Wednesday, March 30, 2011

Diari 303 – “Tanggung Jawab Pekerja….” Kuliah Di LHDN

25 mac 2011 jam 1.00 tengah hari, hari ini saya menyampaikan kuliah di LHDN Damansara.

Tajuk yang diberikan adalah berkisar mengenai “Tanggungjawab Pekerja”.

Saya ingin kongsikan sikit di antara isi perbincangan.

1. Apabila membicarakan mengenai tanggungjawab, bermakna ada hak yang perlu kita tunaikan. Orang yang tidak mengetahui hak yang ada di sekelilingnya tidak akan tahu tanggungjawabnya.

2. Banyak motivasi yang boleh dirangsang bagi seseorang untuk melalukan tanggungjawab. Ada orang yang memotivasikan orang lain dengan pangkat, ada yang dengan wang, ada dengan pujian dan sebagainya.

3. Tapi hari ini, kita nak bincangkan dari sudut motivasi iman. Ini kerana, iman salah satu cara untuk memotivasikan seseorang untuk melakukan tanggungjawab.

4. Apabila kita membicakan mengenai motivasi iman pula, seseorang itu perlu mengenal Allah kerana tidak ada iman orang yang tidak mengenal Allah.

5. Untuk merasakan kehebatan dan keagongan Allah, kita disuruh untuk melihat kehebatan penciptaannya.

6. Setelah iman dapat memotivasikan kita, maka kita perlukan beberapa perkara lagi di dalam memantapkan usaha kita.

7. antaranya ialah sifat amanah, bersungguh, bersabar, sentiasa memuhasabah diri dan focus di dalam berbuat sesuatu.

Ini serba sedikit isi penting di dalam kuliah hari ini, semoga memberi manfaat untuk semua yang mendengar.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

25 Rabiul Akhir 1432/ 30 Mac 2011 jam 5.45 petang

IMG_7515

IMG_7512

IMG_7514

Tuesday, March 29, 2011

Diari 302 – Membaca al-Quran di kubur sendiri…

24 Mac 2011 jam 3.00 petang, saya dikunjungi oleh wartawan dari majalah i-Islam. Dia meminta saya mengulas mengenai salah satu amalan orang Melayu iaitu membaca al-Quran di kubur.

Saya ditemuramah kerana dia ada membaca mengenai perjalanan saya ke Turki dan seorang Ulama yang membaca al-Quran untuk dirinya sendiri.

Bagi sahabat-sahabat yang belum pernah membaca artikel ini bolehlah melawat :-

http://www.ustazamin.com/2009/06/universiti-kehidupan-88-kubur-syeikh.html

Semoga perbahasan ini nanti memberi manafaat untuk kita semua insyaAllah.

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Height

24 Rabuiyl Akhir 1432/ 29 Mac 2011 jam 6.30 petang

IMG_7508 

IMG_7503

Bersama wartawan i-Islam

Sisipan 19 – Ucapan Terima Kasih

Terima kasih pada semua ahli keluarga, para sahabat, staf dan anak murid dan siapa sahaja yang bersama-sama meraikan kesyukuran sempena ulang tahun saya.

Walaupun semuanya majlis yang dirancang diam-diam untuk satu kejutan, tapi Allhamdulillah, kita dapat terus berukhwah di dalam suasana yang harmoni. Semoga Allah terus kekalkan ukhwah sesama kita dan terutama pada rakan maya sekelian, amjn…

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Height

24 Rabuiyl Akhir 1432/ 29 Mac 2011 jam 6.00 petang

IMG_7471

Bersama ustaz Kamal yang membacakan doa untuk saya

IMG_7490

Bersama anak murid dari kursus Fiqh Pergigian UiTM

IMG_7544

Bersama Abang Rosli, Hajah Safiah dan Keluarga

Monday, March 28, 2011

Sisipan 18 – Program Hak Wanita Di IKIM

InsyaAllah, dengan izinNya, pagi ini, 28 Mac 2011 jam 10.00 pagi, saya akan bersama para pendengar di radio IKIM.fm membincangkan hak-hak  wanita.

Pagi ini, insyaAllah, kita akan bincangkan jenis-jenis komunikasi di dalam keluarga.

Semoga memberi manfaat untuk kita semua…

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Height

23 Rabuiyl Akhir 1432/ 28 Mac 2011 jam 7.30 pagi

Sunday, March 27, 2011

Universiti Kehidupan 192 – “Musafir”

Musafir merupakan sunnah para Anbiya terdahulu hingga ia juga digalakkan di dalam al-Quran.

Kita meningkatkan perkongsian kita di dalam kembara Universiti Kehidupan ini di dalam bentuk klip-klip.

Saksikanlah dan semoga ia memberi manfaat pada kita semua.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Axis Ampang

27 Mac 2011/ 22 Rabiul Akhir 1432 jam 2.00 petang

Jawapan Pada Persoalan 127

Alhamdulillah, baru berkesempatan melihat soalan yang diajukan.. bagi persoalan di FB, saya belum sempat untuk memberikan respons, semoga memberi manfaat

ze 1 1/2 tahun suami meninggal. mengapa saya tak pernah bermimpi arwah sedangkan sblm

meniggal dia kata sy tiada dosa dgnnya. syg dan tk sy istri yg baik 2011-01-15 2:05 PM

kerana puan dah tak ada tanggungan yang perlu dibuat untuk dia, semuanya telah selesai dan arwah sangat berpuas hati dengan puan.

embun perlukah duit utk menunaikan haji dberi kpd anak utk berkahwin kerana anak lelaki x ckp

wang 2011-01-15 12:35 PM

kalau umur kita dah lanjut dan mungkin tak sempat buat haji, tak perlu, tapi kalau muda lagi, maka boleh berbuat demikian.

azizah assalamualaikum. apakah hukum bagi orang yang bernikah ketika mengandung? adakah

sah pernikahan tersebut? 2011-01-15 10:55 AM

kalau sebelum itu dia tidak pernah bernikah, maka sah, tapi kalau dia isteri orang dan diceraikan ketika mengandung, maka tak sah

putih salam ustaz.suami x solat jd masih perlukah isteri minta izin suami br dpt ke majlis2 agama

2011-01-15 8:52 AM

Kalau majlis ilmu itu berbentuk fardhu ain, suami pula tak mampu nak didik isteri, majlis ilmu juga tidak mempunyai bahaya di jalan dan juga tidak timbul fitnah, maka maklumkan sahaja kerana hukum belajar fardhu ain wajib

ida asalamualaikum ustaz.sy ingin th,sy ada buah zuriat yg d beli dr mekah br2 ini.tp sy was2

hendk memakanny.bgaimn kh cr memakanny 2011-01-15 7:04 AM

baca bismillah, duduk dan kunyah betul-betul dan telan…

siti salam ustaz...apekah hukumnya jika isteri meminta cerai dari suaminya ats sebab tidak tahan

dengan kerenah suami yang kaki perempuan dan suka 2011-01-15 2:32 AM

kalau memudharatkan isteri, harus, kalau tidak makruh dan boleh jatuh haram

Muhd Azim boleh ustaz terangkan tentang cara melembutkan hati ayah saya2011-01-15 2:15 AM

Doa

ila suami tak solat macammana nak pujuk utk solat.berbagai usaha tapi tak berjaya;2011-01-16 12:08 AM

teruskan pujuk

norliza abdul rahman assalamualaikum ustaz..td ustaz ade berikan ayat al-Quran yg blh dbacektika bersedih..boleh ustaz postkn surah2 td...time kasih.. 2011-01-16 2:26 AM

surah yasin atau kahfi

Ady Apakah tindakan si suami itu selepas si isteri meminta cerai apabila setiap kali berlakunya

perselisihan faham rumahtangga??? 2011-01-16 12:42 AM

sabar

Ady Salam Ustaz...apakah hukumnya seorang suami itu tidak menunaikan solat???2011-01-16 12:35 AM

Dosa

Saharuddin boleh tak kita hanya ambil 3 bahagian akikah drp seekor lembu dan 4 bhgian yanglain tu dijual 2011-01-16 12:33 AM

akikah tak boleh

Guest salam, suami saya berubah setelah saya menfailkan cerai kerana sudah terlalu terluka dantertutup hati padanya.Apakah yg harus saya lakukan?? 2011-01-16 12:27 AM

pergi kaunseling

mynewtel ada 1 kes pasal suami isteri...ceritanya begini..pd satu hari si suami melafazkan talak 3kepada si isteri sekiranya kamu keluar dari rumah ini mynewtel dan si isteri akur...kemudian si isteri pun memasak didapur n suami keluar rmh ketika memasak ada brg x ckup dan isteri keluar pergi membeli bhn itu setelah itu baru isteri teringatkata2 suami so bagaimana penyelesaiannya tu ustaz..tidak abis disini aje ustaz..ketika itu si isteridtg haid apa hukumnya? sekiranya x sah talak itu baguslah..sekiranya sah pula dan mereka tidakmelaporkan kpd jbtn agama bagaimana dan hanya sorang dua aje yg tahu kemudian yg tahupula tidak melaporkan kpd jbtn agama..adakah yg si tahu ini berdosa? kerana si tahu ini xmaumerosakkan masjid org lain...talak 3 tue.. 2011-01-16 5:37 PM

tengok niat suami, keluar tu, keluar ke mana, walaubagaimana pun, rujuk pejabat agama, itu terbaik

guest kenapa seorang isteri tidak boleh menyentuh suaminya jika suaminya berada di dalam keadaan berwuduk? 2011-01-16 3:58 PM

boleh, tapi batal

Guest salam ustaz sy nk tny ape hukum jika seorang perempuan mencukur bulu kaki dan ape yg perlu sy lakukan? 2011-01-16 2:34 PM

boleh jatuh haram kecuali untuk suami kerana alasan suami tidak selesa

rosidah salam ustaz.jika kita berniat dan memberitau orglain ttg niat kita.adakah ia dikira nazar.kalau x tunaikan niat perlu ke baya kafarah 2011-01-16 1:44 PM

tak kecuali jika dilafazkan itu nazar

Guest suami saya tidak memberi nafkah batin selama hampir 2 bulan.perlukah saya merujuk kepada pejabat agama? 2011-01-16 8:47 AM

boleh

Saa apakah hukumnya suami menyumpah isteri sebagai binatang?hati saya benar2 hancur.bolehkah saya menuntut cerai daripadanya.mohon jawab ustaz. 2011-01-16 8:41 AM

suami berdosa, bagi kak, sabar…

rogayah apakah surah yg ustz bgtau pg td, tok ubat kesedihan, surah yasin dn surah apa yg satu lg, tk 2011-01-16 6:36 AM

kahfi

ID ustaz, sy ade masalah setiap kali ingin bersolat(wktu lafaz niat), sy sukar utk tumpukan pethatian n berasa was2 dgn lafaz yg diucapkan. sblm solat syade saje mmbaca istighfar, yat kursi n 2 qul.utk melawan bisikan2 itu, tp x berjaya.bagaiamanaustaz utk sy mngatasai maslah sy itu? oopss..silap. 3 qul. 2011-01-17 4:09 PM

teruskan amalan, itu ujian

ida salam ustaz,saya ni selalu jadi bhn fitnah & tuduhan keluarga sblh suami.suami pulak sll slhkan sy.apakah hukumnya bg suami sy & bagaimn sy nak atasi 2011-01-17 2:46 PM

doa

Crystalsingapore Apa hukum nya saorg suami yg mengatakan aku telah cerikan engkau saja engkau tak tahu 2011-01-17 9:51 AM

jatuh talak

Guest Salam ustz..mohon ustz. terangkan maksud aqiqah dan syarat-syaratnya. Bgm dgn anak yg telah dewasa adakah perlu di aqiqahkan dahulu ataupun trus korb 2011-01-17 7:57 AM

hukum sunat ketika umur anak 7 hari, tujuan menyatakan kesyukuran, kalau dah besar nak buat pun taka pa, mungkin waktu anak kecil tak mampu, kalau pakai harta anak, afdhalnya ialah buat korban

hamba ALLAH salam..sy ingin brtya mcmmna untk mnasihati seorng prmpuan yg ingn brkhwindgn suami orang ttpi tdk mndpt prsetujuan dri isteri prtama? 2011-01-17 4:54 AM

kalau syarat semua cukup, boleh dia kahwin sebab persetujuan isteri bukan syarat, asalkan lelaki itu betul-betul mampu dan bertanggungjawab, bakal suami jangan abaikan isteri pertama dan bakal isteri kedua kena hormat isteri pertama. Yang penting adalah keharmonian dan bukannya terhalang langsung perkahwinan itu

suri salam..ustaz, bgmn utk membawa hati suami 'pulang' kepada isteri yg jauh berkelana brsamawanita lain? 2011-01-18 1:28 PM

doa, doa dan terus doa

alif_jamal Salam ustaz, boleh terangkan x pasal couple, hukumnya, cre utk mengatasinya danalternatif lain selain couple. . 2011-01-18 10:40 AM

ia boleh membawa pada perkara tak baik, boleh jatuh sehingga haram, alternatifnya ialah kahwin

iman Sy mengamalkan Ratibul Haddad dan Khoujakan.Apa pndpt ustaz.Tk.2011-01-18 6:43 AM

Zikir semua bagus asalkan nama Allah, jangan ratib nama tok guru.. itu tak boleh

yaya salam ustaz setahu sy tgjwb suami lbh utama kpd kuarganyer terutama pada ibunya adakahtermasuk adik beradik sekali? 2011-01-18 3:29 AM

ya, jika mereka tak mampu terutama jika adik beradik perempuan

Ros Salam, mohon prtolongan. Suami sy ma'rifatny tak jlas, syariatny riak, hakekat rasa hati ntarikatny nafsu. Kini sy dlm kgelapn. Bantu lah sy. 2011-01-18 1:18 AM

bermunajat pada Allah dan cari guru yang boleh bimbing,

arisya slm..ustaz ape pndangan atau hukumnya kalau sy tolak rezki bkeja di kl sb takut sy lalaidgn tuhan..ss ay lebih suka tgk kt kg.tpi sush pula dpt keje 2011-01-21 4:34 AM

kita kena biasakan ingat Allah dalam semua hal, tapi kalau terbukti makin rosak di KL, maka biarlah di kampung, tapi jangan sampai tak kerja keraja bekerja untuk nafkah itu wajib

Ahmad Slm ust..dimanakah letaknya titian siratulmustaqim? 2011-01-20 6:27 PM

Wallahualam

Iman Assalamualaikum ustaz. Saya ingin menanya ustaz jika say a boleh mengqadha solat zuhurkerana saya selalu habis sekolah lambat. 2011-01-20 7:51 AM

kalau tertinggal kena qada tapi usahakan semampunya untuk buat solat tu, kalau mungkin dalam bas, belajar solat ketika dalam kenderaaan

Halim Saya perhati kebanyakkan ustaz menyimpan janggut. apa signifikannya janggut itu?2011-01-19 3:15 AM

Sunnah

Guest salam ust, di majlis perkahwinan saya mengambil pencuci mulut yang ditinggalkan olehtetamu di sebelah saya. Berdosakah saya memakannya. 2011-01-19 1:58 AM

tidak

raihan salam ustaz, sy nak tanya..kalau lupa nak samak selepas terpegang kasut yg dibuat drpdkulit babi, adakah solat kita sepanjang kita tak samak itu sah? 2011-01-18 4:34 PM

kalau kita pegang dan tangan kita basah kena samak, kalau kering tak apa. Dalam bab yang dah lalu, jika lupa dimaafkan Allah

rozy slm ustz, saya nak jadi isteri sileha tapi hati ni tak dpt maafkan yg dulu curang terhadapsaya 2011-01-18 3:27 PM

belajarlah memaafkan suami dan puan akan perolehi ketenangan

Milo Slm ust. Seseorg mansia yg berpeljrn tingi higa ke Mesir (bidang agma) tp brpangai busukht/suka menyindir & gedik.Jd mcmana nak sedarkn dia? 2011-01-23 1:56 AM

tegurlah, dia hebat dari sudut kelulusan tapi tak semestinya berkelulusan itu beriman

puterihana Assalamualaikum. Kenapa ustaz x nak individu yg bukan anak murid ustaz menciumtangan ustaz? Ada hukum yg meletakkan syarat sapa boleh mencium tangan.2011-01-21 3:47 PM

Saya tak mahu biasakan pada diri saya, takut merosakkan saya

Guest slm ustaz..gadis yg tlah dinodai tunangnye..mn lbih baek dinikahkn atau dtgglkan lelakiitu?? 2011-01-21 1:22 PM

kalau lelaki itu bertaubat, bagus untuk dia

Guest salam ustaz, saya nak bertanya tentang anak luar nikah. jika dia seorang perempuan,apakah hukum auratnya dengan saudara lelaki sebelah ibu? 2011-01-21 7:31 AM

kalau anak itu disusukan oleh ibunya, maka dah macam pakcik sendiri

Fareez assalam ustaz,apakah hukumnya sekiranya kita melihat personaliti melalui tarikh lahirdan horoskop? 2011-01-21 7:02 AM

jangan percaya dan jika percaya boleh jatuh syirik

lizawaniey salam ustaz,apakah hukumnya jika masak dan mghidangkan mkanan buat kuargatanpa mandi junud dlm berhadas besar 2011-01-25 5:27 AM

boleh, dari segi adab kurang sikit

azliza salam, apakah hukum berenang di kolam renang bercampur lelali perempuan walauberpakaian baju renang muslimah? 2011-01-24 1:49 PM

jika tak ada pilihan diharuskan jika puan memang hanya boleh bersenam dengan berenang semata-mata, itupun jaga semaksima mungkin fitnah yang boleh timbul

zie apakah hukum, jika isteri meminta cerai,jika selama tinggal bersama si isteri selalu menagiskerana layanan suami yang suka marah2. 2011-01-24 5:36 AM

istikharah dulu, pergi kauseling

zeey salam..ustaz bagaimana hak isteri jika suami tidak melayan dengan baik (maksudnya,berckp nada yang marah2, 2011-01-24 5:32 AM

suami berdosa

mamahana Salam ustaz saya ingin bertanya soalan apakah berdosa sekiranya seorang isterisyakwasangka suami ada hubungan dengan wanita lain ? 2011-01-24 12:35 AM

ubatlah hati tu…

Noor Salam.Btlkah kita blh menggantikn solat snt dhuha 6 rkt klu kita x melakukan solat snttahajjud? 2011-01-23 1:36 PM

boleh

iman Salam. Sy bangun utk qiamulail lbh krg pkl 5-5.15pg mmndangkan waktu solat subuhlewat.Adakah waktu itu sesuai utk qiam? 2011-01-23 1:34 PM

selagi belum masuk subuh boleh

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Axis Ampang

27 Mac 2011/ 22 Rabiul Akhir 1432 jam 2.00 petang

Sunday, March 20, 2011

Diari 301 – “Sahabat-Sahabat Kota Mekah…”

Ketika sampai di Kota Mekah, saya menemui sahabat-sahabat yang saya kenali di sini, termasuk Haji Arshad (http://hajiarshad.blogspot.com) dan Haji Azli (http://manzlie-makkah.blogspot.com ).

Apa yang menarik, setiap kali bertemu di sini, maka akan di adakan majlis dan kali ini di bilik Haji Azli.

17 Mac 2011, jam 8.30 malam, menyaksikan ramai ustaz berkumpul di bilik Haji Azli, ustaz Jazlan, Ustaz Ahmad Dusuki, ustaz Amir, dan seorang ustaz dari pelajar bukit Jiyad Mekah.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil.

Jamuan malam ini ialah Nasi Mandey kambing dan dua kepala kambing berada di dalam hidangan kami.

Hidangan malam ini cukup istimewa kerana kami dapat melihat sekitar Masjid al-Haram dari tingkat sepuluh Sofwah Tower dengan suasana dingin kerana hujan di kota Mekah.

Pada 19 Mac 2011 pula, jam 2.00 petang, saya dijemput ke rumah Habib Ahmad Saga untuk makan tengah hari, sama juga, nasi Mandey kambing dihidangkan.

Cuma orang Arab selepas jamuan akan di wangikan dengan kemiyan Arab yang dibakarkan untuk kami.

Semoga persahabatan di kota Mekah ini berterusan dan semoga Allah terus berikan kebaikan pada saya dan kita semua, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah

15 Rabiul Akhir 1432/ 20 Mac 2011 jam 2.00 pagi

IMG_7397

Zam-zam tower

IMG_7408

Jamuan Nasi Mandey

IMG_7409

Kepala kambing yang menjadi hidangan malam ini

IMG_7413

Lima orang Ustaz dijemput malam ini

IMG_7422

Kenangan di masjid al-haram

IMG_7428

19 mac 2011, kami dijemput ke rumah Habib Ahmad Saga

IMG_7436

Selepas jamuan, orang Arab akan mewangikan sekeliling dengan kemiyan Arab (Bakhur)

Diari 300 – “Hadiah Hari Lahir………”

20 Mac 2011 jam 8.00 malam, saya mengajak jemaah Umrah yang saya pimpin menghadiri majlis zikir dan selawat di Kota Mekah.

Duduk di dalam majlis mulia seperti ini menjadikan hati ini tenang membaca nama-nama Allah, selawat dan ayat-ayat al-Quran.

Sesungguhnya, Mekah penuh dengan ulama’ cuma kandang kala, kita datang ke sini hanya mengenali masjid al-haram sahaja, itu pun sebenarnya tidak betul-betul kenal.

Ketika saya mengajak jemaah saya melawat masjid al-haram, ramai yang belum mengetahui tempat-tempat sejarah di dalam masjid seperti tempat Nabi duduk, tempat peristiwa israk dan mikraj, tempat Nabi mengIslamkan  jin dan sebagainya.

Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta, itu yang kadang kala datang ke sini tapi rasa malas nak ke masjid.

Kami serombongan menaiki bas ke Rusaifah, tempat majlis akan dibuat, beberapa ulama’, para Habaib dan Muhibbin al-Rasul ada di dalam majlis ini.

Di akhir majlis, beruntung para rombongan yang datang kerana telah diijazahkan dengan beberapa zikir dari Syeikh Alwi al-Haddad.

Ketika di hujung majlis, hidangan nasi kambing dihidangkan pada lebih 200 tetamu yang bersama di dalam majlis malam ini.

Ketika hidangan sedang di edarkan, saya dipanggil oleh seseorang untuk masuk ke ruang tamu Syeikh Muhammad Jaafar Jalamullail.

“Saya ingin ijazahkan satu zikir pada kamu” kata Syeikh Muhammad pada saya.

Dia merenung wajah saya, jantung saya berdegup, entah apa yang Syeikh sedang perhatikan…

Kemudian dia berkata, “hendaklah kamu sentiasa mendamaikan orang lain, selalu maafkan orang lain, dan jika orang berbuat jahat kepada kamu, jangan sekali-kali kamu berdoa keburukan pada orang lain” katanya pada saya.

Hati saya tersentak, tiba-tiba saya jadi hiba….

Memang, kadang kala di dalam apa yang sedang saya buat, ada orang yang cuba menyusahkan kita, sama ada usaha rumah anak yatim, rumah HIV atau apa pun yang saya buat.

Kadang-kala tekanan memang terasa hingga tidak ada siapa yang boleh saya mengadu. Kalau dahulu, ketika ayahanda saya ada, saya selalu kongsikan dengan beliau.

“InsyaAllah, zikir ini dapat menjadikan kamu orang yang sentiasa mempunyai kekuatan berbuat kebaikan” kata Syeikh Muhammad lagi.

Syekh Muhammad menghulurkan tangannya, cepat-cepat saya capai…

“saya ijazahkan pada kamu” kata Syeikh Muhammad.

“Saya terima” jawab saya sambil mencium tangannya tanda hormat kemudian saya memeluknya erat.

Terasa ketika saya memeluk ayahada saya dahulu.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah…” bisik hati saya.

Barangkali, inilah hadiah hari ulang tahun saya tahun ini……

 

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah

15 Rabiul Akhir 1432/ 20 Mac 2011 jam 1.30 pagi

IMG_7440

Majlis zikir dan selawat di Kota Mekah

IMG_7445

Lebih 200 orang bersama di dalam majlis ini

IMG_7447

antara tetamu yang hadir

IMG_7446

selepas majlis, hidangan nasi kambing di edarkan

IMG_7449

Tiga dari kiri, Syeikh Muhammad Jaafar bersama muridnya

IMG_7450

Jamuan nasi Kambing

IMG_7453

Para jemaah saya saya bawa bersama Syeikh Alwi al-Haddad.

Universiti Kehidupan 191 – “Berbicara Dengan Jin Di Kota Mekah….”

Jumaat 18 Mac 2011 jam 9.00 malam, saya telah berada di Mekah. Baru sahaja memulakan makan malam, telifon saya berbunyi…

“Mmm, Haji Azman dari Tiram Travel” bisik hati saya. Baru petang Jumaat tadi seorang Jemaah Tiram Travel meninggal di dalam masjid al-Haram menghadap Kaabah sejurus selepas menunaikan solat Asar. Saya ada di sisi arwah ketika arwah di sahkan meninggal. Untungnya arwah…

Saya mengangkat telifon…

“Ustaz, nak minta tolong boleh, seorang jemaah saya kena rasuk” kata Haji Azman.

“InsyaAllah Haji, habis makan kita jumpa di Bab Fatah ye” kata saya yang tidak tahu di mana hotel yang disebutkan oleh Haji Azman.

Saya diiring oleh Haji Azman, ayah pemuda ini dan seorang anak murid saya, Adam yang mengikut ibunya ke Mekah.

Saya melangkah masuk ke bilik pemuda ini, dia menjeling saya dan terus berpura-pura tidur. Saya terus mendirikan solat dua rakaat bermunajat pada Allah. Selesai solat saya membetulkan duduk betul-betul menghadap katil pemuda ini.

“Sini, turun sini, ustaz nak ajak bual ni” kata saya.

Tiba-tiba dia bingkas bangun dan duduk betul-betul di hadapan saya.

“Uii… taat, ikut cakap ustaz ni..” kata ayah pemuda ini.

“Sapa nama ni” tanya saya.

“Asyuk” katanya.

Di dalam bilik ini ada datuk pemuda ini, beliau kemudian mencuit saya dan mengatakan, “kalau ikut bahasa orang asli, “Asyuk” bermaksud anjing”

Saya berbual panjang dengan Asyuk mengenai latar belakangnya. Dan di akhir perbicaraan saya mengajak Asyuk untuk masuk Islam.

“Tak mahu, nanti tuan saya marah” kata Asyuk.

“Tak apa, kita Islam bersaudara” kata saya lagi.

Asyuk tidak mahu masuk Islam tetapi banyak tahu pasal Islam, dia boleh membaca ayat-ayat al-Quran tetapi jika sampai pada kalimah Allah atau sifat Allah seperti al-Rahman, Asyuk tidak boleh membaca.

Air zam-zam dan kurma ajwa yang diminum oleh pemuda ini di Madinah juga menyebabkan dia sakit perut katanya.

“Hari tu, masuk masjid Nabi tak?” tanya saya.

“Tak masuk” kata Asyuk.

“Kenapa? banyak orang jaga ke?” tanya saya,

“Mmm”, kata Asyuk sambil menganggukkan kepalanya, tapi dia begitu teruja menceritakan pada saya mengenai masjid Nabi, makam Nabi dan laluan dari Bab Salam ke Bab Baqi’.

“Mana kamu tahu semua ni, kata tak masuk” tanya saya.

“Baca buku” cepat-cepat dia mengeluarkan buku dari sebuah beg mengenai keadaan masjid Nabi.

“Habis, kalau si fulan (nisbah nama pemuda ini) pergi masjid, kamu ikut tak? tanya saya lagi.

“Tak,.. pergi duduk dekat pasar dan kedai” katanya pula.

“Ada jumpa kawan-kawan kamu? Tanya saya lagi.

“Ada, tapi tak faham, dia cakap Arab” katanya pula.

Di akhir perbualan, saya menyuruhnya tidur dan insyaAllah, pagi esok pemuda ini akan menguasai kembali.

Perbualan kami berlangsung hampir setangah jam.

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan di sini.

1. Perkara ghaib benar-benar ada, ia termasuk kewujudan jin walaupun ada sesetengah kita menolaknya, tetapi ia benar-benar ada kerana ada disebut di dalam al-Quran.

2. Jin tetap kena tunduk pada manusia kerana manusia adalah khaliafah muka bumi.

3. Di dalam hidup kita, memang kita perlu mengamalkan ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung yang Allah berikan. Jangan dah kena baru nak berubat, kalau berubat, insyaAllah baik, cuma agak lambat sikit.

4. Ada doa-doa yang Nabi ajarkan pada kita untuk menjadikan para jin dan syaitan menjauhi kita. Kalau seseorang itu di dalam badannya ada jin atau syaitan, jika dia bersama dengan isterinya, sudah tentu jin atau syaitan itu menyertainya, sebab itulah ada doa minta perlindungan dari syaitan dalam semua perkara termasuk ketika bersama dengan isteri.

5. Apa pun, dia tetap makhluk Allah yang lemah dan kita akan lebih kuat jika kita menguatkan tauhid kita kepada Allah.

Pengalaman berbicara dengan jin di kota Mekah bukan saya lalui seorang diri. Ia disaksikan oleh empat orang lain termasuk anak murid saya Adam yang baru di tahap tingkatan empat, beruntung dia kerana terdedah dengan dunia lain dalam usia yang muda ini.

Apa pun, kita tetap khalifah di muka bumi dan dengan iman, kita akan tetap mulia dan dipelihara oleh Allah, jadi, hendaklah kita sentiasa beramal dan berdoa untuk melindungi diri kita dari perkara yang tidak kita ingini ini.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah

15 Rabiul Akhir 1432/ 20 Mac 2011 jam 12.50 tengah malam

Thursday, March 17, 2011

Bicara Ilmu 26 – “Dari Mana Asalnya Kisah Batu Tergantung Di Baitul Maqdis?”

Mahu tahu perasaan ketika menatap dengan mata kepala sendiri terhadap kubah batu (Dome Of Rock) dan al-Aqsa.

Kalau budak-budak barang kali perasaannya macam makan ice cream…..

Tapi sebenarnya, ia satu perasaan yang tidak dapat digambarkan melainkan ketika kita menatap sendiri dengan mata kita.

Walaupun saya pernah menatap keindahan kota al-Hambra di Spanyol, keindahan Piramid di Mesir, keindahan eiffal Tower di Paris dan lain-lain tempat indah, ia tidak pernah sama dengan berada di kawasan al-Aqsa.

Barangkali kerana keberkatan yang ada di sini, ribuan Nabi pernah ke sini, tidak kurang 16 ribu sahabat pernah ke sini, puluhan ribu syuhada pernah gugur di sini di dalam peperangan salib, dan banyak lagi kisah yang berkaitan rapat dengan tempat ini.

Tapi, satu tanggungjawab yang saya rasakan perlu untuk diselesaikan ialah, misteri batu tergantung yang dipercayai oleh masyarakat kita di Malaysia. Saya pernah membahaskannya dua tahun dulu ketika kunjungan pertama saya ke sini, tapi rujukan ketika itu terhad.

Ketika kami balik tahun 2009 lalu, Dato’ Yahya A.Jalil yang bersama rombongan kami menghabiskan 7000 USD hanya untuk membeli buku rujukan yang boleh digunakan. Tidak termasuk yang lain. Kami merasakan terlalu baik kalau segala kisah di sini dapat dikongsikan bersama. Rujukan yang ada barangkali boleh membantu sesiapa yang ingin membuat kajian mengenai tanah yang penuh barakah ini.

Sejak pertama kali saya memandang kubah yang disalut dengan warna emas ini pada tahun 2009, saya selalu tertanya, dari mana asalnya perkataan yang mengatakan ia adalah satu batu yang tergantung.

Di tengah kesibukan menyelia tugasan mengenai rumah anak yatim dan rumah HIV, perlahan-lahan saya membuat rujukan dari buku yang dibawa pulang.

Akhirnya saya temui sumber asal perbahasan ini…..

Al-Imam Abu Bakar Ibnul 'Arabi1, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwaththa’ karya Imam Malik menyebutkan bahawa:

“Sesungguhnya batu besar di Baitul Maqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT. Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.

"Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi s.a.w. berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda s.a.w maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.

"Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain."

Inilah antara kisah yang diceritakan oleh seorang ulama besar ini. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad SAW hendak bermi’raj ke langit itu, tergantung-gantung.

InsyaAllah, kisah mengenai tempat ini akan saya bahaskan dengan detail di dalam buku yang sedang saya siapkan.

Menurut Prof. Dr. Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar:

“Qubbat al-Sakhra' itu bukanlah terapung di atas udara sebagaimana dinyatakan sebahagian orang, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya seperti tergantung.”

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran yang boleh dikatakan ialah, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya.

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia bersambung dengan sebahagian yang tertanam dibumi. Di segenap arahnya berpijak ke atas bumi.

Di dalam ribuan ulama’ kita, hanya beberap orang sahaja yang menulis mengenai batu ini dan mengatakan ia tergantung.

Pendirian saya, tak kan ulama besar ini membuat satu pembohongan. Mungkin batu ini benar-benar tergantung, tetapi tidak semua orang direzkikan untuk melihatnya.

Kerana kita melihat dengan mata kasar, dan di sana terdapat banyak lagi perkara aneh dan pelik yang tidak diperlihatkan pada kita.

Apa pun, kewujudan tempat berkat ini sepatutnya menjadikan kita semakin menghampirkan diri pada Allah. Bukan batu itu yang penting, tetapi perasaan iman yang akhirnya menyebabkan kita merebahkan dahi untuk memperbanyakkan solat di dalam al-Aqsa. Sesungguhnya, solat di dalam al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat ditempat lain.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah

11 Rabiul Akhir 1432/ 16 Mac 2011 jam 11.30 malam


1 Dari kitab al-Isra’ wa al-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj.'

IMG_6892

Tempat berkat biasanya menjadikan kita tenang berada di sekitarnya, seperti Mekah dan Madinah

IMG_6886

Di sini, saya suka duduk dan memandang al-Aqsa dan Kubah Emas ini..

IMG_6962

Di dalam Dome Of Rock

IMG_6967

Satu lagi kisah masyarakat setempat, batu mar-mar yang terdapat di dalam Dome Of Rock seakan muka orang, biasan dari wajah Salahuddin al-Ayubi, pembebas al-Aqsa…

IMG_6970

Suasana dalam yang sangat indah

IMG_6972

halaqah ilmu para muslimah

IMG_6971

Burung merpati jug tenang di dalam kawasan ini

IMG_7133

Tempat yang penuh Barakah

IMG_7134

Semoga ia akan kembali ke pangkuan umat Islam seluruhnya tidak lama lagi…. amin…

Jom Kongsi Pengalaman 68 – “Kemahiran-Kemahiran Orang Palestin..”

Wilayah-wilayah Palestin mempunyai kemahiran tangan berbeza. Barangkali, inilah yang disebut sebagai “Local Genius” (kecerdikan tempatan).

Kita telah mengembara di Madaba yang sekarang berada di bawah kerajaan Jordan. Di Maadaba, mereka terkenal sejak ribuan tahun dahulu dengan seni mozak.

Bagi penduduk di Bethlahem, mereka terkenal dengan ukiran kayu. Berbagai ukiran dibuat sama ada yang berbentuk Islam atau Kristian.

Bagi orang Hebron pula, mereka terkenal dengan pembuatan ceramic. Berbagai bentuk pasu, gelas, pinggan dan sebagainya dibuat di sini.

10 Mac 2011, saya diajak untuk melawat kemahiran setempat di Hebron. Dengan cuaca yang sejuk, kami melangkah dengan lega kerana tempat pembakaran ceramic ini dipenuhi dengan api.

Kemahiran ini telah diwarisi sejak berzaman dan jika menyebut tentang hasil ceramic di Palestin, maka seluruh negera ini tidak tertanding dengan hasil kerja orang Hebron.

“Pengalaman Asas Hikmah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah

11 Rabiul Akhir 1432/ 16 Mac 2011 jam 10.30 malam

IMG_7035

Memasuki Hebron hari ini seperti masuk ke tempat misteri, penuh dengan kabus dengan keadaan kanan dan kiri jalan yang dipenuhi lembah

IMG_7019

Masuk di sini terasa selesa kerana dapat memanaskan badan

IMG_7017

Kaca yang dibakar dibentuk

IMG_7022

Yang telah jadi dibakar lagi dan lagi

IMG_7024

Kemudian ditiup

IMG_7029

Sebahagian tukang lukis akan melukis di atas pinggan yang telah siap

IMG_7033

Pelukis-pelukis ini menggunakan warna yang berbagai

IMG_7034

Pembuat pinggan dan piring

Universiti Kehidupan 189 – “Iktibar Dari Bethlahem….”

10 Mac 2011, pagi ini, setelah kami menziarahi masjid al-Khalil, perkampungan Nabi Ibrahim a.s. Tengah hari kami makan di Bethlahem, tempat kelahiran Nabi Isa a.s pula. Saya ingin kongsikan bagaimana Baitul Maqdis boleh diserahkan pada orang Islam buat pertama kalinya.

Rujukan kisah ini ialah dari kitab “Falastin, al-Tarikh al-Musawwar oleh Dr. Tariq Suwaidan”, saya juga sempat kongsikan dengan beberapa rujukan yang saya beli.

Kota Jerusalem dan Bethlahem telah di serahkan kepada Islam dengan cara rundingan. Pada 16 Hijrah/637 Masihi, Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah, general umat Islam di dalam operasi Syam, telah mengepung kota ini.

Selepas 4 bulan dikepung, ketua Greek Ortodok, Patriarch Sophronius yang merupakan pemimpin kota ini bertemu dengan Abu Hurairah dan bertanya: “Mengapa engkau mahu menakluki tanah suci ini? Barangsiapa inginkannya pasti berdepan dengan kemarahan Allah dan maut.” Abu `Ubaidah menjawab: “Ini adalah tanah yang diberkati. Nabi kami naik ke langit daripada negeri ini. Negeri ini adalah asal usul tempat para nabi dan makam mereka berada di sini. Kami akan berjihad untuknya sehinggalah Allah memberikannya kepada kami sebagaimana Dia telah memberikan negeri-negeri lain kepada kami.” Ketua Paderi bertanya: “Apa yang kamu mahu dari kami?”

“Salah satu dari tiga perkara,” jawab Abu `Ubaidah, “sama ada kamu masuk Islam, bekerjasama dan membayar cukai, atau perang.” Ketua Paderi memilih bekerjasama tetapi dia menetapkan satu syarat, bahawa tiada seorang pun dibenarkan memasuki Baitul Maqdis sebelum masuknya Amirul Mukminin Umar Ibn al-Khattab.

Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah, menyampaikan utusan kepada Saidina Umar dan Saidina Umar bersetuju untuk datang.

Saidina Umar tidak datang dengan kemegahan tetapi hanya menaiki seekor unta yang dikongsi dengan khadamnya. Ketika memasuki Jerusalem, giliran Saidina Umar untuk memimpin unta dan paderi Patriarch Sophronius hampir tertukar antara Saidina Umar dan khadamnya. [1]

Beliau mendekati tentera dengan memakai pakaian yang sangat sederhana. Dari tembok-tembok kota Baitul Maqdis, penganut Kristian sangat takjub melihat orang yang amat sederhana itu adalah pemimpin tentera yang lengkap bersenjata.

Ketika melalui tebing-tebing Jerusalem, yang penuh dengan tanah, pembantunya cuba menaikkan Umar ke atas unta untuk menghalang tanah lumpur daripada terkena pada pakaiannya, namun Umar menyuruh dia yang naik unta itu.

Pembantu tersebut patuh lalu mengambil rantai haiwan itu, membawanya masuk ke tebing. Beliau membuka kasutnya, memegangnya dan berjalan kaki sambil diperhatikan oleh mata-mata masyarakat yang sangat kehairanan dan takjub. Abu `Ubaidah tidak dapat menahan diri melihat kerendahan hati lalu bersegera mendapatkan Umar sambil berkata: “Hai Amirul Mukminin! Hari ini tuan telah mengerjakan suatu perbuatan aneh di depan orang ramai, barangkali tuan...?”

Umar menampar pipi Abu `Ubaidah lalu berkata: “Hai Abu `Ubaidah, aku ingin orang lain yang mengatakan itu, bukan kamu. Kita adalah orang-orang yang hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kita lemah, kemudian Dia menguatkan kita.”

Ketua Paderi melihat peristiwa itu, dia merasa sangat takjub dan mula tertarik kepada Islam. Kemudian dia berkata kepada kaumnya bahawa tiada seorang pun di dunia ini yang dapat berdiri di hadapan orang-orang itu. Dia menasihati mereka agar menyerah diri supaya selamat dan dia menandatangani suatu perjanjian dengan kaum Muslimin.

Umar pula, beliau menjamin keselamatan bagi mereka di Baitul Maqdis dan melindungi agama, gereja dan tempat-tempat suci mereka, melarang kaum Muslimin daripada menghancurkan.

Umar terus berjalan mencari Baitul Maqdis. Bila tidak menemuinya, beliau bertanya kepada ketua paderi yang kemudian menunjukkan jalan pada beliau. Bila beliau sampai, beliau dapati ia telah dijadikan tempat pembuangan sampah. Umar menggulung lengan bajunya lalu menyapu dan membersihkan kawasan itu.

Kaum Muslimin, para jeneral tentera dan askar-askar segera menyertai beliau dan bersama-sama membersihkan tempat tersebut, bahkan sahabatnya yang paling dekat pun turut mengambil bahagian.

Kemudian Umar membuka jubahnya, solat di atasnya. Itu merupakan solat pertama kaum Muslimin di dalam masjid Baitul Maqdis sesudah Nabi Muhammad. Beliau melakukan dua sujud. Semasa rakaat yang pertama, beliau membaca surah Sad yang menceritakan tentang Nabi Daud. Dalam rakaat kedua, beliau membaca surah al-Isra’.

Umar cepat-cepat memerintahkan agar masjid itu dipelihara semula. Kaum Muslimin bekerja keras membina masjid itu semula dari kayu untuk memuatkan kira-kira 3,000 jemaah solat. Kemudian mereka mula mengerjakan solat di tempat suci tersebut.

Kemudian, Saidina Umar diajak untuk melawat gereja salib (Church of Holy Sepulchre) di dalam kota Jerusalem ini, (bagi fahaman kristian Nabi Isa di salib, di dalam Islam Nabi Isa di angkat ke langit ) masuk waktu Asar, Saidina Umar dipersilakan untuk bersolat di dalam gereja ini, dan Saidina Umar menolak, dia enggan kerana khuatir orang Islam nanti akan mengambil gereja ini menjadi masjid.[2] Beliau keluar dan melangkah sejauh 40 langkah, di sanalah beliau mendirikan solat.[3] Tempat di mana Saidina Umar Solat didirikan sebuah masjid bernama masjid Umar.

Selepas itu, Saidina Umar di bawa ke Bethlahem di Church of Nativity. Bagi orang Kristian, ditempat inilah Nabi Isa di lahirkan. Di dalam al-Quran, tidak disebutkan tempat lahir Nabi Isa secara tepat, hanya disebutkan satu tempat yang jauh.

Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh (surah Maryam ayat 22)

Di dalam tafsir al-Qurtubi menyatakan bahawa, tempat yang jauh itu ialah satu wadi di Bethlahem yang jauhnya empat batu dari Jerusalem.

Ketika Saidina Umar sampai di gereja ini, beliau sekali lagi di jemput oleh Paderi Patriarch Sophronius untuk mendirikan solat di dalam gereja ini, Saidina Umar dijemput untuk bersembahyang di bahagian selatan gereja, Patriarch Sophronius menurunkan gambar-gambar salib di tempat itu sebagai menghormati Saidina Umar r.a.[4] Saidina Umar keluar sedikit ke arah Selatan dan bersolat di sana.

Sekarang tempat Saidina Umar sembahyang telah ditutup dan orang Islam tidak boleh masuk lagi ke dalamnya, sebagai alternatifnya, dibina sebuah lagi Masjid dalam 300 meter dari gereja ini.

Setelah itu, satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Umariyyah dibuat yang menjamin keselamatan orang Kristian di Jerusalem. Perjanjian itu terus pengang hingga ke hari ini sehinggakan ketika perang Salib kurun ke 11 Masihi, orang Kristian Jerusalem berada di sisi Salahuddin al-Ayubi menentang tentera Salib dari Eropah kerana setia di atas perjanjian Umar.

Begitulah sifat tawaduk yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. Sesungguhnya kita mulia mereka Allah inginkan kita mulia dan kita disanjung oleh orang lain kerana Allah menuntup keaiban kita, jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.

Baikilah diri dengan iman dan taqwa, semoga kemuliaan sentiasa bersama kita, amin…..

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Shubra al-Khalil

Mekah Mukarramah

16 Mac 2011 jam 5.30 petang


[1] Ali Qleibo. Jerusalem In The Heart. A Kloreus Pullication, Jerusalem, 2000. hal 38

[2] Daniel Jacobs. The Rough Guide To Jerusalem. Rough Guides. 2nd edition 2009 Hal 66

[3] opcit.  Jerusalem In The Heart. hal 39

[4] Mitri Raheb, Fred Strickert(1998) . Bethlehem 2000 Past and Preset, Palmyra Publishing House, Heidelberg Germany, Hal. 99

IMG_7069

Pintu masuk ke sini sengaja di buat rendah, tujuannya adalah supaya pengunjuang akan tunduk terhadap salib besar yang berada betul-betul selepas pintu ini

IMG_7114 

Teknik ini dipakai oleh orang Mesir ketika membuat laluan di dalam Piramid, saya yang memang telah mengetahui teknik ini, berjalan mengiring.

IMG_7074

Saidina Umar dan beberapa sahabat besar pernah melawat tempat ini

IMG_7101

Beberapa mazhab di dalam kristian berkongsi tempat ini

IMG_7073

Di dalam Church of Nativiti

IMG_7085

Tempat Nabi Isa dilahirkan (wallahualam)

IMG_7084

sekarang ia telah diletakkan batu mar-mar

IMG_7091

Di satu sudut, tempat Nabi Isa di susukan (wallahualam)

IMG_7109

Suasana di dalam tempat ini.

IMG_7115

Dalam 300 meter, bertentangan dengan gereja ini, terdapat masjid Umar, di dirikan kerana Saidina Umar pernah bersolat di kawasan ini.

Universiti Kehidupan 190 – “Mereka Bukan Miskin, Tetapi Keadaan Menjadikan Mereka Begitu..”

“Mereka tidak miskin, tetapi keadaan buat merka miskin” kata Walid, pemandu Pelancung kepada kami ketika melihat orang menjual barangan dari bas ke bas.

Saya secara peribadi, memang, kita patut datang ke sini kerana banyak perkara kita boleh membantu saudara Islam di sini, sekalipun dengan membeli beg atau hadiah-hadiah kecil yang mereka buat.

Di sini, orang menjadi miskin bukan kerana malas, tetapi kerana pekerjaan tidak ada, tidak seperti di sesetengah tempat, orang miskin sebab malas. Banyak kerja yang boleh dibuat dengan kudrat tenaga tetapi memilih jalan hidup untuk tidak berusaha. Islam amat menentang kemiskinan terutama disebabkan kemalasan dan sebab itulah terdapat sebuah hadis…

“Hampir-hampir kefakiran ini menjadikan orang kufur”

Cuma, apa yang boleh kita kongsikan di sini ialah, kita perlu menyediakan duit kecil banyak-banyak, jangan bagi sedekah dengan jumlah yang banyak, biar sedikit tetapi selalu kita berikan dan agar ramai orang yang boleh merasa.

Mereka ada anak kecil seperti kita, bezanya, anak kecil kita dapat di cukupkan keperluannya dengan sempurna, tetapi anak kecil mereka menunggu kepulangan ayahanda mereka membawa makanan hasil jualan yang diusahakan.

Keadaan terlalu senang kadang kala menyebabkan anak kita kurang menghargai pemberian kita. Semoga Allah terus membantu kita di dalam memperbaiki diri ini, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Hotel al-Haram

Madinatul Munawwarah

13 Mac 2011 jam 7.45 malam

IMG_6811

Mereka menjaja beg, topi dan barang kecil di bas-bas pelancung

IMG_6807

Mereka saudara Islam kita yang terhimpit di negara sendiri

IMG_6816

Mereka bukan miskin, tapi keadaan menjadikan mereka miskin

IMG_6818

Kalau kita ke sini, paling kurang dapat membantu mereka…