



Bahagian 03



Bahagian 04


Wednesday, August 15, 2012

Bicara Ilmu 100 – "Forum Cinta : Aku, Kau & Dia" ~ADMIN

Forum Cinta bertajuk : Aku, Kau & Dia telah diadakan pada hari sabtu 11 Ogos 2012 bertempat di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Perak. Bersama ahli panel Al Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin & Dr. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman & Moderator Ustaz Izwan Yusof. Tajuk kali ini mengupas tentang cinta yang agung, bagaimana boleh dikaitkan dengan bulan Ramadhan khususnya bagi membina sebuah keluarga mawaddah warahmah. Rakaman ini hanya memuatkan Al Fadhil Ustaz Muhamad sahaja.  Semoga kita semua mendapat manfaat dari rakaman di bawah insyaallah ~ ADMIN.

Bahagian 01




Bahagian 02




Bahagian 03


Tuesday, August 14, 2012

Bicara Ilmu 99 – “Bicara Lailatul Qadar di IKIMfm…”

Isnin 13 Ogos 2012….

Seperti biasa setiap hari Isnin jam 10.15 pagi, saya bersama dengan sidang pendengar di IKIMfm.

Kami mulakan perbincangan kami dengan persoalan yang diajukan oleh sidang pendengar pada siri lepas mengenai berimamkan Imam Masjid al-Haram di TV, adakah boleh atau tidak?

Senang jawab, ia tidak boleh…

Bagi yang tidak sempat mengikutinya pagi tadi, boleh melayarinya seperti di bawah.

“Ilmu Asas Amal”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Ogos 2012 jam 11.50 malam.

Monday, August 13, 2012

Bicara Ilmu 98 – "Mukjizat Al Quran Surah Hud Ayat:52" ~ ADMIN

Kisah seorang pakcik yang telah mengamalkan Surah Hud ayat 52 sejak muda. Umur beliau sekarang 81 tahun..Bagaimana seorang pakcik tua melihat mukjizat Al Quran ini dengan diberikan kekuatan kepadanya dengan amalan ayat tersebut. Semoga kita semua dapat manfaat dari rakaman di bawah insyaallah ~ ADMIN


Bicara Ilmu 97 – "Qiamullail : Tujuan; Kaedah; Kelebihan" ~ ADMIN

Bicara Ilmu kali ini memuatkan video tentang kuliah bertajuk Qiamullail..Apakah tujuan qiamullail berdasarkan daripada Suarah Al Isra' : 79 Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
 Antara intipati kuliah ini membincangkan tentang bagaimana kaedah untuk bangun malam. Apakah solat2 yang perlu dikerjakan.Saranan solat mana dahulu yg harus dimulakan. Qiamullail ketika Ramadhan ini kelebihannya sangat banyak terutama ketika penghujung Ramadhan iaitu terdapat Malam Lailatul Qadar..Semoga kita semua mendapat manfaat daripada video di bawah ini insyaallah ~ADMIN

Bahagian 01


Bahagian 02




Friday, August 10, 2012

Bicara Ilmu 96 – "Forum Stairway to Heaven, Stay Away from Naar" ~ ADMIN

Forum kali ini bertajuk Jalan Menuju Ke Syurga, Jauhi dari Neraka. Antara soalan2 yang dilontarkan oleh moderator kepada Al Fadhil ialah cara-cara untuk menjaga deria dari maksiat @ mengelakkan dari melakukan zina...Umum mengetahui laman media sosial pada masa sekarang seperti tidak boleh dipisahkan oleh masarakat..tetapi untuk menjadikan sesuatu itu perkara yang bermanfaat seperti berdakwah haruslah menjaga perkara-perkara yang boleh merosakkan hati contohnya..di bawah Al Fadhil Ustaz Muhamad akan menerangkan bagaimana untuk menjauhi maksiat, bagaimana cinta Rasulullah yg akhirnya membawa ke syurga dan persoalan2 yang diajukan oleh penonton. Semoga kita semua mendapat manfaat dari video di bawah..Forum ini telah dirakamkan di Dewan Seri Harmoni, Kolej Kelima, UPM ~ ADMIN

Bahagian 01




Bahagian 02



Bahagian 03


Thursday, August 9, 2012

Bicara Ilmu 95 – "Forum Mahabbah IKIMfm" ~ ADMIN

Forum Mahabbah IKIMfm bertajuk Generasi Facebook antara kelalaian & Dakwah..Fenomena laman sosial seperti FB, Twitter & Blog tidak asing lagi bagi kita semua..Bagaimana medium ini boleh dijadikan sebagai medium dakwah..AL Fadhil Ustaz Muhamad Abdullah Amin cuba mengupas bagaimana Fb ini boleh membawa kita ke arah kebaikan @ keburukan..Forum ini telah dirakamkan di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak Bersempena Karnival Mahabbah IKIMfm baru-baru ini..Semoga video di bawah ini dapat dimanfaatkan bersama insyaallah ~ ADMIN


Bahagian 01



Bahagian 02


Bicara Ilmu 94 – “IKIMfm Ramadhan Membentuk 5 Unsur Diri..”

Rancangan IKIM ini disiarkan pada Isnin 23 Julai 2012. Ia adalah rakaman kerana pada tarikh ini saya berada di Mekah bersama krew Jejal Rasul.

Walaubagaimana pun, rakamana di youtube ini dibuat agak panjang, termasuk iklan sebelum program.

Perbincangan hanya bermula setelah minit ke 17

Perbincangan kali ini, kami kongsikan mengenai tarbiah Ramadhan di dalam membentuk 5 unsur manusia.

Semoga bermanfaat, amin,,

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Ogos 2012 jam 7.15 pagi

Bicara Ilmu 93 – “IKIMfm Menjaga Deria Sebagai Tarbiah Ramadhan ..”

Rancanngan IKIMfm ini disiarkan pada 16 Julai 2012 tetapi ia sebenarnya adalah rakaman.

Pada tarikh ini saya berada di Mekah.

Kami membicarakan mengenai deria manusia dan tarbiah Ramadhan di dalam membentuk deria manusia.

Bagi yang tidak sempat mengikutinya, bolehlah melayari seperti di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Ogos 2012 jam 7.15 pagi

Bicara Ilmu 92 – “IKIMfm Mengenai Nuzul al-Quran"..”

Isnin 6 Ogos 2012 jam 10.15 pagi, seperti biasa hari ini saya bersama dengan IKIMfm dan hari ini kami membicarakan mengenai topik Nuzul al-Quran.

Kebetulan Isnin 6 Ogos bersamaan dengan 17 Ramadhan, tarikh yang menurut sebahagian ulama’ sebagai tarikh Nuzul al-Quran.

Kita membicarakan mengenai apa ada pada al-Quran?

Pada al-Quran ada 7 perkara iaitu:-

1. Kitab yang memperkenalkan secara terperinci mengenai siapa Allah. (Kitab Tauhid)

2. Kitab yang membicarakan mengenai panduan hidup (Kitab Syariah)

3. Kitab yang membicarakan mengenai akhlak (tasauf)

4. Kitab yang penuh dengan ilmu

5. Kitab yang punyai pahala bagi pembaca dan ahlinya

6. Kitab yang punyai panduan di dalam perlindungan dari Sihir, Jin dan Syaitan

7. Kitab yang punyai syifa’ (penyembuh) dan kelebihan pada ayat-ayatnya.

Bagi yang tidak sempat, bolehlah ikuti seperti di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Ogos 2012 jam 7.00 pagi

Bicara Ilmu 91 – Usrah Teman Karib

Jumaat 3 Ogos 2012,

Usrah pada pagi ini memaparkan episod “Teman Karib”.

Pengambaran ini dibuat pada bulan Febuari lagi iaitu ketika perjalanan saya dan krew Usrah TV9 ke Mesir.

Episod kali ini membicarakan mengenai bagaimana seorang akan terpengaruh dengan agama orang di sekelilingnya.

Sebab itu amat penting kita memilih dengan siapa kita mahu berteman.

Kami juga membicarakan mengenai kisah dua sahabat baik iaitu Nabi Musa dan Nabi Haron.

Dua sahabat baik yang buruk pula iaitu Firaun dan Qarun.

Bagi yang tidak sempat mengikuti perbahasan ini, boleh lawati seperti di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Ogos 2012 jam 6.40 pagi

Friday, August 3, 2012

Bicara Ilmu 90 - “Tanyalah Ustaz “Perihal Talak” siri dua..”

1 Ogos 2012..

Hari ini hari kedua saya bersama di dalam “Tanyalah Ustaz” membicarakan mengenai talak.

Kami mulakan perbincangan dengan membicarakan takrifan talak, syarat jatuh talak.

IMG_4695

Kemudian perbincangan diteruskan dengan bagaimana lelaki seharusnya memandang talak.

1. Dia yang memang ingin menceraikan isteri, harus tetapi Allah benci.

2. Isteri yang minta cerai atau orang lain paksa suruh cerai, maka kena pertahankan rumahtangga sehingga Nabi saw menyatakan di dalam hadis.

“Sesiapa yang mati di dalam mempertahankan harta dan ahli keluarganya, maka matinya syahid”

Di dalam undang-undang di Malaysia juga ada peruntukan bagi membela seorang suami yang mempertahankan rumahtangganya

3. Seorang suami yang tidak mahu menceraikan isterinya kerana menahannya dengan zalim, maka haram hukumnya

ustaz amin tanyalah ustaz

Bagi perempuan pula, bagaimana mereka perlu melihat perceraian.

1. Jika nafkah di dalam perkahwinan tidak ditunaikan, maka boleh untuk memohon taklik

2.Jika perkahwinan itu memudharatkan, maka boleh memohon pasakh

3. Jika hanya mahu lari dari masalah, maka memohon cerai tidak wajar.Di dalam hadis Nabi SAW bersabda:

“Mana-mana perempuan yang meminta talak dari suaminya dengan keadaan tidak wajar maka haram baginya mencium bau syurga”

4. Melihat perceraian sebagai jalan keluar kerana mempunyai agenda maksiat seperti telah bermain kayu tiga,  maka haram dan berdosa.

IMG_4754

Sebenarnya untuk hari kedua, setelah tamat program tanyalah ustaz jam 8.00 pagi di TV9, program soal jawab diteruskan hingga hampir jam 9.00 pagi.

Banyak rupanya persoalan mengenai rumah tangga..

IMG_4702

Penonton lelaki yang bersama di dalam program ini

IMG_4714

Penonton perempuan yang bersama di dalam “Tanyalah Ustaz” hari ini.

Bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah layari seperti di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Ogos 2012 jam 7.00 pagi

Bicara Ilmu 89 – “Tanyalah Ustaz “Perihal Talak” siri satu..”

31 Ogos 2012..

Saya dijemput untuk  menjadi panel dalam “Tanyalah Ustaz” di TV9 bagi hari pertama.

Program “Tanyalah Ustaz” ini dibuat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali dengan Masjid Negeri

IMG_4620

Tajuk yang diminta saya kupas adalah bab talak

IMG_4626

Pada hari pertama, saya kupaskan dahulu muqaddimah mengenai keluarga.

Tiga bab penting dikongsikan mengenai kekeluargaan. Bab pertama ialah masing-masing suami dan isteri perlu berniat menjadi pasangan yang soleh dan solehah.

Niat orang awam : Niat untuk menjadi baik jika pasangan membalas kebaikan

Niat orang biasa : Niat buat baik dan ingin supaya Allah balas kebaikan

Niat orang Istimewa : Niat menjadi baik bukan kerana balasan, tetapi kerana Allah perintahkan untuk menjadi baik.

IMG_4657

Bab yang kedua ialah pasangan mesti berdoa.

Doa orang awan : dengan malas, dengan tidak yakin dan rasa terbeban ketika berdoa.

Doa orang biasa : ketika ada hajat baru ingin berdoa

Doa orang istimewa : menjadikan doa sebagai cara hidup senang dan susah.

Ustaz Amin Tanyalah Ustaz1

Bab ketiga ialah membetulkan cara memandang kesalahan dan perselisihan

Orang awam : Jika berlaku kesalahan, akan diperbesarkan dan tidak ada jalan keluar

Orang biasa : jika berlaku kesalahan cari orang lain untuk dipersalahkan tetapi mencari jalan penyelesaian.

Orang istimewa : jika berlaku kesalahan, muhasabah diri dahulu dan mencari jalan penyelesaian

Ustaz Amin Tanyalah Ustaz 2

Bagi yang tidak sempat bersama, bolehlah melayarinya seperti dibawah.

“Ilmu Pelita Hidup

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Ogos 2012 jam 6.30 pagi

Thursday, August 2, 2012

Bicara Ilmu 88 – "Perkara Harus Ketika Berpuasa"~ADMIN

Umum mengetahui perkara-perkara yang harus iaitu yang boleh dilakukan ketika berpuasa. Antaranya mandi, merasa makanan dan sebagainya. Bersama Al Fadhil mengulas beberapa perkara seperti bercium ketika berpuasa. Adakah untuk boleh atau tidak. Sama-samalah kita memanfaatkan isi kandungan video di bawah ini insyaallah. ~ ADMIN


Bicara Ilmu 87 – "Berpuasa Cara Rasulullah"~ADMIN

Kuliah kali ini membincangkan tujuan utama seseorang itu berpuasa adalah supaya kita bertaqwa..Taqwa bermaksud mendekatkan diri kepada ALLAH..Bagaimana cara untuk mencapai ketaqwaan adalah dengan melihat cara Rasulullah SAW berpuasa. Al Fadhil Ustaz Muhamad Al Amin mensyarahkan ada 5 cara Rasulullah berpuasa antaranya dengan menjaga perkara yang wajib dijaga dengan sebaik mungkin..Semoga kita semua mendapat manfaat dari video di bawah ini insyaallah ~ ADMIN

Bahagian 01


Bahagian 02

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...