Tuesday, June 29, 2010

al-Ijabah 60 – Perhimpunan Dua Rumah…

Ahad 27 Jun 2010, jam 9.00 pagi. Anak-anak Ijabah dikunjungi oleh Persatuan Islam Subang Jaya. Mereka terdiri dari orang-orang besar masjid sekitar Subang Jaya. Alhamdulillah, mereka telah menyumbangkan dua buah printer untuk anak-anak al-Ijabah.

Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi oleh seorang ustaz jemputan. Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama di dalam usaha membela anak yatim dari sudut tarbiah dan pembelajaran mereka.

Pada waktu petang pula, semua anak yatim dan tahfiz al-Ijabah berkumpul di rumah saya. Tidak ketinggalan juga penghuni-penghuni rumah HIV Darul Ukhwah.

Petang ini, bacaan selawat ad-Dibae yang biasa dibuat pada petang Ahad, dibuat di rumah saya.

Selepas Asar, anak-anak Ijabah telah mula sampai dari asrama mereka. Begitu juga penghuni HIV Darul Ukhwah.

Jam 6 petang, kedua-dua rumah kebajikan di bawah Yayasan al-Ijabah ini bersama-sama membaca bait-bait selawat.

Saya memandang penghuni Darul Ukhwah, Alhamdulillah, syukur pada Allah. Keberadaan mereka di majlis ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi yang baik bahawa mereka tidak dipinggirkan.

Bagi anak-anak Ijabah pula, satu suasana yang harmoni apabila mereka dapat berbual dan banyak pengajaran yang dapat ditimba dari abang dan pakcik dari Darul Ukhwah ini.

Paling kurang, iktibar dari kehidupan yang lalu yang telah ditaubatkan.

Biasanya, kalau mereka mendengar kisah-kisah iktibar, kebanyakkannya dari lisan para guru mereka. Tapi dengan adanya Darul Ukhwah, mereka dapat berbual dan mengambil iktibar secara langsung.

Kewujudan dua buah rumah yang berbeza latar belakang ini, mudah-mudahan menjadi ladang amal bagi sesiapa sahaja yang bersama-sama membantu.

Bagi Darul Ukhwah, kita sedang merancang satu program besar bersama Universiti Malaya pada 31 Julai 2010. Satu lagi program kesedaran untuk menghilangkan stigma masyarakat pada golongan ini.

Kita juga akan mara setapak lagi iaitu ke arah pembinaan rumah HIV wanita muslimah pula, iaitu bagi golongan wanita pula.

Ini kerana, terdapat banyak juga pesakit HIV wanita yang tidak dibela.

Harap di doakan agar ia terus dibantu Allah dan dipermudahkan jalannya.

“Mengharapkan Kepulangan Yang Diredahi”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

17 Rejab 1431/29 Jun 2010 jam 10.30 malam

Kunjungan Persatuan Islam Subang Jaya ke Rumah al-Ijabah

IMG_9997

Petang, semua anak yatim dan tahfiz al-Ijabah dan rumah HIV berkumpul untuk membaca selawat

IMG_9996

Para muslimah

IMG_0007

Pembacaan selawat bersama-sama

IMG_0021

HIV telah difatwakan sebagai golongan Riqab (yang terhamba), ada ganjaran besar bagi orang yang membantu golongan ini.

Diari 229 - “Pengurusan Akhirat….”

“Masjid Saidina Umar al-Khatab, kat mana ye?” Tanya saya kepada seorang sahabat ketika saya ingin ke sana kerana jemputan menjadi ahli panel program minum petang di masjid ini.

“Ok, ustaz ke sini dan kesini… …..” jelas sahabat saya menunjukkan jalan melalui telifon, rupanya, yang ditunjukkan adalah masjid lain.

Saya menghubungi urusetia program dan akhirnya berjaya juga sampai ke tapak majlis.

Hari ini, 26 Jun 2010 jam 3.00 petang, saya memenuhi program minum petang yang dianjurkan oleh Perkumpulan Wanita Islam Bukit Damansara (PERWIDA).

Sewaktu, pengerusi PERWIDA berucap, ia memberi taklimat mengenai Perkumpulan ini.

Wah.. memang aktif, dari program ceramah, tilawah al-Quran hinggalah kepada membantu mangsa bencana alam.

Memang aktif persatuan wanita ini.

Sebenarnya, bangsa Melayu memang mempunyai wanita yang bergiat aktif di tengah masyarakat. Dari sebelum merdeka lagi perkara ini telah biasa.

Ia mempunyai kesamaan dengan wanita Iran yang turut serta bergerak di tengah masyarakat.

Saya dengan izin Allah telah banyak mengembara ke Negara-negara Islam. Saya melihat, bangsa muslim yang tidak melibatkan peranan wanita adalah Arab. Bangsa muslim lain, wanitanya berperanan membangunkan masyarakat.

Cuma, walaupun wanita berperanan, ia tetap mempunyai batasan syariat. Ia adalah untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri dan memelihara golongan ini agak tidak dieksploitasikan.

Berbalik pada kisah di masjid Saidina Umar al-Khattab, ceramah pada minum petang hari ini bertajuk “Pengurusan Akhirat”, satu pengurusan yang sama penting dengan pengurusan-pengurusan yang lain. Kalau di luar sana ada pengurusan masa, pengurusan pejabat, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan dan berbagai-bagai lagi, dalam Islam, kita ada pengurusan akhirat.

Akhirat merupakan sebahagian dari hidup kita dan kita hendaklah sentiasa bersedia untuk berpindah ke sana.

Amat beruntung jika seorang yang membuat persediaan untuk hari akhiratnya dan amat rugi jika seseorang itu terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga dia lupa membuat persediaan untuk ke sana.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

(1) Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (2) sampai kamu masuk ke dalam kubur (surah al-Kauthar ayat 1-2)

Sebelum kita bertemu Allah, ada tujuh perkara yang perlu kita buat sebagai pengurusan akhirat kita.

1. kita kena pastikan rukun iman kita telah dijaga dengan baik

2. kita kena pastikan rukun Islam kita telah sempurna

3. telah berusaha mendapatkan solat yang khusyuk

4. telah meninggalkan perkara haram

5. telah menulis segala hutang

6. telah memperbanyakkan taubat

7. telah membuat amalan yang kekal pahalanya.

Amalan yang kekal pahalanya menurut hadis ialah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.

Semoga, kita sentiasa bersedia membuat pengurusan akhirat dan semoga, perpindahan kita ke alam seterusnya di dalam keadaan kita telah membawa bekalan yang sebaik-baiknya. Dan ketahuilah, sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 Rejab 1431/29 Jun 2010 jam 10.00 malam

Puan Asnah, pengerusi PERWIDA

Tajuk ceramah petang ini ialah “Pengurusan Akhirat”

Peserta petang ini

Friday, June 25, 2010

Diari 228 - “Kisah Guru Tahfiz…”

Dua tiga hari ini, saya dikunjungi oleh beberapa orang ustaz tahfiz yang ingin meminta kerja dari saya.

Jadi guru tahfiz ini macam kerja lain sebenarnya, cabarannya besar. Dan satu konsep yang agak kurang tepat apabila, guru tahfiz ini dipaksa untuk berkhidmat dengan “ikhlas”.

Dan takrifan ikhlas bagi sesetengah orang hingga menafikan langsung hak sesama manusia.

“kenapa ustaz berhenti dari sekolah lama?” tanya saya pada seorang ustaz yang mengajar tahfiz di satu sekolah yang dari pagi hingga pagi berikutnya, dialah warden, dialah guru, dialah tukang masak, dialah tukang basuh baju budak dan dialah segala-galanya.

“Saya tidak kisah sangat mengenai gaji ustaz, pentadbir hanya bagi saya RM300 sebulan, dah tiga tahun saya mengajar di situ, saya rasa saya mahu dapatkan lebih sikit untuk kirim pada keluarga di kampung” kata ustaz ini.

Saya terkedu sekejap.

Tengah hari Khamis, 25 Jun 2010, seorang lagi guru tahfiz datang untuk meminta kerja. Saya yang ada mesyuarat di Mofaz di Damansara mengajak sekali ustaz ini.

“Ustaz ikut ana, dalam kereta nanti saya interview ustaz” kata saya yang tak sampai hati nak tinggalkan dia di ofis saya walaupun kedatangnya tidak ada temu janji.

Saya sempat berbual-bual sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan pulang, ustaz ini berkata pada saya:-

“Ustaz, kawan saya pun nak minta kerja, boleh tak dia datang” katanya.

“Mmmm, datanglah..” jawab saya ringkas.

“Dia kena interview juga ke?” kata ustaz ini.

“A ah, macam anta lah, tapi kalau ana sibuk, kita interview dalam kereta macam tadi” jawab saya sambil tersenyum.

“Mmm, tak apa lah, selagi ada kemampuan, sama-samalah kita bangunkan anak-anak Ijabah ini” kata saya lagi.

Siapa di luar sana nak taja anak ijabah, tajalah gaji guru-guru macam ni.

Kalau dipilih untuk taja makan KFC dengan menaja ilmu, maka saya akan mengsyorkan agar anak Ijabah diberi ilmu. Ini kerana, dengan ilmu mereka semua dapat membina hidup. Bak kata pepatah cina:-

“lebih baik berikan seseorang itu pancing dari memberinya ikan”

Apapun, semoga yang terbaik untuk semua, untuk ustaz yang datang, dan untuk anak Ijabah semuanya, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Rejab 1431/ 25 Jun 2010 jam 1.15 pagi

Mesyuarat di MOFAZ di Damasara

Haji Fauzi (tengah) sedang menerangkan mengenai teknologi LED yang dibawa masuk ke Malaysia

Mendengar penerangan mengenai LED

Melihat contoh lampu LED

Semoga, sedikit kerjasama yang cuba disusun untuk Yayasan al-Ijabah, akan dapat membantu perjalanan rumah al-Ijabah dan rumah HIV muslim, jika ia berjaya….

Universiti Kehidupan 156 - “Zuriat Kita…”

Di tengah-tengah pembangunan pesat negara ini, terdapat gejala jahiliyyah yang berulang. Kalau dahulu orang membunuh anak-anak perempuan, sekarang, bukan sahaja anak-anak perempuan yang dibunuh, malahan anak lelaki juga.

Ia berpunca dari gejala penzinaan yang berleluasa.

Siapa yang bersalah agaknya?

Kalau menuding jari itu diberi pilihan, sudah tentu kita akan cepat-cepat menuding orang lain.

Rabu 23 Jun 2010 jam 5.00 petang, saya diminta untuk mengulas satu tajuk  “Zuriat Kita” yang akan ke udara di Astra Oasis.

Kalau hanya mahu berteori, memang kita boleh mengeluarkan seribu satu dalil dan hujjah untuk berbicara.

Tapi realitinya, semua pihak perlu memainkan peranannya, dari ibu bapa, masyarakat, jiran, media massa, pihak berkuasa dan semua pihak.

Tapi yang lebih penting adalah, peliharalah kaum wanita dengan sebaik-baik, maka semua gejala ini akan mudah ditangani.

Siapa yang nak pelihara?

Semua pihak, ini kerana, kebinasaan sesuatu kaum itu bermula apabila wanitanya rosak. Tetapi, jika kaum wanita dapat dipelihara dengan baik, maka bermakna, tiang sesebuah kesejahteraan telah dapat didirikan.

Orang tua kita selalu menyebut:-

“Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncangkan dunia”

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tamizi, Nabi saw telah bersabda:-

“Apabila umatku telah berjalan dengan berlenggang sedangkan dia dikelilingi oleh anak-anak raja dari Parsi dan Rum, maka Allah akan menjadikan yang paling buruk akan memimpin yang baik”

Bagi golongan wanita pula, jadilah wanita yang solehah. Ini kerana, hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasullullah saw bersabda:-

Dunia itu menyenangkan, dan yang paling menyenangkan (hati) adalah wanita yang solehah.

Dari rahim wanita yang solehah, akan lahir generasi yang soleh  solehah dan Allah telah berjanji bahawa, dunia ini, akan diwariskan kepada orang yang soleh dan solehah. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh (Surah al-Anbiya ayat 105)

Semoga Allah terus membimbing kita untuk menjadi orang yang soleh dan solehah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Rejab 1431/ 25 Jun 2010 jam 12.45 tengah malam

“Zuriat Kita” realitinya, bagaimana?

Tuesday, June 22, 2010

Diari 227 – “Syumulnya Islam….”

Saya membelek telifon saya. Satu massage baru sahaja masuk ke dalam ruangan inbox.

“Ah, dari Prof. Dr. Ahmad Hidayat” bisik hati saya. Beliau adalah Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

“Salam, ada satu program mengenai harta syubhah di Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat pada 21 Jun 2010 jam 8.30 pagi di Auditorium EA, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putera Jaya, jika mahu hadir nak bagi nama”

“Wah, bagus juga” bisik hati saya.

Memang kajian tesis saya di bawah seliaan Prof. Dr. Ahmad Hidayat adalah mengenai harta Syubhat. Ini kerana, di dalam dunia ini, belum ada lagi satu institusi yang mengendalikan harta syubhat.

Isnin 21 Jun 2010, jam 8.00 pagi lagi saya sudah berada di Putrajaya.

Setelah daftar saya terus masuk ke dalam auditorium EA. Saya orang keenam yang berada di dalam dewan ini.

Peserta masuk seorang demi seorang, akhirnya dewan auditorium ini penuh, saya rasa dalam 400 orang menghadiri seminar hari ini.

Jam 9.00 pagi, perasmian dimulakan oleh Pengarah Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh.

Ia diteruskan dengan pembentangan kertas kerja.

Pembentang pertama ialah En. Roslan, Pengarah Jabatan Latihan Dan Pembangunan Modal Insan IBFIM dan pembentang kedua ialah Ustaz Abdul Halem Hapiz, Tim. Setiusaha MAIS.

Pembentangan yang sangat menarik.

Memang, Malaysia adalah satu-satunya negara yang paling lengkap di dunia dalam sistem ekonomi Islam secara menyeluruh yang mencakupi sistem perbankan Islam, sistem bukan perbankan seperti takaful, pasaran modal Islam dan pasaran saham Islam.

Peranan Baitul Mal di Malaysia juga sangat terkehadapan di antara negara-negara di Timur Tengah sendiri.

Menurut pembentang pertama,  En. Roslan, ketika kegawatan di Eropan pada 2007/2008, Pope of Vatican sendiri menyarankan agar bank barat mencipta sistem perbankan kristian dengan meniru sistem perbankan Islam.

Ini kerana, di barat sendiri, ramai orang kristian sendiri mempunyai akaun di bank-bank yang menjalani sistem perbankan Islam.

Sistem ekonomi Islam menggambarkan bahawa, Islam itu syumul (menyeluruh) dan semua perkara dibahaskan di dalam Islam berprinsipkan al-Quran dan al-Hadis.

Sekarang, Malaysia telah berusaha menubuhkan institusi mengurus wang syubhat. Terkini, Baitul Mal di negeri-negeri di amanahkan untuk menguruskannya.

Jika Malaysia berjaya mewujdukan satu institusi mengendalikan wang syubhat, saya yakin, ratusan juta wang syubhat dari luar negara terutama dari pak-pak Arab dari Timur tengah akan mengalir masuk dan dapat diurus di sini. Ini kerana, di dunia, tidak ada lagi institusi yang menguruskannya.

Wang syubhat hendaklah digunakan untuk kepentingan umum seperti membuat jalan. Jika kumpulan wang syubhat diuruskan dengan baik, maka kita tidak perlu lagi membayar tol dari Utara ke Selatan.

Semoga, kajian demi kajian dapat dibuat. Walau apa pun hasilnya, sudah tentu ia meyerlahkan lagi bahawa Islam agama yang syumul kerana dapat menjawab seluruh persoalan di dalam kehidupan ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Rejab 1431/ 22 Jun 2010 jam 10.45 malam

Bersama pembentang pertama.

Jawapan Pada Persoalan 109

Alhamdulillah, pada kesempatan ini, dapat saya melihat beberapa soalan yang diajukan.

Guest Harap ustaz dpt membantu.Too much free time I have and I dont like to socialise.suka sendiri untuk elakkan dosa no satu iaitu MENGUMPAT. 2010-05-25 4:34 AM

Bagus, lagi bagus kalau dapat sesuaikan diri di tengah masyarakt tanpa dosa

Guest Salam Ustaz,seorg wanita berusia 53thn,bersara selepas 33thn berkerja.ingin habiskan masa dengan beribadah tapi lemah tiap kali saya coba. So far saya dpt istiqamah melakukan tahajud saja,ngaji kadang2,puasa sunnat susah sangat.maut sedang menunggu saya dan saya ingin buat lebih ibadah. 2010-05-25 4:28 AM

Alhamdulilah, teruskan mujahadah dalam beramal

Satu Perjuangan 2009Assalamua'laikum warahmatullah. Insha Allah mohon penjelasan mengenai hukum bermain permainan online ( sesuatu yang melalaikan ), namun tetap berusaha untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Apakah kesannya terhadap hati? 2010-05-24 6:43 PM

Tinggalkan perlahan-lahan

zakina salam ustaz,saya ingin tahu apa maksud skiranya sring brmmpi buruk sprti,suami dipukul org,anak mati di bunuh & anak jatuh dlm telaga? 2010-05-24 4:07 PM

panjang umur

Guest salam. ustaz, saya amat bersedih hati krn semua doa yg sy poho backlash balik. mintak jadi baik makin jahat sy skang ni. skrg sy takut dah nak berdoa. 2010-05-24 11:48 AM

Teruskan berdoa dengan bersungguh-sungguh. Sambil itu tinggalkan amalan jahat dengan bersungguh-sungguh jangan ulangi lagi

Guest Ustaz, benarkan duit pencen socso yg diterima krn kematian suami adalah merupan harta pusaka dan perlu dibahagikan secara faraid? 2010-05-24 8:20 AM

Tidak

Guest salam ustaz,klu kite xdpt pe2 petunjuk dr solat istikarah..mcmne ye.. 2010-05-23 5:41 PM

Allah akan memberi petunjuk dalam macam-macam keadaan, tak semesti melalui mimpi, kadang kala, semakin mudah kita melakukan sesuatu, itu juga petanda

G Salam. Ustaz solat sunat apakah yg plg bagus dibuat di Hijir Ismail & di depan Multazam?2010-05-23 6:02 AM

Semua bagus

Guest ustaz bagaimana untuk menasihatkan anan2 yang tak mahu sholat tolong la beri saya panduan ye ustaz terkadang-kadang saya rasakan hidup ini sunyi walaupun ada anak2 dan juga suami namun mereka tak ada yang boleh membahgiakan jiwa dalaman saya 2010-05-26 3:34 AM

Itu adalah ujian untuk Puan, teruskan bermunajat kepada Allah agar membuka hati mereka dan diberikan hidayah

Guest suami tidak kisah jika kelas berdekatan. Tetapi kelas agama itu jauh, dan risau keselamatan perjalanan isteri pergi dan balik. Apakah pendapat ustaz? Si suami tidak suka si isteri pergi ke kelas agama tersebut dan melarang. Tetapi diberi keizinan kerana suami tidak boleh melarang isteri ke kls agm 2010-05-25 11:13 AM

Kalau suami tak bagi, tak payah pergi, cari alternative terbaik atau pujuk hingga dia merestui

Guest ustaz,jika isteri pergi ke kelas agama tidak kisah betapa jauh tetapi tidak sempat mengemas rumah. Suami pula tidak mahu pergi bersama. bagaimana ya 2010-05-25 11:07 AM

Tak patut…

Nurul sudah 2 kali saya bermimpi makan daging khinzir.. lepas saya makan tu saya sedaya upaya muntahkan daging tu..apa maknanya?? 2010-05-25 6:43 AM

Ada buat salah walaupun menyesal, tapi kerana tak mampu lawan nafsu, terbuat juga..

PAS Bkt Sentosa 2 Salam ziarah 2010-05-25 6:22 AM

Salam

mahir assallamualaikum 2010-05-27 2:52 PM

Waalaikumsalam

atie adakah wajib seorang perempuan yang sudah berkawahwin untuk keluarkan zakat pendapatan 2010-05-27 8:12 AM

kalau dia ada pendapatan, maka wajib

Guest assalamualaikum ustaz,saya bermimpi suami minta kain pelikat pada saya,apakah maknanya,terimakasih semoga allah merahmati ustaz sekeluarga 2010-05-27 5:16 AM

Ada menaruh sesuatu yang tidak pasti pada suami

ingin tahu ust, siapa sebenarnya imam mahdi?dari golongan mana?adakah dia ketika ini hidup@belum dilahirkan? 2010-05-27 3:14 AM

Wallaualam

Agensi Ust, mohon kebenaran menyalin Diari 103 kedalam blog saya. 2010-05-27 2:16 AM

Silakan

Emma Assalamualaikum ustad saya nak tanya..boleh ke kita mengambil wuduk dalam keadaan haid.. 2010-05-27 1:38 AM

Boleh

oman ustaz boleh tak saya bersentuh kulit dengan sepupu saya punya anak.2010-05-26 7:06 AM

Boleh, tapi batal wudhuk

Lin Salam, bgmn Allah menilai aurat wanita di akhirat kerna berbeza antara mazhab. kdg2 rasa x adil sbb m. Syafie paling ketat 2010-05-26 3:46 AM

Bukan persoalan tidak adil, Imam Syafie adalah seorang yang ketat dan berhati-hati demi dalam menjaga hukum berkaitan dengan aurat

Guest salam ustaz..ustaz ade tak link untuk download asma husna yg versi baru tu..saye ade try cari tp tk dpt..dpt dgr pun ble rancangan tanyalah ustaz abes 2010-05-28 2:43 PM

Tak ada..

Guest Salam.Ustaz.apakah hukum solat tanpa mndengar khutbah kerna bersembang dluar masjid? 2010-05-28 2:14 PM

Kalau tidak mendengar khutbah maka tidak kira pahala Jumaatnya, solat sah, tapi pahala kurang atau tidak ada..

Guest Salam. Ustaz, saya ada terima email yang mengatakan tulisan pada kasut croc adalah berbentk Allah dalam jawi. So, bole ke tak pakai ksut tu? Lagi , tulisan tu tak padti kebtlan atau drancang..So bole ke kita guna ksut tu? 2010-05-28 1:49 PM

Kalau betul nama Allah, tak boleh

afais fairuz Salamalaik ust, dengar ada di cairo.. Kalau free leh kita jumpa.. ni no. ana +20111261709 2010-05-28 11:43 AM

pior_muslimah salam ziarah..nice blog... 2010-05-28 8:36 AM

Hamba Allah Assalamualaikum Ustaz..izinkan saya menyimpan segala apa yang ustaz perkatakan dalam blog ini untuk panduan dalam meniti hidup di dunia ini.2010-05-28 7:31 AM

Simpanlah dan sebarkan sebaik mungkin

mizan A'kum Ustaz, Sy tidak b'cdang nak guna duit dividev drp kwsp yg sy dapat kerana was2 dgn perolehannya. blhkah di infaqkan kepada rmh HIV ustaz. TQ 2010-05-30 2:47 AM

boleh

Guest apa hukum mggunakn duit jbtn mbeli uniform dpakai utk majlis tp duit ditulis ats pmbelian makanan bkn uniform ats arahan org ats.. 2010-05-30 12:02 AM

syubhat

pn.su salam..berdosakh sya tidak mentaati suami yg minta sya memakai purdah krn sya belum bersedia. sya hanya surirumah yg terjaga pergaulannya.. 2010-05-29 11:05 PM

atas keadaan, kalau dengan tanpa pakai purdah, menjadi fitnah atau kecantikan puan, maka wajib kena pakai

AL-HAFIZ salam ustaz.....ape jdi klau smbng bljr gune ptptn....sbab ptptn ade faedah...???2010-05-29 3:36 PM

Nak buat macam mana, kira darurat laa tu. Banyakkan istighfar

SpekMan Salam Ustaz, saya ingin bertanya mengenai solah sunat hajat..ada yg memepertikaikan ia tiada nas yang kuat, mohon pencerahan..dah jadi ribut di kariah2010-05-29 8:03 AM

Rujuk surah al-Baqarah ayat 45 dan 153

SRAR salam ust, harap perjalanan selamat pegi & balik. tumpang tanya jika ust mampu tafsir apa maksud mimpi bila ada org cuba menculik anak saya? Tks. 2010-05-29 4:18 AM

keselamatan

A'in memadiaiikah seorg itu sekali taubat nasuha diikuti dgn smbhyang sunat taubat,disusul seepas itu dgn amlan beritigfar dan solat sunat tuaubt spt biasa 2010-05-29 3:31 AM

A'in adakah dibolihan menuaikn solat jamak asar dgn jumaat[jama tagdim]serta qasar asar2010-05-29 3:25 AM

boleh

A'in salam ziarah ustaz mmenuhi jmputan kahwin mmeadai diwakili sekuran2nya sorang atau dua ahli keluarga anak atau suami adakah tertunai tuntan syarak 2010-05-29 3:21 AM

Seorang pun boleh

intan salam ustaz. Adakah ank saudara lelaki mahram dgn mak saudara tiri atau nenek saudara tiri? 2010-05-28 11:28 PM

tidak

AL-HAFIZ salam..ustaz...adkah dikira mati syahid skirnye kite mnghantar barang bantuan ke plstin lpas 2 kite di tmbk askar yahudi 2010-06-01 3:09 AM

Syahid apabil niatnya meninggikan kalimah Allah, semoga mereka dianugerah syahid

blong salam utz,boleh ke kita gi umrah or hj,sdgkan kita masih ada hutang pinjman masa belajr dulu secara berkala masih blum dilunaskn? 2010-06-01 2:33 AM

boleh

zakina salam ustaz,apa maksud mmpi hilang anak,bila jmpa anak mati lemas,nk selamtkan,dia plak dh hilang? 2010-05-31 12:35 PM

panjang umur

ABDULLAH1412H SEMOGA ALLAH MEREDHOI KITA 2010-05-31 12:17 PM

Amin..

Hjh Zarina Salam. Sy ingin menjaga aurat, tetapi bla di rumah utk menjemur kain agak sukar bagi sy utk memakai stokin. apa perlu saya buat? 2010-05-31 5:02 AM

Kalau tak ada orang intip kaki tu, tak apa..

aya ustaz, adakh lmbt jodoh ada kaitan dgn saka @ jin yg menganggu tanpa kita sdar2010-05-30 7:29 AM

Ada berpendapat demikian, tapi saya tidak jumpa dalilnya, walaubagaimana pun, perkara yang saya tidak jumpa bukan bermakna tidak ada, rujuk ustaz lain

Guest ustad, berdosakah kalu kita lebihkan suami dari ibu sendiri 2010-06-02 6:59 AM

misai apala awak ni,mcm x ngaji je.tanya soalan yg mencerminkan diri syurga dibah tapak kaki suami bila dh kawin bukan lg kt ibu.tp jgnla mlampau plk 2010-06-02 1:48 PM

hamzairi salam. bagaimana cara paling mudah utk kite sedar dari melakukan dose dan bertaubat? 2010-06-02 6:15 AM

kena ada kemampuan melihat kelemahan dan keaiban diri

msziera As'salam,apa pendapat ustaz jika seseorg mengambil anak angkat yg bertaraf luar nikah? Keturunan adalah penting tp seorg bayi itu adalah suci. 2010-06-02 3:19 AM

Boleh, dan didik anak itu, seseorang akan berubah dengan ilmu yang ada pada dia

Guest slm. ingin tahu berapa ramai malaikat mungkar nangkir dlm alam ni sbb ramai org mati serentak.tk ustaz 2010-06-02 2:46 AM

Allahualam

Guest salam, ustaz,adakah talak tidak jatuh sekiranya talak itu disebut ketika isteri sedang hamil, setahu saya talak tetap jatuh,tetapi bila ada yg mengata 2010-06-02 12:47 AM

Jatuh

bintang27 salam,ustaz ade x kisah burung membantu memadamkan api nabi ibrahim?2010-06-01 6:40 PM

Ada, tapi kisah itu israilyyat

Guest salam.. bintang27, buku kisah burung 2 ada kt kedai2 buku @ kedai buku islamiah... salam.. 2010-06-02 2:00 AM

Guest KNAPELAH KTE MATI 2010-06-04 9:42 AM

Untuk Allah nilai mana antara kita yang paling baik amalannya

naqibah sala..ustaz,apa maksud kita bermimpi kita pergi umrah? 2010-06-04 5:54 AM

Kebaikan

Tuty Salam ustaz...apakah makna mimpi sy..brmimpi muntah mengeluarkn najis dr mulut.trimakasih. 2010-06-03 5:44 AM

Ada keaiban yang orang tahu

shushi Salam ustaz..sy pernah bermimpi naik k.terbang ttp k.trbang itu tk dpt berlepas,apakah maknanya. 2010-06-03 5:38 AM

Ada hajat yang sangat kita inginkan belum kesampaian

Guest Apa hukum bercukur kening bagi wanita dgn alasan untuk mencantikkan atau menghias diri untuk suami... 2010-06-07 9:18 AM

Haram kerana wujud dalil mengharamkan cukur kening walaupun ia adalah arahan dari suami

Nurhayati Assalammualaikum ustaz..ada tak email ustaz..sbb sy byk soalan nak tanya.. email sy mail terima kasih 2010-06-07 7:16 AM

Ni email saya muhamadbinabdullah@gmail.com Maafkan saya, lebih baik Puan bertanya di ruangan ini sahaja, kerana melalui email agak lambat saya menjawabnya

hafiz salam ustaz, mohon copy menggenai masjid umawi, untuk menambah ilmu dan nota utuk pengajian saya.. 2010-06-06 12:33 PM

Silakan

azizan Slam .. Ustaz .. apa hukumnye memelihara ikan dalam akuarium untuk hiasan di rumah ?2010-06-05 9:11 AM

Harus kalau akurium itu besar dan fitrah berenang bagi ikan disempurnakan

faizal ustaz: kaki saya ptah..bhagia metatarsus.jd mnyukarkan saya untuk dudk antara 2 sjud dan tahiyat akhir dlm tmpoh yang lame. boleh tak saya solat duduk 2010-06-05 7:54 AM

Boleh

Guest assalamualaikum.ustaz betul kie kalau dosa zina tak akan diampun selagi tidak dijalankan hukum hudud terhadap penzina 2010-06-05 2:50 AM

Ya, dosa zina hanya diampukan dengan hudud sahaja, tetapi jika tidak dapat hudud, maka taubat sungguh-sungguh, jika Allah kehendaki Allah boleh ampunkan dan jika Allah kehendaki Allah boleh azab (maksud hadis)

Sara Salam, semasa baca Al Quran terjemahan dlm keadaan berhadas kecil, bolehkah kita menyentuh ayat-ayat Al Quran tersebut? 2010-06-08 6:09 AM

Elakkan

Boxhousestudio 'Young Khalifah"...sedap di sebut, sedap di dengar..BHS suka..aman, tenang...pengisiannya pasti impak maksima..InshaALLAH... 2010-06-08 4:35 AM

Guest Salam ustaz. Mcm mana ustaz buat solat dlm kapal terbang? 2010-06-08 3:03 AM

Solat di ruangan belakang

zurina ustaz, ada seorang makcik ni mengamanahkan pada saya baju2 kurung beliau yg lama utk di sedekahkan. KAt mana tpt yg paling sesuai utk saya menderma ba 2010-06-07 5:54 PM

rumah orang tua

Guest salam ustaz..boleh x kalau kita jamakkan solat kita dlm pejlanan pulang dr tmpat yg kiter telah pergi..jarak perjlanan melebihi 2marhalah la.wassalam 2010-06-07 1:26 PM

boleh

Guest salam ustaz,apa hukum kalau letakkan sesuatu diatas alquran dan ada x larangan atau syarat2 untuk puasa sunat pd hr jumaat dlm bulan biasa..wassalam 2010-06-07 1:20 PM

Hukum meletak barang di atas al-Quran dikira sebagai kurang adab terhadap al-Quran dan boleh jatuh haram jika niat menghina,

kalau ingin berpuasa pada hari Jumaat maka perlu puasa pada hari sebelumnya atau hari selepasnya

MYY Salam. Kenapa ustaz suka guna perkataan 'kala' skrg? hehe, maaf, saje ngusik2010-06-11 4:28 AM

Guest Salam ustaz, apa mksud derma dr anak arwah ibupaba dpt pahla? Prluke c anak masa nk sdekah niatkan utk arwah @ arwah dpt scara otomatik, x perlu niat? 2010-06-11 2:38 AM

Perlu niatkan untuk si arwah. Kerna setiap amalan itu didahulukan dengan niat

aishah assalamualaikum ust, saya nak tau ada tak artikel ust tentang kehidupan Rasulullah seawal baginda terjaga dari tidur hinggalah baginda tidur kembali. 2010-06-09 6:08 AM

ada tapi belum dimasukkan ke dalam blog ini

azlane salam ustaz.. minta izin nak pstkn facebook utk sharing dgn shbt2.2010-06-09 3:25 AM

Boleh, silakan

A'in uztz,bolehkh jamak solat semasa ulang alik kerja lebih 2 marhalah tiap hari n bolehkh jamak asar n jumaat 2010-06-09 1:03 AM

boleh

Guest assalamualaikum. tertidur selepas istikharah, bermimpi: isteri kepada seorang teman nazak dan meminta sy berkawin dengan suaminya. 2010-06-13 7:49 AM

Teman itu ada masalah yang kena tuan bantu

IZAH ustaz...slpas kite nikah..antare ibu kandung n ibu mertua,sape yg harus didahulukan?harap ustz dpt membantu... 2010-06-13 7:10 AM

Ibu kandung lebih perlu diutamakan

Hamba hina Sy masukkan RM50 ke ijabah mlalui maybank2u pada 3 jun 2010 dgn niat byar fidyah.RM50 same dgn brape cupak? nk buat catatan.terima kasih ustaz. 2010-06-13 1:57 AM

Satu cupak RM 1.75

emi salam ustaz,benar kah,isteri yg d tinggal suami itu ,d pandang hina 2010-06-11 11:42 PM

Bukan dipandang hina tetapi boleh mendatangkan fitnah

zalina salam ustz,saya ingin tahu betulkah amalan ini semasa jenazah di bawa pulang ke rumah semua barang berasaskan kaca sepeti gambar brbingkai dan cermin harus ditutup atau dturunkan..jika ya kenapa? dan lagi apakah larangan tg sebenarnya..dan apa yg boleh dan tidak boleh di lakukan 2010-06-14 3:22 PM

itu kepercayaan orang Melayu, tak ada dalam Islam

Guest salam ustz,saya ingin tahu larangan dalam islam semasa orang islam meninggal dunia..2010-06-14 3:10 PM

Jaga perkara untuk menghormati jenazah dan keluarganya

Ahmad Sy bljar di K Lumpur slama 3 thn. Kg di Taiping, Perak. Klau balik Sabtu dan Ahad ke Taiping, boleh Smbhyng Jamak/Qasar di rumah Taiping? 2010-06-14 6:17 AM

Boleh

Guest Ustaz, betulla kata ustz. wlaupn sya berdiam ngn suami (protes) tp hati sya x tenang/senang tp sya tetap diam jugak, ngape ustz? Mybe terluka@kecewa dgn perbuatan dia yg masih merahsiakn akan hubungan dgn kekasih gelapnya @ sikap saya sendiri yg x mpercayainya? Sya sayangkan rmahtngga ini tp dia masih ada hubungan dgn kekasih gelapnya wlaupn dia menafikannya, sya ada bukti2nya. Tolong ustz?? TQVM 2010-06-14 2:16 AM

Sabar dan tabah, Allah bersama puan…

kirana ustaz, mintk tlg sgt2. sy penah bt istikharah jodoh dan bc doa istikharah dan muncul mimpi lelaki A. spjg 15x kali istikhrah ade nmpk 3x mimpi dia, tp sbnya dia dah kwin, sy x th.. slps sy th sy bt istikhrah utk tunjuk jodoh sbnr, tnpa bca doa istikhrah, sbb sy mahu th siapa jodoj sbnr x kira baik @ bruk buruk bt msa skrg. Tp masih mimpi dia n isteri, dlm mimpi dia bkata: klu th rumah sy sbnr tentu dia pilih sy: tlg ustaz sy x th usaha mn mn lg 2010-06-13 3:49 PM

Saya nak tolong macam mana? Kalau yakin dengan istikharah, jumpalah lelaki itu dan isterinya…

ibnu ibrahim salam,ustaz camne cara untuk kita lupakn seseorang yg kita suke?2010-06-13 3:49 PM

Ingat Allah

ilya mcm ni..sy kerap mimpi laut yg terbentang luas..kemudian kdg2 sy mimpi lihat org mandi..manda d laut tersebut..sy hanye melihatnye..hrp us komen2010-06-15 4:27 AM

Ilmu

Guest Assalamualaikum ust , saya bermimpi bersalam lagi dengan Nabi S.AW kali dalam keadaan yang gembira , tetapi wajahnya kurang jelas apakah benar bahwa itu adalah Nabi S.A.W atau tidak? 2010-06-15 3:07 AM

Kalau mimpi Nabi, maka ia adalah benar

Minah Bangkok Boleh tak ustaz terangkan waktu2yg tidak dibenarkalan solat. Bilakah waktu yg benar2 sesuai utk solat Dhuha. 2010-06-15 1:12 AM

Tak dibenarkan solat selepas subuh hingga naik matahari dan selepas asar hingga maghrib, waktu dhuha boleh lihat dekat takwim solat

Guest Salam. Ustaz, saya ada bermimpi pergi ke masjid dan solat berjemaah. Apa maknanye?2010-06-15 12:29 PM

Kebaikan

Marinah Salam. Mimpi 2 kali jmpa ular kecil. Kali ke2 bjaya bunuh ular dgn cabut kepalanya. Tlg tafsirkan. TQ. 2010-06-15 10:03 AM

Jodoh dan kalau dah ada jodoh maknanya jodoh itu baik

Rejab Salam, ketika solat maghrib, rasa nak kentut tp saya thn & x jadi nak kentut. Perlukah saya ambil wuduk semula utk solat isyak? Terima kasih ustaz. 2010-06-15 8:17 AM

Lebih elok ambil wuduk semula

Guest salam, blhkah ppuan islam berslam dgn ppuan bukan islam,laki islam dgn laki bkn islam2010-06-15 7:00 AM

Boleh

riahld anak2 susah mnghafal, ada doa x utk tu. 2010-06-15 6:59 AM

Surah al-Asr

riahld kata orng solat sunat tasbih klau dbuat mlm,buat 4 rakaat 2 salam,klau siang 4 rakaat 1 salam,x bleh sama siang mlm? 2010-06-15 6:57 AM

boleh

riahld salam ustaz,mcm mna nk ganti puasa dn fidyah klau sdah lupa brapa puasa yg trtinggal.trima kasi ustaz 2010-06-15 6:54 AM

puasa ganti sahaja, fidyah bayar untuk fakir miskin

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

10 Rejab 1431/ 22 Jun 2010 jam 11.30 pagi

Sunday, June 20, 2010

Diari 226 – “Kisah Petang Ahad….”

20 Jun 2010, jam 5 petang. Hari ini, pertemuan ibu/ bapa/ penjaga pelajar MASAA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) di adakan di asrama di Puchong.

Pertemuan dimulakan dengan bacaan selawat dan kemudian saya memberikan sedikit tazkirah berkenaan “bagaimana membentuk anak untuk menjadi orang berilmu menurut Imam as-Syafie”.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Apa yang tak lancar hanyalah apabila saya mendapat berita bahawa bateri bas al-Ijabah telah hilang dicuri.

“Hai, esok nak sekolah, time ni le, nak curi bateri bas” kata saya.

“Apalah dia orang ni, bas anak yatim dan pelajar tahfiz pun nak curi ke” kata salah seorang ibu ayah.

“Tapi tak pelek, asrama tahfiz dan anak yatim kita pun pernah beberapa kali kena pecah masuk. Entah apa yang dicarinya pun saya tak tahu” jawab saya

Orang kalau tak terdidik ni, apa perkara pun dia bukan kira. Sebab itulah kita kena didik diri kita walau siapa pun kita.

Mendidik diri perlu kerana semua manusia mempunyai kelemahan.

Orang yang paling rugi apabila dia berbangga dengan kesalahan yang dia buat dan bukan menyesalinya.

“Ah, biarlah, dia ambil bateri tu, dia pun bukan jadi kaya, dan kita pun insyaAllah tidak miskin dengan sebab itu” saya mencelah.

“Barangkali, rumah dia tak ada beras, mungkin tengah susah tu, silap kita, tak tengok-tengok orang susah di sekeliling asrama kita ni” kata saya cuba memujuk hati.

Walauapa pun, Alhamdulilah, petang ini, semua dapat diselesaikan.

Semoga terbaik untuk Rumah al-Ijabah dan MASAA. Semoga terus dibantu Allah, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

8 Rejab 1431/ 20 Jun 2010 jam 11.45

IMG_9937

Majlis dimulakan dengan membaca bait-bait selawat yang memang menjadi amalan setiap petang Ahad.

IMG_9945

Antara ibu bapa yang hadir

IMG_9943

Antara ibu ayah yang hadir

IMG_9984

di akhiri dengan doa dan sedikt tazkirah…

Diari 225 - Behind the scenes “Tanyalah Ustaz – (Hak-Hak Wanita)”

Tarikh untuk mengendalikan program Tanyalah Ustaz kali ini telah ditempah sejak bulan April lagi. Penerbit, Kak Sham meminta saya membawa tajuk “Hak-hak wanita”.

“Kebetulan Ustaz, sekarang ini pun tengah banyak isu-isu perceraian, terbaru, perceraian isteri Sultan Brunei”, kata salah seorang krew pada hari pertama rancangan ketika kami bersarapan pagi.

Persediaan program “Tanyalah Ustaz” kali ini tidaklah memberi tekanan. Ini kerana, tajuk ini memang bidang saya selaku peguam Syarie. Jadi, tidak seperti tajuk-tajuk yang lalu, kadang kala, memerlukan persediaan beberapa hari dan kadang kala dekat seminggu.

Lagi satu, saya pernah mengarang buku mengenai “Hak-Hak Wanita, Sebelum, Semasa dan Selepas Perkahwinan” pada 2006 lalu. Cetakannya agak terhad. InsyaAllah, kita akan usahakan untuk diterbitkan kembali.

Hari pertama, kita membicarakan mengenai hak-hak wanita sebelum perkahwinan iaitu lapan perkara:-

1. Hak Pertunangan

2. Mengetahui hak kemungkiran di dalam pertunangan

3. Maskahwin

4. Hak mengetahui wali dan orang yang boleh mengakadkan pernikahan

5. Hak mengetahui bakal suami

7. Hak mengetahui status perkahwinan bagi kes poligami

8. Mengetahui had umur minimum di dalam perkahwinan

Hari kedua pula, kita telah membincangkan mengenai hak-hak wanita semasa perkahwinan itu wujud. Ada tujuh hak wanita ketika perkahwinan:-

1. Hak mendapat kasih sayang dan pergaulan yang baik

2. Hak berlaku adil terutama di dalam kes poligami

3. Hak mendapat didikan agama yang sempurna

4. Tegahan memukul isteri dengan cara tidak syarie

5. Hak mendapatkan nafkah

6. Hak membubarkan perkahwinan melalui cara syarak dan undang-undang

7. Hak mendapat tegahan terhadap gangguan.

Hari ketiga pula, kita telah membincangkan mengenai hak-hak wanita selepas berlalunya perkahwinan, ada enam hak-hak wanita.

1. Nafkah eddah

2. Mut’ah

3. Nafkah tertunggak

4. Harta sepencarian

5. Penjagaan anak

6. Hak nafkah anak

Sebenarnya, membicarakan hak-hak seseorang itu, bukan untuk kita bergaduh, tetapi dengan mengetahui hak kita di dalam Islam dan undang-undang akan menyebabkan kita lebih menghormati diri kita dan menghormati orang lain.

Lebih-lebih lagi di dalam Islam, konsep menunaikan hak ini disemangatkan dengan gantian yang lebih  baik dari Allah. Begitu juga amaran dari Allah bagi orang yang tidak menunaikan hak seseorang. Allah yang Maha Adil akan menahan hak orang yang menahan hak orang lain.

Walaupun agak ramai yang ingin bertanya soalan di dalam program “Tanyalah Ustaz ini, tetapi masa tidak mengizinkan untuk kita menyambut semua soalan.

Terima kasih yang bertanya, berusaha untuk bertanya dan cuba untuk mendail, tetapi tidak dapat. Semoga semangat untuk berkongsi ilmu menjadikan kita terus dicurahkan kebaikan.

Di dalam hadis, Nabi SAW ada menyatakan bahawa:-

“Jika Allah menghendaki kebaikan pada seseorang itu, maka akan diberi kefahaman di dalam urusan agama”

Juga terima kasih pada penerbit dan semua krew yang bertugas, yang memberi peluang kepada semua membahaskan perkara ini.

Bagi yang bertanya di dalam blog ini, harap bersabar untuk kelapangan saya di dalam memberi jawapan.

InyaAllah, panjang umur dan murah rezki, kita bertemu kembali.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

8 Rejab 1431/ 20 Jun 2010 jam 4.00 petang

Buku “Hak-Hak Wanita” yang pernah saya susun

IMG_9863

Hari pertama

IMG_9864

Hak-hak wanita sebelum perkahwinan

IMG_9888

Hari ini, di Sri Pentas terdapat perlawanan bola sepak 3 sebelah

IMG_9889

IMG_9904

hari kedua, hak-hak wanita ketika perkahwinan

IMG_9913

IMG_9922

IMG_9927

Hari ketiga, hak-hak wanita selepas berlalunya perkahwinan

IMG_9930

Semoga memberi manfaat untuk diri saya dan semua, amin…

Thursday, June 17, 2010

Sisipan 10 – Program Tanyalah Ustaz “Hak-Hak Wanita”

InsyaAllah, saya akan bersama di dalam program Tanyalah Ustaz TV9 di dalam tajuk “Hak-Hak Wanita.

Semoga memberi manfaat pada diri saya dan semua penonton sekelian.

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

5 Rejab 1431/17 Jun 2010 jam 4.00 petang

Wednesday, June 16, 2010

Universiti Kehidupan 155 – Malam Di Perkhemahan Badwi

“Macam mana? Jadi atau tidak nak tidur di khemah dekat padang pasir ni?” kata Imam Yusuf pada saya.

“Kalau ikut saya, boleh saja, tapi macam mana dengan makan malam ni?” tanya saya sebab teringatkan ahli rombongan yang lain.

“Ah, itu jangan risau, nanti saya uruskan, saya tahu orang Malaysia makan nasi, nanti saya uruskan nasi lauk ayam panggang cara Arab” kata Imam Yusuf lagi.

“Tandas macam mana? Ada tandas tak, atau tandas di padang luas?” tanya saya lagi sambil tersenyum.

“Oh, yang ini ada tandas khas, jangan risau, tapi kalau nak tandas di padang luas pun boleh” kata Imam Yusuf menyakat.

“Oklah, kalau semua perkara asas ada, saya ikut saja” kata saya pada Imam Yusuf.

Jam 7.30 petang, 1 Jun 2010, kami semua merentasi padang pasir ke perkhemahan Badwi di Siwa.

Kami sampai di satu tempat. Ada khemah besar dan ada khemah kecil. Khemah mereka dibuat dari kain tebal seakan khemah ketika di Padang Arafah sewaktu musim haji.

Di satu sudut ada bangunan kecil untuk memasak dan ada tandas.

Di kawasan perkhemahan ini ada kolam air panas.

Waktu maghrib kala ini agak lambat, sampai sahaja di kawasan perkhemahan Badwi ini, saya dan anak murid saya terus mandi di kolam air panas. Angin padang pasir waktu petang sangat sejuk. Berbeza sekali pada waktu siang.

Ketika masuk ke dalam kolam, kami rasa sangat hangat. Rasa tak mahu bangun kerana kalau bangun, maka tiupan angin padang pasir seolah-olah menyelimutkan kami dengan ais.

Setelah mandi, kami pun naik dan bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. Malam ini, bulan tidak besar, tetapi cukuplah cahayanya menemani kami di tengah padang pasir ini.

Para Badwi mula menghidupakan unggun api, dan kami semua berhimpun di kawasan unggun api tersebut.

Kami hanya ditemani dengan api lilin dan juga lampu minyak tanah.

Angin malam ini agak menyucuk kulit dan tulang, tetapi ia nyaman.

Saya melihat ke langit. Bintang-bintang menghiasi langit, tetapi ia tidak secantik bintang di padang pasir Kavir-e-lut di Iran.

Kalau di padang pasir Kavir-e-lut di Iran, dari dinding langit lagi sudah kelihatan bintang. Di sini, hanya di atas sahaja, dinding langit gelap dan tidak kelihatan apa-apa.

Patut pun dahulu selalu orang cakap, kalau nak tengok langit yang paling cantik di Iran.

Perkataan itu mempunyai dua maksud, yang tersurat dan yang tersirat.

Saya pernah melalui padang pasir Kavir-e-lut tahun lepas dan saya mengakui kebenaran kata-kata ini.

Dalam keadaan penat dan menahan kesejukan dengan selimut kain tebal, hidangan makan malam telah siap dan Arab Badwi ini membawanya ke dalam khemah besar.

Kami seakan-akan kaum Badwi sungguh. Lagaknya seperti kaum Badwi yang makan bersama-sama di dalam khemah dan membincangkan ke mana tapak perkhemahan selanjutnya.

Orang Badwi mempunyai gaya hidup berpindah-randah. Dari satu tempat ke satu tempat.

Kami makan nasi, ayam dan sayur-sayuran. Hidangan teh di tuang selesai makan.

Kami dirai macam raja. Inilah kelebihan orang Arab. Kalau kita telah menjadi tetamunya, maka kita akan dilayan dengan sungguh-sungguh.

Malam telah larut. Kami mula masuk ke dalam khemah untuk berehat. Kawasan perkhemahan Badwi ini dijaga oleh anjing-anjing pemburu. Dia berkawal di luar kawasan pagar perkhemahan.

Saya tidak memasang lampu di dalam khemah. Ini kerana, binatang-binatang kecil padang pasir akan tertarik dengan lampu.

Alangkan memasangnya di luar khemah pun telah ada kumbang berbagai jenis yang datang ke lampu pelita tersebut.

Saya membayangkan bagaimana jika ular-ular padang pasir tiba-tiba sama-sama berehat di dalam khemah.

Teringat pula kala jengking padang pasir, atau labah-labah besar yang merangkak. Atau entah apa-apa binatang yang kita tidak tahu.

Tapi itu semua kisah dalam filem, kalau memang ada, sudah tentu Pak Arab Badwi ini lama telah tiada.

Berbagai perkara bermain di benak pemikiran saya. Tapi, tak perlu layan. Jika di layan kita akan rungsing dan sudah tentu tidak dapat merasakan nyenyaknya tidur di tengah padang pasir ini.

Begitulah kehidupan…..

Jika kita mengingati dunia. Kita akan menjadi orang yang sentiasa risau. Takut itu, takut ini.

Kalau macam tu nanti, jadi macam ni, kalau macam ni nanti jadi macam tu. Akhirnya, kita akan hilang ketenangan diri dan sentiasa diselubungi perasaan takut dan cemas.

Tapi, mari kita ingat Allah. Allah yang Maha berkuasa. Tidak akan berlaku apa perkara di dunia ini melainkan sudah di dalam ketentuannya. Dan ketentuan Allah, pastinya tidak akan menzalimi hamba. Ketentuan Allah adalah yang terbaik buat kita.

Malam ini, saya melelapkan mata dengan membaca nama Allah “Ya Hafiz” (Wahai Yang Memelihara) berulang kali.

Allah menyatakan di dalam Al-Quran:-

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu (Surah al-A’raf ayat 180)

Kita boleh menyebut apa-apa nama Allah di dalam senarai Asmaul Husna untuk di jadikan doa. Dengan menyeru Allah, menjadikan kita sentiasa tenang dan bahagia. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa:-

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang (surah al-Ra’du ayat 28)

Semoga, Allah menjadikan saya dan pembaca sekalian orang yang sentiasa mengingati Allah walau apa keadaan sekalipun. Kerana , semakin banyak kita mengingatiNya, semakin hati kita tenang dan bahagia bersama rahmatnya.

Sesungguhnya, merungsingkan dunia tidak akan menjadikan kita bahagia di dalam hidup. Jadi, amat rugi orang yang sentiasa rungsing di dalam hidupnya. Hidup yang sepatutnya menjadi taman bahagia dirubah menjadi ladang ketakutan.

Untuk itu, berimanlah, bertaqwalah dan beramallah. Dengan iman kita tenang, dengan taqwa kita bahagia dan dengan amal kita berjaya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4Rejab 1431/16Jun 2010 jam 12.15 tengah malam

Perkhemahan Badwi di Siwa Mesir

Terdapat beberap khemah untu kam tinggal malam ini.

Ini dia, peserta paling kecil, Abdullah Faiz Farhan, 3 bulan

Gelagat murid-murid saya, semoga nanti menjadi para ustaz yang tawadhuk dengan ilmunya, amin….

Hidangan makan malam di perkhemahan Badwi

Mencatit yang tersurat dan yang tersirat malam ini

Memanaskan badan dengan unggun api

Kalau nak rungsing, banyak perkara boleh dirungsingkan dan kita tidak akan tidur di sini.

Angin dingin waktu pagi

Peserta cilik

Pagi di perkhemahan Badwi di Siwa

Tuesday, June 15, 2010

Universiti Kehidupan 154 – Pelajaran Di Padang Pasir Sahara

Saya agak bertuah kerana disapa oleh Imam Yusuf Sanusi ketika saya dan rombongan sedang makan tengah hari di Kota Siwa, kota yang telah berumur tiga ribu tahun pada 1 Jun 2010 lalu.

Berada di Kota Siwa sangat mengujakan kerana kita duduk di tengah-tengah runtuhan kota lama. Perasaan ini sama seperti ketika saya berada di Kota Toledo Spanyol, kota lama Islam beberapa tahun lalu.

Bezanya, kota Toledo, kita merasakan zaman pertengah Eropah kerana jalan yang digunakan adalah jalan kuda dan disetiap kedai dan hotel terdapat baju-baju besi pahlawan silam.

Di kota Siwa ini, jalannya, masih lagi berdebu, bangunannya masih menggunakan tanah, pelepah tamar dan dahan pokok zaitun.

Bank di sini juga dari tanah dan pelepah tamar, tidak ada penjaga, tetapi penuh dengan tazkirah agar jangan mengambil hak orang lain dan peringatan agar takutkan Allah.

“Ye tak ye juga, kalau nak rompak bank pun, nak lari ke mana? Kota ini tengah padang pasir” bisik hati saya.

Keldai menjadi tunggangan utama di kota ini.

Imam Yusuf menyapa kami dengan mesra. Rupanya, beliau adalah pelajar al-Azhar dan merupakan anak jati Siwa yang dapat melanjutkan pelajaran ke al-Azhar.

Ketika duduk di Damanhur dahulu (salah satu cawangan Azhar) beliau amat rampat dengan pelajar Melayu.

“Kalau kamu datang ke Siwa ini, kamu mesti kena pergi padang pasir sahara, padang pasir yang menghubungkan antara Mesir, Sudah dan Libya” kata Imam Yusuf.

“Kalau kamu setuju, saya akan cuba uruskan kamu untuk ke tengah padang pasir sahara ini, dan kalau kamu minat, malam ni, kita tidur di perkhemahan Badwi di tengah padang pasir” kata Imam Yusuf lagi.

Semua anak murid saya memandang saya,

“Ustaz, nak ustaz, nak…..”

Masing-masing menunggu jawapan dari saya.

“Baiklah, tapi apa-apa jadi, kita hadapi sama-sama ye…” kata saya.

“Ok” jawab mereka gembira.

Untuk masuk ke tengah padang pasir Sahara, kami terpaksa menaiki kenderaan 4x4. Ini kerana kenderaan biasa tidak akan dapat membelah padang pasir sahara yang terdiri dari pasir-pasir halus bagaikan pasir pantai.

Kadang-kala, angin bertiup kencang dan mampu merubah bukit dari kiri ke kanan.

Jam 4 petang, setelah berjalan di sekitar kota Siwa, 2 buah 4 x 4 telah disediakan oleh Imam Yusuf. Kami mula membelah padang pasir sahara ini.

Ada dua perkara yang paling menarik berada di padang pasir sahara. Pertama ialah, ditengah-tengah padang pasir yang gersang ini, tiba-tiba ada kawasan oasis dan ada tasik yang mempunyai air tawar.

“Subhanallah”, sangat besar kekuasaan Allah.

Dan cuba kita bayangkan, tasak air tawar ini pula terdapat ikan. Dari mana datangnya ikan di tengah padang pasir ini.

Inilah kebesaran Allah.

Kami singgah di tiga oasis. Yang pertama terdapat kolam air panas. Yang kedua, terdapat tasik besar dan yang ketiga terdapat kolah air panas juga.

Setelah melawat ketiga-tiga oasis tadi, kami dibawa meredah ke tengah padang pasir. Bahang padang pasir menerjah muka.

Di padang pasir ini, kita tidak akan tahu apa yang ada di hadapan. Sedang kami berjalan, tiba-tiba, kami menjunam setinggi bangunan 5 tingkat, rupanya, jalan yang kami lalui semakin mendaki dan tiba-tiba ia habis dan menjunam.

Semua yang ada di dalam kenderaan menjerit. Seakan-akan menaiki roller coaster. 4x4 yang kami naiki seakan mahu terbalik. Tetapi, Arab Badwi yang membawa kami sangat cekap. Dah memang hari-hari dia melalui jalan ini. Dia dapat mengawal kenderaan dengan baik.

Bukan sekali, lebih 10 kali perkara ini terjadi, sedang baik-baik jalan, tiba-tiba menjunam.

Kami berhenti sebentar apabila gear 4x4 yang kami naiki rosak.

“Ya Allah, tengah padang pasir, dengan line telifon pun tak ada, macam mana ni” bisik hati saya.

Rupanya, berjalan di padang pasir ada sistemnya tersendiri. Kita tidak boleh jalan bersendirian. Mesti ada dua buah kenderaan sekali gus. Jika salah satu rosak, maka akan ada sebuah lagi. Ia seperti sistem buddy di dalam aktiviti menyelam ke dasar laut.

Ini kerana, berjalan di padang pasir pertaruhannya adalah nyawa. Sama seperti menyelam. Kenderaan kami dibaiki pulih dan setengah jam kemudian boleh berjalan seperti biasa.

Inilah pengalaman perjalanan padang pasir. Kita tidak tahu apa yang terjadi di hadapan kita. Kita kena sentiasa bersedia dengan kemahiran dan persediaan mental yang kuat.

Kalau tiba-tiba kita menjunam, kita akan bersedia untuk berhadapan dengan terjunan itu.

Setelah melalui beberapa kali terjunan pada gaung-gaung padang pasir, semua yang ada sudah tidak takut lagi, malahan yang ada, semua merasa seronok dan meminta agar pemandu mencari lagi terjunan-terjunan padang pasir ini.

Apa pengajaran yang dapat kita timba dari perjalanan di tengah padang pasir sahara ini?

Inilah kehidupan. Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di hadapan kita. Barang kali kita menyangka kita sentiasa berada di atas, rupanya, setapak kemudian, kita menjunam setinggi bangunan beberapa tingkat.

Jika kita tidak bersedia dengan ketahanan iman dan ilmu, maka kita akan jatuh dan tidak akan mampu untuk bangun kembali.

Tetapi, jika sentiasa bersedia di dalam hidup kita dengan iman dan ilmu, apa yang terjadi di dalam kehidupan, kita akan tenang dan tabah.

Sesungguhnya, berani sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita berjaya. Berani mesti dikukuhkan dengan ketabahan. Kerana orang yang berani tanpa tabah, orang yang berjaya membuat sesuatu tetapi mudah kalah jika datang ujian.

Lengkapkanlah diri kita dengan iman dan ilmu, semoga kita akan sentiasa berani, tenang dan tabah di dalam ombak kehidupan.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Rejab 1431/15 Jun 2010 jam 2.15 pagi

Kebanyakkan penduduk kota Siwa berasal dari keturunan Arab Maghribi, Libya dan Tunisia. Pakaian harian mereka adalah jubah

Padang pasir Sahara yang menghubungkan antara Mesir, Libya dan Sudan

Pasir Sahara sangat halus seperti pasir pantai

Kenangan perjalanan bersama murid saya

IMG_0753

Padang pasir ini berubah-ubah mengikut angin, bukit tinggi juga boleh berubah

IMG_0758

Untuk meredah padang pasir Sahara, ia perlu berjalan dengan dua kenderaan, jika satu rosak, masih ada satu lagi untuk mendapatkan bantuan

IMG_0762

Bentuk padang pasir Sahara

IMG_0798

Imam Yusuf

IMG_0805

Berehat di oasis, tengah padang pasir

IMG_0811

Rombongan lain yang memasuki padang pasir ini

IMG_0815

Antara bentuk bukit-bukit pasir

IMG_0819

IMG_0822

IMG_0833

Kenderaan kami rosak sekejap

IMG_0834

Agak macam mana kalau rosak lama…

IMG_0857

Ewah… :) Ya Allah, jadikan aku dan seluruh ahli keluargaku orang yang sentiasa mendapat keredhaanMu, yang tidak pernah gentar dan takut pada urusan dunia, amin…

IMG_0861

Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita, kadang kala, terjunan itu setinggi bangunan lima tingkat

IMG_0864

Orang putih suka ke tempat macam ni…

IMG_0879

R&R padang pasir

IMG_0889

Gambar (1) kita tidak tahu apa yang ada di hadapan

IMG_0890

Gambar (2) tiba-tiba kita sedar bahawa kita berada di cerun yang tinggi, apa boleh buat, terjun sahaja…