Sunday, February 28, 2010

Diari 169 – Salam Pulang

26 Februari 2010, Jam 9.00 pagi, saya telah berada Incheon International Airport untuk bertolak ke M alaysia.

Beberapa pelajar Korea menghantar saya pulang.

Terima kasih saya ucapakan di atas segala program dan di atas segala pertolongan sepanjang saya berada di Seoul ini.

Di lapangan terbang kala ini, ramai juga pelajar Malaysia yang mahu pulang. Mereka semua baru tamat belajar kejuruteraan di sini.

Mereka menghampiri saya dan rombongan.

“ustaz, banyak tak bawa barang” tanya salah seorang dari mereka.

“tak, kenapa” tanya saya.

Nak tumpang beg boleh tak, sebab saya punya barang banyak.

Boleh.. mana? Bawa sini, saya chek inkan sekali, kata saya.

Teringat saya zaman belajar dahulu, memang selalu bawa barang banyak dan tumpang orang, adat perantau…

Pesawat saya har ini ialah Mas MH 067. Saya keluar dari gate 112, tempat duduk 27 E. Pesawat Airbus A330-300/200 mula meninggalkan Incheon International Airport pada jam 11.00 pagi.

Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam dan dijangkan sampai ke KLIA jam 5.00 petang waktu Malaysia.

Alhamdulillah, kapal mula mendarat jam 5.00 petang. Jam 5.30 saya terus pulang ke rumah dan bersiap. Malam ini, saya ada program bacaan selawat dan Maulid di Masjid al-Amin sek 17 Shah Alam, ia bersama dengan anak-anak al-Ijabah.

Semoga budaya selawat yang disemarakkan memberikan keberkatan kerana, Allah dan para Malaikat juga turut berselawat ke atas Nabi.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

The Puteri Pasific Johor Bharu

14 Rabiul Awal 1431/ 28 Februari 2010 jam 10.00 pagi

IMG_9667

Surat khabat percuma diletakkan dijalan-jalan

IMG_9668

lambang negara-negara lain sebagai ingatan di Itaewon

 

IMG_9669

Seoul waktu pagi

IMG_9673

Kenangan hari akhir

IMG_9676 

Surat khabar percuma

antara pelajar yang menghantar saya pulang, terima kasih semua

IMG_9715

Malam ini majlis bacaan selawat dari kitab al-Dibaie

IMG_9730

Majlis di masjid sek 17 Shah Alam

IMG_9755

Bersama anak-anak Ijabah

IMG_9770

Antara jemaah yang hadir, semoga selawat membawa kecintaan pada Nabi saw, amin….

Friday, February 26, 2010

Universiti Kehidupan 142 – “Berhiburlah Dengan Cara Syarak, Untuk Menemui Kebahagiaan Sejati”

“Ustaz, satu tempat yang ustaz kena pergi ialah Menara Seoul, tak jauh Itaewon ni, kat sana boleh nampak Seoul dari atas” kata salah seorang pelajar Malaysia dengan saya.

24 Feburari 2010, sebelum ke kedai buku Kyobo, saya telah diajak untuk menaiki menara Seoul ini. Untuk menaiki menara ini kita perlu membayar tiket.

“Kalau pergi dan balik tiketnya 7000 Won, kalau pergi sahaja tiketnya 5000 Won” kata penjual tiket dengan bahasa Inggeris pelat ala Korea.

“Aik, ada ke orang naik tak nak turun” saya bergurau.

Mungkin juga ada yang naik tapi turun melalui trek yang disediakan, tapi kalau itu pilihannya, saya pasti tidak akan memilih untuk itu.

Untuk naik ke atas, kita kena menaiki kereta kabel. Satu gerabak kereta kabel boleh memuatkan lebih kurang 20 orang. Kerta kabel tanpa kerusi ini membawa para pelawat ke atas dengan lampu di dalamnya dimatikan.

Mungkin tujuannya untuk membuatkan para pelawat menyaksikan lampu-lampu di kota Seoul, tapi kebanyakkan pelawat yang bercouple, lain pula perkara dibuatnya.

Naik tak sampai 10 minit. Taklah tinggi dan sejauh kereta kabel di Langkawi ataupun di Genting Highlands.

Menara Seoul ini hanyalah mempunyai ketinggian 237.7 meter ataupun 777 kaki dan dari paras laut, ketinggiannya ialah 479.7 meter bersamaan dengan 1574 kaki.

Menara Seoul ini sebenarnya adalah tempat pemancara radio. Ia dibangunakan pada tahun 1969 dan dibuka untuk lawatan umum pada tahun 1980.

Ia juga dikenali dengan nama Menara Namsan. Di atas, terdapat restoran Itali di sini. Ramai juga yang makan dan minum sambil memerhatikan keindahan lampu-lampu kota Seoul.

Sampai di atas, semua pelawat terpaksa naik lagi tangga untuk sampai ke kaki menara. Untuk naik ke menara, kena lagi bayar.

“Eh berapa banyak bayar daa...” bisik hati saya.

“Cukup di atas bukit ini sahajalah”.

Awal malam, di kawasan menara ini diadakan persembahan lampu dan laser, anak-anak muda berjoget-joget mengikut rentak muzik rancak Korea yang dimainkan. Yang lain sibuk mengambil gambar.

Berhibur dan berhibur sahaja.

Memang fitrah manusia sukakan hiburan untuk menenangkan hati mereka. Tetapi jika ketenangan itu dicari dari hiburan semata-mata, ia akan menyebabkan jiwa kita kosong.

Jika jiwa kosong, maka, apabila datang sesuatu yang menekan, seseorang itu pasti tidak akan tahan tekanan ini.

Di dalam Islam, kita tidak dihalang untuk berhibur selagimana cara berhibur itu tidak bertentangan dengan syarak.

Tapi pelik, kenapa tok-tok guru kita, orang-orang alim, tidak berhibur seperti mana orang lain mencari hiburan.

Ini kerana, mereka mencari hiburan dengan jalan yang lain, mereka mencari hiburan dengan jalan mengingati Allah, dengan jalan doa dan beristighfar, solat dan bermunajat.

Hiburan cara ini sebenarnya lebih tenang dan lebih kekal. Allah telah berfirman di dalam al-Quran:-

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (surah al-Ra’du ayat 28)

Orang yang mengingati Allah, mereka ada tempat untuk mengadu segala permasalahan. Ini menyebabkan jiwa mereka hebat bak kepingan besi.

Jika sedang sedih, mereka meminta Allah memberikan ketenangan pada mereka, jika mereka dikata orang, mereka tenang dan terus memperbaiki diri, jika hak mereka diambil, mereka minta Allah ganti dengan yang lebih baik, jika mereka ada permasalahan, mereka meminta Allah memberikan jalan keluar pada permasalahan itu, jika mereka ada kesempitan, mereka minta Allah berikan kelapangan kepada mereka.

Orang yang bergantung hati dengan Allah inilah disebut orang yang mempunyai cirri-ciri orang bertaqwa dan apa kata Allah mengenai orang bertaqwa ini:-

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar bagi permasahalannya, Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu (surah at-Talaq ayat 2-3).

Berhiburlah asalkan tidak bertentangan dengan syarak, tetapi setinggi-tinggi hiburan ialah apabila kita berhibur bersama Allah melalui solat, doa, munajat, membaca al-Quran, bertafakkur dan sebagainya.

Semoga Allah terus mengurniakan kita kebahagiaan dan ketenangan melalui keredhaanNya, kita pohon pada Allah untuk hidup di dalam keredhaanya, untuk mati di dalam keredhaannya dan dibangkitkan nanti dengan keredhaannya, amin...

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dalam perjalanan dari Seoul ke Kuala Lumpur

12 Rabiul Awal 1431/ 26 Februari 2010 jam 4.00 petang

IMG_9571

Sebelum naik , saya berkenalan dengan tentera laut Jepun yang berada di sini dalam siri lawatan mereka.

IMG_9572

Stesyen kereta kabel

IMG_9574

Tangga untuk naik ke stesyen

IMG_9575

Menara Namsan tidaklah setinggi mana

IMG_9576

Bandar Seoul dari atas

IMG_9579

Stesyen bahagian atas

IMG_9583

Restoran Itali

IMG_9586

Di atas bukit Namsan

IMG_9593

Pagola di atas bukit ini

IMG_9595

Kesan khas (special effect) dari lampu dan laser

IMG_9598

Menara Namsan

IMG_9599

Persembahan cahaya dan bunyi

IMG_9601

Laser

Diari 168 – Warna Warni Kehidupan Seoul 2

Hari ini 25 Februari 2010 jam 12.00 tengah hari, Seoul disimbahi dengan hujan. Sudahlah memang masih di dalam musim sejuk, ditambah dengan hujan lagi, bergandalah sejuk lagi hari ini.

Hari ini, tidak ada program yang menarik, hanya melihat kawasan perniagaan dan tempat yang biasa orang Malaysia datang untuk urusan borong kerongsang dan product kain-kain bermutu tinggi.

Keluar dari stesen Metro, tiba-tiba saya dipayungkan oleh seorang Korea yang tidak pernah saya kenal. Dia menunjukkan dengan tanda isyarat bahawa sekarang sedang hujan dan mengajak saya bersama-samanya berjalan dengannya di bawah satu payung.

“Baik betul budaya dia orang ni” bisik hati saya.

Jam 8.00 malam, saya diajak oleh Luqman dan Hafizul (pelajar Malaysia di Korea) untuk makam malam di sebuah restoran. Malam ini kami makan masakan belut. Korea terkenal dengan makanan belut.

setelah makan malam, saya di ajak oleh Luqman untuk berjalan di sekitar Universiti Hongik untuk melihat aktiviti mahasiswa pada waktu malam.

Di sekitar Hongik Universiti ini terdapat satu kawasan yang agak meriah. Di sini terdapat baju-baju dan kasut rekaan pelajar-pelajar di sini sendiri.

“Kawasan ini adalah tempat para pelajar di sini berkarya” kata Luqman pada kami semua.

“Baguslah, mereka ada tempat untuk mengembangkan kreativiti mereka” Helmee menambah.

Kami melihat, banyak kedai-kedai baju yang direka oleh Mahasiswa di Universiti ini hingga kepada yang berjenama. Ada syarikat besar yang memberi laluan kepada mahasiswa untuk mereka membentuk reka bentuk mereka sendiri.

Kita boleh lihat design seperti Adidas yang direka untuk tempatan yang tidak terdapat di negara-negara lain.

“Rokok kat sini sangat nipis” kata Hafizul (seorang lagi pelajar Malaysia di Korea)

“Kalau di Malaysia, kandungan TARnya 1.5 mg sedangkan di sini kandungan TAR hanya 0.2 mg sahaja” tambah Hafizul lagi.

Saya yang tidak biasa di dalam perkara rokok ini hanya mendengar mereka bercerita ketika melihat anak-anak muda Korea melepak sambil menghisap rokok.

Sejak dari mula datang lagi, saya agak pelik dengan tiang-tiang lampu di Korea ini. Ia diletakkan dililit dengan satu benda berduri kecil.

“Kenapa ye dia orang letak benda ni” tanya saya pada Hafizul.

“Ooo, untuk mengelakkan orang menampal poster di tiang-tiang ustaz” Hafizul memberikan jawapannya.

“Bagus ye, kalau di Malaysia, tiang-tiang serabut ditampal dengan poster-poster.

Kami melihat banyak tempat hiburan untuk mahasiswa di sini, tetapi hanyalah sebagai tempat melepak, tidak seperti di Itaewon yang banyak rumah-rumah maksiat.

“Orang di sini suka minum arak, dan arak Korea di sini dipanggil Soju” Luqman menambah.

“Saya ada berbual dengan doktor di sini dan mereka memberi tahu bahawa ramai orang Korea yang diserang cancer perut kerana terlalu banyak minum Soju” Hafuzul menambah pula.

Terperanjat kami apabila di sapa dengan sekumpulan gadis-gadis bertudung. Dari gayanya kelihatan seperti orang Malaysia.

Ketika hampir rupanya memang betul, sekumpulan Mahasiswi Jepun yang bercuti di Korea.

“Iskh, datang dari Jepun hanya perempuna-perempuan, tak bahaya ke?” tanya saya pada Luqman. Mereka semua mengenali Luqman.

“Di Jepun lagi teruk keadaan, jadi, bila dia orang datang ke Korea ni tak ada benda, Korea lebih selamat dari Jepun” kata Luqman setelah menyapa Mahasiswi dari Jepun yang dikenalinya itu.

“Tapi kalau berjalan di negara Arab jangan buat hal, kalau hanya perempuan-perempuan aje yang jalan, memang hilanglah jawabnya” saya menambah.

Setakat ini, negara Arab yang telah saya pergi, kebanyakkan orang perempuan kena berhati-hati kecuali Maghribi. Di sana, pelajar muslimah kita naik teksi pukul 2-3 pagi pun selamat.

Barangkali, kerana bersepadan dengan Eropah dan terlalu banyak orang Eropah di Maghribi, menyebabkan cara pergaulan masyarakat sana lebih baik.

Bak kata pepatah Melayu, lain padang lain belalang, begitulah setiap negara berbeza. Tetapi, dengan banyak bergaul dan memahami budaya orang lain menjadikan kita lebih menghormati orang lain dan lebih menghargai apa yang ada pada kita.

Sesungguhnya, alam ini sebuah Universiti yang luas, sesiapa yang sentiasa memerhatikan alam, dia akan dikurniakan keluasan ilmu dan pengalaman.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Itaewon Seoul

26 Februari 2010 jam 12.40 tengah malam

Budaya ketimuran yang baik

Malam ini saya diajak untuk makan belut, dari kiri gambar,Luqman dan Hafizul, pelajar Malaysia di Korea ini.

IMG_9618

Ini antara yang menarik. Sapu tangan ini sebesar pil sahaja, Ketika di letak air, dia akan mengembang

IMG_9619

Hingga jadi sebesar ini.

IMG_9627

Di kawasan Universiti Hongik

IMG_9630

Pelajar Jepun yang bercuti di Korea

IMG_9631

Kedai roti

IMG_9632

IMG_9633

Universiti Hongik, gerbangnya adalah kelas-kelas

IMG_9636

Mahasisiwa/i

IMG_9642

Keunikan teknik untuk tidak ditampal dengan poster

IMG_9644

Ia dibuat dari getah

Thursday, February 25, 2010

Bicara Ilmu 13 – Salam Maulidur Rasul “Bagaimana Mencintai Nabi?”

Mencintai Nabi saw satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah.

Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya

Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:-

1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim

2. memberi makan orang yang susah

3. membantu orang kesempitan

4. menyampaikan hajat muslimin

5. menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:-

1. syirik

2. Menentang sunnahnya

3. berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya

1. mendampingi alim ulama

2. mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidru Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, amin…

“Ilmu Pelita Hidup”

Al-Faqir Ila Rabbihi wa Muhibbin an-Nabi

Muhamad bin Abdullah

Itaewo Seoul Korea

11 Rabiul Awal 1431/ 25 Februari 2010 jam 7.20 malam

Diari 167 – Warna- Warni Kehidupan Seoul

25 Febuari 2010, malam ini merupakan malam akhir saya di Seoul. Perjalanan Universiti Kehidupan kali ini menimba berbagai pengajaran. Semoga ia menjadi iktibar kita bersama.

IMG_9539

Porter pengangkat barang yang terdapat di kedai-kedai mereka

IMG_9540

Seorang pembantu dalam lif

IMG_9555

Makcik yang begitu keletihan di dalam kesejukan ketika berniaga di dalam ruangan yang terbuka

IMG_9557

sekali tengok macam kekacang, tetapi ini adalah ulat yang digoreng tanpa minyak

IMG_9561

Kereta tolak untuk berniaga. Di dalamnya terdapat barang-barang perniagaa. Bezanya, ia ada enjin untuk memudahkannya berjalan

IMG_9562

Negara yang pro Amerika

IMG_9567

Cekodok udang di Seoul

IMG_9611

Teksi di sini murah, tapi jangan naik teksi hitam seperti ini. Ia agak mahal.

IMG_9617

Peminta sedekah di kota Seoul

 

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

11 Rabiul Awal 1431/ 25 Februari 2010 jam 6.30 petang

Universiti Kehidupan 141 – Masjid Dan Lubuk Maksiat di Seoul

Ketika mula-mula sampai di Korea ini, saya tinggal di Guro, Seoul.

Setelah dua hari di sini, saya berpindah ke Itaewon, berdekatan dengan masjid terbesar di Seoul (Seoul Central Mosque).

Mula-mula sampai di Itaewon ini, saya terus ke masjid dahulu. Agak penat juga menaiki tangga untuk sampai ke masjid ini. Selepas solat maghrib, saya mula turun menuju ke Hotel Doro, sebuah hotel yang tidak berapa jauh dari masjid ini.

Saya agak terkejut apabila diberitahu oleh pelajar Malaysia di sini, bahawa Itaewon adalah tempat lubuk maksiat. Terdapat banyak rumah maksiat sama ada yang normal atau abnormal.

Macam mana dekat dengan masjid banyak tempat maksiat ini?

24 Febuari 2010 jam 8.00 malam. Saya pergi ke kedai buku terbesar di Seoul, Kyobo Bookstore. Memang kedai ini sanggat besar. Saya mencari beberapa buku untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Korea.

Saya meneliti sejarah Itaewon.

Sejarah Itaewon bermula apabila ia menjadi penempatan tentera Jepun ketika Jepun menduduki negara ini. Ia menjadi tempat berhibur bagi tentera jepun.

Ketika Jepun dikalahkan pada tahun 1945, tempat ini diambil alih oleh tentera Amerika. Ia juga menjadi tempat berhibur bagi tentera Amerika, ia menjadi lubuk maksiat di Seoul ini.

Masa terus berlalu hinggalah para pendakwah mula aktif datang ke Korea ini.

Di tengah-tengah lubuk maksiat ini, datang pendakwah Islam, berusaha membina rumah Allah di atas bukit Hooker di Itaewon ini pada tahun 1976 (Robert Koehler (2009). Seoul, Seoul Selection, Korea hal. 205.

Barangkali berbekal hadis Nabi saw:-

“Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga” (HR Muslim)

Usaha mereka membina masjid di tengah-tengah lubuk maksiat ini berhasil.

“Barangkali, tiap-tiap hari kena azan, maka lama kelamaan tempat-tempat maksiat ini sudah semakin berpindah jauh dari masjid ini” kata saya pada beberapa pelajar Malaysia di Korea di sini.

“Kena azan, syaitan pun panas, lama-lama cabutlah dia” salah seorang mereka menambah.

Jadi, persoalannya, bukan kenapa di tepi masjid ada tempat maksiat? tetapi persoalannya ialah bagaimana mereka membina masjid ini di tengah-tengah tempat maksiat ini?

Ramai orang kagum dengan bunga yang sedang kembang mekar, tetapi tidak ramai yang bertanya, bagaimana ia mula-mula tumbuh.

Inilah antara usaha yang pernah dibuat oleh para pendakwah kita. Sejak tahun 1976, ketika masjid ini mula terbina, hinggalah sekarang, berbagai usaha telah dibuat untuk mengembangkan lagi Islam di Korea ini.

Hinggalah komuniti Muslim di sini mula membuat pusat pendidikan. Di masjdi ini , ia telah dimulakan dengan mewujudkan pra sekolah “Prince Sultan Islamic Preschool”.

Sesungguhnya, Korea memerlukan lebih ramai pendakwah untuk datang membantu di sini. Dan semoga satu hari nanti, gerakan dakwah akan lebih aktif di sini, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Doro Hotel Itaewon, Seoul Korea

25 Februari 2010 jam 10.00 pagi.

IMG_9366

Seoul Central Mosque

IMG_9369

Dari hadapan

IMG_9376

Masjid dari dalam

IMG_9378

Premis sarang pelacuran di sini sedikit demi sedikit diambil oleh Komuniti Islam dan dijadikan pusat ekonomi mereka

IMG_9380

Pasaraya Islam

IMG_9381

Bakery halal muslim

IMG_9382

Kedai komputer

IMG_9388

Kenangan bersama pelajar Korea dan Jepun di Itaewon

IMG_9612

Kyobo Bookstore, kedai buku terbesar di Seoul ini

IMG_9613

Kedai buku Kyobo dari dalam