Thursday, September 29, 2011

Diari 335 – “Kitab Lama Di Bukhara..”

Hari ini 21 September 2011 jam 10.30 malam, saya bersama rombongan bertolak dari KLIA menujuk ke Uzbekistan.

Kami menaiki penerbangan Uzbekistan Airways yang bekerjasama perjalanannya dengan Malaysia Airlines System (MAS). Perjalanan dengan Boeing-767 ini mengambil masa selama 8 jam ini hanya dilalui dengan berehat.

Kami sampai di Tashkent jam 6.20 pagi waktu Malaysia sedangkan di sini jam 3.20 pagi. Beza jam antara Malaysia dan Uzbekistan adalah 3 jam.

Dari International Terminal, kami berjalan ke Domestic Terminal untuk menyambung penerbangan ke Bukhara, destinasi pertama kami.

Dari Taskhent ke Bukhara mengambil masa dua jam, barangkali seperti perjalanan saya dari Guangzhou China ke Xian hujung Julai baru-baru ini.

Bersama perjalanan saya ialah rombongan dari Sarawak melalui pakej Tabung Haji. Pegawai pengiring Tabung Haji Travel ini adalah Hajah Norzana, orang yang menguruskan saya ke China ketika saya mengendalikan kursus di sana anjuran Anzac dan Tabung Haji pada Jun dan Julai lepas.

Bukhara adalah kota lama yang mencatat seribu satu kisah cemerlang dalam dunia Islam. Banyak ulama berasal dari sini. Antaranya Imam Bukhari dan Ibnu Sina.

Warisan ulama ini hilang dengan penjajahan tentera merah Soviet Union ke bumi ini. Oleh kerana Soviet yang berfahaman komunis menentang pengamalan agama, maka banyak warisan kitab-kitab lama hilang, rosak atau dipindahkan ke tempat-tempat lain.

Saya suka ke Bukhara ini kerana di sini kita akan dapat menemui dan menyelamatkan manuskrip-manuskrip lama ulama silam berumur 300 hingga 400 tahun lepas.

Orang di Bukhara sekarang tidak tahu nilaian kitab-kitab ini dan mereka menjualnya dengan harga yang memang mampu kita miliki dari harga 100 USD.

Banyak kitab-kitab tulisan ulama silam sama ada dalam bidang agama atau sains. Saya membelek kitab astronomi. Rasa sayang terbiar dijual ditepi-tepi jalan.

Saya membelek kitab-kitab lama ini, ada ilmu-ilmu yang banyak yang mungkin telah pupus. Pada saya, siapa yang ingin memiliki manuskrip lama, datanglah ke Bukhara ini.

Naskhah al-Quran berumur 300-400 tahun hanya di jual dengan hadiah 200 USD.

Orang kaya meninggalkan harta, orang berilmu meninggalkan karangan…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dalam Perjalanan Taskent Kuala Lumpur

12.30 tengah hari waktu Uzbekistan

IMG_5025

Dekorasi orang dihempap batu di Bukhara

IMG_5028

Kitab lama di Bukhara

IMG_5029

Bukan sahaja karangan agama, malahan sains dan astronomi

IMG_5032

Kitab lama dijual di tepi-tepi jalan

IMG_5033

Orang  di sini kurang menghargai warisan ulama kita ini….

IMG_5220

Dakwat dan tinta ulama terdahulu ketika mengarang kitab

Tuesday, September 20, 2011

al-Ijabah 100 – “Ku Ceritakan Kisah Ini..”

Pada pertengahan 2011, seorang Dato’ telah menghubungi saya meminta saya membantu satu perkara….

Seseorang atuk berumur 71 tahun, ditinggalkan oleh anak dan isterinya di hospital, tidak ada siapa yang ingin mengambilnya.

Saya berbincang dengan bahagian rumah HIV Darul Ukhwah. Pada permulaan, sahabat di rumah HIV agak berat untuk menerima kerana bebanan tugasan yang memang banyak, sedangkan atuk ini, seorang yang tidak mampu mengurus diri, kecing dan beraknya perlu di bantu dan seminggu 3 kali dia memerlukan rawatan buah pinggang.

Saya meminta sahabat saya ustaz Azmi mencarikan rumah orang tua bagi menempatkan atuk ini, kebanyakkannya dikendalikan oleh orang bukan Islam, yang ada juga bayarannya agak mahal. Tapi saya faham kerana penjagaan orang tua perlukan perhatian dan pekerja yang ramai, jadi kos penjagaan memang agak tinggi.

Apakan daya, kala itu kami tidak mempunyai kemampuan untuk membaiyai atuk jika diletakkan di rumah orang tua.

Tapi percaturan Allah itu maha luas kerana dia Maha Pembela setiap hambanya…

Seminggu sebelum Dato’ ini menghubungi saya, datang seorang meminta kerja pada saya. Pada permulaannya, saya ingin menempatkannya di pejabat saya di Shah Alam, tetapi oleh kerana Darul Ukhwah kekurangan staf, saya memintanya untuk bertugas di rumah HIV ini. Dia bersetuju dengan hati yang terbuka.

Siapa tahu, rupanya kedatangannya adalah untuk menjaga atuk yang sudah tidak upaya ini. Dia menjaga atuk ini seperti ayahnya, kecing berak di basuh hinggalah kepada memandikan dan meyediakan keperluan atuk ini.

Itulah percaturan Allah…

“Ustaz, boleh tak minta TV, sebab kadang kala atuk ini agak kesunyian” kata penjaga atuk. Isteri dan anak yang cuba dihubungi sama ada melalui telifon atau sms banyak tidak berjawab, barang kali sibuk dengan urusan harian…

25 Ramadhan 1432, satu suasana yang agak tegang, penghuni Darul Ukhwah akan pulang bercuti. Saya ketika itu berada di tanah suci bagi umrah Ramadhan

Bagaimana atuk? Kami cuba menghubungi keluarganya tetapi tidak ada yang mahu mengambilnya.

Keputusannya…

Penjaga atuk di Darul Ukhwah dengan lapang hati menerima atuk ini sebagainya ayahnya, dan membawanya bersama pulang untuk hari raya. Tetapi, beberap hari di kampung, atuk jatuh sakit dan terpaksa di masukkan ke dalam hospital, barang kali agak sedih berada di sisi keluarga orang lain..

Selepas hari raya, semua penghuni Darul Ukhwah telah kembali, rumah perlindunga ini kembali meriah tetapi si atuk akhir-akhir ini banyak menangis…

13 September 2011, saya bermesyuarat dengan beberapa staf Darul Ukhwah termasuk penjaga atuk ini. Saya mengajak penjaga atuk keluar dan berbual dalam kereta supaya tidak didengari oleh yang lain hal-hal kekeluargaan yang agak sensitif.

“Macam mana keluarga atuk? tanya saya.

“Masih tidak dapat dihubungi ustaz, tapi saya dah dapat tahu kisahnya…”

Sepanjang di dalam kereta dari Petaling Jaya ke Shah Alam, penjaga ini bercerita kepada saya mengenai kisah atuk dan keluarganya..

Saya hanya mendengar sambil sekali sekala memberikan pandangan untuk usaha selanjutnya….

16 September 2011, saya pulang ke Johor untuk menziarahi keluarga di Johor, maklumlah, baru-baru ini saya beraya di Mekah, jadi tidak sempat menziarahi keluarga di sana.

17 September 2011 jam 4.00 petang, saya bergerak pulang ke Selangor. Sampai di rumah jam 7.15 petang. Belum sempat mandi telifon saya berbunyi…

Saya memandang ke arah telifon saya…

“Dari Darul Ukhwah” bisik hati saya…

Saya mengangkat telifon, suara penjaga atuk tersekat-sekat menangis…

““Ustaz… atuk dah pergi..” kata penjaga ini.

“Innalillah wa Innailahi Rojiun..” spontan saya menyebut.

“Tak apa, tenang… saya sembahyang kejap, nanti saya terus ke Darul Ukhwah..” kata saya.

Dalam perjalanan saya menghubungi kawan-kawan atuk yang saya kenal termasuk Datuk yang meminta saya mengambilnya pada awal-awal dahulu…

Sesampainya di Darul Ukhwah, saya melihat sekujur tubuh terbaring, diselimutkan dengan kain pelikat.

Saya melihat wajah atuk, air mata yang ingin jatuh saya cuba tahan. Baju lusuh berwarna biru yang sering atuk pakai menjadi pakaian terakhirnya.

Atuk baru sahaja lepas makan malam petang tadi. Dia banyak menangis. Selepas makan malam, biasanya dia akan mengiring ke arah dinding, merenung jauh. Hatinya pilu tapi apakan daya…

Penjaga atuk memegang atuk bagi persiapan maghrib. Atuk tidak menyahut. Badan atuk digoyangkan, tetapi atuk tidak juga bergerak.

Doktor yang dihubungi telah datang dan mengesahkan bahawa atuk sudah kembali kerahmatullah…

Ramai orang yang datang, saya tidak tahu dari mana. Badan mereka agak tegap. Ada yang masih berpakaian seragam. Mereka adalah anggota polis.

Dari yang berpangkat Tan Sri hingga pada Sarjan biasa, memenuhi ruangan rumah Darul Ukhwah…

Siapa Atuk sebenarnya? bisik hati saya…

Saya cuba menghubungi ahli keluarga Atuk. Barangkali cubaan terakhir, panggilan kali ini diangkat dan makluman pemergian Atuk sampai pada ahli keluarganya..

Jam 12 malam, ahli keluarga atuk sampai. Mudah-mudahan anak atuk menjadi anak yang soleh yang sentiasa mengirimkan pahala untuk atuk sekalipun waktu hayatnya, atuk sering tertunggu-tunggu mereka.

Tidak sedikit orang yang menjadi anak soleh ketika kedua ibu dan ayahnya sudah tiada.

Atuk akan dimandikan di masjid berdekatan.

18 September 2011 jam 9.00 pagi, masjid ini dipenuhi dengan anggota polis. Rupanya atuk seorang yang hebat ketika hidupnya.

Saya dimaklumkan dari anggota polis, bahawa, dia dan sahabatnya pernah bertempur dengan komunis di Jalan Kroh-Betong, Perak pada 17 Jun 1968 dan 17 anggota yang bersamanya gugur akibat pertempuran itu.

Dia dan kawannya yang gugur patut diberi penghargaan..

Atuk selesai dikafankan. Saya mengimamkan jenazah atuk. Inilah khidmat terakhir saya untuk atuk. Tidak sangka, pertemuan di hospital beberapa bulan lalu berakhir dengan pemergian untuk selamanya.

Motor trafik polis menghidupkan serennya. Puluhan kereta mengiringi atuk ke pusara, kebanyakkannya anggota polis, seakan mengiringi orang VIP di jalan raya.

Atuk diletakkan ke lahad. Perlahan-lahan saya mengepalkan tanah untuk diletakkan di sisi atuk. Saya mempersilakan bahagian agama Polis Diraja Malaysia membacakan talkin dan tahlil di pusara atuk.

Langit hari ini mendung, hujan gerimis turun mengakhiri penghormatan buat atuk. Untuk ahli kelurga, takziah saya ucapkan…

Bagi kami di Darul Ukhwah, kami sayang atuk, sesungguhnya beberapa bulan bersama kami di sini menjadikan atuk sebahagian dari keluarga kami.

Selamat bersemadi dengan tenang, semoga Allah terus merahmati atuk.. al-Fatihah…

“al-Ijabah, bersama kita berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

22 Syawal 1432/ 20 September 2011

IMG_4912

saat akhir atuk di Darul Ukhwah

IMG_4913

Ramai anggota polis yang datang malam ini

IMG_4915

Barulah saya tahu bahawa atuk adalah orang yang pernah berjasa untuk tanah air

IMG_4917

Kereta peronda dan polis trafik mengiringi atuk ke pusara

IMG_4918

atuk diiring ditempat persemadian

IMG_4919

Selamat berehat atuk, semoga atuk digolongkan dengan golongan orang soleh dan solehah

IMG_4920

19 September selepas Isyak, ahli masjid di jemput untuk membacakan tahlil buat atuk..

Diari 334 – “Bantuan Ke Sungai Ruil Cameron Highlands..”

Khamis 15 September 2011, jam 3.30 pagi, saya telah bersiap untuk ke Cameron Highlands. Hari ini, Bahagian Tabung Bencana NSTP-Media Prima akan menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil. Kesempatan ini juga, kami akan membuat rakaman siri Usrah bertajuk “Ujian Hidup”.

Berjalan di waktu pagi memang agak selesa kerana kurang kenderaan. Seperti biasa jika perjalanan jauh, saya akan bertemankan kuaci dalam memandu, krew yang lain berehat kerana mungkin tugasan sebelum ini meyebabkan mereka kurang rehat.

Perjalanan pagi ini berhenti beberapa kali untuk solat, mengisi minyak  dan berehat. Kami sampai di Tapah jam 7.00 pagi sebelum terus mula naik ke Cameron Hinghlands.

Sampai di Kampung Ruil, saya melihat kesan tanah runtuh yang mengorbankan tujuh nyawa pada Ogos 2011 lepas.

Semua penduduk telah dipindahkan ke sebuah dewan.

Saya difahamkan terdapat 140 keluarga di sini dengan bilangan keseluruhan ahli keluarga 600 orang Tetapi, tidak semua penduduk di sini Islam. Saya difahamkan hanya 35 keluarga Islam, 20 keluarga Kristian dan bakinya agama nenek moyang.

Cabaran para pendakwah  untuk hadir ke sini bagi operasi dakwah yang lebih gigih.

Jam 9.30 pagi, kami mula membuat rakaman siri usrah bertajuk “Ujian Hidup”. Jam 11.00 pagi, unit bantuan Tabung Bencana NSTP-Media Prima telah sampai. Kala ini, Cameron Hinghlands hujan.

Beramah mesra dengan orang asli di sini menjadikan kita lebih merasai erti kesungguhan dakwah. Bagaimana hebatnya pendakwah dahlulu di dalam usaha mereka mengIslamkan Nusantara. Mereka boleh duduk di kalangan kita orang Melayu yang mungkin sesetengahnya rendah statusnya.

Tapi itulah ajaran Islam yang tidak pernah membezakan kedudukan. Yang paling tinggi di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.

Tamat program jam 4.00 petang, saya dan krew TV9 terus bergerak pulang. Perjalanan perlu agak pantas kerana selepas Maghrib, saya mempunyai program di Shah Alam.

Cabarannya, dua orang dari kami muntah kerana pening ketika melalui jalan bengkang bengkok Cameron Highlands ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

22 Syawal 1432/ 22 September 2011 jam 12.25 tengah malam

IMG_4910

Tuesday, September 13, 2011

al-Ijabah 99 – “Catatan Rumah HIV Darul Ukhwah..”

Pejam celik, kita telah menyewa rumah perlindungan HIV Darul Ukhwah di Seksyen 4 Petaling Jaya ini selama 2 tahun. Begitu cepat masa ini berlalu.

9 Ogos 2011, Dr. Chong, tuan rumah bagi rumah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah menghubungi saya. Tamat kontrak dua tahun menyewa, dia mahu menggunakan rumah ini kembali.

“Boleh tak saya minta tangguh hingga hujung September” kata saya pada Dr. Chong.

“Oklah, lepas raya lah ya..” kata Dr. Chong dengan pelat Cina.

Saya agak terdesak juga, mencari rumah pengganti ke sana dan ke sini, tetapi belum ada yang sesuai. Pilihan terakhir adalah dengan menyiapkan segera asrama anak yatim al-Ijabah yang sedang dibina dan digunakan sementara untuk rumah HIV ini.

Pembinaan asrama sekarang adalah di atas tanah Yayasan al-Ijabah, pada permulaan pembinaannya, memang dilafazkan untuk HIV. Ketika MBSA (Majlis Bandaran Shah Alam) mula menimbangkan untuk memberikan sebuah rumah untuk Darul Ukhwah, maka pembinaan tempat ini diteruskan bagi kegunaan anak yatim pula.

Setelah hampir siap, kontrak rumah HIV sekarang pun habis dan tuan rumah ingin menggunakan rumahnya. Jadi, asrama anak yatim ini  kita gunakan sementara untuk penempatan HIV ini.

Saya menghubungi Haji Daud, kontraktor yang membuat asrama ini…

“Agak-agak, September boleh siap tak Haji?” tanya saya.

“Mmm, insyaAllah dan bergantung pada kewanganlah ustaz, tapi nanti saya tanyakan juga sapa-sapa yang nak bersama-sama berinfaq” kata Haji Daud.

22 Ogos 2011, saya bertolak ke tanah suci untuk menyempurnakan umrah Ramadhan. Dengan doa yang sentiasa dipanjatkan semoga Allah memudahkan segala urusan pembinaan rumah ini.

8 September 2011, saya sampai di Malaysia, terus menghubungi sahabat-sahabat untuk perkembangan rumah HIV ini..

9 September 2011, jam 9.30 pagi, saya bermesyuarat dengan Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS di pejabatnya membincangkan rumah HIV Darul Ukhwah.

Memang pilihan yang ada sekarang adalah dengan menggunakan dahulu asrama anak yatim al-Ijabah untuk penghuni HIV. Tidak ada rumah yang sesuai.

Tempat yang sepatutnya diberikan MBSA telah di potong oleh seorang YB.

11 September 2011. 5.50 petang, Saya berbincang dengan kontraktor Haji Daud mengenai perkembangan rumah ini.

“InsyaAllah ustaz, kita usaha masuk api dan air segera” kata Haji Daud.

12 September 2011, Dr. Chong sekali lagi menghubungi saya untuk memastikan rumah dikosongkan pada hujung September ini.

“Ya, Doktor, jangan risau, hujung bulan ini semua akan ok..” janji saya padanya.

Inilah catatan perjalanan Darul Ukhwah, bagi yang bersama-sama dalam apa juga bentuk, sama ada kewangan mahupun doa, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Pohon di doakan terus  sahabat pembaca sekelian, semoga Allah terus memudahkan urusan ini, amin…

“Bersama Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

15 Syawal 1432/ 13 september 2011 jam 11.45 malam

IMG_4894 

Asrama anak yatim yang  hampir siap

IMG_4895

bahagian atas tempat ini

IMG_4897

 

IMG_4899

semoga terus di bantu Allah, amin…

Tuesday, September 6, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 87 – “Yahudi Dan Masjid..”

Bani Israel adalah satu kaum yang mempercayai Allah sebagai tuhan. Mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa dan Muhammad sebagai Nabi. Mereka disebut sebagai ahli kitab.

Ada juga Bani Israel yang Islam setelah melihat kebenaran Islam itu.

Dari Bani Israel yang ingkar, itulah disebut sebagai Yahudi oleh al-Quran. Jadi, Bani Israel lebih luas, satu bangsa, ada yang Islam dan ada yang tidak, tapi yang ingkar itulah disebut sebagai Yahudi.

Di dalam syariat, orang lelaki muslim boleh menikahi ahli kitab dan   sembelihan ahli kitab juga boleh kita makan.

Ini kerana mereka menyembelih dengan cara yang sama iaitu mesti putus urat merih dan membaca Nabi Allah juga.

Kalau kita sembelih dengan menyebut “Bismillah” mereka menyembelih dengan menyebut “Shem Ha Shem..”

Dalam Islam ada Asmaul Husna, dalam Yahudi pun ada.

Dalam Asmaul Husna nama Allah ada Ar-Rahman, Ar-Rahim, al-Qudus dan sebagainya dalam Hebrew nama Allah mereka sebut sebagai Ilah, Shado, Shem dan sebagainya,

5 September 2011, ketika kami sampai di Masjid Khalil al-Rahman, masjid yang terletak makam Nabi Ibrahim, tiba-tiba terdapat sekumpulan askar Yahudi masuk ke masjid.

“Saya bertanya Walid, kenapa ada askar Yahudi?”

“Ada orang besar Yahudi ziarah Makam Nabi Ibrahim sekarang dan berdoa dalam masjid ini?” kata Walid.

“Dia berdoa dalam masjid?” tanya saya ingin tahu.

“Ya, sebab,dari sudut ibadah dan cara hidup, orang Yahudi lebih menghormati Islam dari Kristian, dia tahu masjid orang Islam suci dan bersih sebab itu dia boleh berdoa dalam masjid tapi tidak sekali-kali dalam gereja” terang Walid.

“Orang Yahudi tak makan babi,tak seperti kristian, orang yahudi bersunat, tidak seperti kristian dan dia juga ada soal kesucian dalam makanan, dia boleh makan makanan orang Islam tapi tidak orang kristian” terang Walid lagi.

Saya melihat askar Yahudi siap dengan senapang, dia memakai kasut di dalam masjid tetapi dibentangkan tikar plastik kerana dia tahu masjid itu suci dan bersih.

Kadang kala, orang Islam sendiri tidak tahu hormat masjid, ketika saya berada di Mekah, saya melihat pergolakan di Libya dan Syria di dalam berita, pasukan keselamatan masuk ke masjid dengan kasut dan tanpa alas.

IMG_4748

Hari ini, ada orang Yahudi menziarahi makam Nabi Ibrahim dan dia berdoa dalam masjid ini.

IMG_4749 

IMG_4750

Tentera mereka membentangkan tikar sebagai alas untuk tidak mengotori masjid ini.

Tapi ini dalam keadaan biasa dan aman, kalau sedang pertentangan hebat, sudah tidak ada lagi perasaan menghormati ini…

Bagi kita yang belum melihat perbahasan saya mengenai “Beriman dengan Rasul di al-Aqsa ini, boleh lihat di dalam program Usrah ini..

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.30 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 86 – “Mehrab Nabi Zakariya..”

Kisah Nabi Zakariya dan  ibadahnya ada disebut di dalam al-Quran surah Maryam.

IMG_4639

Di satu sudut bahagian barat al-Aqsa terdapat sebuah tempat bernama Mehrab Zakariya. Di atas Mehrab ini terdapat potongan ayat al-Quran dari surah Maryam mengenai baginda Zakariya ini.

IMG_4641

Ramai ulama pernah mengajar di Mehrab ini dan ke sini. Antara yang terkenal adalah Imam al-Ghazali. Beliau memulakan karangan Ihya Ulumiddin di dalam al-Aqsa ini selama 8 tahun sebelum menyempurnakannya di Masjid Umawi di Damsyiq, Syria.

IMG_4643

Ketika perang Salib, orang Kristian pernah meletakkan salib besar di sini.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.30 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 85 – “Tempat Minum, Antara Wakaf Di al-Aqsa..”

Takrifan wakaf adalah sesuatu barang yang kekal yang manfaatnya boleh terus digunakan.

Orang yang mewakafkan sesuatu, akan terus mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal.

Antara wakaf ialah tanah, pembangunan sekolah, masjid, rumah anak yatim ataupun barang yang boleh digunakan dan kekal lama.

Sebab itu makanan tidak ditakrifkan sebagai wakaf, ia adalah sedekah sebab manfaatnya tidak lama.

IMG_4644

Antara wakaf yang boleh kita contohi di masjid al-Aqsa ini ialah wakaf alatan untuk minum. Di sini dan sekitar kawasan Jerusalem banyak dibina tempat minum seperti ini.

Kita boleh belikan alat penapis air dan letakkan di masjid, sekolah, atau rumah kebajikan. Selagi mana ia bermanfaat untuk diminum, selagi itu pahala akan terus mengalir pada kita.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.30 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 84 – “Minyak Wangi, Antara Contoh Sedekah..”

Di dalam masjid al-Aqsa ada satu bekas minyak wangi, disedekahkan untuk kegunaan ramai.

Saya rasa perkara ini bagus untuk kita contohi di masjid kita.

IMG_4638

Di tempat bekas minyak wangi ini tertulis…

“Inilah minyak wangi  wakaf untuk Masjid al-Aqsa, di larang mengeluarkannya apa-apa pun bekas  minyak wangi dari masjid walaupun dah kosong, terima kasih. Jangan lupa kami dalam doamu”

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.30 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 83 - “Penjara Di Israel..”

5 September 2011 jam 9.00 pagi, kami serombongan dalam perjalanan ke Hebron dan Bethlahem.

IMG_4718

Perjalanan kami terhenti sebentar ketika terhalang dengan sebuah van besar siap dengan dijaga oleh tentera bersenjata.

Saya bertanya pada Walid, pemandu pelancong kami, “Walid, apa tu?”

“Ah, sekarang kita sedang melalui kawasan mahkamah” kata Walid.

“Pesalah Yahudi ke, pesalah Palestin?” tanya saya.

“Yahudi ada dan Palestin pun ada?” jawab Walid lagi.

“Tapi kalau orang Yahudi bunuh orang Palestin, akhir nanti hanyalah di isytiharkan gila dan lepas” Walid menambah sambil mencebek bibir dan menggangkat keningnya. Bahunya diangkatkan sedikit.

IMG_4753

Ketika dalam perjalanan ke Bethlahem, saya melihat banyak gambar diletakkan di atas tiang-tiang lampu. Saya membacanya, dimulakan nama itu dengan “al-Asir” bermaksud “banduan”. Di sebelah bawah bahagian kanan gambar tertulis “18 Muabbad” bermaksud 18 abad. Saya bertanya Walid..

“Walid, orang ini kena penjara 18 abad ke? bermaksud 1800 tahun”

“Ya”, jawab Walid.

“Ha..! penjara sampai lebih seribu tahun?” saya terkejut kerana di Malaysia kita hanya dengar paling lama seumur hidup.

“Mmm, macam tu lah di sini..” Walid menambah.

IMG_4754

Kita tengok pula orang ini, “12 muabbad” bermaksud 1200 tahun

IMG_4756

Yang ini tak lama, “Muabbadain” bermaksud dua abad tetapi ada tambahan 40 tahun lagi.

IMG_4758

Yang ini pula 4 abad iaitu 400 tahun.

Beginilah hukuman penjara di sini, semua seratus tahun ke atas.

 

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.00 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 82 - “Masjid al-Aqsa Di Korek..”

4 September 2011 jam 4.45 petang..

Kami serombongan di ajak untuk melihat tempat al-Aqsa di korek. Apa tujuannya?

Jawapan yang jujur hanya ada pada Yahudi yang mengorek.

IMG_4688

Ini adalah kawasan yang dikorek menuju ke al-Aqsa.

IMG_4615

Dari dalam masjid ini, orang Islam menemui lubang yang dikorek oleh Yahudi di bawah al-Aqsa

IMG_4623

Ketika orang Islam menemui lubang ini pada tahun 1997, mereka berusaha menampal semula lubang ini dan berkeras tidak membenarkan orang Yahudi menggali apa-apa di bawah al-Aqsa. 

IMG_4634

Hasilnya berlaku pertembungan antara Yahudi dan Muslim yang menyaksikan 90 muslim syahid. Pada tahun 2000 sekali lagi berlaku pertembungan dengan 20 muslim syahid. Gambar di atas adalah kelongsong peluru dan bom yang menembusi dada-dada saudara-saudara seIslam kita pada tahun tersebut.

IMG_4624

Bersama-sama mendoakan keselamatan al-Aqsa

IMG_4616

Kenangan rombongan bersama Abu Ayad Mahmood (kiri gambar selepas saya) dan Abu Atif Muhammad (kiri gambar selepas itu), penjaga al-Aqsa yang mula-mula menemui lubang yang dikorek Yahudi.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

6 Syawal 1432/ 5 September 2011 jam 10.45 malam

Jom Kongsi Pengalaman 81 – “Jam Matahari Di al-Aqsa..”

4 September 2011 jam 3.00 petang, kami serombongan telah sampai ke perkarangan masjid al-Aqsa.

Setiap kali hendak ke al-Aqsa, kami akan melalui pintu gerbang Dome Of Rock (Kubah Emas) dan setiap kali melalui gerbang ini pasti saya akan melihat ke bahagian atas  gerbang ini.

Di atas gerbang ini ada jam matahari. Jam ini akan menujukkan secara rambang waktu melalui bayang-bayang dari matahari. Ia hanya ada jarum jam dan tidak minit.

IMG_4610

Cuba kita lihat gambar di atas, dari bayang-bayang matahari, ia menunjukkan pukul 3 petang.

IMG_4611

Dan kita lihat waktu sekarang ini, ia menunjukkan jam 3 petang. Beginilah teknologi umat Islam yang terdahulu.

Masa adalah satu perkara yang penting di dalam ajaran Islam kerana ia berkiatan dengan banyak perkara seperti waktu solat, waktu berbuka dan sebagainya.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

6 Syawal 1432/ 5 September 2011 jam 10.30 malam

Monday, September 5, 2011

Diari 333 – “Catatan Perjalanan Ke al-Quds..”

4 September 2011, saya bersama Jemaah melintasi sepadan Jordan – Palestin melalui Allenby Bridge. Pada bulan Julai 2011 lepas, ketika sampai di sini bersama rombongan TV9, tidak banyak yang sempat saya kongsikan mengenai Palestin.

Rombongan kali ini tertahan di border selama empat jam suku. Tapi syukur, semuanya selamat melintas.

Kesempatan kali ini, saya hanya nak kongsikan apa yang kita akan jumpa dalam perjalanan ke al-Quds dari border.

IMG_4570

Setelah melintas, kita akan melalui Jabal Nebo, iaitu pergunungan tempat Nabi Musa melaluinya setelah ditinggalkan oleh kaumnya. Di pergunungan Nebo ini jugalah kalau mengikut kepercayaan kristian, Nabi Isa di Babtiskan oleh Nabi Yahya. Di tengah-tengah gambar ini kita dapat melihat kubah kecil berwarna emas, di situlah orang Kristian mempercayai tempat kejadian.

IMG_4574

Kita akan melalui “ ’En Hajlah”, bermaksud mata air burung kecil,

IMG_4575

Kemudian persimpangan antara Jerusalem ke laut mati

IMG_4580

Tidak lama kemudian, kita akan menemui “an-Nabi Musa” iaitu masjid yang dibina untuk memperingati Nabi Musa yang hilang di kawasan ini setelah ditinggalkan oleh kaumnya. InsyaAllah, nanti kita akan kongsikan kemudian

IMG_4582

Kita akan melalui Judean Desert iaitu padang pasir 12 kabilah Yahudi. Di sebut di dalam al-Quran sebagai “Asbat” seperti Sabat Musa (kabilah Musa) Sabat Bunyamin (kabilah Bunyamin)

IMG_4585

Dari kejauhan kita akan melihat 3 tower, bermula dari kanan iaitu Universiti Hebrew Of Jerusalem, kemudian Agusta Victoria Hospital dan yang kiri sekali ialah Gereja Ortodox.

IMG_4587

Bet El Ramallah bermaksud “Rumah Allah Yang Tinggi” di kawasan sini banyak orang badawi, walaupun dia telah memakai i-phone dan komputer tetapi mereka tetap  selesa tinggal di khemah-khemah.

IMG_4589

Kita kemudian akan melalui Ma’ale Adumin iaitu penempatan orang Yahudi yang dibina di tanah Palestin

IMG_4594

Kemudian kita akan melalui terowong, sejurus selepas habis terowong ini di sebelah kiri kita akan langsung dapat melihat masjid al-Aqsa as-Syarif, biasanya saya akan bersama-sama melaungkan takbir seperti takbir raya bersama-sama rombongan ketika melihat al-Aqsa ini dan biasanya kita akan menitiskan air mata di sini.

IMG_4597

Selepas terowong, kami akan ke Mt. Of Olives, bagi orang Kristian, di sinilah Nabi Isa di angkat ke langit setelah di salib, bagi orang Islam, Nabi Isa tidak disalib tetapi yang disalib adalah orang yang diserupakan dengan Nabi Isa.

Dari atas Mt. Of Olives ini, kita akan dapat melihat semula Judean Desert yang terbentang luas.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem Palestin

5 September 2011 jam 8.30 pagi

Saturday, September 3, 2011

Universiti Kehidupan 212 – “Bagaimana Orang di Xi’an China Melihat Anak Bulan Ramadhan..?”

Cara menentukan awal bulan di Malaysia adalah dengan 3 kaedah iaitu :-

1. Melihat anak  bulan

2. Hisab (kira-kira)

3. Dengan gabungan kedua-dua di atas

Cara melihat anak bulan di Malaysia pula cukup canggih dengan menggunakan teropong berteknologi tinggi, dengan sela-sela masa tertentu dan bacaan kordinat tertentu.

IMG_4199

1 Ogos 2o11, di negara China, melihat anak bulan akan diketuai oleh Imam masjid. Cara yang digunakan hanyalah satu cara iaitu melihat dengan mata dan tidak menggunakan hisab (kira-kira)

IMG_4190

Dan yang menariknya, mereka Orang Islam di Xi’an melihat anak bulan hanya dengan mata dan teropong. Mereka akan berkumpul beramai-ramai di masjid dan melihat beramai-ramai. Apa yang menarik ialah malam tersebut, nampak anak bulan. Mereka akan menjerit dengan gembira “Chilali- Chilali (anak bulan-anak bulan) sebenarnya ia dari bahasa Arab iaitu “Hilali”

IMG_4191

Malam ini, pekerja Islam di mana-mana akan memakai tudung sebagai menghormati bulan Ramadhan.

IMG_4195

Ini adalah jurugambar bersama kami, senyum sampai telinga di sisi Muslimah China.. barangkali, macam nilah senyuman orang isteri lebih.. :)

Kalau kita nak lihat perbahasan mengenai Ramadhan di China, kita  boleh sama-sama saksikan di sini..

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

4 Syawal 1432/3 September 2011 jam 12.45 tengah malam