Monday, August 10, 2009

Jawapan Pada Persoalan 39 - Soalan Dari Bengkel Solat Ketika Sakit Di UKM

Alhamadulillah, saya kongsikan 20 soalan pilihan dari Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit di UKM pada 9 Ogos 09.

1.bagaimana jika seorang itu koma selama 1 tahun untuk menunaikan solat?adakah wajib qada selama mana seorang itu koma?

Qadha ketika sedar. Bagi menjaga kesempurnaan solat, qadha lima waktu kebelakang sebelum sedar.

2.jika tiada air dan kita mandi wajib guna debu, jd bila dah ada air adakah kita kena mandi wajib semula dengan mengunakan air?

Tayammum itu telah menggantikan air. Dalam kes sakit yang tidak boleh kena air, maka setelah sembuh maka tidak perlu mandi semula.

3.bagaimana hendak tayammum jika alergi(alahan) kepada debu?

Tak perlu kerana pada ketika itu, kita dikira di dalam darurat

4.seseorang telah meninggalkan solat dengan sengaja, setelah dia insaf dan ingin menggantikan solatnya tetapi tidak tahu berakah jumlah yang sepatut digantikan. Boleh ustaz terangkan bagaimana masalah ini dapat diselesaikan?

Terus gantikan hinggalah hati menjadi tenang

5.mengikut pengalaman saya, saya pernah patah tangan dan kena simen sampai siku. Masa ambil wudhu, saya sapu air tapi simen larut dan tangan saya jadi gatal. Apakah yang patut saya buat?

Tak perlu sapu air jika menimbulkan mudharat seperti itu

6.adakah dibenarkan kita membuat mengunakan kain lembab untuk meratakan air?

Boleh ketika sakit

7.apakah cara yang paling baik untuk approach patient supaya solat?

Cakap dengan hikmah

8.bagaimana patient tanya kita (sebagai doctor) cara untuk solat jika kita sendiri tidak berapa yakin untuk explain?

Keyakinan datang dengan ilmu. Dalamkan ilmu fiqh perubatan.

9.kadang-kadang kami sangat segan untuk tegur pada patient yang beragama islam tapi tidak solat dan pada wanita yang tidak memakai tudung (tetapi di luar pakai tudung)

Paling kurang doakan.

10.bagi pesakit yang pengsan sehingga terlepas waktu solat, adakah wajib pesakit itu ganti solat?

Dalam tempoh satu hari, kena ganti, kalau lebih dari satu hari, maka ganti lima waktu kebelakang sahaja.

11.jika pesakit itu di ICU, bagaimana mahu menghadap kiblat?

Sekadar mampu. Jika tidak mampu, maka solatlah dengan keadaannya

12.bagaimana cara untuk rukuk dn sujud bagi orang yang boleh solat berdiri tetapi tidak mampu rukuk dan sujud?

Sujud hendaklah dicondongkan lagi dari rukuk

13.adakah sah solat seorang pesakit jika kakinya terdapat najis tetapi sudah dilapik dengan kain lain?

Sah, jika telah dibersihkan semaksima yang mampu

14.boleh tak sembahyang duduk sebab pening, tidak boleh berdiri lama-lama?

Boleh jika memang tidak mampu berdiri

15.kenapa Wanita diberi kelonggaran tidak menggantikan solat apabila haid?

Wallahu alam. Kelebihan yang Allah beri pada wanita

16. Adakah orang sakit boleh jamak solat?

Boleh jamak (himpunkan) tapi tak boleh qasar (pendekkan)

17.bagaimana mandi wajib menggunakan kaedah tayammum?

Rujuk rukun tayammum iaitu:-

1. Niat.2. Memindahkan tanah kepada anggota.3. Menyapu muka.4. Menyapu dua tangan serta siku.5. Tertib

18.bagi yang terpaksa solat di dalam bas ketika musafir, adakah sah solat secara solat di atas kerusi bas walaupun sebenarnya dia dapat berdiri secara normal?

Kalau bas bergerak, memadai solat dengan duduk

19.syarat sah solat adalah suci daripada najis, terdapat kesan najis pada tilam pesakit dan pesakit mesti rehat di atas katil, stafnurse meletakkan satu lapisan kain pada tilam tersebut. Adakah solat itu sah?

Sah

20.adakah bedak salah satu daripada alat untuk bertayammum?

Tidak.

Terima kasih yang bertanya. Semoga semua diberkati Allah.

"Pertanyaan, Kunci Pengetahuan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Ogos 09, jam 11.50 malam

1 comment:

Anonymous said...

Assalam.. saya telah membaca kaedah bertayammum bagi orang yang sakit yang anggota wuduk tidak sampai kepada air. Persoalannya mengapa pesakit tersebut dimestikan mengambil wuduk bagi anggota yang tidak sakit(berbalut) contohnya jika tangan berbalut perlu ditayammumkan anggota tersebut. Sedangkan tayammum adalah rukhsah. Jika mesti ambil wuduk sekaligus tayammum ini menyukarkan pesakit. Apa tidaknya perlu sediakan air kemudian tanah yang berdebu. Apabila dah berwuduk tangan basah kemudian nak bertayammum pula kemudian jika lebih anggota yang tidak sampai wuduk kena tayammum 2 tiga kali. Ini membebankan pesakit. Begitu juga dengan pandangan dari JAKIM bahawa dinding tidak boleh dijadikan tempat bertayammum. Jadi tidak bolehkah jika anggota wuduk pesakit berbalut atau sakit hanya bertayammum sahaja seperti mereka yang sukar menemui air. Wallhuaalam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...