Thursday, July 21, 2011

Universiti Kehidupan 201 – “Bagus ke tak bagus..?”

Politik di Timur Tengah berbeza dengan di tempat lain. Dia ada cara bacaannya sendiri. Begitu juga dengan fatwa-fatwa tempatan.

Sabtu 16 Julai 2011 jam 2.30 petang, saya dan rombongan melawat Bethlahem, tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

Bethlahem adalah wilayah jagaan Palestin. Jadi polis-polis yang ada di sini adalah polis Palestin, hanya bersenjata ringan sahaja.

Setelah melawat tempat kelahiran Nabi Isa, saya duduk berbual di satu tempat. Ada gambar Yasser Arafat di sini.

“Orang ini bukan bagus sangat” kata Mahmud, pemandu pelancong kami.

“Oh ye ke…” kata saya.

“Tapi dia ada satu kelebihan…” Mahmud menambah.

“Apa dia?” Kata saya ingin tahu.

“Ketika dia masih hidup, tidak ada orang Palestin bertembak sesama sendiri, bermakna, dia tahu keadaan orang di sini dan bagaimana, mentadbir dan bergaul dengan mereka” Mahmud menerangkan.

Sekarang ada orang Palestin bertembak sesama sendiri ke? tanya saya lebih lanjut.

“Banyak” jawab Mahmud ringkas.

“Macam di Iraq, Saddam Hussain bukan bagus, tapi dia tahu macam mana nak mengurus orang Iraq” kata Mahmud lagi.

“Iraq pernah aman di bawah dua pemerintahan sahaja, pertama Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafi dan yang kedua Saddam Hussain, yang lain semua huru hara” Mahmud menambah lagi.

“Ok”, kata saya.

Barang kali saya boleh membuat sedikit kesimpulan.

Ada empat jenis pemimpin.

1. Kurang bagus segi peribadi dan kurang bagus dalam pemerintahan

2. Kurang bagus segi peribadi, tapi bagus dalam pemerintahan

3. Bagus dari segi peribadi, tapi kurang bagus dalam pemerintahan

4. Bagus segi peribadi dan bagus juga dalam pemerintahan

Mmm, kalau kita nak pilih pemimpin, nak pilih mana satu ye…?

Walau apa pun jawapan yang kita beri, kita kena yakin satu perkara bahawa untuk bagus, kita tidak mampu untuk menjadi bagus secara sendirian. Ia perlu dibantu dengan wahyu Allah. Bermakna, Islam akan membawa orang menjadi bagus kerana Allah yang maha mencipta yang tahu bagaimana manusia boleh menjadi bagus.

Cuma kadang kala, kita mudah menghukum seseorang itu tidak bagus sebab penilaian kita juga tidak benar-benar melalui apa yang Islam ajarkan..

Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 Syaaban 1432/ 21 Julai 2011 jam 7.00 petang

IMG_3500

Bersama polis Palestin

IMG_3497

Saya rasa saya kena tabik dia ni kerana walaupun dia tidak bagus tapi paling kurang tidak ada orang Islam Palestin bertembak sesama sendiri di zamannya…

Dan tabik saya pada semua orang yang sayangkan Islam, para pendakwah dan pejuang-pejuangnya di dalam apa juga bidang….

Tuesday, July 19, 2011

Universiti Kehidupan 200 – “Macam Mana Nak Kuat Kalau Macam Ni..?”

Sabtu 16 Julai 2011, hari ini hari terakhir untuk saya dan rombongan berada di Jerusalem bagi ziarah kali ini, esok hari (Ahad 17 Julai 2011) kami serombongan akan bertolak ke Amman dan seterusnya pulang ke tanah air.

Jam 4.00 petang, saya bersama rombongan berjalan-jalan di kota lama Jerusalem. Oleh kerana ada beberapa orang wanita di dalam rombongan kami, (isteri saya dan penerbit program Usrah) jadi kami berjalan agak perlahan. Kaum wanita membeli ole-ole untuk dibawa pulang, saya dan rombongan lelaki hanya minum teh dengan pudina di kedai teh berhampiran.

Saya berjalan di kedai buku dan alat tulis, melihat buku bahasa Arab bagi anak-anak kecil.

Jurujual bernama Ahmad ini menyapa saya dan kami berbual panjang…

Antara topik perbualan ialah mengenai derma ke Palestin. Ahmad mengetahui mengenai mencurahkan derma kepada Palestin melalui saluran politik.

Menurut Ahmad, banyak bantuan derma dari saluran politik tidak sampai kepada sasaran sebenar. Dia memberikan beberapa nama tokoh pemimpin dari “Fatah” mahupun “Hammas” yang kini kaya raya dan mempunyai hotel serta tanah di Palestin.

“Jadi, kalau nak menderma pada siapa yang sesuai?” tanya saya pada Ahmad.

“Kamu datang ke Jerusalem ini, dan saya akan bawakan kamu terus ke rumah orang susah, dan anak yatim. kamu lihat sendiri dengan mata kamu dan kalau kamu puas hati, kamu berilah sendiri” kata Ahmad, satu cadangan bagus.

“Atau kamu berikan pada orang yang amanah..” kata Ahmad lagi.

“Saya orang luar, saya tak kenal mana satu orang yang boleh dipercayai?” kata saya.

Ketika kami berbual, beberapa orang yang lalu lalang turut berhenti dan bersama kami berbual.

Ketika sampai pertanyaan saya, siapa orang yang amanah?, masing-masing memberikan pendapat. Bermula dengan pendapat menjadi pertengkaran.

Topiknya amat mudah, siapa orang amanah?….

Pertengkaran sudah mempunyai regu hingga lima orang, kedai yang sempit sudah mula tidak muat.

Perlahan-lahan saya mengundurkan diri. Ketika rombongan wanita telah selesai membeli, kami melalui hadapan kedai tadi, pertengakaran masih berlangsung…

Saya menggeleng kepala sendiri…

“Macam mana nak kuat, baru bincang siapa orang amanah sudah berlarutan bertengkar, belum bincang pasal negara lagi..”

Kadang kala, benar juga perkataan yang menyatakan..

“Sebenarnya Israel bukanlah terlalu kuat, tetapi orang Arab sekeliling Israel itu yang terlalu lemah..”

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

17 Syaaban 1432/ 19 Julai 2011 jam 8.00 petang

IMG_3514

Saya mencari buku bahasa Arab untuk kanak-kanak

IMG_3516

Bermula dengan memberi pendapat menjadi pertengakaran

IMG_3520

Orang Yahudi yang lalu lalang hanya tersenyum sahaja melihat dan saya tidak tahu macam mana nak terangkan pada anak saya ketika saya di tanya..

“Abah, kenapa dia bergaduh abah…..?”

Universiti Kehidupan 199 – Melihat Yahudi Secara Mikro dan Makro

Kalau siapa yang datang ke Palestin, tentu akan terkejut dengan suasana aman di Palestin, tidak seperti yang diwar-warkan di dalam akhbar.


Kita boleh berjalan tengah malam dengan selamat, melintasi jalan dan orang akan memberhentikan keretanya, dan ada yang menyapa kita dengan ramah sekali.


Hingga ada di dalam rombongan saya yang keliru dengan keadaan ini.


Sebenarnya, jika kita melihat Yahudi secara mikro kita akan dapati orang yang kita jumpa secara personal itu agak baik kerana dia juga manusia macam kita yang mempunyai perasaan.


Tetapi jika pandang dari sudut makronya, maka mereka bergandingan dari satu sudut iaitu penubuhan negara Israel ini hingga ada yang memudharatkan saudara seIslam kita di Palestin.


Sudah tentu pandangan secara mikro tidak akan sama dengan pandangan secara makro. Baik secara mikro tidak sama dengan baik secara makro dan jahat secara mikro tidak akan sama dengan jahat secara makro.


Makro satu pandangan yang bersifat luas dan keseluruhan dan mikro satu pandangan bersifat kecil dan sebahagian.


“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”


al-faqir Ila Rabbihi


Muhamad bin Abdullah


Shah Alam


17 Syaaban 1432/ 19 Julai 2011 jam 7.00 petang


IMG_3630


Tiga sekawan Yahudi


IMG_3633


Dia manusia yang ada perasaan gembira dan duka, sebab itu kalau kita melihat secara mikro kita akan keliru dengan perkhabaran kita terima selama ini.


IMG_3634


Tapi secara makronya, mereka masing-masing menyumbang kepada penubuhan sebuah negara hingga menganiaya orang lain.

Saturday, July 16, 2011

Universiti Kehidupan 198 – “Iktibar Wailing Wall..”

Wailing Wall (tembok ratapan) dikenali juga dengan nama Western Wall (Tembok barat) panjangnya sekitar  60 meter sahaja.

Bagi kepercayaan orang Yahudi, tembok ini adalah sisa-sisa masjid Sulaiman yang dihancurkan oleh Titos dari Rom pada tahun 70 masihi.

Di sini mereka membuat amalan 1.berdiam "Shekhinah" 2. Membaca kitab taurat 3. Berdoa.

Dinding ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu untuk laki-laki dan perempuan. Bagi orang Yahudi Ortodoks, mereka  percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa bersama-sama dengan kaum perempuan.

Bagi umat Islam, tembok ini disebut sebagai “Khait al-Buraq” atau dinding Buraq kerana disebalik tembok ini, Nabi SAW menambat Buraqnya. Di sebalik dinding ini terdapat masjid Buraq.

15 Julai 2011, dalam tiga kali berkunjung ke al-Aqsa, inilah kali pertama saya berpeluang melihat tembok ratapan ini dari dekat.

Untuk masuk ke dalam tembok ratapan ini, seorang orang perlu memakai kopiah. Mereka menyediakan kopiah kecil yahudi untuk dipakai.

Jika kita orang Islam dan telah memakai kopiah, maka kita tidak perlu lagi untuk memakai kopiah mereka.

Saya menghampiri tembok ratapan ini, warnanya sudah bertukar menjadi agak hitam keran telah selalu dipegang.

Keadaan mereka meratap sama seperti orang Islam menangis di kaabah bezanya ialah mereka kemudian akan menulis hajat mereka pada kertas dan akan diselitkan dicelah-celah dinding tembok ini.

Bagi kita orang Islam, kita tidak perlu menulis hajat kita dan meletakkanya di mana-mana tempat kerana Allah yang Maha mendengar sentiasa faham segala hajat kita yang nyata dan yang tersembunyi.

Melihat mereka ada yang menangis, ada yang terhangguk-hangguk membaca kitab mereka, ada yang berdoa dengan tekun, saya dapat  mengambil iktibar bahawa setiap manusia memang secara fitrahnya mempunyai hajat, mempunyai rasa bersalah pada dosa, mempunyai harapan agar dilepaskan pada setiap kesusahan, tapi pada siapakah yang kita minta, itu yang membezakan anatar orang beriman dengan orang kafir.

Bagi umat Islam, segala hajat kita perlu tulus dan suci pada Allah swt, bukan pada patung, bukan pada pokok dan bukan pada selain Allah.

Menghadap kaabah adalah tempat yang Allah perintahkan untuk kita menghadap seperti di dalam al-Quran, dan hati kita perlu sentiasa bergantung pada Allah pentadbir Alam ini.

Dan jika bergantung pada Allah, maka Allah akan kurniakan pada kita kebahagiaan hati….

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Salahuddin St. Jerusalem

Sabtu 14 Syaban 1432/ 16 Julai 2011

IMG_3265

Jalan-jalan masuk ke Wailing Wall

IMG_3266

tembok ratapan. Disebalik tembok ini adalah masjid al-Aqsa

IMG_3268

tiga kali ke sini, inilah kali pertama saya menghampiri tembok ratapan ini

IMG_3271

di sini mereka meratap, berdoa dan membaca kita mereka

IMG_3278

kami sempat membuat pengambaran di tepi tembok ini. Tapi segi perasaan memang agak risau juga ketika mata-mata si Yahudi memandang pada kami. Tapi mereka tidak pula menghalang untuk kami membuat ulasan di sini

IMG_3280

Mereka meletakkan kertas yang ditulis dengan doa

IMG_3281

Restoran percuma bagi yang memerlukan

IMG_3282

Tembok ini sepanjang 60 meter

IMG_3286

Lepas berdoa, ada yang keletihan dan tertidur di sudut tembok ini. Macam orang Islam, ada yang tertidur pada khutbah Jumaat…

Friday, July 15, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 80 – Masjid Umar dan Holy Sepulchre

15 Julai, kami sampai ke Masjid Umar r.a. Mari bicara sedikit mengenai sejarahnya..

Ketika Umat Islam diamahakan kunci kota Jerusalem, ketua Greek Ortodok, Patriarch Sophronius meminta agar kunci kota itu diambil sendiri oleh pemimpin pertama Umat Islam iaitu Saidina Umar.

Ketika Saidina Umar sampai, beliau diajak untuk melawat gereja salib (Church of Holy Sepulchre) (bagi fahaman kristian Nabi Isa di salib, di dalam Islam Nabi Isa di angkat ke langit).

Ketika sampai di gereja ini, masuk waktu Asar, Saidina Umar dipersilakan untuk bersolat di dalam gereja ini, dan Saidina Umar menolak, dia enggan kerana khuatir orang Islam nanti akan mengambil gereja ini menjadi masjid.[1] Beliau keluar dan melangkah 40 langkah, di sanalah beliau mendirikan solat.[2] Tempat di mana Saidina Umar Solat didirikan masjid Umar.

Perjalanan kami kali ini menjejaki Masjid Umar dan Church of Holy Sepulchre


[1] Daniel Jacobs. The Rough Guide To Jerusalem. Rough Guides. 2nd edition 2009 Hal 66

[2] Ali Qleibo. Jerusalem In The Heart. A Kloreus Pullication, Jerusalem, 2000. hal 39

IMG_3182

Di hadapan masjid Umar. Di dalam masjid ini terdapat perjanjian keamanan Saidina Umar dan penduduk di Jerusalem ini.

IMG_3177

Jalan ke Church of Holy Sepulchre tidak sampai 100 meter dari Masjid Umar.

IMG_3178

Bagi fahaman kristian, di sini tempat Nabi Isa di Salib

IMG_3179

Church of Holy Sepulchre

IMG_3185

Tempat di mana orang yang diserupakan oleh Allah sebagai Nabi Isa di bawa turun selepas di Salib

IMG_3197

Di sinilah orang yang diserupakan oleh Allah sebagai Nabi Isa diletakkan dan menjadi kubur bagi orang ini.

IMG_3198

Satu yang menarik ialah, kebanyakkan yang nak masuk ke sini memakai tudung walaupun kemudian mereka buka kembali. Dan sebenarnya, mereka juga mengakui bahawa menutup rambut dan kepala itu satu tanda hormat.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Salahuddin St. Jerusalem

13 Syaban 1432/ 15 Julai 2011 jam 5.45  petang

Jom Kongsi Pengalaman 79 – Jalan-Jalan Jerusalem

Jom jalan-jalan kota Jerusalem…

IMG_3155

Ketika Salahudin Ayubi dapat menawan kota ini, beliau meruntuhkan tembok kota ini. Tembok kota Jerusalem dibina kembali oleh Khalifah Uthmaniah iaitu Sulaiman Qanuni atau dikenali oleh orang Barat sebagai Suleiman the Magnificent 

IMG_3156

Penjual sarapan 

IMG_3159

Kota ini juga begitu bermakna bagi orang Kristian. Di sini berbagai aliran kristian kita boleh jumpa

IMG_3161

Lorong-lorong kedai Jerusalem

IMG_3163

Kedai daging

IMG_3164

Sini pun ada ikan dari laut Mediterranean

IMG_3165

Kalau di Malaysia, gaya menggantung daging seperti ini hanya digunakan oleh orang bukan Islam

IMG_3166

Ayam

IMG_3168

Tazkirah sekitar kota Jerusalem. Ia bermaksud “Asas Hikmah adalah takutkan Allah”

IMG_3171

Doktor kasut

IMG_3174

Salah satu stesyen (tempat berhenti) Nabi Isa bagi versi Kristian

IMG_3175

Penjual air di Jerusalem

IMG_3212

Penat berjalan kami berhenti minum sebentar

IMG_3218

Ahli rombongan

IMG_3221

Teh dengan pudina

IMG_3222

Kopi susu

IMG_3223

Salah satu baju di Israel ini

IMG_3230

Anak-anak muda Palestin

IMG_3231

Penjual air kanak-kanak

IMG_3232

Penjual kopi Palestin

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Salahuddin St. Jerusalem

13 Syaban 1432/ 15 Julai 2011 jam 5.20  petang

Jom Kongsi Pengalaman 78 – “Inside al-Aqsa”

15 Julai 2011, selepas chek in di hotel Capitol Jerusalem, kami hanya berjalan kaki sahaja untuk masuk ke al-Aqsa. Untuk masuk ke al-Aqsa kita boleh melalui banyak pintu, tapi pintu yang paling hampir dengan hotel kami ialah Herod Gate.

IMG_3095

Di dalam rombongan, yang pernah datang ke sini hanyalah saya dan sahabat saya Norhelmee. Yang lain agak terharu ketika memasuki perkarangan masjid al-Aqsa ini dan ada yang sebak kerana dapat direzkikan untuk datang ke sini.

IMG_3100

Kesempatan kali ini, saya membawa keluarga saya sekali.

IMG_3120

Saya agak terkejut ketika melihat pintu al-Aqsa telah tertutup. Rupanya esok adalah hari Jumaat dan permaidani yang berada di dalam al-Aqsa kebetulannya dicuci sempena Ramadhan. Jadi, mereka tutup masjid al-Aqsa untuk hari ini sahaja kerana memberi laluan kepada petugas membentangkan permaidani di al-Aqsa.

IMG_3127

Tempat di mana Nabi SAW menambat Buraq di dalam peristiwa al-Aqsa.

IMG_3129

Kucing al-Aqsa

IMG_3131

Suasana orang membaca al-Quran di luar al-aqsa

IMG_3132

Malam ini, walaupun sedang musim panas, tetapi angin yang bertiup di al-Aqsa menjadikan kawasan sini sangat nyaman. al-Aqsa terletak di puncak paling tinggi di Jerusalem ini.

IMG_3133

Bersama semua rombongan, sahabat, ahli keluarga dan krew TV9.

IMG_3139

Dahulu arwah ayah saya memang suka membawa kami anak-anaknya merantau dan bermusafir, mungkin saya menurun sikap ini dan memang suka mendedahkan pada anak-anak saya pendedahan baru,

IMG_3152

Di dalam Kubah Emas inilah terletak batu tergantung

IMG_3154

Antara corak mar-mar yang terdapat di dalam kubah emas.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Salahuddin St. Jerusalem

13 Syaban 1432/ 15 Julai 2011 jam 5 petang

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...