Tuesday, May 25, 2010

Diari 221 – Majlis Di Teater Shah Alam

Jumaat 21 Mei 2010 jam 11.00 pagi, saya dijemput untuk menghadiri majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena hari ulang tahun Dato’ Mazlan, Dato’ Bandar Shah Alam.

Majlis dibuat di Teater Shah Alam.

Teater Shah Alam telah siap dibina dalam setahun lepas tetapi belum digunakan lagi kerana belum dirasmikan lagi.

“Baguslah Dato’, majlis pertama di tempat ini kita mulakan majlis agama, bacaan Yasin, Tahlil dan kuliah ringkas” kata saya.

Dato’ Mazlan merupakan salah seorang jemaah Haji yang bersama saya pada tahun lepas. Orangnya baik hati dan simple.

Teater ini boleh memuatkan seramai 800 orang dan ia akan menjadi pusat kebudayaan di Shah Alam nanti. Semoga kesenian dan kebudayaan Melayu bercirikan Islam dapat disemarakkan di tempat ini nanti.

Selepas habis bacaan Yasin, saya diminta untuk memberikan ceramah kepada warga MBSA mengenai “Pekerja Yang Amanah”.

Mudah dan ringkas,

Amanah adalah menunaikan tanggung jawab dengan sempurna.

Janji Allah pada orang yang amanah ialah, Allah akan sempurnakan hak kita di dalam hidup kita.

Setelah kita tahu kepentingan amanah, bagaimana ingin menjadi orang yang amanah.

Untuk menjadi orang yang amanah perlulah

1. kena ada niat.

Niat sangat penting. Habis Anis di dalam kitab An-Niyyat menekankan “ajarkan anak kamu berniat sebagaimana kamu mengajar anak kamu sembahyang.

Berniat menjadi orang yang soleh akan menjadikan kita sentiasa ingat. Ini kerana, manusia memang selalu lupa.

2. Kurangkan pilihan

Manusia kalau diberi pilihan, mereka akan memilih perkara yang ringan dalam diri mereka. Kalau diberi pilihan untuk amanah atau mengambil hak orang dalam keadaan orang tidak tahu, maka manusia akan memilih perkara yang sesuai dengan nafsunya.

Sebab itu, untuk menjadi orang baik, kena kurangkan pilihan, nak solat, solat terus, nak baca al-Quran, baca terus. Kena kurangkan pilihan dalam hidup kita untuk menjadi orang baik.

3. Kena doa.

Menjadi baik susah terutama di akhir zaman ini. Kita memerlukan bantuan Allah untuk menjadi orang yang baik. Sedikit cita-cita menjadi baik insyaAllah akan terus diperbaiki Allah.

Majlis hari ini diakhiri dengan jamuan.

Selamat panjang Umur dalam kesihatan dan ketaatan pada Allah untuk kita semua dan khusus untuk Dato’ Bandar Shah Alam. Semoga Allah bersama kita semua, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

11 Jamadil Akhir 1431/ 25 Mei 2010 jam 12 tengah hari

IMG_9848

Teater Shah Alam

IMG_9857

Saya difahamkan , inilah majlis pertama yang di adakan di Teater ini

IMG_9871

Selepas Yasin, tahlil dan Ceramah ringkas, kami semua meraikan Dato’ Mazlan

IMG_9877

Semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan diberikan kesihatan untuk terus menjadi orang yang taat, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...