Tuesday, September 29, 2009

Jawapan Pada Persoalan 72

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, dapat saya menjawab persoalan.

huda boleh x seorang perempuan menumpang kereta yg mana didalamnya semua lelaki yg dipercayainya 2009-09-28 2:55 PM

hukum asal tak boleh melainkan jika tidak ada pilihan

mojo ustaz apa hukumnya keuntungan yang diperolehi daripada simpanan tetap/fixed deposit di bank. 2009-09-28 2:09 PM

Jika bukan system perbankan Islam, tak boleh


JG Benar ke kalau sy kata suami tak boleh poligami sbb tak mampu didik anakisteri kejln yg benar. suami jahil dlm agama tp nak kawen krn nafsu saja? 2009-09-28 2:06 PM

Jika dia tidak mampu, tapi mengaturkan anak dan isteri untuk mendapat pendidikan agama, tidak mengapa. Dia juga kena tingkatkan diri.

Kahwin untuk menjaga nafsu, tidak salah, yang salah kerana nafsu semata-mata. Pada saya, kalau suami ada kemampuan zahir batin, nak kahwin tidak menjadi masalah. Jangan sampai mengabaikan keluarga yang sedia ada.

JG Assalamualaikum ustaz, sseorg sedang solat dan dia rasa rindu sangat nak baca Quran. Adakah itu tipu daya syaitan? 2009-09-28 1:58 PM

Tak salah, bacalah al-Quran ketika solat seperti selepas membaca al-Fatihah. Kalau tak hafal, boleh tengok

mohd Ustaz...batal tak wuduk kalau menantu wanita salam dgn bapak mertua?...berdosa tak akk ipar salam dgn adik ipar laki?... 2009-09-28 1:18 PM

tak batal.

Salam jika tidak menimbulkan syahwat kedua-dua tidak berdosa, tetapi batal wudhuk. Tetapi sebaiknya elakkan.

nur salam ustaz..sahkah solat wanita pabila ketika sujud tangan terlapik dgn kain telekung..tdk pd sejadah? 2009-09-28 12:27 PM

sah, tapi jangan pada dahi

Guest Assalamualaikum ustaz.perlukah saya mandi wajib jika saya bermimpi menyetubuhi wanita sedangkan tidak ada tanda keluar air mani dari zakar? 2009-09-28 11:38 AM

Tidak

Guest Ustaz, kita diminta utk berdoa tapi bila berdoa tidakkah kita seprti mengajar Allah. Dapat ustaz jelaskan. Terima kasih. 2009-09-28 8:36 AM

Allah yang suruh kita berdoa.

Guest Assalamualaikum ustaz, jika orang kafir hadiahkan kita Al Quran, telekong dan sejadah, bolehkah saya menerimanya dan menggunanya. 2009-09-28 8:29 AM

Boleh

ahmad Kesian kat para wanita, ramai yg minta nak jodoh dgn lelaki soleh,tak ada plak lelaki tny mcm mana nak dpt wanita solehah ek...hehe2009-09-28 8:19 AM

tanda akhir zaman, wanita memang lebih ramai dari lelaki. Sebab itu, jika ada kemampuan, Islam membenarkan poligami, asalkan tidak mengabaikan keluarga yang sedia ada.

Wallahu alam Bissawab.

Untuk setakat ini dulu di dalam waktu yang terhad. Jika masih ada kekeliruan, boleh tanya lagi.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mashad Iran
29 September 09 Jam 12.45 tengah hari

Universiti Kehidupan 115 - “Ternyatalah, Hanya Islam Dapat Mendidik Diri”

Hari ini 29 September 09, hari kedua saya di Mashad, salah satu kota suci orang Syiah. Di tempat ini terdapat Makam Imam Reza, cicit ke lapan Nabi saw. Di tepi makam Imam Reza terdapat makam Khalifah Harun al-Rashid.

Pagi ini, saya rombongan bersarapan di sekitar Bazaar al-Reza, bazaar tempat menjual barang-barang lama dan baru.

Oleh kerana di sini tidak mempunyai banyak tempat sejarah, kami hanya berjalan sekitar masjid dan bazaar.

Salah seorang ahli rombongan memang suka menghisap Shisa (paip Arab, di sini dipanggil Kalyan), jadi, setelah sarapan pagi, kami pergi mencari kedai Kalyan.

Kami berbual di sini sambil bertukar-tukar fikiran.

Ramai orang keluar dan masuk. Budaya Kalyan di sini tidak seperti di Isfahan, Shiraz, Yazd dan Kerman. Di sini ia seperti kedai kopi biasa. Tidak seperti di tempat lain yang kedudukan kedai Kalyan seperti kedai rahsia dan sembunyi-sembunyi.

Ada beberapa orang yang keluar masuk menyapa kami, bertanyakan kami dari mana. Mereka semua gembira bertemu dengan orang luar.

Saya disapa dengan seseorang yang meminati kamera Canon 450D saya. Dia mengatakan dia juga suka akan kamera-kamera seperti ini dan dia juga mempunyainya.

Dia membelek kamera saya dan mencubanya beberapa kali.

Saya dan lain sedang asyik berbual.

Ibu Hasyim yang bersama rombongan (www.ibnuhasyim.com) melayan orang ini. Orang ini mula menunjukkan gambar-gambar di di dalam telifonnya.

Bermula dengan gambar-gambar bina badan orang Iran. Tidak lama selepas itu, dia menunjukkan gambar-gambar gereja dan memberitahu bahawa dia bukan orang Islam.

Tidak lama selepas itu, dia mula menunjukkan gambar-gambar perempuan Iran. Semakin
lama semakin yang tidak senonoh.

Setelah kami beredar, saya mencuit lengan Ibnu Hasyim.

“Pelik, jangan-jangan ini satu sindeket untuk merosakkan nama Republik Islam ini” kata saya.

“Boleh jadi, mungkin juga ejen Amerika yang dibayar untuk kerja itu” kata Ibu Hasyim.

Kami meninggalkan kedai Kalyan.

Cuba kita lihat dan bayangkan. Memang, semua manusia suka berhibur. Tetapi Islam menetapkan garis panduan untuk berhibur. Kenapa kalau perkara yang berunsur nafsu dan maksiat, biasanya bukan orang Islam

Sesungguhnya, Islam itu mengajak umatnya mendidik diri dan nafsu. Jika hendak berhibur, maka berhiburlah dengan yang selaras syarak.

Orang yang tidak berpegang dengan agama akan mencari hiburan yang hanya mengenyangkan nafsu.

Berapa ramai orang yang rasa senang sesaat kemudian menyesal sepanjang hidupnya kerana berhibur dengan nafsu.

Menurut nafsu memang menyenangkan, tetapi ia tidak memberi ketenangan.

Dan di dalam Islam, kita disuruh mendidik nafsu itu. Agama lain, ada yang mendoktrinkan agar dibunuh langsung nafsu itu.

Sebab itu, ada agama yang mengharamkan perkahwinan bagi sesetengah golongan.

Dan terbukti, apabila disebut sebagai Islam, ia akan mendidik nafsu kita hingga kita akan hidup denga nafsu yang tidak rakus dan serakah.

Sesungguhnya, nafus yang mutamainnah (tenang) itu, lebih membahagiakan hidup ini. Kehidupan yang bahagia di dunia ini, menjadi tanda bahawa, kita akan bahagia di akhirat nanti.

Allah memanggil, orang yang mempunyai jiwa yang mutmainnah (tenang) sebagai orang yang di seru ke syurga.

Oleh itu, dengan Islam kita bahagia, asalkan, nafsu dididik dengan sempurna.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mashad, Iran
Selasa 29 September 09
Jam 12.15 tengah hari

Monday, September 28, 2009

Jawapan Pada Persoalan 71

Alhamdulillah, saya sekarang berada di Torbat Heydaryeh. Perjalanan malam tadi berterusan hampir 1000 km. Sekarang pemandu kami sedang berehat sekejap. Jadi kesempatan yang ada, saya gunakan untuk menjawab soalan yang ada.

amira ustaz..sblm ini sy bt istikharah samada A ni jodoh sy, tiap kali sy istikharah utk dibuat plhan antara A dan yg lain, hati sy sgt berat pd dia..tetapi jln utk brsma dia nmpk sukar..kmdian scra tba2 sy dilamar oleh seseorg yg lain..dia bersungguh2 utk jdkn sy isteri..sy keliru dia jodoh @ ujian bt sy bgmn dgn petunjuk isthikarah terhdp A?benar @ sblknya 2009-09-21 1:22 PM

Itulah petandanya, memohon Allah tunjukkan yang mana terbaik, dan Allah telah tunjukkan

ka saya puasa sunat syawal adakah tanpa niat qada adakah sah puasa qada saya 2009-09-21 11:51 AM

niat qada dulu, baru niat sunat syawal

doraemon Salam ustz, mcm ne kalau seseorg ppuan itu melewat kan smyg waktu, kmudian dtg haid.. mcm ne hukum solat yg blm dikerjakan tu? 2009-09-21 10:57 AM

qadakan..

SQ? ustaz..SJ tu kwn ustaz ke? kenal dia? 2009-09-22 1:27 PM

Untuk menghubugi dia lawat blog dia, www.shahabudeenjalil.com

kerdil salam sejahtera Ustaz! Ustaz saya ada pertanyaan mcmmana sekiranya seorang mualaf bernikah tetapi tidak d restu oleh bapanya,apa kah jalan yang perlu di ambil?dan penyelesaiannya dari sudut Undang - undang Islam? 2009-09-22 1:24 PM

bagi muallaf, walinya adalah wali hakim, bukan bapanya jika bapa belum Islam. Buat permohonan di Mahkamah

alifah ustaz..kbykn para ulama dan ustaz dpt membaca peribadi seseorg melalui cara pergerakn, mata. bibir dan sbgainya..berdosakah mereka 'membaca' rahsia peribadi seorg gadis melaui cra begitu?2009-09-22 12:37 PM

biasanya, para pendakwah yang mengikuti kursus dakwah akan belajar psikologi dan body languge untuk memudahkan mereka berdakwah. Tak salah untuk tujuan dakwah, salah untuk tujuan lain.

Polan Polin Urm...Ustaz...Assalamualaikum...Maafkn saya kerana bertanya soalan ini...Urm...Bagaimana cara2 utk melawan nafsu seks yg meluap2???Slain drpd kawin... 2009-09-22 10:33 AM

Hindari perkara yang boleh merangsang nafsu, seperti jika bersendirian boleh terfikir bukan-bukan, maka jangan selalu bersendirian.

Kemudian, bergaullah dengan orang yang baik.

Amalkan surah an-Nas dengan niat Allah pelihara diri

fazlee Selamat Hari Raya - semoga perjalanan ustaz selamat pergi dan balik. 2009-09-22 8:01 AM

Semoga Allah juga memeliharamu, amin..

mamadeeba Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Semoga ustaz selamat pergi dan kembali. 2009-09-22 2:20 AM

terima kasih

Guest saya ingin bawa keluarga ke jln benar, bagaimana? 2009-09-23 2:51 AM

Didik mereka pada agama, selalu bawa ke kuliah agama

Guest saya membaca AlQuran, tapi tak tahu makna, adakah Al Quran dpt beri syafaat pd saya, tiap2 hari saya baca lebih kurang satu juzuk 2009-09-23 2:49 AM

Dapat, sebab membaca juga merupakan ahli al-Quran

Guest saya dah bertaubat dgn dosa saya, saya telah insaf, adakah saya layak mendpt suami soleh,sy hanya layak mendpt suami yg mungkar, itukah yg sy layak ? 2009-09-23 2:48 AM

Orang yang telah bertaubat dengan betul seperti orang yang baru lahir. Untuk jodoh, layak, doa banyak-banyak pada Allah

Guest keluarga sy tak solat, tak jg aurat, adakah saya tak layak utk mendpt suami soleh, saya berdoa supaya keluarga saya dpt hidayah. 2009-09-23 2:46 AM

Terus doakan kebaikan keluarga, suami soleh kena doa banyak-banyak pada Allah.

Guest bapa tak solat, suka karaoke, adik beradik tak solat juga, saya igin bawa keluarga ke arah jln yg benar, tp sukar, tak mampu nak tegur, hanya doa. 2009-09-23 2:44 AM

Doa itu antara usaha, teruskan doa dan minta pada Allah untuk beri kekuatan menegur dengan lidah pula

Guest ustaz,dulu sy byk tinggalkn solat,sy ingin b'taubat,perlukah sy qada solat yg sy tinggalkan,mcm mana sy nk qada kalau sy xigt brapa byk sy tinggalkn? 2009-09-23 2:09 AM

Qadakan hingga hati tenang

Guest Ustaz,adakah maksud 'salam' sama dgn 'Assalamualaikum'? 2009-09-23 1:44 AM

Salam bermaksa keselamatan
Assalamualaikum bermakna keselamata atas kamu

rahmat slm ustaz.perlukah brjamak bila bermusafir kerna zaman skarang trdapat banyak kmudahan spnjang prjalanan? 2009-09-22 11:44 PM

Nak buat boleh, tak nak buat pun boleh, keharusan jamak kerana musafir.

Anis ustaz... hukum tindik hidung utk kecantikan boleh kan? 2009-09-22 2:53 PM

Boleh untuk perempuan jika tidak membawa fitnah.

kar saya mengalami istihadah sepanjang bulan,jadi berapa harikah saya di kira haid dlm mazhab syafie? 2009-09-22 2:51 PM

15 hari

yusuf assalamualaikum ustaz,betulka bila tiba hari kiamat orang kafir akan memeluk islam 2009-09-23 5:47 AM

bukan peluk Islam, tetapi meyakini apa yang pernah mereka dengar dulu. Tetapi keyakinan mereka pada ketika itu tidak diiktiraf Allah.

hr assalamualaikum uztaz.. apakah hukumnya memakai baju yang ada gambar haiwan atau benda2 yang bernyawa? 2009-09-23 5:43 AM

makruh


hr assalamualaikum ustaz.. seorang yang mencuri sebelum wajib sembahyang apa hukumnya? dia ingin membayar dgn cara sedekah di masjid dan niatkan? tq 2009-09-23 5:40 AM

Tidak berdosa jika belum baligh, tetapi jika ayahnya tahu dan sengaja membiarkan, maka ayahnya akan menganggung dosa tidak mendidik anak.


Kena pulangkan jika bertemu tuannya. Sedekah masjid jika tidak tahu jalan lain. Tapi walaupun sudah bersedekah, jumpa tuannya satu hari nanti, maka tetap kena pulangkan balik.

Doraemon Salam Ustaz, boleh x sy buang tanda lahir yg besar pd lengan? 2009-09-23 4:46 AM

Jika mengaibkan, boleh

Guest membaca Al Quran akan beri cahaya kpd rumah, kalau hanya sy yg solat, org lain tak solat & mengaji, adakah rahmat boleh turun ke rumah tersebut 2009-09-23 2:57 AM

Tetap turun pada yang taat

Guest saya berkenan dgn seorang lelaki soleh, bolehkah saya minta pd Allah supaya dijodohkan dgnnya, dulu saya buat dosa besar, skrg dah bertaubat bolehtak ustaz beri cadangan supaya masa dpt dimanfaatkan sepenuhnya, bolehkah beri cth masa yg ustaz gunakan setiap hari 2009-09-23 2:53 AM

Boleh doa, tak salah, malah digalakkan. Masa boleh dimanfaatkan dengan kurangkan pilihan pada perkara yang tidak bagus

Guest lelaki yg baik utk wanita yg baik..tapi kenapa kebanyakannya skrg isteri baik, suami baik, tapi pasangan teruk ingin mendapatkan suami soleh, bagaimana, saya berusaha jd solehah, tiap2 hari doa, tapi masih belum bertemu 2009-09-23 2:52 AM

Teruskan berdoa

Guest salam ustaz. betul ke kalau kita niat puasa ganti, kita tak boleh simply berbuka? 2009-09-24 5:42 AM

betul

zt bagaimana nak mentarbiah muslim yg kini freethinker 2009-09-24 4:27 AM

mulakan dengan kenalkan pada tuhan

zahlia apakah maksud "Allah bersemayam di arasy Nya" 2009-09-24 4:25 AM

wallahu alam bis sawab

keliru ustaz,betulkah kita kena tunggu 12 jam atau 24 selepas bersuci dari haid baru blh tawaf, jika tidak tawaf dianggap tak sah.mohon penjelasan. 2009-09-24 3:39 AM

itu hanya untuk memastikan seseorang telah benar-benar bersih.


hamba Allah assalamualaikum ustaz bagaimanakah nak mengajak orang lain mengejakan solat... 2009-09-24 12:14 AM

teruskan ajakan tanpa kecewa

HAMBA ALLAH SALAM..USTAZ, SY NK TNY APAKAH HUKUM MEMBACA NOVEL LUCAH? 2009-09-23 5:20 PM

Haram

anuar nama hotel ust.tidor d Guanghzou 2009-09-23 4:02 PM

lupa

Guest salam ustaz,saya nak tanya apa pendapat ustaz perempuan menari tarian tradisional(yang biasa2 je) dalam majlis,? 2009-09-23 12:39 PM

Kalau ada orang lelaki yang bukan mahram, maka haram

tepitasek salam sejahtera dalam lebaran bersama rakan walau seminit free chat link & link terima kaseh..wsl 2009-09-23 10:01 AM

terima kasih

guest assalamualaikum ustaz,apakah hukum memakai rantai 2009-09-23 6:54 AM

perempuan boleh, lelaki tak boleh

orang salam..time keje kekadang kita akan berbual kosong dalam 5 hingga 10 minit.bolehkah kalau kita sedekahkan sedikit pendapatan kita untuk ... membersihkan pendapatan kita 2009-09-24 3:54 PM

boleh

umi afwan ustaz umi ana ingin tahu tentang shalawat shifa.beliau harap ustaz dapat kirimkan kalimah shalawat tersebut. atau ustaz lampirkan diblog ustaz. ustazkaml penontonsetiarancangantanyaustaz saya ingin ustaztuliskan selawat syifa untuk saya sayaa ini dari dumai riau iindonesia dari sy.fatimah 2009-09-24 1:082009-09-24 10:28 AM

insyaAllah, sekembali saya ke Malaysia

Guest salam.ust. boleh atau tdk puasa ganti dibuat bersama dgn puasa 6 sdgkan puasa 6 tue telah dinazarkan?iaitu sy tlh bernazar utk lakukan puasa 6. sekiranya boleh,mcm mana dgn niat puasanya n klau tdk boleh, blhkah sy selesaikan puasa 6 itu dl br sya berpuasa gnti.trima kasih. sdgkan biler kiter sudah bernazar, ia telah jatuh wajibkan ustaz?jd, boleh atau tdk puasa 6 tu dibut bersama2 dgn puasa gnti?2009-09-24 8:17 AM

Kalau sama-sama wajib tak boleh buat serentak

Guest 91 Assalammualaikum ustaz,harap ustaz boleh beri doa yg ustaz baca pada akhir rancangan tanyalah ustaz. 2009-09-24 7:04 AM

insyaAllah

ibnbarudin SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009-09-24 6:11 AM

sama-sama


Zara Slm, blh ke ambil pil perancang utk henti haid pd Ramadhan, agar blh berpuasa penuh 30 hari 2009-09-25 4:04 PM

Boleh

pelik Assalamulaikum Ustaz....saya ada sorang kawan umur16 tingkatan 4.Dia teringin nak rasai semula bagaimana seorang bayi...dia gi tau saya kadang2 dia su kadang2 dia suka pakai lampin dewasa utk buang air kecil hanya utk suka2..salah x ustaz2009-09-25 11:45 AM

segi hokum tak salah, tapi kena jumpa pakar psikologi tu…

norjuma asssalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya benarkah anak luar nikah(lelaki) tidak boleh mengimam kan sembahyang? jika ustaz tak keberatan boleh emailkan jawapan ke email saya.terima kasih2009-09-25 4:00 AM

tidak benar

sot Selamat hari raya, semoga gembira di rantauan. 2009-09-25 12:55 AM

terima kasih,


mojo assalamualaikum ustaz - bolehkah wang zakat simpanan/kwsp dibahagi-bahagikan kpd anak-anak saudara yg belajar dikolej/universiti anak-anak saudara ini bukan dalam kategori muskin/susah 2009-09-24 4:21 PM

boleh sebab asnaf mereka fisabilillah

daging salam...bolehkan kalau kita datang kerja untuk OT tapi tak cliam atas dasar untuk cover masa kerja yang digunakan untuk tujuan peribadi seperti.. rehat terlajak masa,tertidur time kerja dll 2009-09-24 3:56 PM

boleh

eila salam...ustaz,saya selalu dgr tanyalah ustaz di tv9..sedap di dengar untuk makanan rohani,. 2009-09-27 1:27 AM

teruskan dengar dan lihat

yazihjahiri Agak-agak berapa RM tambang k.terbang dari Abu Dhabi ke Jeddah, pergi/balik. 2009-09-26 11:12 PM

kena Tanya travel agent

Guest betulka kalau kita berbuka puasa dimekah dgn hanya mkn sebiji buah kurma kita akan berasa kenyang 2009-09-26 10:28 AM

Atas orang.


Guest semoga ustaz selamat barsama rombongan selamat kami akan sentiasa menungu jawapan dari ustaz 2009-09-26 10:24 AM

Terima kasih

Solah Ismail saya Solahuddin Ismail dari UUM telah dihibungi oleh Dr Lioubov Goriaeva dr Institute of Oriental Studies Russian Academy of Sciences saya ingin berhubung dengan ustaz. email saya: mail ia berkaitan dengan tesis sarjana saya di API Uni Malaya mohon sedikit masa dan ruang untuk sembang dengan ustaz2009-09-27 1:36 PM

muhamadbinabdullah@gmail.com

wans salam ustaz. apakah hukumnya kalo seseorg itu mnguna duit palsu yg dia dpt dr ATM? 2009-09-27 12:53 PM

kalau dia tahu, maka tak boleh nak gunakan untuk orang lain

morazas Apakah hukum dompet kulit, tali pinggang kulit atau tali jam tangan kulit di pakai dan di bawa solat? 2009-09-27 8:15 AM

kalau kulit yang halal dan di samak, maka boleh


hafifi ustaz, klau ade tetamu dtng rumah nk brye, lps 2 azan, adakah kite ptut lyn tetmu dhulu atau solat 2009-09-27 7:11 AM

layan tamu dulu

drshad salam..ustaz apa nama blog bekas pemberita utusan..r 2009-09-27 4:58 AM

syahrilkadir.wordpress.com

zul utz, bleh tak kalau saya bersalaman dgn mak tiri? 2009-09-27 4:48 AM

boleh

Guest Bolehkah kita gunakan semua wang zakat pendapatan untuk membuat kendur dan ambil kira jumlah pembelanjaan termasuk sewa Kemah dll?i 2009-09-28 3:19 AM

Tak boleh, sebab zakat ada asnaf dia

Guest Mana lebih afdal bayar Wang Zakat pendapatan kpd Pjbt Zakat atau membuat kenduri dan menjamu anak yatim & jiran? 2009-09-28 3:15 AM

Saya sampai terus lebih afdhal

SAM Assalamualaikum ustaz amin, saya nak tahu apakah berdosa jika saya melanggar sumpah dan apakah ada kifarah ke atas saya. 2009-09-28 3:12 AM

Berdosa,

Guest Setelah selesai sembahyang waktu sendirian di masjid tiba2 ada orang sembahyang jemaah. Boleh kah kita bersama sembahyang jemaah dgn niat sbhyang Qada2009-09-28 2:56 AM

Boleh

Guest Bolehkah Sembahyang witir dibuat selepas sembahyang Isyak 2009-09-28 2:51 AM

Boleh

Guest Dlm musafir telahpun membuat Qasar & Jamak. Tapi bila singgah disebuah masjid waktu Asar masuk. Bolehkah kita sama2 sembahyang Asar sekali lagi? 2009-09-28 2:50 AM

Boleh


firdaus assalamualaikum ustaz.boleh saya dpat kan email ustaz kerana ada beberapa perkara yang ingin saya tanya kepada ustaz. saya harap dapat berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada ustaz2009-09-28 12:52 AM

muhamadbinabdullah@gmail.com

Guest asalam. ustaz. boleh x puasa nazar serentak dgn puasa 6? dan boleh x puasa ganti niatkan skali puasa sunat 6?? terima kasih.. 2009-09-27 4:23 PM

Yang wajib boleh buat sekali dengan yang sunat tapi yang wajib tak boleh buat serentak dengan yang wajib

Solah Ismail saya ada banyak bahan berkaitan dengan alam melayu untuk dikongsi 2009-09-27 1:39 PM

insyaAllah, boleh berhubung dengan saya

tanye. Boleh ke onani jika tidak mampu melayan suami. Jika tidak apa perlu saya lakukan? 2009-09-28 6:52 AM

soalan tak jelas, tapi saya andaikan jika puan buatkan untuk suami, boleh

Guest Salam. Ustaz, suami sy diarahkan bertugas di luar daerah Perak. Sy keberatan utk mengikutnya kerana takut tiada perkerjaan. Apakah hukumnya? 2009-09-28 6:49 AM

Diarahkan ke Perak untuk kerjakan?

Wallahualam bissawab

Semoga menepati kehendak soalan, jika kurang jelas bolehlah bertanya kembali.

"Pertanyaan Kunci Pengetahuan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Torbat Heydarye, Iran
28 September 09 jam 10.44 pagi

Saturday, September 26, 2009

Diari 120 - Inside Shiraz

Perjalanan yang jauh agak meletihkan menyebabkan saya terlelap di dalam kenderaan. Memang, bermusafir ini sebahagian dari kepenatan dan keletihan. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Nabi saw menyatakan bahawa:-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنْ الْعَذَابِ يَمْنَعُ أَحَدَكُمْ نَوْمَهُ وَطَعَامَهُ وَشَرَابَهُ فَإِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ نَهْمَتَهُ فَلْيُعَجِّلْ إِلَى أَهْلِهِ

Dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah saw telah bersabda, Musafir adalah sebahagian dari azab, ia menghalang kamu dari tidur, makan dan minum. Apabila seorang kamu telah selesai hajatnya (ketika musafir) maka hendaklah segera pulang kepada keluarganya.

Saya hanya terjaga apabila kenderaan yang kami naiki memasuki kota Shiraz, kota kelahiran ramai Ulama’ Ahli Sunnah satu ketika dahulu. Jika kita bertemu dengan nama ulama dan belakangnya ada gelaran "al-Shirazi", maka bermakna ulama itu dari kota ini.

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Cuaca di sini lebih panas dari di Isfahan dan Tehran.

Saya melihat sekeliling dari dalam kereta, sementara pemandu berpusing mencari restoran di kota Shiraz ini.

“Lain macam sikitlah dekat sini” saya memulakan perbicaraan dengan sahabat yang lain.

“Kenapa ustaz” kata salah seorang dari mereka.

“Orang di sini lebih sosial dari bandar-bandar yang kita telah lalui” kata saya mengajak yang lain melihat sekeliling kota ini.

Memang, kota Shiraz lebih sosial dari kota lain. Perempuan di sini, walaupun masih memakai tudung, tetapi pakaian mereka lebih terdedah. Mereka juga bersolek dengan memakai gincu, mencukur kening dan juga bermake up.

Beza dengan kota lain yang amat jarang melihat perempan bersolek.

Kami menemui kedai makan. Shatir Abbas.

Kami mula melangkah masuk. Orang di Shiraz lebih serius dari bandar Isfahan dan Tehran. Mereka jarang senyum.

Dan untuk pertama kali, saya menemui peminta sedekah di Iran.

Pada waktu malam, kami melihat budaya bercouple juga ada di sini, dan di bandar ini, ramai juga yang boleh berbahasa Inggeris.

Barang kali, dengan kewujudan kota lama Persepolis, ramai pelancong luar datang ke sini menyebabkan mereka terbiasa dengan bahasa Inggeris

Kadar jem di Shiraz lebih teruk dari di Tehran. Kebetulan malam ini malam jumaat, malam minggu buat mereka, ramai orang keluar ke bandar.

Malam ini juga banyak pasar seperti pasar malam di up town.

Ketika sedang duduk minum kopi di satu kedai, kami di sapa oleh perempuan Iran. Dia berbual pendek dengan kami.

Di kedai kopi juga, kelihatan sekumpulan perempuan duduk bersama sekumpulan lelaki sambil bergurau dan bergelak ketawa.

Keadaan ini tidak akan dilihat di Isfahan mahupun Tehran.

Pemuda-pemuda di Shiraz juga kelihatan lebih brutal. Ada yang bertatu. Gaya rambut ala barat dan berpakaian kemeja ketat.

Di sini, jarang ditemui Mullah (orang agama dengan penampilah serban dan jubah). Kebanyakkannya orang biasa.

Ketika saya dan sahabat yang lain melawat makam seorang Ulama, as-Saidi, ada seorang perempuan Shiraz menegur kami. Dia berbual dan bertanya kepada saya,

"selepas ini kamu semua nak ke mana?"

"kami nak ke pasar" jawab saya ringkas.

"mmm, tak apa, saya pun tak ada kerja, kamu bolehlah naik kereta dengan saya, kebetulan saya pun seorang ni" katanya mengajak.

Saya menolak dengan baik dan mengatakan kami telah ada kenderaan.

"Ok, tak apa," katanya.

Dia kemudian meminta buku dan pen kami, kemudian menuliskan nombor telifonnya.

"Ok, hubungi saya jika ada apa-apa keperluan" katanya.

Orang perempuan di sini, beberapa kali, mereka yang memulakan perbualan dan menyapa.


Apapun, secara peribadi, orang Shiraz agak lain sedikit dengan orang Tehran dan Isfahan. Di sini, agak lebih terbuka tapi kurang keramahan.

Bercampur dengan lapisan yang berbagai mematangkan lagi cara kita berfikir terhadap sesuatu. Sesungguhnya, benar kata pepatah Melayu:-

“Lain padang, lain belalang”

‘Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shiraz, Iran 25 September 09, jam 8.25 pagi

*** di post dari kota Yazd 26 September 09 jam 9.00 pagi
anak muda di sini lebih sosial dari bandar lain. Gambar mereka di makam Saadi
Nazereh Jamali bergambar dengan salah seorang ahli rombongan kami
Dia yang meminta untuk ditulis nombor telifonnya. Memang, saya melihat orang di kota Shiraz ini lain dari kota lain.

Universiti Kehidupan 114 - Mencegah Mudharat

“Ali, berapa harga minyak kat sini” saya bertanya Ali, pemandu kami ketika kereta berhenti untuk mengambil gas.

Minyak di sini murah, gas lagi murah. Kerajaan di sini pula memberi subsidi kepada pemandu teksi. Kalau orang biasa, 1 USD akan dapat 2 liter, kalau teksi dan ada kad teksi, 1 USD akan dapat 10 liter” Ali menerangkan.

Beginilah, kerajaan di sini membantu pemandu-pemandu teksi di dalam kehidupan mereka.

Kereta yang kami naiki beratur untuk membeli gas. Istilah gas yang digunakan di sini ialah CNG. Kalau kita di Malaysia kita memanggilnya dengan NGV. Mungkin ada bezanya.

Hanya tinggal beberapa kereta di hadapan kami. Kami semua disuruh turun dari kereta dan hanya pemandu sahaja yang boleh berada di dalam kereta.

“Kenapa ye? Tanya saya pada Ali

“Oh, di sini, semua penumpang akan disuruh turun jika ingin mengisi gas. Agar selamat jika berlaku apa-apa dengan kereta” Ali menjawab.

Saya memerhatikan kereta-kereta lain, pun sama. Semua penumpang akan turun dan hanya tinggal pemandu sahaja bersama kereta.

Walaupun, kebiasaannya, ketika mengisi gas, tidak ada apa yang berlaku, tapi sebagai langkah-langkah keselamatan, maka semua penumpang di suruh untuk turun.

Berusaha mengelakkan sesuatu bahaya memang di suruh di dalam Islam. Ia disebut sebagai Saad al-Zara’ik.


Di dalam al-Quran, kita diperintahkan agar tidak mencampakkan diri kita ke arah kebinasaan. Allah swt berfirman

وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan (Surah al-Baqarah ayat 195)


Suruhan menjaga diri dari perkara yang boleh memudhratkan hingga, jika kita membuat sesuatu yang boleh memudharatkan, maka hukumnya adalah haram.

Contohnya seperti:-

Jika dengan membawa kereta dengan laju itu boleh memudhratkan, maka hukum membawa laju itu haram

Jika dengan makan sesuatu itu, seperti makam masam boleh menyebabkan perut kita luka, maka, makan perkara yang masam itu haram buat kita.

Jika menghisap rokok itu memudharatkan, maka menghisap rokok itu adalah haram.

Jika kita perhatikan apa yang diajarkan oleh Allah ini, maka kita akan menemui bahawa, Islam itu membawa keselamatan kepada umatnya.

Islam agama keselamatan, di dunia, mahupun di akhirat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shiraz, Iran
25 September 09 jam 7.30 pagi

*** di post dari bandar Yazd, Iran 26 September 09 jam 8.50 pagi
teksi beratur mengisi gas

Semua penumpang diarahkan untuk turun
Hanya pemandu sahaja yang berada dekat dengan kenderaan
Selimut bagi tempat mengisi gas

Universiti Kehidupan 113 - Budaya Lepak Antara Malaysia Dan Iran

Bandar Isfahan dan Shiraz, meriah dengan kedai-kedai, tetapi, pada jam 10 malam, kedai-kedai semuanya akan tutup.

Tidak ada kedai-kedai makan yang buka sampai jam 2-3 pagi.

Saya memerhatikan budaya lepak anak-anak muda di sini. Jika di Isfahan, mereka akan menemui kawan-kawan mereka di taman-taman. Mereka akan duduk sambil berbual-bual, ada yang menghisap shisa (paip Arab) bermain daun trup dan sebagainya.

Sekali sekala ada juga pemuda menunggang motosikal lama dan memecut yang tidak berapa laju (tapi mereka rasa macam dah laju dah) seakan mat rempet di Malaysia.

Berbeza dengan kita di Malaysia, budaya lepak adalah di kedai-kedai makan. Sebab itu, walaupun sudah makan malam, tapi jika jumpa kawan selepas itu, kebiasaannya akan makan lagi atau paling kurang, minum teh tarik.

Itu yang menyebabkan badan orang Malaysia, kebanyakkannya gempal-gempal belaka.

Di sini, jarang terlihat orang yang gemuk. Ada, tetapi amat jarang.

Salah seorang ahli rombongan saya, biasanya dengan budaya Shisa (paip Arab, kebiasaannya banyak di kedai-kedai Arab di KL).

Dia mengajak kami semua serombongan untuk mencari kedai Shisa di sini. Di sini, ia disebut sebagai Kalyan.

Ketika melangkah masuk ke dalam kedai Kalyan di Medan Imam di Isfahan, saya melihat, yang duduk di kedai seperti ini, kebanyakkannya, lagaknya bukan macam orang baik. Semua muka mereka ganas-ganas macam gengster. Itupun, jam 9 malam, pintu masuk sudah ditutup dan jam 10 malam, semua pengunjung sudah disuruh keluar.

Ketika di Shiraz, saya diajak sekali lagi ke kedai Kalyan, tetapi saya menolak. Lebih selesa berada di kedai burger di bandar Shiraz.

Setelah ahli rombongan yang pergi ke kedai Kalyan ini balik, mereka menceritakan keadaan kedai Kalyan di Shiraz ini. Memang lebih ganas dari di Isfahan. Bukan sahaja pengunjung, malahan tuan kedai juga lagaknya macam gengster.

Di Shiraz, kedai kopi yang buka sampai jam 12 hanya ada beberapa kedai, itupun di tempat orang-orang kaya dan tempat yang mempunyai klas yang tinggi. Yang datang semua dengan kereta-kereta besar.

Bagaimana budaya berkumpul ini menurut pendapat Islam.

Jika kita melihat sejarah, maka kita akan mendapati juga para sahabat dan tabi’in, mengadakan perkumpulan hingga larut malam.

Tapi, bezanya, mereka akan berkumpul untuk membincangkan mengenai ilmu atau bermesyuarat membincangkan mengenai sesuatu masalah.

Ada juga perkumpulan zikir dan juga qiamul lail.

Bermakna, budaya berkumpul ini juga wujud di kalangan sahabat dan para tabi’in, tetapi cara dan perjalanannya berbeza.

Jika kita boleh tukarkan, budaya lepak menjadi medan perbincangan anak-anak muda untuk membangunkan negara, membangunkan ekonomi keluarga dan negara, menyelesaikan masalah sosial di tengah masyarakat, maka kita akan melihat, ia menjadi medan untuk tempat membina orang-orang hebat.

Ini kerana, manusia yang selalu berbincang, akan hidup hatinya dengan ilmu.

Dari Sunan ad-Darimi, kitab Muqaddimah bab Muzakarah al-Ilmi menyebutkan


Hendaklah kamu saling memperingatkan hadith maka sesungguhnya, hidupnya (hadith ini) dengan membincangkannya)

Di dalam hadith yang lain, ada menyebutkan:-


Lenyapnya ilmu itu dengan lupa dan meninggalkan muzakarah (riwayat ad-Darimi)

Melihat budaya lepak di Iran dan di Malaysia, kedua-duanya tidak bagus, Cuma di Iran, budaya ini tidak sebanyak di Malaysia.

Walau apapun, jika kita boleh menukar budaya ini kepada budaya perbincangan ilmu yang bermanfaat, maka ia akan menjadikan berkumpul itu satu perkara terpuji.

Semoga, kita sentiasa membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.

‘Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Hafiz, Shiraz Iran
25 September 09, jam 7.55 pagi

*** Di post dari bandar Yazd 26 September 09 jam 8.45 pagi
Mereka melepak di taman
Ada yang menghisap Kaylan (jika di Malaysia di sebut Shisha) Kalau di sini perkataan menghisap Shisa bermakna menghisap ganja.
Mat rempet Iran dengan motor lama, motor ala tahun 80 an

Friday, September 25, 2009

Diari 119 - Budaya Bertaman Di Isfahan

Malam ini 22 September 09 jam 9.00 malam, saya berjalan di Medan Imam di Isfahan. Ketika ini ialah 3 Syawal. Iran berhari raya sama seperti Malaysia iaitu hari Ahad.

Di sini, mereka masih bercuti kerana hari raya.

Medan Imam di Isfahan ini menjadi tempat tumpuan orang Iran bersantai bersama keluarga. Mereka mambawa makanan, selimut dan blanket ke sini.

Ada yang sudah berselimut dan tidur.

Kita nak kongsi sikit mengenai budaya bertaman.

Budaya bertaman seperti ini tidak terdapat di Malaysia. Orang Malaysia tidak mempunyai budaya berehat dengan keluarga di taman.

Bagi orang Iran, mereka mempunyai budaya bertaman. Kalau tidak jumpa taman, mereka akan berkelah di mana-mana yang mereka rasa sesuai.

Mereka duduk di taman ini kerana merasa gembira cuaca bagi mereka terbaik ketika ini.

Kita di Malaysia, cuaca kita memang sentiasa baik, maka kita tidak menghargai cuaca yang baik.

Malahan kita sering mendengar orang merungut apabila terdapat cuaca yang kurang baik seperti terlalu panas atau selalu hujan.

Sesungguhnya, kita akan lebih menghargai apa yang ada pada kita jika kita mengambil iktibar apa yang tiada pada orang lain.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Siraz, Iran

25 September 09 jam 7.45 malam

Medan Imam, Isfahan
Ada orang yang tidur di medan ini, menghargai cuaca nyaman pada waktu malam
Yang menghisap shisa pun ada, di sini dipanggil Kalyan
Mat rempet Isfahan
Jika tidak ada taman, tepi jalan pun jadi

Thursday, September 24, 2009

Diari 118 – Perjalanan Kuala Lumpur – Dubai - Tehran

Hari ini 21 September 09 jam 6.00 petang, saya dan berberapa sahabat bertemu di KLIA. Jam 7.30 petang kami akan bertolak ke Dubai.

Kapal terbang Emirates Boeing B 777-300 mula meninggalkan KLIA jam 7.40 petang. Kapal tidak penuh hari ini. Jadi, walaupun tempat duduk saya, bersama dengan orang lain di hadapan kapal, iaitu tempat duduk bernombor 10 E, setelah kapal bergerak dengan stabil, saya berpindah ke kerusi belakang.

Kerusi-kerusi di belakang kebanyakkannya kosong.

Dalam sejam selepas bertolak, saya membelek telifon saya:-

“Eh.. pelek kenapa ada line telifon ni, takkanlah ada line tengah-tengah langit ni” bisik hati saya.

Rupanya, ketika ini, kapal Emirates menawarkan line telifon untuk para penumpang. Saya membelek line yang ditawarkan.

“Aero Mobile”

Kita boleh menggunakan telifon dan menghubungi sesiapa sahaja dengan line yang ditawarkan. Cuma kadarnya, 5 USD seminit.

Kami sampai di lapangan terbang Dubai jam 2.00 pagi waktu Malaysia. Kami di bawa ke Dubai Flower Center dan berehat di sana.

Jam 5.45 waktu Malaysia (1.45 waktu Dubai) kami mula bergerak dari Dubai ke Tehran. Sebelum kapal terbang bertolak, saya sempat menghubungi sahabat saya di Tehran.

“Ali, Saya akan sampai lagi tiga jam” kata saya

“Oh, ye, selamat datang, nanti saya ambil di airport” katanya.

Ali bekas penjawat kerajaan ketika di zaman Shah Iran dahulu. Kini dia telah pencen. Hari-hari yang ada, dia membuat perkhidmatan teksi.

Saya mengenalinya ketika mempunyai program pengambaran di Iran tahun lepas. Dia merupakan seorang Ahli Sunnah yang kurang pengetahuan agamanya. Kadang-kala, amalannya terikut-ikut juga cara Syiah.

Di dalam kapal terbang penuh dengan warga Iran. Ketika Pilot mula mengisytiharkan kapal terbang akan mendarat di Khomeini International Airport, Tehran, kesemua warga Iran ini sibuk mengenakan tudung dan tutup kepala masing-masing. Beginilah, apabila agama diamalkan kerana takutkan undang-undang.

Perjalanan dari Dubai ke Tehran mengambil masa 1 jam 45 minit.

Kami mula beratur di Imigresen, tak sampai 20 orang, orang asing, semuanya orang Iran.

Selepas keluar dari Terminal, saya mengajak semua yang ada solat subuh dahulu.

Tak lama selepas itu, Ali datang dan dia menjemput kami bersarapan kemudian terus ke rumahnya. Kami berehat dalam 3 jam ke rumah.

Jam 11.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Isfahan.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Siraj, Iran

24 September 09 jam 7.15 petang

Kami serapan pagi dengan Kale Pochee (sup kambing)

Saya dan Rombongan bersama Ali dan keluarganya

Monday, September 21, 2009

Diari 117 - Perjalanan Universiti Kehidupan

Hidup penuh dengan persoalan, di setiap persoalan memerlukan jawapan. Seseorang akan memberikan jawapannya mengikut ilmu yang ada padanya.

Di dunia ini, banyak ilmu yang dicipta mahupun yang diturunkan Allah. Sebab itu, ketika menilai dengan ilmu dan kita mendapati pertembungan dengan ilmu yang ada, maka Allah menyuruh kita merujuk ilmu yang datangnya dari Allah.

Di dalam al-Quran Allah berpesan pada kita:-

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(surah an-Nisa ayat 59)

Untuk mempelajarinya, proses pembelajaran tidak boleh terhenti sekalipun seseorang telah mencapai tahap tertinggi di dalam disiplin ilmu seperti Phd.

Ia perlu terus dan terus dicari dan dituntut. Semoga rehlah perjalanan ilmu akan terus dirahmati Allah.

InsyaAllah, saya dan beberapa sahabat akan bertolak ke Dubai petang ini 21 September 09 jam 7.30 petang, kemudian saya akan ke Iran dan insyaAllah akan ke Azerbaijan dan beberapa negara lagi untuk beberapa program.

Dengan izin Allah, saya akan kembali pada 5 Oktober 09. Semoga Allah memberikan kemudahan di dalam segala urusan di dalam perjalanan ini.

Jika dalam tempoh ini, saya tidak menemukan internet, bermakna, agak lama kita tidak dapat berkuliah bersama.

Jika dapat, insyaAllah, kita akan tetap berhubung. Jika tidak, doakan perjalanan ini.

Semoga kita terus dirahmati Allah, amin...

'Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Selayang
21 September 09 jam 1.15 petang

al-Ijabah 28 – Kisah Mercun

Antara perkara yang agak mencabar bagi saya untuk menguruskan, ialah menguruskan duit sedekah pada anak-anak yatim yang diberi sendiri pada tangan anak-anak ini ketika Ramadhan.

Memang ada orang yang rasa puas memberikan sedekah pada anak-anak yatim, tetapi kadang kala, anak-anak ini kurang matang di dalam menguruskan duit sedekah mereka.

Kadang kala, boleh merosakkan mereka.

Pernah satu ketika, mereka mendapat duit sedekah begitu banyak, ketika balik dari cuti hari raya, macam-macam yang dibelinya.

Anak-anak Ijabah, insyaAllah dijaga dengan menekankan pendidikan dan akhlak mereka.

Baru-baru ini, ada di antara mereka yang membeli mercun dan bunga api. Kadang kala, ada juga orang yang, dengan niat menggembirakan anak-anak yatim, membelikan mereka bunga api.

Oleh kerana memang telah ada, jadi saya telah membuat peraturan, jika mahu main, hendaklah ditempat lapang dan waktu-waktu tertentu sahaja secara beramai-ramai dengan pengawasan warden. Yang meletup dan berbahaya, tidak dibenarkan sama sekali.

Semua para warden pun dipesankan untuk menjaga hal ini.

Tapi fitrah budak yang memang nak banyak bermain. Secara sembunyi-sembunyi, main juga.

Kadang-kala tergelak juga saya melihat gelagat mereka.

Satu hari, oleh kerana nak bermain sangat, dan biar tak diketahui warden, mereka diam-diam membakar bunga Api yang ada pada mereka secara sembunyi-sembunyi.

Untuk tidak dilihat, setelah membakar, mereka menyampakkan bungi api itu ke bawah kereta warden.

Bagi mereka, kononnya, itulah cara paling selamat bermain bunga api tanpa diketahui oleh warden.

Ya Allah, nasib baik, perkara ini dilihat oleh Ibu saya.

Memang itulah cabaran menjaga anak-anak ini. Walau apapun, saya gembira melihat mereka sentiasa gembira bersama al-Ijabah.

Cita-cita saya dan seluruh sahabat yang bersama-sama, agar mereka berjaya di dalam pelajaran dan hidup seperti mana orang yang mempunyai ayah berjaya.

Saya selalu ulangkan pada mereka:-

“Hari ini, kita dikumpulkan di rumah al-Ijabah ini, saya harap 15 tahun, 20 tahun dari sekarang, saya akan berkumpul dengan kamu semua di Dewan Parlimen, di Dewan Perniagaan Antarabangsa, di Dewan Pembentangan Antrabangsa. InsyaAllah, asalakan kamu semua berusaha bersama-sama saya untuk meningkatkan diri kamu, semoga Allah tetap bersama kita semua”

Saya doakan seluruh mereka berjaya, sama ada anak yatim mahupun tahfiz al-ijabah. Semoga kegembiraan mereka akan menjadi kegembiraan kita di dunia dan lebih-lebih di akhirat nanti.

“Mencari Kepulangan Yang Diredahi’

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Selayang

21 September 09 jam 12.30 tengah hari

IMG_4414

IMG_4415

IMG_4416

Diari 116 – Santai Raya

Pukul 8 Sabtu malam Ahad, pukul 8 malam, saya menunggu isytihar hari raya dari pemegang mohor Raja-Raja di rumah ibu saya di Subang Jaya. Sejak kecil saya mengenali wajah pemegang mohor Diraja ini.

Di Malaysia, untuk melihat anak bulan memang agak sukar, ini kerana cuaca kita yang memang sentiasa mendung. Walaubagaimana pun kedua-dua kaedah ini tetap digunakan iaitu dengan cara hisab dan rukyah.

Kebiasaan malam hari raya, ramai akan orang akan berkumpul di rumah ibu saya. Ini kerana, kebiasaannya, sahabat-sahabat terdekat akan bersama-sama bertakbir dari rumah ke rumah.

Kami memulakan rumah di Subang Jaya, kemudian ke PJ, ke Puchong, Putra Heights dan ke Meru Klang.

Pada hari raya, kita disunatkan memperbanyakkan takbir. Kalau sorang-sorang barang kali, tak larat hingga sampai ke tengah malam, jadi dengan berjemaah, paling kurang, hingga jam 2 pagi tu masih bertakbir lagi.

Di samping itu, dengan bertakbir, akan merapatkan lagi ukhwah islamiyyah antara sahabat-sahabat.

Biasanya, saya atau Ustaz Jazlan akan memimpin rombongan. Sampai di sesebuah rumah, kita akan memulakan dengan bertakbir beramai-ramai, kemudian, akan ada sedikit ucapan dan tazkirah pendek agar semua mesti terus mengingati Allah dalam apa keadaan dan semoga terus dirahmati Allah.

Kemudian, kita semua akan sama-sama memanjatkan doa agar Allah terus memberi kebaikan pada semua.

Majlis akan diteruskan dengan ucapan tuan rumah dan selepas itu, semua akan bersama-sama makan jamuan yang diberikan oleh tuan rumah.

Jamuan itu tidak penting, yang penting adalah mengambil peluang selalu menjamu makan sesama Islam.

Setiap kali selesai, maka masing-masing mengambil peluang yang ada untuk saling bermaafan.

Antara yang baik juga ialah, ahli rombongan akan membawa anak masing-masing, jadi, anak-anak akan dibiasakan dengan erti menziarahi, saling bermaafan, menjamu makan berukhwah dan menghormati orang yang lebih tua.

Tidak ada yang paling besar bagi seorang ibu dan ayah melainkan ketika mati, dia telah memberikan pelajaran akhlak pada anak-anak.

Semoga Allah terus member kebaikan pada kita semua di bulan Syawal ini. Semoga, hari saya semakin menjadikan kita terus bertaqwa.

‘Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Selayang

21 September 09, jam 11.45 pagi

IMG_4339

Jamuan

IMG_4353

Rombongan

IMG_4375

Santai tuan rumah

IMG_4383

ahli rombongan dan keluarga

IMG_4443

di rumah saya, mereka dihidangkan dengan air zam-zam dan madu berherba istimewa dari Yaman

IMG_4456

tengah malam, kamera pun mengantuk

IMG_4518

di rumah taukey Insuran

IMG_4615

ustaz Jazlan dan sahabatnya Azmi, keduanya al-Azhari

IMG_4709

Restu Ibu dipagi raya

Jawapan Bagi Persoalan 69

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

hr assalamualaikum ustaz.. apa hukum seorang wanita yang belum menikah memakai inai? tq 2009-09-16 2:36 PM

harus

Guest assalamualaikum ustaz.. seorang yang mencuri sebelum wajib sembahyang apa hukumnya? dia ingin membayar tapi takut. thankss.. 2009-09-16 2:34 PM

Kena pulangkan kembali. Kalau tak tahu caranya, doa pada Allah minta beri jalan

hr assalamualaikum.. ustaz mama saya mempunyai resepi.. berat hatinya hendak memberi orang apabila di minta.. bagaimana ustaz?2009-09-16 9:46 PM

ilmu dia, terpulang pada dia, Cuma afdhalnya, ilmu untuk dikongsi, kalau ilmu agama pula, haram sembunyikan hingga orang lain berada di dalam kejahilan

hr assalamualaikum ustaz.. apa hukum solat hanya pakai niat dalam hati? thankss.. 2009-09-16 9:44 PM

Soalan ini kurang jelas, saya andaikan begini:-

1. kalau solat hanya pakai niat, maka tidak dikira solat

2. kalau solat hanya berniat di dalam hati ketika solat, tidak melafazkan, sah hukumnya solat itu kerana lafaz hanyalah untuk membantu hati

dinnor kalau kita nak sembahyg fardhu, boleh ke kita berimamkan org yg sedang bersebahyg sunat2009-09-16 4:03 PM

kalau tahu tak boleh sebab taraf solat tak sama

Guest07 bolehkah kita tukar duit zakat dgn beras,kmdian agihkan beras sbg zakat? 2009-09-16 2:55 PM

Boleh

hr assalamualaikum.. apakah hukum wudhu jika terpijak tahi cicak? tq 2009-09-16 2:39 PM

wudhuk sah Cuma kena basuh, untuk solat, tak sah

hr assalamualaikum.. apakah hukum membaca jampi2? tq 2009-09-16 2:37 PM

kalau dari al-Quran boleh, kalau mentara di larang, haram hukumnya

Lin Salam, mcm mne adab2 nk keluar dari sbhyg jemaah jika terbatal wuduk. adakah teruskn sbhyg, duduk tggu sbhyg selesai atau keluar terus wlpn menganggu 2009-09-17 1:53 AM

Kalau ada ruang keluar, maka boleh keluar, kalau tak ada, boleh duduk ditempat solat, atau ikut gerakan solat tanpa niat solat

Hijau Lelaki yg hya berpuasa & solat sunat2 hari raya shj dan tidak suka mendengar kata2 nasihat ttg Islam malah berseteru dengan kakak2nya... Menguasai rumah pusaka arwah ibu bapa. Tidak suka kpd kebersihan malah memarahi kakak serta adik perempuan apbila mereka membersihkan rumah itu Apa cara untuk menyelesaikan masalah ini? 2009-09-17 1:27 AM

Perlu nasihatkan dan perlu doakan, kita tidak mampu ubah manusia, kita hanya mampu sampaikan kebenaran padanya dan doakan

Hanim Shaha Kemarahan saya pd suami hanya bila tidak solat.ada kala melenting juga memandangkan umur hampir 50thn. Adakah saya derhaka? 2009-09-17 1:24 AM

Tidak derhaka pada 3 perkara

1, bab akidah

2. bab hukum hakam

3. bab akhlak islamiyyah

Hijau bolehkah ustaz menyediakan resit untuk bayaran zakat pendapatan kepada Al-Ijabah? 2009-09-17 1:20 AM

boleh

Kak Nor Salam Ustaz, sejuk perut ibu ustaz m'dung anak2 soleh & solehah.Smpkan slm saya pdnya.Smg pjg umurnya, amin...apa amalannya?Subhanallah... 2009-09-17 12:40 AM

alhamdulillah

sallehaman Bagaimana kita hendak mengenal "WALI ALLAH"?, adakah dia memberitahu kita dia WALI, nak tahu KELEBIHAN itu adalah KARAMAH atau "MAGIC".? 2009-09-16 11:22 PM

kadang kala, wali pun tak tahu dirinya wali, kadang kala dia tahu tapi tak cerita kat orang lain. Kalau orang mudah cerita, itu bukan wali. Dari mencari wali, utamakan mencari redha Allah dengan memperbanyakkan amalan, siapa tahu, akhirnya, Allah anugerahkan darjat itu pada kita

haniez asalamualaikum, ustz hidup sya dan suami bnyk dibebani hutang,dan sy rasa amat risauttg ini. minta ustz doakn kami mempermudahkan utk kami membyrnya. 2009-09-16 10:04 PM

amin, amalkan ayat seribu dinar

aha salam ustaz,selamat menyambut HariRaya Eidul Fitri maaf zahir batin,terima kasih atas keperihatinan luangkan masa mjawab kemuskilan 2009-09-17 4:27 AM

selamat untuk anda juga

Guest salam, pndpt ust kalu kita menyimpan dgn saham terbuka di bursa malaysia. terutama saham perbankkan cth pbb, cimb, maybank dll. adakah ianya terlibat dgn riba. minta penjelasan 2009-09-17 3:31 AM

Kena perhatikan pelaburannya menepati syarak atau tidak, barang haram bukan sahaja riba, banyak lagi sebab jadi haram

hamba slm ustz, blh ke kita bg th trus kat s,org wanita kita ska n nk ambik dia jd isteri..tanda tkt org ln msk dl..tp blh sdia nk btunang lg masa tdekat ni 2009-09-17 2:58 AM

boleh, tapi jaga janga ditipu syaitan dengan selepas itu membuat maksiat

ct salam..ustz kata nmpk tngan xsah solat.jd mcm ne nga solat sy pnh pakai jubah n tudung jer..pakai stoking tutup dagu sume..tp nampk la ke2 tangan sy.. 2009-09-17 2:42 AM

lain kali, labuhkan lengan untuk tutup pergelangan itu

Sue Salam, sy bercadang untuk memberi sedekah wang di atas kelahiran anak sy, bolehkah sy jadikan wang sedekah itu sbg duit raya dan niatkan sbg sedekah Bagaimana pula sekiranya sy sedekahkan wang itu kpd masjid.Yg mn lbh afdal2009-09-17 2:11 AM

Boleh, yang lebih afdal jika ke fakir miskin

abdul Salam Ustaz, apa hukum hutang lapuk bagi perniagaan yg dah tutup Bagaimana pula bila kita nak bayar hutang tapi pemberi tak nak terima sbb dia tak pasti jumlah 2009-09-17 2:03 AM

Hutang kena dibayar walaupun tidak dituntut, pemberi tak mahu terima bermakna tugas kita telah selesai, kalau mati ada jawapan di hadapan Allah

Lin Apa pdgan ustaz ttg jemaah wanita mbawa sejadar ke masjid, bentang sejadar n x nk bergerak utk merapatkn saf. Hingga sanggup memutuskn saf. 2009-09-17 1:58 AM

Kena tingkatkan ilmu, suruh imam beri taklimat mengenai saf yang sempurna

doraemon Salam Ustz, kalau imam batal sedang sujud, mcm mana cara makmum di blkg utk ganti?2009-09-17 6:21 AM

ucap Allahu akbar untuk bangun dulu, kemudian yang belakang terus ambil alih walaupun pada ketika itu belum boleh injak ke hadapan

SJ jenuh menjawab ler ustazzz.. hahahaha. 2009-09-17 5:34 AM

Mmm... itu yang kadang kala lambat sikit jawab,

Guest Sy mengerjakan haji ifrad & dlm ihram selama 12 hari sblm wukuf. Sy cuci pakaian ke dobi & mereka tlh mencucinya sehingga menjadi wangi. Kena dam kah? 2009-09-17 5:26 AM

Tak

azah Besar ganjaran pahala bg mrk yg dpt beribadah dlm bln puasa terutama 10 hari terakhir puasa. Apakah amalan yg dpt dilakukan bg wanita haid dan nifas 2009-09-17 5:19 AM

amalan tak semesti di tikar sembahyang, membersih rumah, menggembirakan suami, berhadiah menasihati anak dan lain-lain

Guest Sy akn balik kg & tlh dibolehkan jamak & qasar selama 3 hari. Tapi setelah 2 hari sy pergi ke tmpt lain lebih 2 marhalah & balik semula ke kg. Boleh ke jamak & qasar untuk 3 hari lagi?2009-09-17 5:16 AM

Boleh

Guest Ustaz, bolehkah memberi zakat kepada orang yg bekerja dgn pendapatan suami RM800 dan isteri RM850 sebulan dgn mempunyai tanggungan anak seorang shj? 2009-09-17 5:08 AM

Boleh sebab takrifan miskin sekarang adalah pendapatan 1500 ke bawah jika duduk di Bandar

Guest Ustaz, berapakah pendapatan minimum seseorang itu yg melayakkan dia untuk menerima zakat? 2009-09-17 5:07 AM

1500 jika duduk di bandar

culatupai Assalamualaikum ! masaalah ketika solat selalu menguap .. nasihat ustaz ? 2009-09-17 4:46 AM

kena rehat sikit

aha ustaz,apkah kelebihan bertakbir pd hari raya,bolihkah kita bertakbir sebnyak mungkin 2009-09-17 4:30 AM

kelebihannya dapat pahala yang banyak, dan boleh buat sebanyak mungkin

Guest Salam uztaz, ketika sembahyang terawih rakaat kedua selpas tahyat imam bangun rakaat ketiga.apa patut makmum buat ? 2009-09-17 12:34 PM

Niat berpisah dari imam dan terus bagi salam

Guest salam ustaz boleh tolong beritahu siapa pengasas ugama nasaro {nasrani tau kristian} t.ksh.2009-09-17 10:55 AM

Pope 1

tonet, Salam Ust kat tpt keja byk sgt blakunya kemungkaran... Kenapa ek Ust? 2009-09-17 9:30 AM

kurang tarbiah

tonet, Salam Ust Suami + isteri org keluar lunch hampir setiap hari dgn alasan 'kesian' coz suami org 2 tiada kwn. Mcm mn nak nasihatkan org mcm nie? Pd pdpt sy yg cetek ilmu nie, mmg x blh... Nak nasihatkan, bimbang mrk slh phm n timbul pbalahan coz mrk bdua nie officer atasan sy 2009-09-17 9:17 AM

jika mampu dengan lisan, maka ucapkan dengan lisan, kalau tak mampu doakan

tonet, Salam Ust Apakah hukumnya suami org duduk bdua2an dgn ank dara d tpt gelap d siang hari (x tahu mrk buat apa). Adakah perlu utk sy menegurnya/biarkan aje.. 2009-09-17 9:07 AM

jika mampu dengan lisan, maka ucapkan dengan lisan, kalau tak mampu doakan

Guest salam.ustaz kalau saye selsema dan saye letak tisu dlm hidong saye batalke.saye rimas asyik keluar hingus jee 2009-09-17 7:55 AM

Tidak jika tidak masuk hingga bahagian dalam hidung

Citratus Apakah ibadah yang paling dituntut di malam raya? 2009-09-17 6:43 AM

Takbir dan qiam

Citratus Salam ustaz, kalau org bercakap perihal keburukan org lain di hadapan kita tapi kita diam dan dengar je, adakah sy turut kena tempias dosa mengumpat? 2009-09-17 6:42 AM

Uzlah hati iaitu hati jangan redha

aha ustaz,hariraya adalah hari kemenangan,bergembira bagaimana golongan yg tak dapat merayakan 2009-09-17 6:41 AM

bahagian dia, semoga Allah ganti dengan lebih baik

shahs salam.apa hukum seorg wanita onani.apakh perlu qada'puasa n mandi wajib 2009-09-17 3:04 PM

kalau hingga keluar mani, batal dan wajib qadha

Guest salam ustaz.. boleh tak ustaz buat hair extension? 2009-09-17 2:45 PM

Tak boleh

Kulaan (Muamalah_1)Salam Ustaz.Adakah dikira riba jika beli barang secara ansuran(tolak gaji) dgn faedah% tertentu? 2009-09-17 2:37 PM

Kalau ada faedah maka riba

Kulaan (Solat_2)Salam ustaz.Adakah diharuskan solat sunat secara duduk tanpa ada uzur? 2009-09-17 2:30 PM

Harus

Kulaan (Umum_1) Salam ustaz. Apa hukum orang lelaki memakai cincin(bukan emas) pada jari tengah tangan kiri? 2009-09-17 2:26 PM

Makruh, nabi pernah larang

Kulaan (Solat_1) Salam Ustaz. Ketika masuk masjid, khatib sdg baca khutbah, mana lebih afdal, solat sunat tahyatul masjid,solat sunat jumaat atau dgr khutbah 2009-09-17 2:24 PM

Tahyatul masjid

khairil jodoh bole diubah x ustaz dgn doa? 2009-09-17 2:02 PM

takdir boleh diubah dengan doa, antara termasuk takdir adalah jodoh

khairil ustaz rasa berat hati pd seseorg slps istikharah itu namanya lintasan pertama ke 2009-09-17 1:42 PM

ye

amar ustaz..jika sesorg lelaki itu melamar wanita utk dijadikan isteri scra x formal tetapi kemudian dia mungkir janji, berdosa x? 2009-09-17 1:41 PM

mungkir janji tetap berdosa jika sengaja berbuat demikian

Keliru Salam ustaz, jka dgn tdk sngaja buka puasa bru terdngar azan, puasa btal x? 2009-09-17 1:24 PM

Tak sengaja tak apa

nur_izaiti salam eidil fitri buat ustaz dan keluarga...semoga hari raya tahun ini akan menjadi yg lbh manis drpd tahun2 sebelum ni... 2009-09-18 2:41 AM

amin..juga pada puan

Along Salam Aid' Fitr. Syukur dpt sya brkogsi ilmu dlm blog ustaz ni.Smoga Allah lindungi & merahmati ustz sklurga x lupa buat isteri yg byk brkorbn. TQVM 2009-09-18 2:30 AM

amin..juga pada puan

Kak Sue slm aidilfitri buat ustaz dan family, moga bahagia, kuatkan smgt , teruskan berdakwah ustaz, antaranya blog ini yg tlh byk m'beri manfaat kpd rmai org 2009-09-18 2:18 AM

amin..juga pada puan

Guest kwn saya nak mintak cerai dr suami krn, skt hati bermadu, dah x de feel kat suami, dah 14thn kwin, suami x penah solat, boleh ke ustaz? 2009-09-18 2:12 AM

Mulakan tindakan dengan istikharah, jangan dengan perasaan

yazihjahiri Salam... Alhamdulillah, saya baru selesai khatam quran sempena ramadhan tahun ini sebentar tadi, terima kasih kepada ustaz yg. memberi saya kekuatan. Sampaikah pahala khatam tersebut yang saya hadiahkan kepada arwah ayah dan ibu, yg. dah pergi...sayu hati saya 2009-09-18 12:36 AM

sampai

nur_izaiti salam ustaz, sy dh 2 kali mimpi sy dapat anak.yg pertama sy mengandung yg ke-2 sy dpt kembar 5. de pe2 pertanda @ sekadar mainan tido? 2009-09-17 11:39 PM

insyaAllah, akan dapat rezki

Guest salam. sbgai makmum, semasa imam sdg mmbaca surah, kita perlu diam atau membaca surah2 tertentu secara perlahan? 2009-09-17 6:46 PM

Afdhalnya dengar

azah bagaimana boleh saya dpt alamat atau no tel kak nor dalam kisah universiti kehidupan 112 - di sebalik kegembiraan kita. Saya sungguh terharu. 2009-09-17 4:38 PM

ada saya berikan di dalam ruangan komen

Azam Assalamualaikum ustaz,Adakah Tauhid uluhiyah,rububbiyah,asma&sifat tu ilmu2 tauhid,ada yg kata itu tauhid org. wahabbi ? Selamat menyambut Aidilfitri. 2009-09-17 3:22 PM

Itu method yang dipakai oleh wahabi

lida salam.saya tidak tinggal qiamulail pada mlm2 akhir ramadan.tapi saya tak dpt tanda2 terjadinya lailatul qadar,adakah sy tk dpt mlm tersebut/sy tak lyk adakah hati saya tidak bersih, itulah sbb saya tk dpt mlm tersebut.doakan sy utk istiqamah dlm amaln saya.sesungguhnya saya benar2 bertaubat 2009-09-18 3:18 AM

kata Imam Malik r.a, amalan macam rezki makan, ada orang hari ini dapat makan ikan, esok daging. Amalan juga begitu, ada orang hari ini dapat tahajjud, esok tak dapat, Jadi minta Allah beri kekuatan untuk kita beribadah

aha salam ustaz,memadaikah memohon maaf melalui email@sma&jika seseorg x memaafkan kita sdgkan kita x tahu adakah dosa kita dgnnya terampun,wallahua'lam 2009-09-18 3:18 AM

jika massage minta maaf itu sampai, maka memadai

Aida ...salam lebaran. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum 2009-09-18 3:16 AM

Syukran

Aida salam. saya baru belajar dari ustaz zahazan pagi tadi di tanyalah ustaz, ucapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum ucapan Nabi, kepada ustaz dan semua... 2009-09-18 3:16 AM

Tahniah sebab meneruskan pembelajaran

Aida salam ustaz, sampai ke masjid utk berjemaah zuhur imam dah stat solat. nak buat qabliyah zuhur dulu ke atau terus masuk saf utk berjemaah 2009-09-18 3:12 AM

Terus solat, pahala jemaah lebih besar

sa80 Trima kasih ustaz kerana berkongsi ilmu dengan kami semua. Alhamdulillah, saya dipertemukan dgn blog ini. Semoga Allah merahmati ust sekeluarga 2009-09-18 3:08 AM

amin, dan tuan juga

sa80 Salam Lebaran buat Ustaz dan semua pengunjung blog yg sgt bermanfaat ini. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal. 2009-09-18 3:05 AM

syukran

seri kepada ustaz dan semua pengunjung ; Taqabbalallahu minna wa minkum. 2009-09-18 2:58 AM

syukran

SYM Bagaimana sekiranya membeli daging kambing (Daging Import) utk Ibadah 'Akikah'. Sebarang cadangan drpd ustaz? 2009-09-18 2:57 AM

Akikah kena niat ketika sembelih, kalau daging beli, dapat kelebihan sedekah makan sahaja

keliru biasanya wanita bila kering darah haid kena segera mandi wajib dan bersolat.bagaimana pula bagi yang ingin melakukan tawaf,adakah kena tunggu dlm temp 2009-09-18 10:30 AM

kena tunggu bersih, mandi baru tawaf

aha ustaz/waktu makruh keluar zakat adakah dikira tertunai zakatnya 2009-09-18 10:20 AM

tertunai

hafifi sye kt skolah sorng pndiam & x slalu brgaul sbab sye x nk ckp prkre x brfaedah... adkah sye dikira sombong 2009-09-18 9:25 AM

tidak, sombong ada 2 ciri, merasa diri hebat dalam waktu yang sama memandang rendah orang lain

rakan kampung salam ramadhan jua lebaran bersama rakan kampung walau seminit free chat xat.com/rekreasi & rekreasi.webs.com ,terima kaseh..wslm.. 2009-09-18 7:05 AM

Guest Ustaz, abg saya yg bkerja di selangor bayarkan utk kami di Trg zakat fitrah ikut 'rate' selangor. Kt Trg beras kami makan lebih mahal. Sah ke? 2009-09-18 4:46 AM

Sah menurut kadar yang telah difatwakan, tapi afdahlnya, bayar mengikut beras yang biasa kita makan

pn ana adakah doa anak perempuan untuk bapanya yang telah meninggal dunia terus sampai kepada bapanya sebagaimana doa anak laki laki? 2009-09-18 3:42 AM

anak akan sampai tanpa khilaf

Guest sekadar ingin tahu, lepas 15hari haid, darah yg keluar di kira darah istihadah, ketika itu bolehkah "bersama" suami. 2009-09-18 3:37 AM

Boleh

lida salam aidilfitri utk ustaz sekeluarga 2009-09-18 3:20 AM

salam untuk puan sekeluarga

Guest Salam. Bolehkah zakat pendapatan diberikan kpd anak2 abang yg susah sbg duit raya? 2009-09-19 1:53 AM

Kalau susah, boleh

guest dari segi hukum bolehkah org islam mkan n minum dirmh org bkn islam ketika melawatnya2009-09-19 12:30 AM

Boleh

guest bolehkah seorg islam makan n minum dirmh org bkn islam ketika mengunjungi/menerima jemputan mrk 2009-09-19 12:29 AM

boleh cuma jika membabitkan bekas makanan, maka terdapat syubhat

hambaallah salam uztaz, bagaimana sekiranya seorg isteri membyar zakat ftrh utk dirinya, suami n ank2 krn suaminya tdk brkrja. isteri juga menmpung klrga n dia r isteri menampung keluarga krn suami x bkrja n dia redha n mghalalkan bgi mmbntu suami yg x bkrja. 2009-09-19 12:02 AM

boleh

guest ibubapa sya mempunyi seorg ank angkt ank saudara seblah bapa semasa ibu sya meningal selpas dimandikan dan dikafan ank angkt ini ada mencium dahi ibu boleh ka ustaz adakah batal air smyg ibu2009-09-18 10:55 PM

yang batal adalah yang hidup, yang mati tidak batal

izza salam ustaz...bolehkah seseorang itu membaca surah dalam rakaat pertama dan dia membaca surah yang sama pada rakaat kedua? 2009-09-18 9:42 PM

boleh

ct selam eid fitri 009-09-18 2:33 PM

salam

zaid salam ustaz,ustaz apakah hukum berkahwin? 2009-09-20 8:47 PM

boleh jadi wajib, sunat, haram, dan makruh, lihat situasi dan keadaan

SJ Terima kasih dtg rumah tadi. 2009-09-20 3:59 PM

Sama-sama, selamat hari raya, sedap jamuan

Mat Salam ustaz...apa hukum kalau seorang ayah yg fasik menjadi wali pada pernikahan anaknya?...sah tak nikah tu... 2009-09-20 3:01 PM

Sah

Fasiq yang tidak afdal menikahkan anak ialah fasiq yang keterlaluan seperti tetap minum arak yang diketahui umum, tetap berzina dan sebagainya.

Jika sekadar salah dan taubat maka tidak mengapa.

hr assalamualaikum.. ustaz, apakah hukum solat subuh jika tidak membaca doa qunut'? thankss..2009-09-20 1:54 PM

Doa qunut hukumnya sunat

http://hjarshad.blogspot.com Eid Mubarak buat Ust Amin dan Ust Jazlan Sekeluarga.. 2009-09-20 6:18 AM

terima kasih

Blog Directory & Community We would like to wish you all, Happy Eid ul-Fitr (Muslim) and Happy Holiday (Non-Muslim). Join our community and spread your words there! :)2009-09-20 2:34 AM

fakhruddin salam ziarah :)salam aidilfitri 2009-09-19 1:39 PM

salam untuk tuan juga

mojo saya juga ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA' kepada ustaz 2009-09-19 1:11 PM

syukran

melati Salam ustz, rakan sekerja suka memaki hamun sy dgn perkataan kesat hatta' babi' pun pernah. boleh tak sy solat hajat mta Allah bg blsn spya dia insaf. 2009-09-19 5:35 AM

boleh

no name salam ustaz, apakah hukum org yg mendengar lagu inggeris???? 2009-09-19 3:19 AM

apa-apa bahasa jika melalaikan, tidak boleh

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Selayang

21 September 09 jam 11.00 pagi