Wednesday, September 29, 2010

al-Ijabah 73 – “Rumahku bernombor KD 782”

28 September 2010, jam 9.30 pagi, saya baru sahaja memulakan kuliah di Yayasan Restu apabila satu massage masuk ke dalam telifon saya.

Saya menjeling, pada telifon saya,

“Aik dari Azmi (pengurus di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah)” bisik hati saya kehairanan kerana beliau juga ada di dalam kuliah pagi ini bersama penghuni Darul Ukhwah yang lain.

Saya menjeling lagi ke telifon saya,

“Salam alaik sheikh, seorang penghuni Darul Ukhwah Mohd Nazim Abdullah meninggal dekat hospital Sungai Buloh jam 8.30 pagi tadi”

Selepas kuliah, saya menemui Ustaz Azmi berbincang untuk menguruskan jenazah.

Pihak Darul Ukhwah cuba berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham, tetapi tidak dapat, yang ada hanyalah keluarga angkat Allahyarham.

Selepas zuhur, saya dan beberapa sahabat dari Darul Ukhwah telah berada di hospital. Jenazah di mandikan dan dikafankan.

Apa yang agak mengharukan ialah, inilah kali pertama kami menguruskan jenazah tanpa ahli keluarganya.

Kamilah ayah, kamilah ibu dan kamilah adik beradik Allahyarham.

Saya memejamkan mata membayangkan bagaimana ketika kita lahir, kita disambut dengan riang oleh ahli keluarga, tetapi ketika mati, keseorangan tanpa orang yang dikasihi di sekeliling.

Ketika hari raya baru ini, hanya Allahyarham yang tidak balik beraya, kami tidak sempat berbual panjang mengenai sebabnya.

Setelah menyembahyangkan jenazah, Allahyarham di usung ke van jenazah. Kami menguruskan agar Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara.

Jenazah hanya diiringi oleh saudara seIslam dari Darul Ukhwah, sama ada penjaga mahupun beberapa sahabat-sahabat penghuni.

Pengurusan jenazah petang ini bernasib baik kerana kebiasaan sekarang, di Lembah Klang ini, waktu petangnya hujan. Tapi kala ini, di tanah perkuburan Islam Kota Damansara, matahari menyinar terang.

Urusan menggali liang lahad juga kini telah lebih mudah apabila jentera moden dapat membantu.

Jenazah dibawa turun ke lahad. Saya hanya membayangkan bagaimana setiap kita juga akan melalui saat yang sama, bila dan di mana tidak seorang pun antara kita yang mengetahui, yang boleh kita usahakan bagaimana keadaan kita mati, mati dalam keadaan mencari keredhaan Allah atau sebaliknya.

Allahyarham diiringkan menghadap ke kiblat, mukanya dibuka, di cecahkan hidungnya ke tanah. Kemudian lahad ditutup dengan papan dan tanah pertama dicangkul menutupi segalanya.

Hanya doa mengiringi Allahyarham, semoga bertemu nanti di dalam keadaan yang lebih baik.

Hari ini kita mendokan Allahyarham, semoga ketika kita dijemput Allah ada orang yang sudi mendoakan kita.

Walaupun perkenalan dengan Allahyarham tidak lama, saya berterima kasih kepada Allah yang telah mengizinkan penubuhan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.

Bagaimana jika jenazah tanpa keluarga seperti ini diurus oleh pihak bukan Islam.

Saya berterima kasih juga pada MAIS dan sahabat-sahabat dari MAIS yang bersama membantu sehingga tertubuhnya Darul Ukhwah ini.

Tidak lupa juga kepada seluruh sahabat yang membantu secara langsung mahupun tidak langusung, yang mendoakan dan yang memberi semangat, yang membantu dan yang bersama, semoga ia menjadi jariah kita.

Sesungguhnya, sebelum tahun 2009, tidak ada penempatan HIV muslim dewasa di Selangor sehingga ada di kalangan saudara kita ini yang tinggal di gereja. Penubuhan Darul Ukhwah dan Istana Budi pada hakikatnya adalah hasil usaha seluruh umat Islam khusus di Selangor yang prihatin dengan perkara ini.

Satu sahaja yang kita pohonkan, semoga Allah mengizinkan juga hati setiap yang bersama di dalam usaha ini, keikhlasan yang tulus, kerana ikhlas adalah milikNya dan Dia memberikan pada siapa yang dia kehendaki, dan mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan yang Allah kehendaki ini.

“Al-Ijabah, Ladang Amal Menuju KeredhaanNya”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Syawal 1431/28 Septemberi 2010 jam 11.45 malam

IMG_2434

Ustaz Azmi, urusan dokumentasi

IMG_2448

Persediaan kafan

IMG_2489

Bukankah satu hari nanti, kita juga akan dikafankan seperti ini?

IMG_2494

Apa persediaan kita?…..

IMG_2501

Bukankah kita juga nanti akan disolatkan bergini? Solatlah sebelum kita disolatkan…..

IMG_2505

Bukankah kita juga akan keseorangan ditinggalkan di tempat seperti ini?

IMG_2507

Kubur-kubur sebelah yang telah siap digali, untuk siapa? tidak seorang pun akan menjangkakan

IMG_2510

ketahuilah bahawa kematian itu benar, azab kubur itu benar, kebangkitan itu benar…..

IMG_2513

Tinggallah kita keseorangan walau sehebat mana kita….

IMG_2521

Jasad akan diiringkan ke arah kiblat, alangkah malunya di hadapan Allah jika ketika hidup kita tidak bersungguh menghadap kiblat…

IMG_2525

Harta dan saudara akan pulang, yang tinggal bersama adalah amalan kita

IMG_2529

Tanah pertama yang diturunkan

IMG_2542

Kita tidak pernah diajar untuk takutkan mati, tetapi kita disuruh bimbangkan kehidupan selepas mati

IMG_2547

Hanya doa yang dapat diiringi….

IMG_2546

Rumahku bernombor KD 782, rumah anda yang lain, pasti akan menyusul,

al-Fatihah untuk diri kita, ahli keluarga kita dan khusunya untuk Allahyarham….

Tuesday, September 28, 2010

Universiti Kehidupan 167 – Phi Phi Don Island

Perjalanan air kami telah sampai ke destinasi terakhir iaitu Phi Phi Don Island. Sebenarnya, pulau ini lebih awal di kenali pengunjung dari pulau Phuket sendiri. Ini kerana ,sebenarnya, di sini lebih cantik dari di Phuket. Perjalanan laut dari pulau Phuket ke Pulau Phi Phi mengambil masa lebih kurang 90 minit.

Ketika kejadian Tsunami di Pulau ini pada 26 Disember 2010, serami700 orang telah terkorban

Pulau ini terbentuk dengan batu kapur. Di pulau ini terkenal dengan aktiviti menyelam dan snorkeling, tetapi sebenarnya, keadaan di bawah laut, jika hendak di bandingkan, pulau Tioman dan Sipadan jauh lebih cantik. Cuma pantai dan suasana, di atas,, memang di sini lebih cantik.

Kami singgah untuk makan tengah hari di sini.

Apa yang mengejutkan saya ialah, turun sahaja dari bot, saya terlihat orang memakai kopiah menaiki basikal.

Rupanya, penduduk asal pulau ini adalah Islam. Dan di sini, sebagai orang Islam, kita tidak mempunyai apa-apa masalah untuk makan.

Hanya peniaga dan pendatang dari luar sahaja kebanyakan orang bukan Islam.

Orang Islam di sini tidak boleh berbahasa Melayu. Hanya jika mereka pernah belajar di pondok-pondok Patani, barulah mereka boleh berbahasa Melayu.

“Wah, kalau belajar di Pondok, maknanya ustazlah ni...” saya mengusik penjual nasi di sini.

“Bolehlah……” jawabnya ringkas sambil tersenyum.

Perbezaan pulau Phi Phi Don ini dengan pulau-pulau lain sekitar sini ialah, di sini ada perkampungan, jadi ada orang tinggal, ada kedai-kedai dan ada restoran. Senang dan memudahkan untuk kita tinggal.

Di pulau-pulau lain, kebanyakkannya tidak ada perkampungan,hanya ada resort. Jadi, sudah tentu semua kemudahan terhad.

Beberapa jam di sini, kami mula bergerak untuk pulang, singgah di beberapa tempat untuk mandi di sekitar pulau Phi Phi Don ini. Tetapi waktu sekarang kurang sesuai, banyak obor-obor yang berbisa di sekitar pulau Phi Phi Don ini.

Di satu tempat, tiba-tiba sahaja semua yang mandi tergesa-gesa naik di atas bot, rupanya mereka semua lari dari obor-obor.

Memang, jika kita terkena dengan obor-obor, ia menjadikan kulit bisa dan panas seperti terbakar. Itulah kebesaran Allah yang menjadikan makhluknya berbagai bentuk dan keadaan.

Jangan sangka, obor-obor yang nampak kelihatan seperti lembut, manja dan lemah gemalai itu sebenarnya lemah dan tidak bermaya.

Manusia juga begitu, jangan sangka, orang yang kita lihat lemah lembut di hadapan kita itu sebenarnya sopan santun, kadang kala, ia lebih hebat memaki dan menghamun dari orang yang nampak kasar.

Sebab itu apa kata Allah:-

Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bertaqwa pada Allah.

Semoga kita terus meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

15 Syawal 1431/24 September 2010 jam 6.45 petang

IMG_2227

Penduduk asal pulau ini adalah Islam

IMG_2228

Kita tidak mempunyai masalah untuk mencari makanan halal di sini

IMG_2229

Penjual di pulau Phi Phi

IMG_2230

Sekitar pulau Phi Phi

IMG_2231

Suasana di sini lebih cantik dari di Phuket

IMG_2233

IMG_2234

Monday, September 27, 2010

Jawapan Pada Persoalan 120

Alhamdulillah, dapat saya melihat soalan yang diajukan

Guest slps haid krg, sy bpuasa pd 6 n 7 ramadhan. ttp pd 8 ramadhan haid keluar semula. adakh puasa sy pd 6 n 7 ramadhan dikira atau perlu d ganti 2010-08-23 5:21 PM

Maksima haid 15 hari, jika di tengah-tengah tu, berhenti, maka wajib solat, kemudian datang semula, maka tak wajib ketika itu. Dalam kes puan tidak perlu diganti

azrinkun baru belajar apakah sah sembahyang subuh jika trtingal doa kunut...doa qunut bukanwajib.. 2010-08-23 8:19 AM

Solat subuh tersebut sah, doa qunut hukumnya sunat

liza salam ustaz, kenapa bila berqiamulail di masjid/surau, lampu tempat bersolat itu ditutup?bukan kah makruh hukumnya solat di dalam gelap? 2010-08-23 5:16 AM

Kena tanya pentadbir surau tu, mungkin cara mereka mencari kekhusuyukan dengan begitu

nazlin salam ustaz. alhamdulillah saya dapat mendengar azan dari 5 buah masjid atau surau padasetiap waktu. soalan saya, haruskah saya menjawab semua azan 2010-08-23 4:57 AM

Sebaiknya begitu, tetapi jika tidak mampu, jawab yang pertama sekali dengar

hamba Allah salam ustaz,soalan saya..adakah Syeikh dr keturunan Rasullullah?2010-08-23 3:40 AM

syeikh mana?

Guest Jasin Saya akan bermadu, Saya hanya meminta giliran saya sebulan 1 kali sahaja. Apakahsuami saya berdosa kerana tidak adil maebuat giliran? 2010-08-23 3:26 AM

Jika puan telah merelakan giliran sedemikian, tak apa, melainkan jika sebulan itu pun suami tak mampu nak beri

shidi ustz,klu sy nak byr fidyah utk arwah ayah sy camner,nak kira dr mana?puasanya sy kena gantikan ke? 2010-08-24 3:34 AM

Kiralah sekadar yang kita tahu, puasanya tidak perlu tuan gantikan melainkan jika dia ada berwasiat

ziha arwah datuk & nenek saya masa solat ada baca doa setiap selepas salam yang akhir tiap kalisolat fardu.kdg saya ada terbaca jgk.bole ke ,apa hukumnya? 2010-08-24 1:53 AM

boleh

ana anak derhaka ke saya jika tidak blk kg hari raya, kirim duit dan brg raya sahaja saya takdapat jaga ibadah solat di kg kerana ahli keluarga tak sembahyang, sy tak kuat iman,berdosa kesaya jika tak balik ke kg macamana nak ckp kat mak dan ayah supaya mereka tak kecil hati takblk kg,iman sy tak kuat,dah nasihat kluarga tp blm ada perubahan,sy takut nak balik2010-08-24 12:03 AM

Sewajarnya pulang juga ke kampong untuk berdakwah, puan perlu kuatkan iman dan jati diri, berdakwah dan menegur tidak semestinya dari tutur bicara, tetapi juga dengan akhlak dan kadang kala, kita akan lebih memperbaiki diri menerusi nasihat yang kita berikan pada orang lain

peach pd bln januari sy menerima wang imbuhan persaraan.perlukan sy membayar zakat pd thnini? wang simpanan di tabung hj perlu bayar zakat atau tidak? 2010-08-23 11:59 PM

Tabung haji dah dibayarkan, wang imbuhan walaupun tidak ada hadis mengenainya, sebaiknya keluarkan zakat kerana ia juga sebagai harta yang kita dapat seperti pendapatan

Hanna Ustaz, bagaimanakah aurat semasa sedang buat kerja-kerja dapur? Bolehkah sinsinglengan hingga ke siku depan ipar duai? 2010-08-24 8:33 AM

Hukum memang tidak boleh menampakkan aurat dihadapan ipar, cubalah cari jalan yangterbaik dalam menutup aurat tersebut, yang tak mampu, minta ampun pada Allah

HZ macam mana nak hilangkan was was semasa wuduk? Tolong saya ustaz...2010-08-24 8:25 AM

Amalankan istia’zah sebelum mengambil wudu

HZ slm..saya tak pasti semasa saya solat saya kentut @ tidak. Mungkin angin keluar sendiri, taksengaja & kerap.Saya ada buasir lama.Keliru & was was. 2010-08-24 8:23 AM

kalau tak pasti, maka tak batal. Dalam kes buasir, tuan telah dikira sebagai keadaan yang darurat, buatlah semampu yang boleh,

KTM Lailatul Qadar ditetapkan pada satu tarikh yang tetap atau berbeza-beza mengikutkehendak Allah. 2010-08-24 8:10 AM

Kalau mengikut hadis yang nabi menganjurkan agar dihidupkan malam ganjil pada hujung Ramadhan, maka ia bermakna berbeza

KTM Apakah Status Muhrim di antara Bapa dan Anak Menantu Perempuan setelah diceraikanoleh anaknya? Batal atau Tidak . Jika Menantu Perempuannya 2010-08-24 8:05 AM

Tidak batal wudu

Guest Salam. Bagaimana cara nak minum air zamzam? Tk 2010-08-24 7:44 AM

Seperti cara minum air lain, cuma niatkan dengan yang baik-baik seperti kesembuhan

Jasmani aslmkm ustaz.sy ingin mgetahui mana satukah masjid al-aqsa yg sbnr 1.masjid kubahkuning atau 2.yg bsebelahan yg bkubah gelap.Wslm 2010-08-24 5:31 AM

kubah gelap

Guest salam..sy ad terbc di dlm 1 lmn blog yg menyatakn bahwa trdpt hadis sahih ygmnyatakn apabla keringnya tasik galilee, maka turunlh Nabi Isa kebumi. benarkah ustaz?2010-08-24 5:02 AM

Wallahualam, saya tidak menemui hadis ini, tetapi, perkara yang saya tidak temui bukan bermakna tidak ada, minta rujuk ustaz lain

Hamba Allah Ustaz, boleh tak kita berkawan dengan non-muslim, terutamanya yang Nasrani??2010-08-25 5:43 AM

Boleh dan dakwah dia

Guest Salam.Ustaz, apa hukum gantung gambar (keluarga, perkahwinan, dsb) di dalam rumah?2010-08-25 5:18 AM

Boleh hukumannya, Cuma jangan sampai mengagungkan gambar tersebut sudahlah

Wan salam uztaz,betulkah kalau seorang lelaki wajib memakai `underware` untukbersolat..kalau tak pakai boleh batal pasal ada pergerakan pada kemaluan. 2010-08-25 2:42 AM

Tidak wajib kerana anggota badan yang tidak boleh kita kawal seperti kemaluan yang bergerak, buah dada yang melayut, daging lebihan yang terjuntai, tidak membatalkan solat.

Amni Salam, ustaz, saya dan suami duduk berjauhan kerana tempat kerja yang di negeri yangberlainan. maka, untuk zakat fitrah, perlukah saya bayar di tempat negeri saya kerja atau bolehkah suami bayarkan ikut kadar negeri yang dia bekerja? 2010-08-25 2:22 AM

Dua-dua boleh

Guest Salam ustaz. Saya lihat org mengangkat tangan semasa berdoa berbagai. Bagaimana carapaling baik? Tk 2010-08-25 12:06 AM

kiblat doa adalah langit, maka hadapkan tapak tangan ke langit

siti salam. ustaz, saya selalu solat sunat tahjud, taubat, hajat, etc.. masa tunggu masuk solatsubuh tapi tak penah buat solat witir. Boleh ke? Salah ke? 2010-08-26 1:06 AM

boleh, tapi afdhalnya, tutuplah solat malam dengan witir

Guest salam, Saya telah buat solat witir 3 rakaat selepas terawih disurau, bagaimana jika selepasitu saya lakukan solat hajat dan solat sunat yang lain 2010-08-26 12:16 AM

Boleh

lin slm ustaz, dah b'bulan2 ditimpa kesusahan hidup.msh sedaya-upaya bsabar tapi makin harimakin tipis.apakah cara t'baik m'rawat hati yg sedih? 2010-08-25 5:11 PM

Setelah 7 tahun sakit, Nabi Ayub berkata, aku malu ingin mengeluh pada tuhanku kerana aku telah diberi kesenangan selama 40 tahun, sakit baru 7 tahun……

Ambillah iktibar dari kisah ini, banyakkan berdoa dan bersabarlah…

Guest sy tlh mengeluarkan wang KWSP pd umur 50thn sbnyak rm23 600 dan terus digunakanutk beli rumah. adakah sy perlu mbyr zakat.berapa jumlah nya?? 2010-08-25 3:20 PM

Bayar 2.5% untuk keberkatan

Guest salam.apakha hukum lari drpd income tax.berdosa kah 2010-08-25 10:27 AM

Dengan cara menipu, berdosa, kalau dah berlaku, bertaubatlah…

Syuhada Assalam Ustaz, boleh x ustaz cdgkan amalan2 utk muslimah yg brhadas diwakturamadan selain drp berzikir n bersedeqah. terasa rugi x boleh brsolat 2010-08-26 5:45 AM

Amalan tidak semestinya ditikar sembahyang, banyak lagi perkara yang boleh melahirkan pahala

fatimah ustaz, anak angkat boleh tak dikira dlm kiraan zakat? RM2000 potongan tahun 2010.2010-08-26 5:45 AM

Boleh jika dia bukan di bawah tanggungan nafkah puan

Guest Salam ustaz rezeki manusia telah tertulis dan ditentukan oleh Allah sebelum manusia itudilahirkan lagi jikalau contoh tuhan sudah tentukan rezeki itu kadar mencukupi saja tiap tiap

bulan,tetapi jikalau orang tu berdoa byk2 solat hajat dgn byk semangat penuh dgn pengharapansupaya rezekinya berubah menjadi seorang yang kaya dari segi wang ringgit dan berjanji akanmenjadi seorang yang dermawan jujak menolong orang susah jikalau Allah kabulkan, jadibolekah rezeki yg telah Allah tentukan sebelum kita lahir berubah takdir jika kita byk berdoa?2010-08-26 4:52 AM

Dalam hadis, nabi bersabda, antara yang dapat mengubah ketetapan adalah doa

Amni seorang pensyarah yang free dari apa2 jadual mengajar bolehkah bekerja diluar padawaktu pejabat? 2010-08-26 2:55 AM

tengok akad ketika kerja

Guest ada tak doa utk khusyuk solat? 2010-08-26 2:52 AM

Dalam bahasa Melayu pun bagus

ZETTY Salam,bnarkh kita dlarang buka takbir ry sblum hr raya sbb org dlm kubur aknmenangis? sdgkn ia agungkn Allah..minta nasihat 2010-08-26 7:08 AM

Ia cuma hikayat orang melayu

fatimah ustaz, kalu suami meninggal isteri dapat pencen. kene kira zakat gak ke bini itu2010-08-26 7:07 AM

Kalau melebihi nisabnya, kena

fatimah usatz,saya dah 2 bulan tak datng haid. lepas 2 bulan ada pendarahan. tapi tak bau, tak dekaler mcm haid, jd saya anggap istihadhah n solat. Betulkah 2010-08-26 6:59 AM

jika sudah faktor umur memang mengandaikan puan telah terputus haid, maka yang datang dikira istihadah, jika puan masih muda dan dari segi adat memang boleh datang haid, maka di kira haid

fatimah ustaz tlg perincikan yg mana kene bayar fidyah. lupa la. org mengandung tak pose sbbdoc tak bagi atau org yg mnyusu takut susu kering. 2010-08-26 6:55 AM

Jika membatalkan kerana bayi kena fidyah, jika membatalkan kerana mudharat diri sendiri, tak kena fidyah

fatimah masa kawan saya kahwin dulu, dia wat majlis bersanding. make up sebelum zuhur. makdia cakap solat boleh jamak ngn asar.cam lain bunyi nye. 2010-08-26 6:52 AM

A ah lah… macam lain aje bunyinya tu...

Doraemon Salam Ustz, apakah hukum bg org islam yg diupah menjadi jurugambar/mak andam/penghias dsb bg majlis perkahwinan/upacara keagamaan org kafir? TQ2010-08-26 5:57 AM

Syubhat

Tetamu ustaz, kenape sy tgk di televisyen di Mekah solat terawih gayanya lain?mereka ikotmazhab apa? 2010-08-26 5:47 AM

solat sama, cuma tak ada selawat antara solat

fatimah ustaz, katalah kita nak musafir. boleh ke kita stat jamak ngan qasar kat umah?2010-08-26 5:46 AM

Tak boleh, mesti keluar dari qariah dulu

fatimah ustaz, saya ada dgr ustaz kat skudai cakap kalu bermusafir boleh tak puasa. tapi kenestat musafir sebelum subuh? betul ke? 2010-08-26 5:46 AM

tidak semestinya

kira salam.. ustaz, kwn saye hfl ayt hfzn kmdian mmbcanya dpn ustzh, ttpi ktika itu dia sdguzur.. sye tanye blh ke.. dia kate bace 1 ayt jer. boleh ke? 2010-08-27 5:17 AM

Untuk belajar dan untuk zikir tak apa, tapi kalau diniatkan baca quran, tak boleh

fatimah ustaz, dlm jwpn pada persoaln 103, ustaz kata belangkas tak halal. blangkas cam penyuustaz. yg org mkn telur dlm badannya bukan dia.jd halalkan? 2010-08-27 1:33 AM

Bagi haiwan seperti itu, telurnya halal selagi tidak memudhratkan

A'in bilakh waktu brmula solat sunat tarraweh dan tamat waktunya,bolihkh dtunaikn pd waktusahur 2010-08-27 1:27 AM

Solat tarawih bermula pada selepas isyak hingga masuk waktu subuh

azizah salam..saya ingin bertanya,di masjid tadi..saya nak rapatkan saf..tapi jemaah di sebelahberbisik..jangan lah rapat-rapat sangat..apakah pendpt ustaz. 2010-08-26 3:06 PM

Mereka masih kurang ilmu lagi

Guest ustaz,sy bekerja sbg collector.apa hukum klu kita paksa customer bayar kerana kita inginmengejar target.klu tak bos akn marah 2010-08-26 1:51 PM

boleh asal jangan sampai menzalimi

fatimah ustaz, kawan saya eksiden. kaki kene balut sampai lutut. kene wuduk dulu tapi takyahbasuh kaki kan. pastu taymmun. Betulke 2010-08-26 8:20 AM

Ya

Guest salam ustaz, kalo wanita yg sdg uzur syari'e rambut2 nya yg gugur perlu di simpan utkdimandikan wajib sekali sesudah habis uzur atau pun tidak? tq. 2010-08-28 3:05 AM

Elok disimpan, kemudian dimandikan sekali

adam assalamulaikum usatz...1 pertanyaan..wajarkah kita sebagai umat islam mempelajari ilmuminda separa sedar..? 2010-08-27 5:09 PM

Semua ilmu harus dipelajari , Cuma ilmu yang jahat, haram mengamalkan

fatimah sy pnh bwk muallf gi phn zakat.dia ngandung anak luar nikah.mak dia buang dia.diakeje kene buang.kwn sara dia.MAIJ bagi lynn buruk.malu sy ngn muallf 2010-08-27 6:09 AM

Boleh buat aduan

Guest batu nesan ni sebagai tanda tetapi jika kita melengahkan meletakkan tanda batu nesansebagai tanda kubur si mati terasa seperti kita tidak memperduli memperdulikan kepentingan simati...apa pendapat ustaz. 2010-08-29 12:34 AM

Maka jadilah kuburnya tidak bertanda…. Jika kemaslahatan meletakkan itu tinggi, maka kena letakkan segera

ummu najhan adkh batal puasa org yg skit asma bila sdut ubt(inhaler) atau sdut oksigen kt wadkecemasan? 2010-08-28 10:41 PM

Tidak batal, telah ada fatwa

ummu najhan maaf ustz,trtggal 1 prktaan,adkh wanita yg skit nk brslin wjb solat.skt kul 5 pg trsmsk dwn brslin tp dktr ckp kul 8 br brslin. 2010-08-28 10:39 PM

wajib, solat semampu yang boleh

Guest Ustaz, kalau join imam utk solat maghrib pd rakaat ke3 sblm rukuk. Lepas imam bagisalam, kena buat 2 rkaat lagi dgn 1 tahiyat atau 2 tahiyat 2010-08-28 6:20 PM

2 rakaat

khar ustaz,bgmana nak membuang perasaan negatif yg kita rasa terhadap org2 di sekeliling kitayg memang selalu buat perkara tak elok?hati selalu terkenang 2010-08-29 11:31 PM

Minta dengan Allah

Fendy-Nur Akmal salam ziarah ustaz..kami pasangan student uitm shah alam yang baru jeberkahwin..selalu trserempak dgn ustaz di PKNS Shah Alam.minta doa ustaz utk kmi Minta izinustaz kami link kan blog ustaz dgn blog kami di ruangan bloggers ustaz di blog kami ..tq u r thebest! 2010-08-29 8:19 PM

Insyallah, silakan dan selamat pengantin baru, saya kalau ke PKNS biasanya ada kuliah kat situ, jemputlah hadir sama…

simpati salam,ustaz.ape hkum llaki kawen ngaku bujg,sdgkn dh b'istri,baik,tgh ngandung,tpsibuk2 lyn pmpuan lain.istri mrjuk,dimarah.mkn n tido asing2,fasik x 2010-08-29 4:20 PM

kalau mengekalkan perbuatan itu tanpa rasa bersalah dan bertaubat, maka fasiq

Guest ustaz, apa DOA terbaik utk ibu dan abg suka menghina ahli keluarga?2010-08-29 4:19 PM

Doakan dalam bahasa Melayu pun tak apa,

yuana ustaz, setiap org membayar rm10 sebulan untuk khidmat fotokopi nota kuliah. pihakkedai memberi diskaun dengan percuma 10 keping nota. Bolehkah bendahari kelas dan tukangphotostat dikecualikan membayarnya? 2010-08-29 6:56 AM

Niatkan untuk upah menguruskan, kerana ikhlas tidak menafikan hak

anisah salam ustaz. batal tak wudhu kalu kita sentuh budak lelaki bawah 10 thn yg bukanmahram kita? 2010-08-29 5:23 AM

kalau budak belum baligh, tak batal

fatimah ustaz.kilg saya bagi peruntukan RM1000 utk perubatan.saya beli vitamin C utksupplement n claim. takpekan sbb peruntukan2 sy punya n kilg xrugi apa2. 2010-08-30 2:57 AM

kalau itu keperluan untuk kesihatan, tak apa

fatimah ustaz, warna rambut dgn inai shj.pewarna lain biarpun tak kalis air haram sebb nabi ckpinai je. benarkah ayat ni? jadi bini pun tak leh kaler ngn warna selain inai utuk suami.benarkah?2010-08-30 1:27 AM

Ya

fatimah ustaz, buatlah tajuk solat ketika nak bersalin dlm rcngan tanyalah ustaz.kdg2 ibu2sampai 16 jam kat wad, kluar ketuban, darah, ustaz bagilh tau cara 2010-08-30 1:23 AM

insyaAllah

khar ustaz,kalu hati masih berat nak memaafkan org ,apa perlu dibuat?kalau maafkan tapi tidakmahu bertegur bolehkah? 2010-08-30 12:58 AM

kena baiki lagi hati

mus73 ii) Boleh saya bayar zakat harta kepada nenek saya yang tiada sara hidup. T kasih ustaz.2010-08-30 12:54 AM

Nenek tidak boleh dapat zakat, kalau dia susah, maka cucu tu kena bagi nafkah

mus73 uataz: i)Perlukah saya berniat sebagai imam ketika saya sembahyang jemaah bersamanak saya yang belum baligh. 2010-08-30 12:51 AM

sunat untuk dapatkan pahala berjemaah

fatimah ustaz,status puasa jika korek idung ada khilaf ulamak benarkah?sy berpgg kpd tidakbatal, bolehkan? 2010-08-30 8:47 AM

Kalau hingga bahagian yang dalam, maka batal

Guest saya ada sedikit kemusyikilan tetang aurat muka bahagian dagu. sehingga aras manabahagian bawah dagu dikira sebagai aurat dan perlu ditutup. 2010-08-30 5:08 AM

Khilaf, ada pendapat mengatakan dagu juga perlu ditutup, ada yang berpendapat, dagu tidak termasuk

Guest ustaz, apakah hak anak2 mangsa cerai, beraya bersama ibu atau ayah? anak2 nak berayadgn ibu tapi dipaksa ayah utk raya bersama dia. 2010-08-30 4:55 AM

Mana-mana yang baik untuk kebajikan anak

aida salam ustaz. kalau niat qadha puasa x boleh batalkan puasa sesuka hati. tp kalau sebelumni slalu batalkan puasa qadha krn kejahilan@ kurang iman, mcm mcmana ustaz, kena qadhakan2 hari atas satu hari yg tinggal puasa ke ustaz? 1 hari sbb yg tinggal puasa dan 1 hari lg sebabtinggal puasa yg patut pu 2010-08-30 4:06 AM

Yang lepas tu, tak apa. Gantikan satu hari untuk satu hari yang tertingal tanpa ada tambahan

 

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Isnin 18 Syawal 1431/ 27 September 2010

Friday, September 24, 2010

al-Ijabah 72 – Rentetan Kanak_Kanak HIV

20 September 2010, jam 12 tengah hari, saya berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dari Hospital membincangkan mengenai kanak-kanak HIV muslim yang berada di bawah jagaan bukan Islam.

Ramai yang mula menghubungi saya mengenainya. Saya berharap semua kita bersabar kerana saya dan sahabat-sahabat sedang meneliti cara dan kaedah terbaik untuk itu.

Yang penting doakan yang terbaik. Amin…

Aritkel terdahulu

http://www.ustazamin.com/2010/09/al-ijabah-71-kanak-kanak-hiv-muslim-di.html

“al-Ijabah ladang amal memburu keredhaanNya”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

15 Syawal 1431/24 September 2010 jam 6.00 petang

IMG_2318

Wad HIV Hospital Sungai Buloh

IMG_2319

Kunjungan ukhwah bersama sahabat di Hospital Sungai Buloh

Universiti Kehidupan 166 – Yang Tersirat Dari Publisiti “Maya Bay”

17 September 2010, kami meneruskan lagi perjalanan dan kali ini kami singgah di “Viking Cave” atau “Pirate cave”yang terkenal dengan sarang burung.

Di sini dinamakan “Viking Cave” beratus tahun dulu,pernah menjadi pertempuran antara lanun dan kerajaan Siam dan lanun tersebut bersembunyi di dalam gua ini beberapa bulan dengan hanya memakan sarang burung” kata pemandu pelancong.

Tidak turun pun di sini, kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ini kami singgah di “Maya Bay”. Maya Bay terkenal dengan aktiviti menyelam. Tetapi, batu-batu karang di sini sebenarnya tidaklah secantik pulau Tioman dan Sipadan.

Satu ketika dahulu, saya pernah terfikir mungkin cerita-cerita orang hanya untuk membanggakan Tioman dan Sipadan, tetapi memang sungguh. Batu karang di sini kebanyakkannya sudah mati.

Maya Bay mula terkenal selepas tahun 2000 selepas filem “The Beach” lakonan Leonardo DiCaprio dibuat di sini.

Tetapi, di dalam filem tersebut, penerbit telah mengubah bentuk asal pulau ini dengan ditanam banyak pokok kelapa dan mengubah beberapa bentuk asal pulau ini. Akhirnya, penerbit filem “Fox Production” telah berhadapan dengan saman dan ganti rugi.

Tsunami yang berlaku pada 26 Disemberi 2004 menjadikan pulau ini semakin cantik.

Saya bertanya dengan pemandu pelancong:-

“Sebelum tahun 2000, ramai tak orang mengunjungi pulau ini?”

“Tak ada pun, selepas filem “The Beach” keluar, baru ramai orang datang ke sini? Katanya.

Begitulah pentingnya promosi atau publisiti di dalam sesuatu perkara. Kita perlu perkenalkan kepada orang ramai untuk orang mengenalinya.

Jika kita ingin tahu, begitulah juga Islam. Ia perlu diperkenalkan kepada manusia agar manusia merasakan keindahannya. Bukan sahaja pada orang bukan Islam, tetapi pada orang Islam itu sendiri.

Hari ini, bukan sahaja orang bukan Islam yang memaki Islam, tetapi orang Islam sendiri pun memaki dan menghina Islam.

Ilmu mempromosikan Islam dipanggil sebagai ilmu dakwah. Jika Islam itu syumul sifatnya, maka dakwah juga perlu syumul. Jika Islam itu untuk semua bangsa dan tempat, begitu juga dakwah, perlu di sampaikan kepada semua bangsa dan tempat.

Allah telah berfirman bahawa, kelebihan umat Muhammad SAW sehingga menjadi umat yang yang istimewa kerana sifat suka berdakwahnya. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa:-

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah

(Surah Ali Imran ayat 110).

Semoga kita termasuk di dalam sebaik-baik umat seperti yang dikisahkan di dalam al-Quran ini.

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Phi Phi Don Island.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

15 Syawal 1431/24 September 2010 jam 5.30 petang

IMG_2177

Viking Cave, di tengah pulau jernih kehijauan

IMG_2180

IMG_2202

Maya Beach hanya terkenal setelah filem “The Beach” tahun 2000

IMG_2207

Setelah keluarnya filem tersebut, tempat ini terus menjadi terkenal dan menjadi kunjungan pelancong

IMG_2208

Batu kapur yang membentuk seperti payung di pantai Maya

IMG_2218

Ketika lakonan dibuat, tempat ini ditanam dengan pokok kelapa

IMG_2220

Begitulah kekuatan promosi dan publisiti….

Tuesday, September 21, 2010

Universiti Kehidupan 165 – Pemujaan Kemaluan….

Biasa dengar mengenai pemujaan?

Ya… selalu bukan….

Dalam tv dan akhbar dan kadang-kala menjadi perbualan di sekeliling kita.

Apa pemujaan yang biasa kita dengar?

Pemujaan pada roh, pada semangat padi, pada orang mati yang dianggap keramat, pada kubur dan sebagainya.

Kenapa manusia memuja?

Kerana ada rasa kagum atau terhutang budi.

Itulah yang saya pelajari ketika saya melintasi padang pasir Kavir -e-Lut di Iran, padang pasir yang mempunyai senario bintang yang sangat cantik lagi mengagumkan sehingga ada orang yang menyembah bintang, dan penyembah bintang ini masih lagi wujud sehingga sekarang di Iran.

Tapi pernahkah kita mendengar orang yang memuja kemaluan?

Ya mungkin pernah dan mungkin kita pernah melihat dokumentari mengenainya di Jepun, pemuja kemaluan berjalan dan berarak mengusung replika kemaluan.

16 September 2010, pagi ini, saya di ajak untuk melawat pulau sekitar Krabi. Mandi-manda memang seronok lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil yang teruja melihat laut sejuk kehijauan dengan pantai yang bersih lagi landai.

Kami balik semula ke chalet di Tonsai Beach pada jam 2 petang, waktu petang tidak ada program apa-apa.

Shahabudeen Jalil yang bersama di dalam rombongan kali ini mengajak saya untuk berkayak sekitar pulau ini. Katanya beliau begitu mahir di dalam berkayak dengan kemahiran menaikkan kembali kayak selepas terbalik.

Kami menyewa kayak di sini dengan bayaran RM 20 atau 200 bath dan boleh menggunakannya selagi terlarat.

Pusing beberapa pulau, kami singgah di satu pulau. Ramai juga yang berkayak sehingga ke sini, ada orang menjual jagung bakar dan air.

Di hujung pulau ada sebuah gua. Biasanya jika terdapat gua, pasti ada orang yang meletakkan patung dan memujanya. Saya menghampiri gua ini.

Di atas altar terdapat patung perempuan, yang lainnya hanyalah kayu-kayu tegak. Dari kejauhan, kayu ini seperti kayu biasa yang lurus dengan warna yang berbagai.

Setelah menghampiri gua ini, rupanya kayu ini diukir dengan kamaluan orang lelaki. Rupanya, disini adalah tempat memuja kemaluan.

“Isk, ada juga orang yang memuja kemaluan” saya membebel sendiri di hati.

Kita rasa pelik, tetapi itulah manusia dan pemikirannya. Allah sendiri suruh memerhatikan. Di dalam al-Quran Allah berfirman:-

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

(Surah al-Jathiyah ayat 23)

Saya memerhatikan sekitar gua kecil ini, penuh dengan replika kemaluan. Gadis-gadis Eropah yang datang ke sini dengan tergelak-gelak tanpa silu memegang-megang replika kemaluan dan mengambil gambar bersamanya. Ada yang memeluknya dan ada yang beraksi  dengan gaya yang tidak senonoh.

Di dalam Islam, kita disuruh mengagungkan Allah sebagai pencipta. Di suruh kita memujaNya walau di mana kita berada. Di suruh kita selalu mencari keredhaanNya di dalam amalan kita.

Jika kita tidak memuja Allah, kita akan memuja benda lain. Bermula dengan pemujaan dunia hingga pada perkara tidak senonoh seperti pemujaan syaitan dan nafsu.

Saya menghela nafas panjang, mempelajari sesuatu tentang diri manusia. Manusia tanpa hidayah akan menjadi zalim dan jahil sekalipun di dalam akalnya terdapat  ilmu yang banyak. Al-Quran sendiri mengakui bahawa:-

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh

Surah al-Ahzab ayat 72

Untuk menjadi manusia yang dapat membezakan yang baik dan buruk, kita perlukan hidayah dari Allah. Sebab itu, jangan jemu dan lalai dari berdoa untuk memohon hidayah.

Semoga kita terus bercita-cita dan berusaha ke arah hidayah Allah. Sedikit cita-cita dan usaha untuk menjadi baik pasti akan diperbaiki Allah, insyaAllah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

11 Syawal 1431/20 September 2010 jam 11.45 malam

IMG_2122

Penerangan mengenai tempat ini

IMG_2123

Pemujaan kemaluan

IMG_2125

IMG_2126

IMG_2127

IMG_2130

IMG_2131

IMG_2132

IMG_2133

IMG_2134

IMG_2135

Petang di Krabi

IMG_2136

Ini yang basah ni, sebab dua kali terlungkup kat air :)

Sunday, September 19, 2010

Universiti Kehidupan 164 – Danau Phi Phi Leh dan Pengalaman Iman Tamim Ad-Dari…

Hari ini, 17 September 2010, kami menuju ke Pulau Phi Phi Don. Pulau ini lebih dikenali sebagai pulau perlancungan sebelum orang mengenali pulau Phuket lagi.

Kami menaiki bot laju dengan kelajuan 400 kuasa kuda, merentasi laut biru dan hijau. Angin laut membuatkan mata seakan mahu tertutup, mengatuk.

Pulau-pulau di Thailand ini memang sangat cantik. Ia cantik kerana pulau-pulau ini dikelilingi bukit bukau setinggi bangunan lima tingkat dan mungkin lebih lagi. Jadi, ada sesetengah tempat, ia seperti kolam renang yang besar ditengah-tengah bangunan.

Dan, antara tempat yang agak menakjubkan ialah di Phi Phi Leh Lagoon (danau).

Di Phi Phi Leh Lagoon, danaunya seperti satu kolam renang yang luas yang dikelilingi bukit-bukit dari batu kapur. Ketika bot memasuki kawasan ini, ia seperi masuk ke dalam lembah rahsia.

Air yang kehijauan menjadikannya lebih cantik. Cahaya matahari yang agak suram dan tertutup dengan bukit batu kapur menjadikan ia seperti agak suram. Mujur tidak ada ada kabus dan asap.

Saya teringat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Ia mengisahkan mengenai Tamim ad-Dari yang memasuki sebuah danau dan bertemu dengan dajjal.

Lebih tepat hadisnya seperti ini :-

Dari Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Oleh kerana hadis ini disebut dari Madinah, jadi timur Madinah adalah mana-mana bumi selepas Madinah. Berbagai pendapat mengenainya sehingga ada yang berpendapat ia akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu aalm.

Kami tidak lama di danau Phi Phi Leh. Saya mengamati dan cuba membayangkan bagaimana perasaan Tamim ad-Dari yang bertemu dengan dajjal itu.

Sudah tentu menambahkan lagi keimanannya. Kita yang membaca hadis ini juga sudah kagum dengan pengalaman imannya, bagaimana beliau dan orang yang bersamanya.

Setelah melihat keindahan danau Phi Phi Leh ini, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan.

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Syawal 1431/19 September 2010 jam 11.00 ,malam

IMG_2184

jalan masuk ke Phi Phi Leh Lagoon

IMG_2185

Ia seperti masuk ke lembah rahsia

IMG_2187

Pemandangan jalan masuk

IMG_2188

Teringat saya pengalaman iman Tamim ad-Dari yang bertemu dajjal

IMG_2191

Suasana suram dan air yang hijau menambahkan lagi kecantikannya

IMG_2192

IMG_2200

Jalan keluar dari Phi-Phi Leh Lagoon