Saturday, January 29, 2011

Universiti Kehidupan 185 – “Syumulnya Islam, Iktibar Dari Universiti Malaya…”

“Salam Prof, ada kat Ofis tak hari ini?” tanya saya pada Prof Dr. Ahmad Hidayat, penyelia bagi pengajian Phd saya di Universiti Malaya.

27 Januari 2011, kala ini, saya sedang menguruskan pendaftaran semester baru bagi pengajian saya. Tetapi pendaftaran tidak dapat dibuat kerana saya belum menghantar lagi laporan kemajuan. Setelah dihantar, barulah penyelia membuat komentar dan barulah proses pendaftaran semester dapat dibuat.

“Ada, ana lapang dalam pukul 4.00 petang, datanglah..” kata Prof Dr. Ahmad Hidayat.

Jam 4.00 petang saya telah sampai di Jabatan Syariah Undang-Undang Akademi Islam Universiti Malaya.

Soalan pertama yang diajukan….

“Bila nak hantar bab yang dah siap….”

Dan jawapan yang selalu diberikan ialah….

“Aaaa, dah siap dah.. cuma tak hantar lagi aje…”

Dan jawapan pada jawapan yang akan diberikan…

“Semua pelajar ana akan jawab benda yang sama, tapi selagi tak hantar, maknanya tak siap lagi lah tu….” kata Prof. Dr. Ahmad Hidayat sampai tertawa kecil.

Walaupun dalam nada bergurau, tapi…. berdesup ke hati….

Saya memang mesra dengan penyelia saya ini, beliau adalah salah seorang yang mendidik saya menjadi penulis. Beliau juga antara yang mengajar saya berfikir secara kritis. Walaupun mesra tapi orangnya tegas.

Ketika kami berbual, tiba-tiba pintu bilik Prof. di ketuk orang. Prof bingkas bangun dari celahan buku-buku beliau yang banyak. Kelihatan seorang cina sedang berdiri di hadapan pintu. Prof mempersilakannya masuk.

Orang cina ini duduk disebelah saya…..

“Aduh, sakit betullah badan saya..” kata cina ini.

“Dah jumpa dah..” tanya Prof.

Pada mulanya saya tidak memahami lingguk bahasa perbulan mereka, tetapi rupanya cina ini baru lepas bertemu dengan Dr. Rushdi dan berubat rohani dengan beliau.

Rupanya, Cina itu meyakini bahawa dia terkena buatan orang dan sedang diganggu oleh Jin.

Cina itu menceritakan pengalamannya ketika dibacakan ayat-ayat suci al-Quran, seluruh badannya terasa sakit dan berbisa.

Saya mengerutkan kening sedikit. Hairan saya, ini kali pertama saya bertemu dengan seorang Cina yang meyakini bahawa dia kena santau dan sedang berubat dengan orang Islam kita.

“Meniaga ini macamlah… banyak orang dengki, abang saya kena lagi teruk…” kata Cina ini lagi.

Cina ini banyak bercerita mengenai jin dan sebagainya hingga dia mengatakan bahawa di Genting Highlands, pengusaha tempat judi itu pun ada mengupah pawang-pawang untuk menjaga Genting dari di tipu secara ghaib.

Saya tersenyum sendiri, pertama kerana merasakan bahawa bagus juga mengetahui perubatan rohani ini, ia satu medan dakwah yang boleh menarik orang kepada Islam.

Kedua ialah inilah syumulnya Islam. Dari sekecil-kecil potong kuku, hingga pada bidang perubatan dan pentadbiran negara sekalipun, ada dibahaskan.

Kesyumulan Islam ini menjadikan manusia akan dapat melihat kebesaran Allah walau dari apa bidang sekalipun.

Islam merupakan “way of life”, ia syumul dan tinggi, cuma ada segelintir umat Islam yang tidak meyakini perkara ini.

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa berusaha memahami Islam kerana menurut sabda Nabi SAW, “barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan ada padanya, akan difahamkannya pada urusan agama”

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

24 Safar 1432/29 Januari 2011 jam 12.30 tengah malam.

IMG_5208

Ini dikatakan balik kampung

IMG_5185

Di hadapan bilik penyelia saya

IMG_5206

Tiba-tiba kami dicelahi dengan tetamu berbangsa Cina yang berubat dengan pensyarah di sini. Dia meyakini bahawa dia terkena santau dan ada ganguan Jin.

IMG_5211

Budah tadika kena bayar yuran, budah sekolah rendah kena bayar yuran, sekolah menengah kena bayar yuran, budak Phd pun melalui proses sama….. :)

Friday, January 28, 2011

Sekilas 39 - Sekilas 39 - “Isu Bersalaman Dr. Chua Soi Lek…”

1. Saya ingin membahaskan mengenai isu Dr. Chua Soi Lek yang memperendahkan sikap Puan Normala mengenai prinsipnya yang selaras dengan hadis Nabi SAW bahawa “aku tidak pernah bersalam dengan wanita, pendekatanku pada seratus orang wanita sama dengan pendekatanku kepada satu orang wanita” (HR Malik)

2. Walaupun bersalaman ada perbahasannya, ada pendapat yang membolehkan dan ada pendapat yang mengharamkan, tetapi seseorang tidak boleh merendahkan pendirian agama yang diamalkan oleh seseorang. Saya ingin bahaskan dari sudut mengapa seseorang bukan Islam boleh menghina Islam. Ini berikutan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berpendapat Dr. Chua Soi Lek telah menghina Islam. Ia sebagai koreksi diri kita bagi isu-isu yang mungkin akan terjadi pada masa akan datang.

3. Orang yang menghina Islam ada dua kategori. 1. Kategori Jahil dan memang tidak tahu. 2. Kategori menghina dengan niat memang mahu merendahkan atau bahasa kasar orang Melayu adalah dengan tujuan kurang ajar.

4. Dua sebab ini pernah berlaku pada zaman Nabi. Sebab pertama iaitu jahil. Ini banyak berlaku. Ramai para sahabat pada peringkat awal menghina Islam tetapi setelah tahu kebenaran dan keindahan Islam, mereka menjadi orang yang sangat membela Islam.

5. Kategori kedua adalah sebab pertentangan atau kurang ajar. Dalam kategori ini, kita boleh membahagiakanya dengan dua sebab, iaitu (i) kurang ajar sebab dia tahu sangat kebenaran itu, tapi memang saja nak tunjuk pertentangan. Ini terjadi di kalangan ahli kitab, yang Nabi tidak banyak berdebat dengan mereka dan akhirnya ada ahli kitab diperangi dan keluar dari Madinah menuju ke Khaibar.

6. Sebab kedua dalam kategori ini ialah (ii) dia tahu kebenaran, tetapi menentang kebenaran kerana orang yang lebih tahu kebenaran itu turut membenarkan perilakunya. Dia jadi berani kerana bersandar pada orang lain yang tahu kebenaran dan menentang kebenaran itu.

7. Golongan seperti ini ialah golongan pembesar Quraisy yang bermatian memusuhi Nabi kerana mereka melihat ahli kitab sendiri menghina-hina Nabi. Golongan ini pernah didampingi oleh Nabi dan nabi selalu menyampaikan Islam pada mereka sehingga pernah ketika Nabi mendampingi mereka, datang seorang buta ingin tahu pasal Islam dan Nabi berpaling kerana rasa terganggu dan Allah menurunkan surah Abasa kepada Nabi SAW.

8. Berbalik pada Dr. Chua Soi Lek. Kita boleh lihat reaksi dia, adakah dia terkategori orang yang menghina Islam dari kalangan orang jahil atau dengan niat untuk berkurang ajar.

9. Kalau dia tergolong dari kalangan orang yang jahil, maka sudah menjadi tanggungjawab orang Islam menyuarakan kebenaran padanya hingga dia faham dan dapat menghormati Islam itu.

10. Kalau dia tergolongan dari kategori kedua, jika sebab pertama, maka dia perlu diperbetulkannya dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan tindakan mahkamah kerana menghina Islam, tindakan disiplin dan sebagainya. Kalau dia tergolong dari sebab kedua, maka dia perlu diperbetulkan, orang yang dicontohi itu juga perlu diperbetulkan.

11. Bagaimana ingin memperbetulkan? Bagi saya semua pihak perlu bangun berusaha, para mufti perlu memberikan pandangan, para agamawan yang  tidak berjawatan perlu berusaha, para agamawan dari badan-badan kerajaan juga perlu membetulkan perkara ini, begitu juga agamawan dari mana-mana parti juga perlu bangun mempertahankan agama ini. Negara kita ada persatuan Ulama, ada Ulama Muda dari parti Politik, ada berbagai persatuan cendekiawan muslim di negara ini dan berbagai-bagai lagi. Bangunlah semua dan pertahankanlah Islam.

12. Percayalah, akhirnya orang kafir akan bersatu, kenapa kita tidak berusaha untuk bersatu walau apa platform kita.

13. Saya secara peribadi menyokong pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Dr Chua perlu meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

14. Sesungguhnya, agama bukan alat untuk menang politik tetapi politiklah salah satu alat untuk agama kerana kita mati akan meninggalkan politik, tetapi kita tidak akan meninggalkan agama hinggalah ke saat hembusan nafas terakhir kita. Allah yang memerintahkan kita memegang Islam hingga mati, firman Allah

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam (Surah Ali Imran ayat 102)

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah dan semoga Islam terus terpelihara di negara tercinta ini, amin….

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Bukit Jelutong

23 Safar 1432/28 Januari 2011 jam 5.00 petang

Universiti Kehidupan 184 – “Iktibar Perjalanan Ke Koperasi Muslimin….”

26 Januari 2011 jam 3.00 petang, saya bersama YM Raja Mazian (Kak Yan) Pengasas Produk Hiraq menghadiri mesyuarat di Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.

Mesyuarat ini membincangkan pembiayaan usahawan Hiraq yang akan diberikan oleh Koperasi Muslimin.

“Kat mana tempat dia kak?” tanya saya pada kak Yan.

Mesyuarat yang dijadualkan berlangsung jam 4.00 petang memerlukan kami bergerak segera dari Shah Alam, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur dan jalan yang tidak biasa.

“Kat Diamond Square ustaz, ustaz tahu tak nak pergi ke sana?” Kata Kak Yan yang tidak biasa dengan jalan di sana.

“Subahannallah, saya tahu tempat itu” kata saya.

Bersyukur kepada kehendak Allah dan ini biasanya terjadi…..

Saya pernah sesat di kawasan ini beberapa bulan lalu, rupanya Allah hendak berikan pengetahuan jalan itu pada saya ketika saat nak cepat seperti hari ini.

Pengetahuan tentang jalan diberikan beberapa bulan awal dari keperluan kita. Itulah kebesaran dan kasih sayang Allah. Kami sampai tepat jam 4.00 petang.

Bicara sedikit mengenai Koperasi Muslimin ini….

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad adalah merupakan salah satu organisasi kewangan. Kewujudannya hampir sama dengan umur Bank Islam. Ditubuhkan pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama' Malaysia (PUM).

Sekarang ia banyak membiayaai pinjaman secara Islam dapat kita ikuti perbincangannya di IKIM. Untuk mengetahui lanjut kita boleh layari http://www.koperasimuslimin.com.my.

Hari ini, seorang usahawan Hiraq mendapat pembiayaan dari Koperasi Muslimin. Semoga Allah terus bantu umat Islam di dalam membangunkan ekonomi, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Bukit Jelutong

23 Safar 1432/28 Januari 2011 jam 12.00 tengah hari

IMG_5169

Kami bergerak dari Hiraq,

IMG_5181

Koperasi Muslimin

IMG_5179

Bersama Azadan Rabbani dalam mesyuarat ini…

Wednesday, January 26, 2011

Diari 279 – “Urusan Bas Ini, Sikit Lagi……. Terima Kasih Allah…”

“Hello En. Muhammad, itu coaster, kita dah buat periksa di PUSPAKOM, dah nak sebulan dah, so.. macam mana? Kata Kris, seorang perempuan Cina yang merupakan pegawai di Syarikat penjualan bas di Segambut.

“Ya ya.. saya uruskan” kata saya.

Sebenarnya sudah hampir sebulan berlalu, kenderaan untuk anak yatim dan tahfiz perempuan yang berpindah ke asrama baru di Kampung Aman Puchong, belum dapat diuruskan.

Setakat ini, guru-guru dan anak murid rapat yang berkhidmat menghantar mereka ke sekolah. Dengan menggunakan dua van dan dua kereta, pun sudah agak terlalu padat.

Selama sebulan ini, saya berusaha dan mengharap bantuan dari Allah.

Saya memang orang yang mudah melelapkan mata, itu satu kelebihan yang sangat saya syukuri. Ada orang yang sangat susah untuk tidur sehingga terpaksa menelan pil tidur, tetapi urusan bas ini menjadikan kadang kala, payah untuk tidur, bukan rungsing, tetapi merancang dan merencana semaksima yang mampu.

Terima kasih juga pada rakan-rakan maya yang menghubungi saya dan membantu bagi menjayakan pembelian coaster ini.

Isnin 23 Januari 2011, tempoh yang diberikan oleh syarikat bas semakin suntuk, saya bermesyuarat dengan Abang Azizi, sahabat di dalam Yayasan al-Ijabah yang memang sering berbincang itu dan ini.

Melihat akaun Yayasan al-ijabah…

“tak apa bang, hari Selasa ni, kita datang dan bayar yang mampu, dulukanlah mana kewangan yang ada dulu, nanti urusan makan dan penggajian sahabat yang berkhidmat di Yayasan Ijabah, kita cari lain, insyaAllah ada la tu….” kata saya mencadangkan satu cadangan yang agak berani.

Abang Azizi tidak terkejut dengan cadangan itu, selama ini pun, kalau tidak ada keputusan berani, Rumah Anak Yatim dan Tafiz al-Ijabah, Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah dan Maahad Sains al-Quran al-Amin mungkin tidak pernah wujud.

“Ok, ustaz, saya semangat pun sebab ustaz ada, selalu ustaz sebut Allah ada…” kata Abang Azizi, entah ikhas dari hatinya atau saja nak semangatkan saya balik.

Selasa 25 Januari 2010, selepas selesai kelas di Yayasan Restu, saya dan Abang Azizi terus pergi ke Segambut menguruskan bayaran bas semampu kami. InsyaAllah, yang baki akan dicukupkan Allah.

“Tengoklah, kalau dapat hari Jumaat ni, dapatlah coaster ni keluar” kata Kris.

“Mudah-mudahanlah” kata saya.

Entahlah, sebenarnya bagi keperluan anak yatim atau keperluan agama, bukan kita yang cukupkan, Allah sendiri yang akan mencukupkan, kita hanya perlu maksimakan usaha. Inilah satu sifir yang payah nak dilogikkan tapi ia benar-benar ada.

Minta didoakan semoga, usaha bagi memudahkan anak-anak Ijabah ke sekolah mereka dibantu Allah waktu dekat ini, amin…..

Bagi anak-anak Ijabah, kalau satu hari nanti anda membaca artikel ini, ingatlah ini semaksima yang saya mampu buat untuk anda semua, jika kala ini anda telah berjaya di dalam hidup, belalah orang lain kerana ramai orang yang tidak bernasib baik….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Bukit Jelutong

21 Safar 1432/26 Januari 2011 jam 9.00 pagi

IMG_5149 

IMG_5151

Saya suka ambil gambar dalam kenderaan yang nak dibeli, kerana kebiasaannya, ia akan jadi.. :)

IMG_5153

Bersama pekerja Melayu di sini..

Diari 278 – “IKIM, Ceramah Di Sini Lebih Santai….”

“Mmm, kalau ustaz boleh komited, kita buat setiap Isnin minggu ketiga dan keempat” kata DJ Fairuz ketika saya datang membincangkan mengenai segmen SURI di IKIM.fm yang diamanahkan untuk diisi.

Segmen yang perlu saya isi ialah dari jam 10.00 pagi hingga 10.45 pagi.

“Bulan Januari ni, kita mula Isnin 24 haribulan ye ustaz” katanya lagi.

Pagi Isnin 24 Januari, jam 7.00 pagi, saya masih duduk di ruang tamu di rumah saya…

“Iskh, jadi ke hari ni?” bisik hati saya kerana DJ Fairuz tak pun menghubungi saya.

Jam 7.30 pagi, saya mula memanaskan enjin kereta dan mula bergerak ke Shah Alam..

“Masuk ofis dululah, tengok apa kerja yang perlu dibuat” bisik hati saya.

Berhenti dibahu jalan di Batu Tiga Shah Alam, saya menghantar mesej ke DJ Fairuz..

“Salam kak, hari ni jadi ke?”

“W’salam, jadi.. dtg ya…” balas DJ Fairuz.

Habis menguruskan beberapa perkara, jam 9.00 pagi saya mula meninggalkan Shah Alam ke Jalan Duta melalui lebuh raya NPE. Jalan masih sesak masa ini.

Saya sampai di IKIM jam 9.45 pagi. Saya melangkah masuk ke kawasan IKIM ini, setelah pintu dibukakan, saya terus menunggu di bilik menunggu yang ada di tepi studio.

Tak sampai lima minit, DJ Nurhayati mempersilakan saya masuk ke dalam studio, rupanya pada hari ini, DJ Fairuz cuti sakit, jadi DJ Nurhayati menggantikan tempatnya.

Pagi ini saya membincangkan mengenai kekeluargaan, surah rujukannya ialah surah al-Rum ayat 21.

Selama 40 minit bersiaran, banyak persoalan yang dapat di kongsikan. Ada yang nak menguji, ada yang memberikan pandangan dan ada yang memang nak tahu sungguh. Tapi secara keseluruhannya, program di radio lebih santai dari di TV.

Kita tak perlu jaga pakaian, gaya duduk, waktu iklan nak masuk pun, hanya dari kuasa DJ sahaja, tidak membabitkan orang lain.

Semoga perbahasan akan datang lebih memberi manfaat pada diri saya dan semua, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

21 Safar 1432/26 Januari 2011 jam 12.45 tengah malam

 

IMG_5119

DJ Nurhayati yang menggantikan tempat DJ Fairuz pagi ini

IMG_5103

Tajuk perbincangan adalah mengenai keluarga

IMG_5104

Habis bersiaran, seseorang telah menghantar massage pada saya “Ustaz, buatlah tajuk hak suami pulak…”

IMG_5113

Dakwah di Radio lebih luas pendengarnya

IMG_5122

Santai kuliah kekeluargaan

IMG_5126

Semoga memberi lebih manfaat pada semua….

Monday, January 24, 2011

Diari 277 – “Program Usrah di De Dengkil Stable And Arabian Stud Farm”

Khamis 20 Januari 2011, jam 12.00 tengah hari, saya berada di De Dengkil Stable And Stud Farm di Dengkel Selangor, menyempurnakan rakaman program Usrah TV9  membahaskan mengenai kuda sebagai sunah yang digemari Baginda SAW.

IMG_5010

Stable di sini bukan sahaja menawarkan sukan berkuda dengan kadar berpatutan iaitu RM 50 untuk sejam menunggang.

IMG_5032

Di sini juga menawarkan perkhidmatan pembiakan baka kuda Arab. Kuda biasa di kahwinkan dengan kuda Arab yang terkenal dengan stamina tinggi.

IMG_5033

Kuda Arab ada bernilai hingga ratusan ribu ringgit, jika di Malaysia, orang akan kahwinkan kuda tempatan dengan kuda Arab untuk mendapatkan bakanya

IMG_5083

Bersama En. Kamaruddin, tuan punya stable ini. 

IMG_5088

Antara pengunjung setia di sini ialah Y. Bhg. Dato’ Hj. Che Mat bin Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

IMG_5091

Sukan kuda di Malaysia sekarang semakin mampu disertai. Nabi SAW menyatakan “Ajarkanlah anak kamu dengan berenang, memanah dan menunggang kuda”

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Safar 1432/24 Januari 2011 jam 1.15 pagi

Jawapan Pada Persoalan 124

Alhamdulillah, baru sempat melihat soalan yang diajukan

fn slm ustz,jka org bkn islm brtnya ttg islm,kita sbg org islm kdgkala xckup ilmu utk mnjwb diats p'tnyaan org bkn islm,mcm mne kita perlu kita lakukn? 2010-10-03 1:41 AM

tuntutlah ilmu lagi banyak-banyak

HR sy penah dengr ustz d tmpt saya berkata imam hanafi oernah lihat Allah setahu saya cuma nabi musa shj penh lihat betulke 2010-10-04 3:12 PM

Tidak ada siapa pernah lihat melainkan Nabi SAW, begitulah menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

KT adakah berdosa jika sya tolak permintaan suami untuk bersama oleh sebab tertentu untuk pengetahuan ustaz saya sudah menopause 2010-10-04 2:25 PM

Harus kalau memudharatkan, kalau tidak, maka tetap wajib kena layan

RS Sama srti soalan TR saya tidak bayar puasa yg tinggl krn uzur olh sbb kjahilan saya tidak membayar puasa tersebut, mnkn lebih 40 thn juga 2010-10-04 2:10 PM

Kena kira dan tunaikan fidyah

CT sy guru kontrak untk tempoh setahun..b'pendaptan rm2300 sebulan.berapa kadar zakat yg perlu di bayar?tq 2010-10-04 1:42 PM

2.5% setelah tolak keperluan asas

Guest apa itu haikal sulaiman 2010-10-04 9:42 AM

Jika dirujuk pada tempat di Jerusalem, maka ia adalah tempat ibadah yang didirikan oleh Nabi Sulaiman

Guest blh ke kulum kemaluan suami masa beliau mahu ketika isteri datang haid?2010-10-05 3:37 PM

Harus jika kemaluan dijaga tidak bernajis dan untuk menghindarkan maksiat pada suami

liza cheras Rancanga tv ada hadis Nabi Muhammad SAW tentang sesiapa menunaikan haji boleh beri syafaat pada keluarga. Boleh ustaz jelaskan. Terima kasih. 2010-10-05 7:31 AM

Rancangan TV mana? Boleh dapatkan, nanti saya rujuk balik

hasan saini ustaz nak tanya tentang isteri yang kematian suami tetapi masih belum disetubuhi adakah idah baginya. 2010-10-05 4:53 AM

Jika kahwin dan tidak pernah disetubuh, maka tiada eddah

Guest Salam Ustaz..ape doa yang boleh diamalkan untuk saya mendapatkan pekerjaan yang terbaik untuk masa depan saya.. terima kasih Ustaz... 2010-10-06 3:11 PM

Bahasa Melayu pun ok

YANTI SALAM.USTAZ,ADAKAH NILAI FIDYAH YG HNDK DIBYR TETAP SAMA DGN JUMLAH PUASA YG DITINGGAL?PUASA SUDAH DIGANTI LAMA TTP FIDYAH BLM DIBAYAR LAGI? 2010-10-06 4:08 AM

Jika puasa telah diganti, maka fidyah sama bilangan hari puasa yang ditinggal

Hjj. Muda Ustaz, apa pendapat mengenai adakah batal air sembahyang antara suami isteri? Ini kerana suami yakin air sembahyang antara suami isteri tidak batal solat 2010-10-08 8:31 AM

Dalam Mazhab Syafie, batal..

Hijau Bapa berhutang wang belanja kahwin kpd datuk(bapa ibu sy)Bolehkah hutang dibayar kpd Al Ijabah/baitulmal kerana datuk dah meninggal? 2010-10-08 1:21 AM

Kena istihar sebagai faraid dulu, apabila waris melepaskan hak, barulah boleh

Zol Yahaya Salam. Kalau kita nak wat haji kita kena umumkan kpd semua orang ke.2010-10-11 12:02 AM

Tidak perlu

Mohonpanduan adakah saya dayus, tidak menceraikan isteri, sedangkan isteri sentiasa minta cerai setiap kali bergaduh sejak dari mula berkahwin? Aper yang perlu saya lakukan dengan isteri yang selalu minta cerai ni. Saya dah bersabar 6 tahun? Minta bimbingan2010-10-11 10:10 AM

Jangan layankan, dayus adalah jika membiarkan isteri berbuat maksiat..

Azlan salam ustaz. wajibkah duduk seketika sebelum bangun berdiri dari sujud ke dua.2010-10-11 4:07 AM

Tidak

Guest Seorg suami tlh mbtahu pd semua rakanny bhw dia duda n tlh lama bcerai. Sdgkn pd ktika itu dia msh lg sah bsama isteriny. Apakh status prkahwinan mrk 2010-10-13 5:49 PM

Kalau perkataannya itu bentuk penceritaan, maka talak tidak jatuh, tetapi suami dosa kerana berbohong, tapi kalau dia kata, “aku ceraikan isteri aku..”, maka jatuhlah talak..

uwais salambila us,kalau kt dberi resepi yg mmg sedap kmudian diminta spya xmberinya kpd org lain..mcmana us?sdg kan semua ilmu kita tahu adlh milik Allah.2010-10-13 7:50 AM

Jika ilmu itu untuk maslahah umat Islam, maka tidak perlu patuh pada syarat, tetapi jika hanya ilmu tambahan, jika tak ada, tak memberi apa-apa mudharat pada umat, maka patuhilah permintaan orang itu untuk beberapa tempoh..

aiman Ustaz, mcm mana jika kita selalu mengumpat orang lain? Mcmmana nak hapuskan dosa? Jika org tu susah untuk kita jumpa balik untuk minta maaf, bagaimana 2010-10-12 6:54 AM

Minta ampun pada Allah, dan bercita-cita untuk meminta maaf pada orang itu jika kita bertemu dengannya

Aishah Ustaz, bolehkan saya memakai kebaya. Bajunya ada pinggang sedikit, tidaklah ketat sangat. Tudung saya agak labuh, menutupi dada & sedikit bhg pinggang 2010-10-12 1:44 AM

Jika tidak mempamirkan bentuk tubuh badan, tidak mengapa, tapi jika sebaliknya, maka tidak boleh

Ya Ustaz, Betulkah wanita haram memakai gelang kaki. Dikatakan umpama ahli neraka?2010-10-12 1:26 AM

Tidak betul

khar ustaz, daging korban dan aqiqah tak boleh dimakan oleh orang bukan islam ke? kalau dah terlupa? 2010-10-11 10:53 PM

terlupa tidak mengapa

puteri sepi adakah suami berdosa,krna isteri menyuruh sembayang tpi isterinya pula yg di tengkingnya... 2010-10-16 6:15 AM

berdosa

misha apakah hukumnya ibubapa menggunakan/membelanjakan wang yang disedekahkan kepada anak 2010-10-16 4:31 AM

harus

Zol Yahaya Salam ustaz. Isteri kena taat pd suami,ibubapa dia. Suami pula, ibubapa dia dan baru isteri. Betul tak ustaz 2010-10-15 8:55 AM

Bukan taat, tapi merahmati pandangan

Guest benarkah klu dah mengandung ank luar nikah x boleh bernikah/kahwin pd masa dia hamil? 2010-10-15 1:53 AM

Tidak benar jika orang itu tidak pernah berkahwin, tetapi jika dia mengandung anak luar nikah sedangkan dia isteri orang, kemudian dia diceraikan, maka tidak boleh kahwin sehingga bersalin

GUEST 1 Ust,ali dan abu adik beradik kandung. anak ali dananak abu hendak bkahwin. stahu saya kahwin sepupu boleh.tapi kalau dlm kes begini boleh atau tak? 2010-10-14 2:17 AM

Boleh

insan musykil slm ustz.Mcmne jika seorang ayah pernah berkata:bhwa tdk mahu memberi 1sen pun duit kwsp pd anaknya.Skrg dia sdh tiada,cmne bleh guna ke wasiat tu? 2010-10-17 1:51 PM

Tidak

Pelawat ustaz apa komen tentang penggunaan hadis dha'if dalam amalan kita.apakah syarat2 yg diperlukan. 2010-10-17 4:48 AM

Boleh untuk fadhail amal, tidak boleh bagi hujah hukum dan hujah akidah

pemasak keliru salam ustaz, semasa saya membasuh beras dalam periuk nasi saya baru dapati ada tahi cicak, adakah air itu air mutanajis? perlukah saya buang beras2 ? 2010-10-16 8:55 AM

Buang dan basuh kembali

Guest salam ustaz, kalau kite dah selesai solat isyak & pukul 12 mlm kmdn kite solat sunat isyak selepasnye(sbb tadi terkentut),sblm mule qiamulai blh tak? 2010-10-18 3:30 PM

Boleh

Ahmad Baru-baru ini saya ke luar ngara slama 10 hari. Seorng teman kata, kita boleh smbhyg jamak pada 3 hari pertama dan mula smghyg tmam selps itu, btul ke 2010-10-19 1:36 PM

Kalau 10 hari itu menetap di satu tempat, maka 3 hari sahaja, tapi kalau 10 hari itu berpindah dari satu tempat ke satu tempat, maka boleh jamak hingga pulang

bulanmenangis salam ustaz..sy ingin bertanya..berdosakah kita memukul kucing menzalimi kucing dgn kekasaran? adakah tuhan akan mengampunkan kita ? adakah doa kucing teraniaya itu termakbul? semua itu dilakukan oleh rakan serumah sy thdp kucing2 peliharaan sy..sy tak bdaya mempertahankan kucing sy dr dizalimi dan diperlakukan sedemikian. ini kerana kami berkongsi rmh dan dia mmbyar sewa rmh lebih dr sy.skrg kucing2 sy telah dibuangnya.sy hanya mampu menangis...menangis... 2010-10-19 12:44 PM

1. berdosa

2. Allah akan ampunkan orang bertaubat

3. Doa makhluk lain mungkin dimakbul, mungkin tidak

Guest Salam. Batal wuduk tak antara suami & isteri bila bersentuh. 2010-10-19 7:34 AM

Menurut mazhab Syafie batal

FaridJamaludin Salam Ustaz, adakah sama solat sunat fajar dengan solat sunat Qabliyah Subuh? Atau adakah ia 2 solat yang berbeza? 2010-10-18 10:41 PM

Beza, fajar sebelum subuh masuk

syamsiyah salam ustaz..adik-beradik tiri boleh kawin tak ? 2010-10-21 2:52 AM

Kalau dari ibu atau bapa yang sama, tidak boleh. Tapi kalau dari ibu bapa yang lain, boleh. Ibu bapa lain seperti seorang ayah berkahwin dengan janda anak tiga, anak-anak yang dibawa oleh janda itu boleh dikahwini.

hani salam ustaz.blh minta taklik sedangkan tk dftr di mesia? 2010-10-20 4:37 PM

tak boleh bagi undang-undang di Malaysia

Guest bolehkah suami mendaftar perkahwinan di malaysia tanpa persetujuan dt isteri pertama2010-10-20 1:35 PM

Boleh

nur knp solat subuh,maghrib& isyak kn nyaringkan suara... solat zohor&asar tidak perlu... apakah hukum klau solat seorang diri & baca nyaring semua waktu 2010-10-20 5:48 AM

Memang sudah syariat semenjak dari Rasullah zuhur dan asar tidak nyaring.

nur Saya ada terbaca dalam didalam beberapa buah buku bahawa bayi yang baru dilahirkan hendaklah diazan dan diqamatkan. Tetapi sesetengah buku pula menyatakan bayi lelaki hanya perlu diazankan dan bayi perempuan hanya perlu diqamatkan. Yang mana satu yang boleh diterima pakai? Masa mengazankan bayi, adakah sipengazan yang menghadap ke kiblat atau kepala bayi itu yang dihadapkan ke kiblat? 2010-10-20 2:11 AM

Kedua-dua azan dan iqamatkan, hadap kiblat adalah orang yang azan

asmah suami saya curang belakang saya.skg ni saya tak kuat sentiasa menanggis dlm ketakutan.saya sayangkan suami 2010-10-22 6:07 AM

sabarlah dan usaha sayangkan Allah, ia lebih memberi ketenangan

tieny ustaz..mcm ne kalau org tu nikah gunekan sendiket???lelaki tu dah beristri dan ade 4ank,tpi dia nikah senyap2 nagn org indon takde permit.. 2010-10-21 12:03 PM

nak tahu sah atau tidak, rujuk pada Mahkamah Syariah, nanti bahagian penguatkuasa akan siasat dan bantu Mahkamah buat keputasan, sah atau tidak

Guest salam.ustaz ada org pernah tanye saye.kenape kite berdosa tengok aurat perempuan yang bukan islam 2010-10-21 9:47 AM

Tengok aurat, Islam atau tidak akan mendatangkan dosa

nurien kenpa kita sunat bunuh cicak. cicak tu jahat sgt ke? kenapa xda binatang lain yg sunat dibunuh? 2010-10-24 4:17 AM

Ada, setiap binatang yang memudhratkan seperti kala jengkin, lipan dan ular

Guest mcm mana niat nk ganti solat yg ditinggalkan masa dulu.Kalau kita nk ganti solat zohor adakah mesti diwaktu zohor juga atau bila2 masa. 2010-10-23 2:36 PM

Ganti bila-bila masa sahaja

tipah apakah amalan utk memudahkan jodoh? 2010-10-22 2:16 PM

Selawat

Guest belajar ilmu metafizik berdosa x? ilmu mengira tarikh lahir untk melihat peribadi seseorg dan potensi tg ade dlm dirinya? 2010-10-22 2:12 PM

Belajar harus, cuma jangan sampai meyakininya

Guest Ust, apa hukumnya menghadiri konsert nasyid tapi yg buat persembahan termasuklah wanita. Yg menonton lelaki & perempuan? 2010-10-22 8:57 AM

syubhat

Aieduniawi Apa petandanya jika ada awan kalimah Allah yang amat besar dan cantik tebal lurus-lurus melalui bulan penuh tepat di atas diriku? 2010-10-22 6:41 AM

Itu maknanya, seseorang itu tidak melihat kehebatan Allah pada Al-Quran, jadi Allah tunjukkannya di awan

HZZ Ustaz, suami sya berkerja dgn sykt British & susah dpt cuti lama. Bagaimana cara/doa supaya sykt suami dpt benarkn dia bercuti utk tunai umrah & haji? 2010-10-25 4:58 AM

Doa kerja tempat lain

aina ada semut dlm balang gula.kita x perasan lalu tmasuk kan kedalam air panas.boleh ke minum air itu.? kita dah bancuh air tetiba semut dtg masuk dlm cawan dan mati. boleh ke kita minum air itu? 2010-10-24 4:21 AM

boleh, keluarkan dulu semut itu

ctzahra salam, saya ada terbaca bila kain dan keranda dimakam rasulullah diangkat akan ternampak tubuhnya yang terbaring.Betulkah ustaz! 2010-10-26 2:06 AM

Wallahualam

Ya Ustaz Sya selalu sgt tak kusyuk solat. Mcm mcm benda terlintas dlm fikiran. Byk kali saya hentikan solat & solat semula. Mcmmana utk perbaiki masalah ini? 2010-10-25 5:02 AM

Baca surah an-Nas sebelum solat

Ya Ustaz suami saya sgt garang dengan anak2. Agak panas baran, anak2 takutkan dia. BAgaimana cara utk lembutkan hati suami terhdp anak anak? 2010-10-25 5:00 AM

selawat

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan.

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Safar 1432/ 24 Januari 2011 jam 12.20 tengah malam

Thursday, January 20, 2011

Diari 276 – “Dari Pengalaman Kes Keluarga Yang Dibukukan…”

“Ok bang, saya minta diri dulu ye, nak ke Kuala Lumpur” kata saya menamatkan perbualan di cafeteria Yayasan Restu Shah Alam.

Kadang kala, jika tidak ada urusan penting, selepas ceramah di Yayasan Restu, saya akan minum teh panas di cafeteria ini.

“Hari ini, kena uruskan juga ni…” kata saya pada sahabat saya Helmee yang akan menemankan saya ke Kuala Lumpur. Helmee baru sahaja selesai membincangkan program SINAR (Sejarah Islam Nusantara) yang sekali lagi akan dibuat di UiTM Shah Alam bersama guru dan staf di sana.

Sudah beberapa hari saya menangguhkan untuk memperbaharui lesen peguam syarie saya yang telah mati pada Disember 2010.

Hari ini 19 Januari 2011, Saya dan Helmee bertolak ke Kuala Lumpur jam 2.00 petang, sejurus selepas solat zohor. Destinasi pertama ialah Bangunan PERKIM di jalan Ipoh. Untuk pembayaran yuran tahunan, ia perlu dibuat di sini. Di bangunan PERKIM ini terdapat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kemudian, resit bayaran perlu dibawa ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berdekatan dengan Masjid Negara.

“Ok ustaz, nanti hari Jumaat cuba telifon ye, insyaAllah boleh siap rasanya” kata pegawai Mahkamah pada saya.

Saya melangkah keluar dari Mahkamah, tempat kebanyakkan orang yang datang di sini mempunyai wajah yang kusut.

“Kasihan, ada yang memang teraniaya” bisik hati saya.

Bidang Syariah Undang-Undang adalah satu bidang yang sangat saya sukai. Ini kerana, melalui bidang ini, kita dapat kenal ramai orang dan bantu ramai orang. Hingga kadang kala tak menang tangan dibuatnya.

Tapi, perkara yang perlu diakui sekarang ialah kurangnya suami atau isteri yang berkualiti. Buktinya kadar perceraian yang semakin meningkat saban tahun. Kadang kala, pasangan berpisah dengan alasan yang terlalu mudah.

Setelah tamat urusan di Mahkamah, saya bergegas pulang ke Shah Alam. Jam 5.00 petang, saya ada mesyuarat dengan Puan Sri Hartini mengenai pengesahan akhir buku yang “dengan izin Allah” saya susun. Buku ini bertajuk “Keluarga Bahagia”.

Segala isi ceramah saya di “Tanyalah Ustaz” bertajuk “Hak Suami dan Isteri Dalam Islam” ada di dalam buku ini.

Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor dengan disemak oleh Jabatan Mufti Selangor. InsyaAllah, dalam sebulan lagi akan terbitlah buku ini dan saya akan memaklumkan di dalam blog ini.

Buku ini di susun ringkas, hanya dalam 80 muka surat, boleh dijadikan sebagai buku saku di dalam perkongsian bersama Rasullulah membentuk keluarga bahagia.

Semoga ia memberi manfaat untuk saya dan boleh dikongsikan kepada semua di dalam usaha meningkatkan bilangan suami dan isteri yang berkualiti.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

15 Safar 1432/20 Januari 2011 jam 1.00 pagi

 

IMG_4997

Urusan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

IMG_4998

Dari pengalaman kes kekeluargaan, saya telah bukukan dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. InsyaAllah akan dikongsikan dengan umum nanti…

Tuesday, January 18, 2011

Diari 275 – Darul Quran JAKIM

Di tengah-tengah kesibukan persediaan program “Tanyalah Ustaz”, saya dijemput untuk berforum di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru pada Jumaat 14 Januari 2011 jam 9.30 malam.

“Ustaz, tahu tak nak datang sini?” kata seorang AJK program.

“Kalau nak cepat, lebih baik ustaz ikut Highway ke Ipoh, turun di Tanjung Malim” katanya.

“InsyaAllah, nanti kalau tak jumpa saya call ye” kata saya.

Di Pejabat pula…..

“Ustaz, forum pukul 9.30 malam, kita pergi berenang dululah…” kata sahabat saya Helmee mengajak saya berenang di Pusat Akuatik Shah Alam.

Memang sebulan lebih saya tidak terjun untuk senaman sunnah ini.

“Oklah tapi nanti anta ikut sekali ke Kuala Kubu ye, ana tak tahu jalan ke sana” kata saya.

“Ok” kata Helmee ringkas.

Petang ini, kami berenang dahulu, solat Maghrib di Pusat Akuatik, terus ke Kuala Kubu melalui lebuh raya Utara Selatan. Kala ini jam menunjukkan pukul 7.50 petang.

Malam ini hujan turun agak lebat, nasib baik ikut lebuh raya, kalau ikut jalan persekutuan, tentu jalan sesak. Di lebuh raya ini juga agak jem kerana kemalangan yang membabitkan beberapa kereta.

Kami sampai di Darul Quran jam 9.15 malam. Terus dibawa ke bilik menunggu. Rakan ahli panel malam ini ialah Professor Dato’ Dr. Zaleha Kamarudin, juga baru sampai.

Jam 9.30 malam, kami diiring ke dalam dewan. Selawat berdendangan menyambut kedatangan kami.

Saya melihat wajah anak-anak tahfiz, bersih, berseri dan tenang. Mereka semua sedang mengikuti pengajian peingkat diploma di isni.

Melalui jalan ke dewan, saya di salam dengan pelajar di sini, semuanya penuh adab dan mengambil tangan saya mahu dicium. Saya cepat-cepat menarik kembali tangan saya bagi setiap pelajar yang ingin berbuat demikian.

Sebenarnya, setakat hari ini, saya amat jarang membenarkan orang mencium tangan saya kecuali yang telah saya anggap sebagai anak murid sahaja. Kalau mahu cium juga, maka saya akan mengambil tangannya kembali dan mencium kembali tangan orang itu. Inilah yang penah saya lihat dari guru saya.

Malam ini, tajuk perbincangan forum adalah “Antara Tiga, Kita Di Mana?”

Tajuk ini berdasarkan surah al-Fatir ayat 32. Allah berfirman yang maksudnya :-

Kemudian Kitab itu (al-Quran) Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami (Dari umat Muhammad), lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan.

Ayat ini sangat bagus dibincangkan di kalangan penghafal al-Quran kerana, orang yang Allah wariskan al-Quran terutama di dalam dada mereka, tidak semua menjadi orang baik. Sebab itu Allah menyatakan bahawa ada di kalangan mereka yang menganiayai diri mereka.

Ada juga yang biasa-biasa sahaja iaitu tidaklah banyak berbuat baik, tetapi tidak juga berbuat kejahatan.

Dan yang teristimewa ialah golongan yang sentiasa mencari peluang berbuat amal. Inilah golongan yang beruntung di dalam hidupnya.

Tamat majlis tepat jam 12.00 tengah malam. Semua tetamu jemputan diajak untuk jamuan.

Saya sampai di rumah jam 2.00 pagi. Pagi-pagi lagi sudah perlu bergerak ke Sri Pentas untuk menyempurnakan program “Tanyalah Ustaz” buat hari kedua.

Semoga hari-hari mendatang terus direzkikan untuk berbuat amalan. amin.,,,,,,,

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Safar 1432/18 Januari 2011 jam 11.45 malam

IMG_4810

Darul Quran JAKIM

IMG_4815

Para pelajar peringkat Diploma dan Ijazah

IMG_4817 

Bersama para guru di sini

IMG_4819

Tajuk perbincangan hari ini ialah antara 3, kita yang mana?

IMG_4820

Forum malam ini agak santai

IMG_4829

para pendengar yang hadir

IMG_4839

Professor Dato’ Dr. Zaleha Kamarudin

IMG_4846

Di akhir program, semua pendengar disajikan dega

IMG_4848

 

IMG_4858

Jamuan selepas majlis, mana tak ustaz-ustaz semua tembam badan, pukul 12 tengah malam pun masih dijamu lagi….

Friday, January 14, 2011

Bicara Ilmu 24 – “Tanyalah Ustaz - Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

Kesempatan kali ini, ingin saya kongsikan isi perbincangan di dalam Tanyalah Ustaz bertajuk “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

Di dalam al-Quran Allah menyebutkan (Surah ar-Rum ayat 21):-
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari antara kamu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain dan dijadikanka di antara mu kasih sayang dan belas kasihan; sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

ENAM KELEBIHAN ORANG YANG BERKAHWIN

1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya
2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."
3. Menghindari larangan agama[3]
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.
4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.
5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.
6. Mengelakkan maksiat [6]
Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”
Hak Isteri Yang Perlu Di Tunaikan Suami
TANGGGUNG JAWAB PERTAMA : BERGAUL DENGAN CARA YANG BAIK
Allah S.W.T berfirman: (Surah an-Nisa ayat 19)
Pergaulilah isteri mu dengan cara yang baik; kemudian bila tidak menyukai mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.
Selain itu Rasullullah SAW bersabda: [7]:-
"Orang yang baik di antara kamu ialah orang yang baik perangainya kepada ahli rumahnya (isterinya). Dan aku (sendiri) orang yang paling baik di kalangan kamu terhadap isteriku."
TANGGUNGJAWAB KEDUA : BERLAKU ADIL
Selain itu, suami hendaklah berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri. Allah S.W.T berfirman: [8]:-
"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."
Perintah ini memerlukan suami bersikap adil, menghormati perasaan, berbaik hati dan bertimbang rasa terhadap isteri. Suami tidak boleh menunjuk sebarang kebencian atau menzahirkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan isteri.

TANGGUNGJAWAB KETIGA: MENASIHATI DAN MENDIDIK ISTERI

Sudah menjadi tugas suami agar sentiasa memberi nasihat dan panduan terhadap isteri dan anak. Oleh yang demikian, suami hendaklah mendidik dirinya dan mendidik keluarganya dengan ajaran agama. Di dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman: (Surah at-Tahrim ayat 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu

SISIPAN SATU : TEGAHAN MEMUKUL ISTERI

Rasullullah S.A.W bersabda: [9]:-
“Kamu tidak jumpai mereka itu (orang yang memukul isteri) sebagai orang yang baik antara kamu.”
Rasullullah S.A.W bersabda lagi [10]:-
"Dari Aisyah dia telah berkata, Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul isteri mahu pun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah)
SISIAPAN DUA : HUKUM MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DI DALAM ISLAM
Rasullullah S.A.W bersabda [11]:-
" Dari Abdullah bin Amru, dia telah berkata, sabda Rasullullah S.A.W, Cukup berdosalah seseorang yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.”

TANGGUNGJAWAB KEEMPAT : MEMBERI NAFKAH
Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.[12]
Allah S.W.T berfirman :- (surah at-Talaq ayat 7)

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya

Inilah tanggung jawab suami yang perlu ditunaikan pada isterinya. Semoga perbahasan ini memberi manafaat pada kita semua.
“Ilmu Pelita Hati”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Safar 1432/14 Januari 2010 jam 1.00 tengah hari

[1] Hadith riwayat Ahmad
[2] Hadith riwayat at-Tarmizi
[3] Hadith riwayat at-Tarmizi
[4] Hadith riwayat Ibn Majah
[5] Hadith riwayat Ibn Majah
[6] Hadith riwayat al-Bukhari
[7] Hadith riwayat Ibn Majah
[8] Surah al-Maidah ayat 8
[9] Hadtih riwayat Ibn Majah
[10] Hadith riwayat Muslim
[11] Hadith riwayat Abu Daud
[12] Raja Rohana Raja Mamat, The role and status, hlm 60.
IMG_4733
Tajuk hari ini, “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam
IMG_4737
Persediaan akhir
IMG_4745
Jenaka pagi hari..
IMG_4748
Sebelum mula memang kena bedak sikit..
IMG_4769
Perbahasan tentang keluarga…
IMG_4800
Sembang santai selepas program..

Thursday, January 13, 2011

Sisipan 17 – Tanyalah Ustaz “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

InsyaAllah, dengan izinNya, esok saya akan bersama kita semua di dalam program “Tanyalah Ustaz” di TV9 jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi.

Tajuk perbincangan adalah “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

Semoga memberi manfaat untuk kita semua…

 

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 7.00 petang

Diari 274 – “Amanah Dari IKIM…”

“Haiii… susah betul nak jumpa ustaz ni” kata DJ Fairuz ketika saya bermesyuarat dengan beliau di IKIM pada 12 Januari 2011 jam 12.30 tengah hari.

Tak mampu nak jawab apa-apa, tersenyum saja lah…

Hari ini sebenarnya, saya dan DJ Fairuz membincangkan mengenai satu slot yang akan diamanahkan pada saya di Radio IKIM.

Slot ini akan membincangkan mengenai hak-hak wanita menurut Islam dan Undang-undang. InsyaAllah ia akan keudara pada setiap hari Isnin minggu ketiga dan keempat.

Rancangan ini akan bermula pada hari Isnin 24 Januari 2011 bermula jam 10.15 pagi hingga 11.00 pagi.

Ia satu rancangan yang interaktif iaitu para pendengar boleh berkomunikasi langsung bersama saya melalui telifon.

Semoga ia memberi manfaat untuk saya dan seluruh yang mendengar.

Sesungguhnya, mengetahui hak-hak kita akan menjadikan kita lebih menghormati diri kita dan menghormati orang lain. Dan dengan budaya menghormati inilah akan menjadikan sebuah rumah tangga itu rukun dan damai.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 2.50 pagi

IMG_4729

IKIM antara wadah untuk pendengar meningkatkan ilmu

IMG_4720

Apa beza DJ dan penceramah? DJ lebih petah berceloteh…

IMG_4732

“Minggu depan boleh start ustaz?” kata DJ Fairuz menyakat saya. Terkedu sekejap saya. “Ala gurau aje ustaz, kita start dua minggu lagi ye..”

Universiti Kehidupan 183 – “Amanah Si Tukang Cuci…”

“Sinar Baru” itulah tajuk bagi program TV Hijrah.

Penerbitnya menghubungi saya untuk melihat Yayasan al-Ijabah mengendalikan dua rumah iaitu rumah anak yatim al-Ijabah dan rumah HIV Darul Ukhwah.

“Ustaz, kami nak ikut ke mana ustaz pergi, nak ambil gambar” kata pembantu penerbit.

“Mmm, kalau nak ikut saya kena awal sikit, lepas subuh dan kena ada di Darul Ukhwah Petaling Jaya, sebab saya akan terus ke Klang” kata saya yang mempunyai program ceramah di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang pada hari ini iaitu Jumaat 7 Januari 2011 jam 8.00 pagi.

Kami sama-sama bersarapan pagi di Darul Ukhwah.

Warga SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang gempar ketika saya memaklumkan bahawa TV al-Hijrah ingin bersama bertandang ke tempat mereka.

Sebenarnya, saya jarang menerima jemputan dari sekolah kerana kebiasaannya, “Sound System” di sesebuah sekolah kurang baik, jadi kebiasannya, ketika ceramah, para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian pada ceramah kerana tidak dapat mendengarnya, hasilnya, penceramah terpaksa meninggikan suara supaya dapat didengar oleh pelajar, tetapi  pelajar tetap juga  bising.

Kalau perkara ini berlaku, pelajar pun kurang dapat manfaatnya, penceramah pun akan letih kerana terpaksa memekik sepanjang ceramah.

Tetapi, “sound system” SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman ini memang terbaik….

Barangkali, ada cikgu atau anggota PIBG yang mahir di dalam hal-hal pembesar suara ini.

Satu lagi yang saya puji sekolah ini ialah kadar kebersihannya yang baik. Tak ada sampah sana dan sini.

Ketika anak buah saya bertanyakan pada salah seorang guru di sini mengenai rahsia kebersihan, guru ini menjawab:-

“Entahlah, tak ada apa rahsia, cuma cleaner (tukang cuci) sekolah ni memang rajin buat kerja”.

Jawapan ini benar-benar membuatkan saya tersenyum menahan gelak tapi kita dapat mempelajari satu perkara…

“Mmmm.. betul juga tu, jadi kalau nak suasana sekolah sentiasa bersih, carilah tukang cuci yang amanah di dalam tugas mereka” kata saya sambil tersenyum.

Memang, nilai sebuah amanah sangat penting. Kita akan sentiasa maju kalau setiap anggota masyarakat menjaga amanah yang diberikan.

Di dalam hadis, Nabi SAW pernah mengatakan bahawa di antara ciri orang munafiq ialah apabila dia diamanahkan sesuatu maka dia akan mengkhianati amanah itu.

Bayangkan, jika hanya dengan tukang cuci yang amanah dapat mencerikan sebuah sekolah, bagaimana jika pemimpin amanah, pekerja amanah, penguatkuasa amanah, pendakwa amanah, dan semuanya sentiasa amanah, sudah tentu akan membentuk sebuah tamadun yang luar biasa hebatnya.

Sekecil tugas sebagai pencuci pun nampak hasilnya secara zahir, apatah lagi jika tugasan yang lebih besar.

Apa pun, tahniah pada SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang di atas segala usaha menjadikan sekolah anda cemerlang dan tahniah juga pada krew TV al-Hijrah kerana kedatangan anda menjadikan warga sekolah ini lebih bersemangat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Zaman”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 2.20 pagi

IMG_4616

Krew al-Hijrah yang bersama pagi ini.

IMG_4586

Tajuk ceramah ini ialah “Hijrah Nabi”

IMG_4567

Tajuk “Hijrah”, TV Hijrah, kalau anak di sini tak dapat hijrah lagi, tak tahulah….

IMG_4581

Kalau “sound system” baik, pelajar akan dapat menumpukan perhatian dengan baik dan banyak manfaat dapat dikongsikan.

IMG_4579

Penceramah pun tidak letih kerana tidak perlu memekik untuk berusaha orang belakang mendengarnya

IMG_4613

Kenangan di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman

al-Ijabah 83 – “Mesyuarat Dua Sayap Yayasan al-Ijabah dan.. saya menyedari satu perkara…”

6 Januari 2011, dengan izinNya jua, saya memimpin mesyuarat dua kompenan besar Yayasan al-Ijabah iaitu rumah HIV muslim pada jam 9.30 pagi  dan juga rumah anak yatim dan tahfiz al-Ijabah pada jam 4.00 petang.

Bagi perancangan rumah HIV Darul Ukhwah, Alhamdulillah, kepercayaan pihak hospital semakin baik hingga rumah Darul Ukhwah menjadi rujukan kepada pesakit baru.

Kini, Darul Ukhwah telah melangkah setapak kehadapan apabila menerima kehadiran pesakit HIV perempuan. Dan dengan izinNya jua, rumah Darul Ukhwah perempuan telah ada.

Cabaran untuk melangkah bagi tahun 2011 ini ialah tenaga sukarelawan untuk bersama-sama di dalam usaha ini.

Kesedaran masyarakat Islam kita di Malaysia pada isu kebajikan memang tinggi, cuma kita memerlukan cara untuk menyatukan tenaga-tenaga yang terbiar.

Cuba banyangkan, di tempat penjagaan orang bukan Islam, sukarelawan dari bidang perubatan tidak putus sama ada yang datang dari dalam negeri mahupun luar negeri.

Kita ramai dan banyak, tetapi usaha menyatukan tenaga ini masih agak lemah. Semoga tahun 2011 ini, Darul Ukhwah dapat menarik lebih ramai lagi tenaga-tenaga sukarelawan untuk berkhidmat demi agama.

Bagi perancangan rumah anak yatim dan tahfiz pula, mesyuarat telah di adakan di Maahad Sains al-Quran al-Amin di Kompleks 3C Bandar Baru Sunway.

Alhamdulillah, perbezaan rumah anak yatim dan tahfiz kita dengan tempat lain ialah, kita cukup menjaga pelajaran dan pendidikan akhlak mereka. Walaupun usaha terus di maksimakan, cabaran tetap ada kerana usaha mendidik bukan semudah memetik jari dan terus jadi.

Progaram-program terus dirancang, dengan rutin majlis selawat, hafalan al-Quran, hinggalah kepada aktiviti sukan lasak.

Ketika mengendalikan dua institusi pendidikan iaitu rumah al-Ijabah dan Maahad Sains al-Quran al-Amin, saya menyedari satu perkara…

Ramai rupanya anak-anak remaja yang sedang gagal dari sudut pentarbiahan dan akhlak mereka. Tidak sedikit yang ingin masuk ke dalam Maahad Sains al-Quran dan juga rumah Ijabah adalah anak-anak yang telah luar biasa “mazmumahnya”, dengan kes dibuang dari sekolah, kes tak mahu ke sekolah, kes telanjur dan seribu satu kes yang mungkin tidak pernah kita dengar ketika kita kecil dahulu.

Saya rasa, sudah sampai waktunya, kita semua memikirkan untuk mengadakan sebuah institusi pendidikan bagi anak-anak sebegini. Kalau bahasa yang agak lurus ialah rumah pemulihan, atau pun boleh kita namakan rumah pentarbiahan.

Kita tidak boleh biarkan golongan seperti ini, kerana mereka anak bangsa kita, anak muslim kita. Kalau seorang dari mereka rosak bermakna muslim kehilangan satu pemimpin masa depan.

Kalau nak ikutkan hasrat, gunung mahu kita peluk, tetapi apakan daya tangan tak sampai, kalau mahu diikutkan hasrat, semua benda rasa bertanggungjawab nak buat, tapi apa kan daya, kemampuan yang ada setakat ini sahaja.

Tapi kita pohonkan pada Allah agar satu hari nanti Allah berikan kemampuan untuk membuat satu sayap pendidikan bagi anak-anak bermasalah. Semoga niat yang baik terus diperbaiki oleh Allah, amin….

“Al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 1.30 pagi

IMG_4536

Mesyuarat rumah HIV Darul Ukwah di Shah Alam

IMG_4519

Meneliti setiap perancangan yang telah digariskan

IMG_4526

SKT (Sasaran Kerja Tahunan) bagi Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.

IMG_4538

Adat mesyuarat bagi program kebajikan, ada kalanya tersenyum bersama, adakalanya menangis bersama.

IMG_4543

Pada waktu petang, membincangkan pula mengenai rumah anak Yatim al-Ijabah dan perjalanan Maahad Sains al-Quran al-Amin

IMG_4545

Saya menyedari satu perkara, kita sekarang memerlukan sebuah institusi pendidikan tarbiah kerana terlalu ramai ibu ayah yang memerlukan, doakanlah sama-sama, demi anak-anak umat Islam khususnya di Malaysia ini…