Tuesday, May 29, 2012

Diari 359 - “Harta Syubhat Di Dunia..”

Alhamdulillah, saya sekarang sedang menyiapkan tesis Phd saya bertajuk “Pengurusan Harta  Syubhat, Teori Dan Amalan”.

Saya berterima kasih pada penyelia saya Prof. Dr. Ahmad Hidayat yang membimbing saya di dalam tulisan ini.

Kajian ini bermula dengan banyaknya harta syubhat yang ditinggalkan oleh pak-pak Arab di bank-bank di Eropah. Mereka banyak wang tunai (cash rich), tetapi bunga dari simpanan, mereka tidak ambil kerana ia adalah haram.

Kita mungkin terkejut dengan jumlah simpanan mereka, ia mencecah berbillion dolar.

Oleh kerana simpanan itu tidak diambil, maka ada pihak-pihak yang memohon di atas nama NGO, tapi yang mengejutkan mereka adalah dari mubaligh Kristian, dan pak Arab ini, tanpa melihat latar belakang mereka, terus beri dan banyak telah diberikan kepada persatuan Kristian.

Kenapa jadi begini, kerana di dunia Islam, tidak ada lagi sebuah institusi menguruskan harta syubhat.

Isnin 28 Mei 2012, saya diajak untuk bertemu dengan Assistant Governor Bank Negara En. Abu Hassan Alshari Yahaya, membincangkan mengenai penubuhan sebuah Institusi yang menguruskan harta syubhat.

Tujuannya agar Malaysia menjadi satu hub bagi menguruskan harta syubhat secara organisasi dan jika berjaya, Malaysia akan menjadi institusi pertama di dunia menguruskan harta ini. Banyak manfaat untuk orang Islam terutama di dalam membangunkan keperluan umum seperti jalan, menyelesaikan masalah bajir dan sebagainya.

Pohon di doakan agar Phd saya segera selesai dan semoga ia dapat membantu negara di dalam menubuhkan institusi ini, dan pohon di doakan agar ia dipermudahkan Allah, amin..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Mei 2012 jam 7.50 pagi

meeting bank negara

Pertemuan bagi membincangkan satu usaha ke arah membantu Ummah Islamiyyah, pohon di doakan

Thursday, May 24, 2012

Diari 358 - “Hari Ustaz…”

Ketika ramai yang menyambut hari guru, ada juga di kalangan kelas-kelas di Shah Alam menyambut hari ustaz.

Khamis 24 Mei  2012, saya dan sahabat-sahabat yang selalu mengajar sekitar Shah Alam diraikan warga Masjid Bukit Jelutong Shah Alam di dalam sambutan hari Ustaz.

Macam kelakar bunyinya tetapi di dalam ucapan wakil-wakil ketika majlis ini, semuanya menyampaikan rasa terima kasih.

Apa pun, terima kasih pada warga Bukit Jelutong dan pohon di doakan agar kami semua sentiasa sihat dan terus diberikan keikhlasan di dalam jalan ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

24 Mei 2012 jam 6.45 petang

IMG_3256

Setiap jemaah membawa satu hidangan, bayangkan kena jamah setiap satu sedikit, kalau tak nanti ada yang kecik hati pula..

Monday, May 21, 2012

Sekilas 49 – “Bagaimana Ingin Menjalankan Hudud Di Malaysia?..”

1. Di Malaysia, agama Islam diletakkan di bawah kuasa negeri. Sebab itu undang-undang di Mahkamah Syariah digubal melalui negeri melainkan Negeri yang tiada Sultan iaitu  Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka. Ia diletakkan bawah kuasa Agong  maka Parlimen yang akan gubal.

2. Undang-undang di Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa pada orang bukan Islam.

3. Jika orang Islam berkhalwat dengan orang bukan Islam, kalau ditangkap, yang akan dibicarakan di Mahkamah Syariah adalah orang Islam.

4. Oleh itu, orang bukan Islam tidak perlu takut pada Mahkamah Syariah. Ia tidak ada kena mengena dengan mereka.

5. Kalau mereka tolak hukuman mahkamah syariah sebenarnya, ia mainan politik mereka yang memang tidak mahu melihat Islam terdaulat di negara tercinta ini.

6. Di Malaysia juga, bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah sangat kecil iaitu 365 (3 tahun penjara, 6 kali sebatan dan 5 ribu denda). Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan hukum lebih dari itu kerana itu sahaja bidang kuasa maksimanya.

7. Untuk menjalankan hukum hudud di Malaysia, maka perlu dicadangkan kepada Parlimen agar meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

8. Ia boleh dimulakan dulu dengan meluaskan sebatan sehingga 100 (sekarang maksima hanyalah 6 sebatan). Ketika cadangan, tidak perlu pun kata “kita nak jalankan hudud”, kita cuma cadangkan meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

9. Kena wujudkan dua bahagian kajian, pertama kaedah sebatan kerana sebatan syariah tidak sama dengan dengan sebatan civil dan keduanya tempat sebatan kerana hukuman sebat perlu dibuat di hadapan ramai untuk iktibar.

10. Kala ini, parti yang paling sesuai untuk mencadangkan di Parlimen adalah parti UMNO kerana UMNO parti yang memerintah. Dan ketika mencadangkan, parti Melayu Islam lain seperti PAS kena menyokong. Jangan politikkan isu ini dan jangan buat komen popular untuk itu. Yang penting, langkah pertama meluaskan bidang mahkamah syariah telah dibuat.

11. Parti komponen Barisan Nasional mungkin ada yang tidak setuju. Ini cabarannya bagi UMNO untuk bertegas dan yakinkan mereka.

12. Bagi PAS, sudah tentu kompenan lain dalam Pakatan ada yang tidak setuju, tapi itu juga cabaran untuk bertegas dan yakinkan mereka.

13. Kena ada keyakinan dan ketegasan, kalau asyik nak tunggu semua orang kafir setuju, maka hak Allah hanyalah sebagai mainan politik sahaja.

14. Selepas hukuman 100 dapat diluluskan, kemudian, luaskan pada yang lain pula.

15. Modus operandinya  ialah parti-parti Melayu Islam perlu bermuzakarah, kepentingan Islam perlu diutamakan. Cari persetujuan untuk kepentingan Islam dan Umatnya.

16. Biar orang lihat kita macam bergaduh tetapi kepentingan Islam satu persatu dapat di ketengahkan. Yang malangnya, satu persatu kepentingan Islam gugur dan hilang hasil pergaduhan ini.

17. Keduanya, kita kena selalu ingat, ketika penjajah keluar dari negara kita, dia bukan tetaskan UMNO, bukan tetaskan PAS seperti dakwaan orang-orang politik, sebenarnya mereka menetaskan sistem politik yang akan menjadikan kita berpecah dan tidak kuat.

18. Kita telah berada di dalam sejarah itu, tidak mungkin kita dapat kembali ke masa lampau, Cuma satu yang perlu kita ingat kembali, POLITIK HANYALAH ALAT BUKAN MATLAMAT, MATLAMAT KITA ADALAH ISLAM TERDAULAT DAN MENJADI CARA HIDUP.

19. Sebab itu, ambillah kepentingan Islam lebih atas dari segalanya. Inilah yang dijaga oleh datuk nenek kita terdahulu sehingga penjajah tidak dapat mengkafirkan anak Melayu selama 400 tahun mereka berada di sini.

20. Jika kita terlupa dengan perkara ini, maka orang kafir, penjajah dan siapa sahaja yang anti Islam tersenyum luas melihat sikap kita saling tak tumpah seperti mereka, akhlak kita lebih teruk dari akhlak mereka dan semakin lama, Islam semakin hilang dari dasar perjuangan dan sendi tanah air.

21. Mungkin kita tidak dapat melihat perkara ini berlaku sekarang, tetapi semoga generasi anak-anak muda yang lebih ikhlas akan memperjuangkannya nanti. Semoga Allah terus memelihara Islam dan Umat Islam di negara ini, amin..

“Sekilas Mengulas Peristiwa”’

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

21 Mei 2012 jam 8.15 pagi

Wednesday, May 16, 2012

Sekilas 48 – “Asabiyyah Dan Bukan Asabiyyah..”

1. Rasulllullah SAW melarang kita untuk menyebut bangsa atau suku atau puak dengan perasaan takabbur, seolah-olah bangsa itu pilihan, seolah-olah ia lebih baik dari yang lain. Jika perasaan taksub dan takabbur ini wujud maka ia disebut sebagai Asabiyyah.

2. Ini berlaku pada bangsa Yahudi yang merasa mereka bangsa pilihan tuhan. Pernah berlaku pada bangsa Jerman yang merasakan mereka terbaik sehingga membunuh Yahudi, pernah berlaku pada bangsa Jepun yang menawan China dan pernah berlaku pada bangsa Cina yang merasakan DNA mereka lebih baik kerana mereka hidup 4 musim dan sebab itu mereka lebih kreatif.

3. Menyeru perkauman sehingga merasa taksub pada kaum adalah di larang.

4. Perkara ini pernah disebut oleh Rasullullah ketika melihat sahabat sesama Islam yang menyebut mengenai kelebihan sukunya di dalam satu pertengkaran sehingga Rasullah menegur mereka sehingga di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasullullah menegaskan:-

عَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ

Dari Jundab bin Abdullah al-Bajali dia berkata, telah bersabda Rasullullah SAW, barangsiapa yang terbunuh di atas panji yang menyeru kepada Asabiyyah atau menolong Asabiyyah maka kematiannya adalah kematian jahiliyyah.

5. Tapi apakah langsung menyebut mengenai bangsa itu di larang? Bukan kita sahaja yang mungkin tertanya, tetapi para sahabat juga pernah keliru akan hal ini. Maka salah seorang dari mereka bertanya:-

عَنْ عَبَّادِ بْنِ كَثِيرٍ الشَّامِيِّ عَنْ امْرَأَةٍ مِنْهُمْ يُقَالُ لَهَا فُسَيْلَةُ قَالَتْ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ

Dari Abbad bin Kathir al-Syami dari Isteri mereka dikatakan kepada Fusailaah, dia berkata aku mendengar ayahku berkata, aku bertanya Nabi SAW,

Wahai Rasullullah, adakah tergolong sebagai asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya. Baginda bersabda, tidak, tetapi yang dikatakan asabiyyah jika seseorang menolong kaumnya pad perkara zalim

(Hadis Ibnu Majah kitab al-Fitan bab Asabiyyah)

6. Dalam membicarakan mengenai sebutan bangsa Melayu dan Islam oleh mana-mana pihak, ada 4 keadaan.

i. memperjuangkan Melayu sebagai bangsa pilihan.

ii. memperjuangkan Melayu sebagai isu umat Islam

iii. Melihat bangsa Melayu dan Islam

iv. Melihat Isu Islam sahaja

7. Bab yang pertama ialah memperjuangkan Melayu sebagai bangsa pilihan.

Kalau memperjuangkan bangsa Melayu kerana merasakan Melayu itu hebat lebih dari bangsa Cina, India, sebagai bangsa terpilih dan sebagainya itu tidak boleh. Haram kerana termasuk di dalam kategori asabiyyah.

8. Kadang kala kita ada mendengar perkara ini seperti, keturunan Syed adalah keturunan terbaik sehingga tidak boleh kahwin dengan orang selain Syed, hanya suku bugis yang boleh memimpin sebab itu banyak raja Melayu keturunan bugis, bangsa jawa paling kuat kerja, sebab itu hanya jawa yang boleh jadi pemimpin dan sebagainya. Seruan seperti ini tidak boleh dan ia boleh menjadi Asabiyyah kerana sifat taksub pada bangsa.

9. Bab kedua memperjuangkan Melayu sebagai isu umat Islam.

Siapa Melayu di Nusantara. Mereka adalah umat Islam, sama seperti suku Digistan di negara China. Melayu adalah umat Islam seperti bangsa Arab di Palestin.

Allah anugerahkan tanah di utara China untuk suku Digistan, mereka perlu jaga, pertahankan sebagai tanah umat Islam. Sebab itu mereka berjuang sehingga sekarang mereka berperang dengan jerajaaan China kerana tanah di Utara China itu adalah tanah Umat Islam. Oleh kerana majoriti di Digistan adalah orang Islam, membantu suku Digistan bererti membantu umat Islam.

Allah anugerahkan tanah di Palestin untuk bangsa Arab yang Islam, mereka perlu jaga kerana tanah tersebut merupakan tanah umat Islam. Oleh kerana majoriti di Palestin itu adalah orang Islam, membantu Arab di Palestin bererti membantu umat Islam.

Allah anugerahkan tanah di Nusantara ini untuk orang Melayu. Oleh kerana majoriti di Nusantara ini adalah orang Islam, membantu Melayu di Nusantara bererti membantu umat Islam.

Banyak masalah umat Islam Melayu di Nusantara ini. Masih  banyak lagi  yang miskin, masalah pendidikan yang rendah terutama pada masyarakat luar bandar, masalah sosial, masalah akhlak, buang bayi, dadah, sumbang mahram dan seribu satu macam masalah serta keperluan Melayu sebagai umat Islam.

Tanpa menafikan umat Islam dari suku minoriti, banyak isu Melayu sebagai umat Islam perlu di selesaikan.

Tapi jika ada yang memperjuangkannya kerana taksub dan rasa bangsa ini terbaik, maka wajib ditolak.

10. Bab ketiga ialah melihat Isu Melayu dan Islam

Antara isu Melayu dan Islam adalah isu berkaitan dengan murtad, isu anak Melayu tidak dibenarkan menutup aurat di kolam renang, isu pesakit HIV Melayu duduk di gereja kerana tidak ada tempat perlindungan dan lain-lain.

Perkara ini perlu diperjuangkan, perlu ada penguatkuasa yang menjaga Isu Melayu dan Islam ini.

11. Bab Keempat ialah Isu Islam sahaja.

Dalam bab ini, ia seperti isu ke arah membentuk negara Islam, menjalankan undang-undang Islam dan menjadikan Islam itu tertinggi, menjadikan al-Quran dan Sunnah itu tertinggi, isu hukum hudud dan sebagainya.

12. Dari keempat bab ini, kita perlu menolak orang yang berjuang dalam kategori pertama kerana Nabi yang suruh tolak. Golongan pertama adalah golongan Asabiyyah yang menyeru kepada taksub pada sesebuah bangsa.

13. Golongan kedua hingga keempat, bukan dari golongan Asabiyyah dan sama-sama perlu kita teliti agar Islam dan umat Islam sentiasa terbela.

14. Bagi berjuang dalam kategori kedua hingga keempat ia memerlukan landasan politik tetapi perlu diingat politik hanyalah alat, ia bukannya matlamat.

15. Kadang-kala, ada di antara kita yang menjadikan politik sebagai matlamat. Kalau kita jadikan politik sebagai matlamat, maka umat Islam tidak akan dapat bersatu. Tidak kira dari bendera mana pun kita, sepatutnya kita jadikan Islam sebagai matlamat.

16. Wujudnya kerajaan dan pembangkang umat Islam satu perkara yang bagus untuk jadi pengimbang dan saling melengkapi terutama dalam negara yang berbilang agama macam Malaysia.

17. Apa jadi isu hudud dalam negara kita apabila Islam tidak dijadikan matlamat, apa jadi isu murtad di negara kita jika Islam tidak dijadikan matlamat, sehingga jika ada orang berbicara mengenai hudud maka orang itu akan dicap sebagai orang Pas dan jika ada orang berbicara mengenai murtad, orang itu akan dicap sebagai orang Umno.

18. Biarlah orang-orang yang menjadikan politik sebagai matlamat itu bergaduh dan biar kedua-duanya kepenatan. Bagi generasi muda yang lebih ikhlas untuk Islam, Allah telah tunjukkan warna sebenar politik aturan barat yang sangat kotor. Kita akan dapat melihat, sebenarnya politik warisan barat ini memang akan menjadikan kita terlupa matlamat sebenar kita sehingga akhlak kita sama seperti akhlak orang kafir, cara kita bertindak sudah sama seperti kafir bertindak.

19. Kepentingan umat Islam dan Islam perlu dibawa oleh pihak kerajaan umat Islam mahupun pihak pembangkang dari umat Islam. Biar orang kafir lihat kita seolah berdebat dan bertengkar, tapi sebenarnya keuntungan dapat pada Islam. Jika parti-parti politik tidak dapat menyuarakan kerana sensitif, maka NGO Islam mengambil alih peranan mengetengahkan isu Islam dan Umat Islam. Barulah kita boleh bersatu walaupun nampak macam dari parti yang berbeza. Tak kisah apa bendera pun tapi Islam tetap sentiasa mendapat keuntungan.

20. Apa yang terjadi sekarang ialah orang kafir yang dapat benda untuk mereka tak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang atau NGO mereka. Walaupun mereka nampak lain parti, tapi kepentingan Kristian, Hindu, Budha ataupun kepentingan umat kafir sentiasa dapat.

21. Marilah jadikan Islam dan umat Islam sebagai perjuangan. Kerana memperjuangkan Islam dan Umat Islam itu mengundang keredhaan Allah. Dalam konteks negara kita dan Nusantara, belalah Melayu kerana (1)mereka umat Islam, (2)kerana Isu mereka dengan Islam dan (3) kerana isu Islam itu sendiri, dan jangan bela Melayu kerana doktrin Asabiyyah. Jadikan Islam itu matlamat dalam praktikal perjuangan bukan hanya dalam retorik perkataan, jangan tertipu dengan kafir yang memang sentiasa mahu melihat Islam dan Umat Islam kalah dan rendah.

“Sekilas Mengulas Peristwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Mei 2012 jam 2.25 pagi

Monday, May 14, 2012

Diari 357 – “Program Maulid Di Darul Islah Kuala Selangor..”

Sabtu 12 Mei 2012..
Saya dijemput oleh Ustaz Masrizi dari Perkid (Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia) di dalam majlis Maulid di Kuala Selangor.

Berada di dalam majlid para Muhibbin al-Rasul (Pencinta Nabi) menjadikan hati ini sentiasa sejuk dan sayu mengenang perjuangan Junjungan Besar Nabi SAW.

Semoga Allah rezkikan kita menjadi pembelaNya dan pembela NabiNya, amin..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
14 Mei 2012 jam 8.50 pagi

Diari 356 – “UPM, Forum Stairway To Jannah..”

11 Mei 2012, solat Maghrib di rumah, saya terus ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memenuhi forum “Stairway To Jannah, Stayaway From Naar”

IMG_2884

Program di adakan di kolej ke 5 dan sahabat ahli Panel saya malam ini ialah Ustaz Fakhrulraazi dari Imam Muda musim ke dua dan ustazah Rozita dari Melaka.

IMG_2876

Skop perbincangan mengenai panduan bercinta menurut Islam memandangkan sekarang banyak kes-kes LGBT.

IMG_2892

Tidak sedikit pelajar IPTA yang terlibat dengan seks songsang ini.

IMG_2934

Satu doa yang Nabi bacakan untuk para sahabat ialah “Allahummaghfirlahu Zanbahu, Wa Tahhir Qalbahu Wa Ihsin Farjahu” (Ya Allah, ampunkan dia ini segala dosanya, bersihkan hatinyaa dan peliharalah kemaluannya)

** tafsir ibnu kathir ketika mentafsirkan ayat surah Isra’ ayat 32

Memang untuk selamat dari Zina kita perlukan doa yang memagar diri ini.

IMG_2978

Berbual santai dengan ustaz Fakhrulrazi, imam masjid Munawwarah Shah Alam.

Masjid Munawwarah ini pernah diserbu FRU ketika kes solat jumaat dua imam beberapa tahun lepas, saya menyaksikan kejadian ini kerana ketika itu saya solat Jumaat di masjid ini.

IMG_2990

Kenangan dengan AJK program. Semoga program seperti ini sentiasa dapat di anjurkan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Mei 2012 jam 8.30 pagi.

Thursday, May 10, 2012

Sekilas 47 – “Melayu Bersatu..? Bolehkah..? Bagaimana?”

1. Saya rasa, ramai di antara kita yang terhiris melihat keadaan umat Islam yang agak parah berpecah mutakhir ini khususnya di Malaysia.

2. Tidak sedikit yang mengidamkan agar Umno dan Pas bersatu demi kepentingan umat Islam.

3. Tidak sedikit yang mengusahakan tetapi gagal dan disalah anggap

4. Tidak sedikit yang membenci langsung di atas nama parti dan berpatah arang tekad tidak akan berbaik.

5. Ada yan menulis “macam mana nak bersatu sedangkan dasar berbeza…” “Kita tak akan boleh bersatu..”

6. Ye ke tidak boleh?

7. Saya meneliti puluhan isu yang dibangkitkan di antara Pas dan Umno.

8. Tetapi setakat ini tidak banyak tulisan yang menceritakan tentang kaedah dan bagaimana ia boleh disatukan.

9. Saya cuba untuk menulis perkara ini dan sebagai muqadimahnya, saya akan menulis dahulu dua isu besar.

i. Isu Asaabiyyah

ii. Isu Hudud

10. InsyaAllah pada tulisan di bawah tajuk “Sekilas” saya akan kupaskan dua isu di atas. selepas dua isu ini, saya akan cuba untuk menulis bab penting yang lain pula.  Semoga ia memberi kebaikkaan untuk kita semua.

“Sekilas Mengulas Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012a jam 1.10 pagi.

al-Ijabah 108 – “Mesyuarat Rumah HIV Darul Ukhwah..”

9 Mei 2012, ini adalah mesyuarat pertama di rumah baru Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di Puchong.

Ketika saya di Mekah, seorang lagi penghuni telah meninggal. Apa yang menyedihkan tidak ada satu masjid atau surau pun di sekitar sini yang mahu menerima jenazah untuk dimandikan.

Mujurlah Darul Ukhwah mengenali seorang ustaz yang biasa dengan kes-kes HIV. Walaupun terpaksa dibawa jauh ke rawang, tapi jenazah dapat disempurnakan dengan baik.

Inilah di antara cabaran mengendalikan rumah HIV.

IMG_2839

Bersama sahabat-sahabat yang bersama menjaga HIV muslim.

IMG_2841

“Kami usaha yang termampu, baki kami serahkan padamu ilahi…”

“al-Ijabah Bersatu Kita Beramal”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012 jam 1.00 pagi

Diari 353 – “Sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin 2012..”

Rasullullah bersabda..

“Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah..”

Saya memetik hadis Nabi SAW ketika merasmikan majlis penutup sukan  Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA), sekolah tahfiz dan akademik yang saya asaskan sejak 5 tahun lalu pada Selasa 8 Mei 2012 jam 5.00 petang.

Acara sukan ini juga melibatkan anak tadika “Little Mukmin al-Amin” pusat pendidikan awal kanak-kanak di bawah naungan yang sama. 

Dengan izin Allah, sekarang kita sedang merancang untuk menubuhkan Kolej Wakaf al-Amin.

Apa pun pohon didoakan kejayaannya...

IMG_2772

IMG_2773

IMG_2774

IMG_2775

Rumah-rumah sukan yang bertanding

IMG_2800

“Kita mahu pelajar tahfiz seorang yang punyai kecergasan dan bukannya hanya lembik dan tidak bermaya, riadhah salah satu acara ke arah itu..”

IMG_2822

penyampaian hadiah bagi pemenang

IMG_2836

johan keseluruhan, semoga menjadi bakal pemimpin akan datang yang sentiasa cergas memikirkan perihal agama, bangsa dan negara…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Sejarah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012 jam 12.50 tengah malam

Diari 352 – Pondok Darul Mubarak Parit, Perak

6 Mei 2012 jam 5.00 petang…

Saya memenuhi undangan di Pondok Darul Mubarak di Parit Perak.

Ceramah ini sempena dengan karnival yang dianjurkan oleh pondok ini.

IMG_2700

Ceramah petang ini lebih kepada kekeluargan. Ramai yang mendengar di sini mengikuti slot saya di IKIM.

IMG_2729

kagum saya pada pengajur yang sangat berusaha bagi menjayakan program ini.

IMG_2740

Banyak gerai-gerai peniaga yang memeriahkan karnival ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Sejarah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012 jam 12.30 tengah malam

Diari 351 - “Kisah Bekas Transgender (Mak nyah)

Pulang dari Mekah, pada  3 Mei 2012, saya diminta untuk mengulas mengenai LGBT (gay, lesbian, biseks dan transeksual) yang mula hangat diperkatakan oleh masyarakat kita.

IMG_2609

Perbahasan ini mengenai kisah seorang mak nyah yang telah menjadi perempuan selama 30 tahun dan kembali menjadi lelaki

IMG_2627

Cikgu Khiari atau dikenali sebagai Irin sekarang bukan sahaja telah berubah menjadi lelaki semula, tetapi membuka kelas al-Quran untuk masyarakat setempat.

IMG_2644

“Ustaz, walaupun saya menjadi mak nyah dulu, tapi saya tidak tinggal sembahyang” kata Cikgu Khairil.

Sebenarnya itulah antara penyebab hidayah, iaitu sembahyang. Ini kerana di dalam sembahyang ada doa meminta hidayah. Ia diletakkan di dalam surah al-Fatihah

“Ihdinas Siratal Mustaqim” (ya Allah, berikan kami jalan yang lurus)

IMG_2656

Cikgu Khiril sekarang membantu JAKIM dan Jabatan Agama di dalam memberi kesedaran pada golongan mak nyah

IMG_2672

Dia cukup menentang golongan doktor sekular yang mengatakan mak nyah tidak dapat dipulihkan kerana mereka adalah perempuan yang terkurung di dalam jasad lelaki.

IMG_2684

Buktinya, cikgu Khairil sendiri, boleh berubah dan kembali ke jalan yang lurus (gambar Cikgu Khairil dulu yang dikenali sebagai Irin)

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012 jam 12.15 tengah malam