Tuesday, January 31, 2012

Bicara Ilmu 48 – Bicara Mengenai al-Kasf

13 Januari 2012, Alhamdulillah, saya  bersama-sama dengan para pelajar di UiTM Melaka di dalam program Open Your Eyes.

Di dalam sesi soal jawab, bangun seorang pelajar bertanya pada saya mengenai al-Kasf.

Di bawah ini, boleh kita kongsikan perbahasan mengenainya insyaAllah…

Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

7 Rabiul Awal 1433/31 Januari 2012 jam 8.30 pagi

Bicara Ilmu 47 – “IKIM Batasan Rumah Tangga..”

30 Janauari 2012, hari ini hari yang agak sibuk bagi saya kerana 1 Febuari saya akan meninggalkan Malaysia bagi program di bumi Palestin selama seminggu dan Mesir selama 2 minggu.

Dari awal pagi saya saya sudah sibuk di pejabat dan jam 9.15 pagi, saya bertolak ke IKIM.

Saya melalui lebuhraya NKVE menuju ke jalan Duta. Jalan bertentangan kala ini sangat sesak, saya rasakan lebih dari 5 KM kerana terdapat kemalangan membabitkan beberapa buah kereta.

Pagi ini, kita membincangkan mengenai batasan di dalam rumahtangga. Bagi sesiapa yang tidak sempat untuk bersama bolehlah mengikutinya seperti di bawah. Semoga memberi manfaat pada kita semua insyaAllah.

“Ilmu Pelita Hidup”

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

7 Rabiul Awal 1433/31 Januari 2012 jam 8.30 pagi

Monday, January 23, 2012

Bicara Imu 46 – Behind The Scene“Perbahasan Mengenai Darah..”

10 Januari 2012, saya bersama krew Usrah TV9 membuat rakaman di Pusat Darah Negara.
Ada iktibar yang besar yang saya perolehi di sini. Telah saya tuliskan seperti artikel di bawah.
http://www.ustazamin.com/2012/01/universiti-kehidupan-215-jangan-rasa.html
Pada asalnya, saya memang hanya ingin membuat rakaman di sini, tetapi melihat orang menderma darah, terasa ingin bersama menyertainya.
Urat di tangan saya memang halus dan agak tersembunyi di tepi sedikit.
Saya agak selalu menderma darah, tetapi ini pertama kali orang yang mengendalikannya agak mahir. Sekali melihat tangan saya terus dia tahu di mana.
Bagi yang tidak sempat untuk mengikutinya, bolehlah mengikutinya di seperti di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
28 Safar 1432/ 23 Januari 2012 jam 7.40 pagi

Bicara Ilmu 45 – “Program Open Your Eyes di UiTM Melaka…”

13 Januari 2012, Alhamdulillah, saya dapat bersama-sama dengan para pelajar di sini di dalam program mereka.

Sebenarnya, program untuk anak-anak muda begini sangat penting. Ini kerana, terlalu banyak program yang merosakkan akhlak dewasa ini.

Tapi seperti biasa, pelajar perempuan mendahului pelajar lelaki. Malam ini, saya rasakan bilangan pelajar perempuan yang bersama lebih 100 orang, tapi bilangan pelajar lelaki tidak sampai 20 orang.

Apapun, tahniah dan syabas pada penganjuran program ini. Semoga memberi manfaat kepada semua.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

28 Safar 1432/ 23 Januari 2012 jam 7.20 pagi

Bicara Ilmu 44 – Pengursan Harta Dalam Rumah Tangga (Siri 2)…”

Ada dua bahagian penting dalam rumah tangga. Ia ibarat rel kereta api. Jika salah satu pincang maka pincanglah satu lagi.

Pertamanya “Pengurusan Diri” ia berkaitan membentuk sikap dan sifat yang baik di dalam rumah tangga. Ia juga berkaitan dengan jalan keluar jika terdapat masalah di dalam rumah tangga.

Keduanya “ Pengurusan Harta” ia berkaitan dengan nafkah, harta sepencarian, faraidh dan sebagainya.

Kedua-dua perkara ini amat penting untuk diuruskan. Ia perlukan pencerahan ilmu seperti mana yang ditunjukkan di dalam al-Quran mahupun hadis.

Di bawah ini, boleh kita kongsikan perbahasan untuk hari kedua “Pengurusan Harta Dalam Rumah Tangga..”

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

28 Safar 1432/ 23 Januari 2012 jam 7.10  pagi

 

Bicara Ilmu 43 – Tanyalah Ustaz “Pengurusan Harta Dalam Rumah Tangga (Siri 1)..”

“Macam mana ustaz, sekarang ni, banyak berlaku perceraian kerana isu kewangan” kata Kak Syam, Penerbit Tanyalah Ustaz.

Apa kata saya cadangkan tajuk “Pengurusan harta dalam rumah tangga” kata saya.

“Bagus juga tajuk tu…” kata Kak Syam lagi.

Jumaat 20 Januari 2012, seperti yang telah dirancangkan, Allamdulillah, dapat saya sempurnakan tajuk ini.

Hari pertama ini, saya bertolak dari rumah seperti biasa. Kala ini, jalan di basahi dengan hujan renyai-renyai dan kereta banyak pagi ini. Mungkin sebab orang telah mula cuti.

InsyaAllah, siapa yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya, bolehlah mengikutinya di dalam Youtube seperti di bawah ini.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

28 Safar 1432/ 23 Januari 2012 jam 6.55 pagi

Thursday, January 19, 2012

Sekilas 46 “Isu Anak Melayu Tidak Dibenarkan Menutup Aurat..”

Kita tak kisah kalau perkar ini berlaku di negera China yang kita tahu majoriti penduduk bukan Islam, atau pun di Singapura.

Ataupun di Malaysia tetapi di Penang.

Ataupun di Selangor sendiri tetapi di tempat yang ramai penduduk berbangsa Cina yang bukan beragama Islam.

Tetapi ini di Shah Alam yang majoritinya penduduk Melayu Islam.

Apa alasannaya untuka tidak membenarkan orang Islam memakai pakaian renang menutup aurat. Adakah tiba-tiba air kolam menjadi masin?

Kalau alasannya nanti berenang tidak laju, terpulanglah pada peserta, tapi apa kata jika mereka laju dan menang?

Dalam kes ini saya tak tahu nak mula di mana. 18 Januari 2012, Pagi ini saya menghubungi sahabat saya di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Mana boleh macam ni” kata salah seorang dari mereka. Tetapi pegawai biasa ini juga tidak tahu dari mana ingin dimulakan.

Saya membelek telifon saya. Ada nombor Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib.

Secara jujurnya saya memang segan nak berhubung dengan beliau, hanya bagi bab-bab tertentu bagi kepentingan Islam sahaja seperti kes pesakit HIV yang duduk di gereja pada tahun 2009. Beliau antara orang yang awal yang saya ajak berbincang mengenainya pada ketika itu.

Saya memberanikan diri menghubungi beliau.

Saya menceritakan serba sedikit mengenai hal ini.

“InsyaAllah ustaz” kata Dato’ Adzib.

Sahabat saya Shabudeen antara yang awal memberikan respons.

Petang ini saya dihubungi oleh pihak Utusan.

“Boleh kita jumpa ustaz?” tanya kak Azian dari Utusan.

Saya yang agak sibuk hari ini dengan rakaman program “Usrah” TV9 hanya dapat bertemu beliau jama 6.00 petang.

Hari ini, akhbar Metro pula akan datang untuk menemuramah ibu bapa dan juga guru renang yang terlibat.

Satu tujuan saya, biarlah orang bukan Islam menghormati Islam. Biarlah orang Islam yang masih lagi berfikiran Islam itu kolot menukar pemikiran mereka.

Islam jadi tidak terbela waktu ini.

Orang politik telah sibuk dengan cara mereka.

Kala ini, kalau kita bincang pasal hudud maka kita akan dicap sebagai orang PAS dan kalau kita bincang pasal murtad, kita akan dicap sebagai orang UMNO.

Apa dah jadi sekarang ini?

Kuil semakin banyak dan besar, murtad semakin berleluasa, tapi kita nak cakap pasal Islam akan dilebal sebagai parti itu dan ini, sehingga ada para ustaz sendiri takut nak cakap pasal Islam. Hanya bab solat dan taharah sahaja.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar tanah Melayu yang memang sejak dahulu lagi terkenal dengan rantau Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah ini terus terpelihara. Semoga Allah berikan kekuatan bagi siapa sahaja yang ingin memperjuangkan Islam dan Allah turunkan orang yang mengaku inginkan Islam tetapi sebenarnya ada kepentingan peribadi.

“Ya Allah, hambamu ini tidak punyai ilmu, tidak punyai pengalaman. Yang ada hanyalah kemahuan untuk melihat agamaMu ini terus dimuliakan. Berikanlah aku ilmu dan berikanlah aku pengalaman agar gabungan ini memberikanku kekuatan, hidayahMu sangat ku perlukan dan bimbinganMu sangat ku harapkan…”

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

24 Safar 1432/ 19 Januari 2012 jam 8.00 pagi

IMG_1335

Mereka bukan berenang memakai jubah atau purdah, mereka memakai baju renang, dan adakah dengan menutup aurat mereka di anak tirikan?

Mana hak orang Islam di tanah air mereka sendiri? Kita bukan di negara China atau Singapura.

Kita di Malaysia yang Islam sebagai agama rasmi…

Tuesday, January 17, 2012

Sekilas 45 - “Anak Melayu Islam Tidak Dibenarkan Menutup Aurat Di Negara Sendiri..”

13 Januari 2012, Persatuan Renang Amatur Selangor menganjurkan pertandingan renang terbuka kepada kelab-kelab renang dalam negeri Selangor.

Mendengar pertandingan ini, beberapa ibu dan ayah yang mempunyai jiwa Islam menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk apa mereka menghantar anak mereka?

Bukan untuk menang dan akhirnya terpilih menjadi perenang negara, bukan juga untuk “kononnya” terpilih sebagai perenang berbakat, tetapi sebagai pendedahan kepada anak mereka apa itu erti semangat kesukanan dan pendedahan anak mereka untuk berjiwa saing di dalam kehidupan.

Saya juga menghantar dua orang anak saya dan dua orang anak yatim dan tahfiz al-Ijabah.

Masing-masing mereka dari sekolah tahfiz saya saya asaskan.

Mereka adalah pelajar tahfiz. Di dalam dada mereka telah menghafal 5 Juzuk, 9 Juzuk dan 21 Juzuk. Umur mereka sekarang baru memasuki 12 tahun dan dan tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR.

Bagi saya, seperti ibu dan ayah lain, bukan mahukan mereka sehingga menjadi perenang negara, cuma sebagai pendedahan dan memahami apa itu pertandingan dalam hidup.

Dan sebagai penjaga anak-anak yatim al-Ijabah, saya mahu anak yatim yang saya jaga mempunyai peluang seperti orang yang ada ayah, mereka merasai pendedahan seperti orang ada ayah merasainya.

Mereka turun ke kolam bertanding pada hari Sabtu 14 Januari 2012, hari kedua, masing-masing bersungguh-sungguh berenang walaupun bukan di dalam senarai terbaik.

Kala ini saya berada di China bersama isteri saya kerana membeli barangan untuk perniagan kecil-kecilan saya.

Isteri saya menghubungi anak saya dan bertanyakan khabar mengenai pertandingan yang mereka sertai.

Tapi suara tangisan yang saya dengar.

“Kenapa?” tanya saya pada isteri.

“Dia orang tak dibenarkan untuk mengikuti pertandingan bagi hari akhir” jawab isteri saya.

“ Sebab apa?” tanya saya lagi.

“Sebab pakaian mereka tidak mematuhi syarat” jawab isteri saya lagi.

Saya mengambil telifon saya yang tersimpan di dalam jaket tebal yang saya pakai. Di China kala ini sedang musim sejuk.

Saya menghubungi En. Mohd Bukhari Ibrahima, guru renang anak-anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah dari Kelab Anak Air dan Kelab Ombak, salah satu Kelab renang di Pusat Akuatik Shah Alam, tempat pertandingan dilangsungkan.

“En. Bob, apa cerita?” tanya saya.

“Tak tahulah ustaz, dia orang tak bagi kita ikuti pertandingan, sebab budak kita pakai tutup aurat. Kalau nak ikut pertandingan, mesti pakai baju yang terbuka tu..” jawab En. Bukhari dengan nada perlahan.

“Hari pertama turun, dia orang benarkan, tapi hari kedua, tak bagi langsung budak kita masuk kolam bertanding..” tambah En. Bukhari lagi.

“Ramai tak yang tutup aurat?” tanya saya lagi.

“Tak ramai, dalam 10 orang aje..” jawab En. Bukhari.

“Abis, mak ayah macam mana? Tanya saya lagi.

“Ada yang balik, ada yang terpaksa belikan anak-anak baju buka aurat tua dan ada anak-anak yang menangis sebab tak dapat ikuti pertandingan seterusnya” jawab En. Bukhari.

Walaupun menutup aurat, tapi baju yang mereka gunakan adalah baju renang khas untuk muslim. Bukannya jubah dan purdah, kita pun tahu apa itu baju renang, dan sekarang pun memang ada baju renang yang menutup aurat.

Apa salahnya menjadi seorang muslim hingga terpaksa di anak tirikan?

Apa salahnya memakai menutup aurat hingga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

Bukankah kebebasan beragama itu diiktiraf oleh undang-undang?

Mana hak kita sebagai orang Islam di negara kita sendiri?

Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur.

Dan bagi kita semua, sampai begini teruknya kita orang Islam terpinggir di negara sendiri…..

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

22 Safar 1432/ 17 Januari 2012a jam 11.50 malam

Saturday, January 14, 2012

Universiti Kehidupan 215 – “Jangan Rasa Sombong Dengan Ilmu, iktibar di Pusat Darah Negara..”

10 Januari 2011. Hari ini saya mengupas tajuk “darah” di dalam program Usrah TV9 di Tabung Darah Negara di jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Hari ini, saya mendapat pelajaran yang cukup bagus untuk kita kongsikan.

Di dalam bab darah, kami mengupas satu permasalahn feqah iaitu orang yang keguguran, adakah ia dikira nifas atau darah itu penyakit.

implikasi pada hukum ialah jika ia darah nifas, maka gugurlah kewajipannya untuk bersolat tetapi jika ia darah penyakit, maka dia kena sembahyang.

Jika keguguran itu sudah bersifat, maka ia jelas, tetapi bagaimana jika orang keguguran dalam sebulan setelah dia disahkan sebagai mengandung. Tidak ada apa-apa kecuali ketulan darah sahaja. 

Secara jujur, walaupun bidang pengajian saya adalah syariah dan tahap sekarang ialah sedang menyiapkan Phd, tetapi dalam hal darah ini, memang saya kurang pasti.

Saya menghubungi kawan saya seorang penyarah perempuan di UiTM. Bidangnya juga Syariah.

“Saya pun kurang pastilah..”

Kali ini saya cuba berhubung dengan seorang pensyarah perempuan di UM pula.

Beliau menjawab tetapi dengan tawadhuk, Prof Madya ini berkata:-

“tapi ana kurang pastilah, cuba tanya Dr. Anisah pula, seorang lagi pensyarah di UM. Beliau memang mahir di dalam isu kewanitaan.

Saya menghubungi Dr. Anisah dan beliau dapat memberikan jawapan pada permasalahan ini.

“Bagi darah yang keluar kerana keguguran, sama ada ia bersifat atau tidak, maka ia adalah darah nifas dan kesannya gugurlah kewajipan sembahyang bagi perempuan itu..”

Begitulah luasnya ilmu Allah, alangkan kami yang dalam bidang syariah pun, masih banyak lagi perkara yang kami tidak pasti dan terpaksa rujuk pada orang lain yang mahir dalam perbahasan ini.

Apatah lagi kalau kita di dalam bidang lain.

Sebab itu usah mendabik dada bahawa kita ini alim dan tahu semua perkara. Dan jangan sekali-kali mengupas perkara yang kita tidak pasti.

Sesungguhnya, kejahilan boleh berlaku dalam dua keadaan, jika seorang malas menuntut ilmu atau seorang yang telah merasa cukup dengan ilmunya, maka berlakulah jahil kali kedua.

Tawadhuklah dengan ilmu dan semoga dan tawadhuk itu, Allah terus bimbing kita untuk memahami ilmu-ilmu Allah ini.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Januari 2012 jam 2.40 pagi

IMG_0666

IMG_0687 

IMG_0710

IMG_0715

Sempat juga menderma darah di dalam kempen derma darah ini..

IMG_0718

Petugas yang sibuk menguruskan darah yang didermakan oleh dermawan.

Diari 350 – Anak-Anak Kita Di UiTM Melaka

13 Januari 2012, jam 6.00 petang..

Saya bertolak dari Putra Heights ke Lendu Melaka menuju ke UiTM bagi memenuhi jemputan forum di sini.

Petang ini hujan agak lebat hingga lebuh raya utara selatan di Seremban agak perlahan.

Saya sampai jam 8.30 malam. Bersiap-siap, solat dan makan, saya terus ke dalam ruangan masjid di sini untuk berprogram.

Ahli panel bersama saya ialah Ustaz Abdul Razak dari ABIM Johor dan Ustaz Nazri. Kedua-dua mereka ialah senior saya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Dari soalan yang diajukan pada kami ahli panel, saya beranggapan tahap kefahaman Islam di sisi pelajar di sini agak tinggi.

Antar soalan yang diajukan ialah mengenai “kasyaf”. Ia soalan yang agak tinggi bagi seorang pelajar bukan jurusan agama.

Bagi kehadiran pula, pelajar perempuan jauh lebih ramai dari pelajar lelaki. Dari pemerhatian saya lebih kurang hampir150 orang  siswi dan hanya berbelas sahaja siswa.

Pelik tapi benar. Sama ada pelajar lelaki tidak menghadirkan diri atau memang semakin kurangnya pelajar lelaki di universiti.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Januari 2012 jam 2.20 pagi

IMG_0845

 IMG_0846

IMG_0854

Diari 349 – “Isu Murtad, Program Selamatkan Akidah JAIS di Masjid Negeri..”

Pagi ini, 13 Januari 2012  jam 10.30 pagi, saya memenuhi program forum “Selamatkan Akidah” yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam MAIS. Bersama saya ialah Presiden Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato’ Zainul Rijal dan Ustaz Rasyidi dari JAKIM.

Kami Membincangkan mengenai isu pemurtadan orang Melayu Islam. Dan dari kes-kes yang dibincangkan nyata bahawa isu murtad bukan satu isu yang remeh, ia merupakan satu perkara yang dirancang oleh orang kristian.

Satu yang ingin saya kongsikan di dalam majlis ini ialah apabila ramai orang yang keliru apabila ahli politik mengupas isu ini.

Ada yang cukup lantang di dalam membela umat Islam dan ada yang dengan sinis cuma mengganggap perkara ini remeh.

Mungkin kala ini, peranan ahli politik di dalam membela kepentingan penjagaan murtad agak kurang, jadi NGO Islam perlu memainkan peranan di dalam perkara ini.

Saya yakin, kalaupun  golongan ahli politik tidak membela, Allah akan datangkan golongan lain yang akan membela agamanya ini kerana Islam bukan milik manusia, ia milik Allah dan sudah tentu Allah sendiri yang akan menjaganya.

Semoga kita terpilih sebagai hamba Allah yang berperanan di dalam menjaga agamanya walau di dalam apa bidang yang kita ceburi sekarang.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Januari 2012 jam 2.00 pagi

IMG_0804

IMG_0831

Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk membela agamanya. Jika ada orang yang menuduh saya sebagai penyokong parti itu dan ini kerana terlibat dengan isu murtad ini, satu penghormatan buat saya. Bagi saya, membela agama lebih utama dari segala-galanya kala ini, Semoga, di hadapan Allah nanti,  saya tidak kelu jika ditanya.

Pohon restu dan bantuanmu Ya Allah…

al-Ijabah 105 - Rumah HIV Darul Ukhwah..

9 Januari 2012 jam 5.00 petang, saya bersama dengan kontraktor kabinet melawat rumah HIV Darul Ukhwah yang berada di Puchong untuk memasang Kabinet.

Fasa pertama pembinaan rumah HIV ini telah selesai. Ia boleh memuatkan 30 orang pesakit.

Fasa kedua sedang di siapkan.

Terima kasih bagi sahabat maya yang sama-sama menyumbang di dalam pembinaan rumah HIV fasa pertama ini. Semoga Allah membalas apa yang telah disumbangkan, amin..

IMG_0738

IMG_0737

Fasa Dua yang sedang di siapkan.

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Januari 2012 ajam 1.48 pagi

Tuesday, January 10, 2012

Bicara Ilmu 42 – Permasalahan Rumah Tangga Melalui Surah Rum ayat 21 di IKIM

9 Januari 2012 jam 9.15 pagi, saya bertolak dari rumah ke IKIM.fm di Jalan Duta Kuala Lumpur.

Pagi ini saya membincangkan perbahasan rumah tangga menelusuri surah Rum ayat 21.

Jalan agak sesak kala ini di jalan Duta kerana pagi ini adalah keputusan kes liwat Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Sesekali, ada orang mengangkat tangan kepada saya mungkin menyangka saya akan ke perkarangan mahkamah pagi ini.

Sampai di perkarangan IKIM hampir jam 10.00 pagi, mujurlah pada tahun 2012 ini, slot saya bermula jam 10.15 pagi.

Alhamdulillah, bagi sesiapa yang tidak sempat mendengar pada pagi ini, bolehlah berkongsi seperti di dalam link di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup, Asas Amal”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Safar 1433/9 Januari 2012 jam 11.00 malam

Friday, January 6, 2012

Diari 348 – “Behind The Scene “Terjun Payung…”

Hari ini 6 Januari 2012 jam 11.00 pagi, usrah di TV9 memaparkan aktiviti terjun payung yang saya buat.

“Jump For Dakwah..” bisik hati saya sewaktu melepaskan tangan dari kapal terbang dan terbalik-balik di udara sebelum payung terbuka.

Apa yang paling saya suka ialah saya dapat bergaul dengan anak-anak muda yang mungkin jarang-jarang pergi ke masjid.

Sambil makan bersama, mereka bertanyakan soal hukum hakam dan sebagainya.

Secara jujurnya, hati ini juga rasa berdebar untuk melakukan aktiviti ini, tetapi dapat duduk bersama dengan orang-orang yang bertanyakan itu dan ini mengenai Islam, saya rasa satu kepuasan.

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton, bolehlah kongsikan di bawah ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

11 Safar 1433/6 Januari 2012 jam 11.55 malam

Wednesday, January 4, 2012

Diari 347 – “IKIM – Muqaddimah Kekeluargaan 2012..”

Saya baru sahaja sampai  dari Krabi Thailand jam 12.00 tengah malam, 1 Januari 2012.

Pagi ini, 2 Januari 2012, jam 9.00 pagi, saya bergerak dari Putra Heights ke IKIM bagi memenuhi program baru di Radio IKIM iaitu “Pesona De Zahrah”. Ia bersiaran jam 10.00 pagi.

Segmen baru ini akan membincangkan mengenai kekeluargaan. Kebetulan, menjadi Peguam Syarie menjadikan saya banyak mengupas mengenai kekeluargaan ini. Begitu juga dengan hal-hal berkaitan mengenai permasalahan rumah tangga.

InsyaAllah, pada 20 hingga 22 Januari 2012 ini, saya akan bersama di dalam Tanyalah Ustaz TV9 membicarakan mengenai rumah tangga juga.

Mmm…, secara jujur, banyak lagi orang yang lebih layak, tetapi hanya sedikit perkongsian apa yang boleh dimanfaatkan bersama, paling kurang sebenarnya menasihati diri sendiri yang penuh kekurangan ini.

Bagi yang tak sempat untuk bersama di IKIM 2 hb baru-baru ini, bolehlah melawat di pautan di bawah. Semoga memberi manfaat.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Safar 1433/ 4 Januari 2012 jam 1.15 pagi