Saturday, November 29, 2008

al-Ijabah 4 - Terima kasih pada yang memandang rendah

Pada awal bulan November baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang wartawan dari akhbar Sinar. Dia bertanyakan pada saya mengenai rumah anak yatim yang saya kelolakan. Beliau seorang yang baik hati, peramah dan perihatin. Dia menemuramah saya dan bertanyakan apakah keperluan yang saya perlukan untuk anak-anak ini.

Saya menyatakan, beza rumah anak yatim kita dengan anak yatim orang lain ialah kita menumpukan kepada pembentukan akademi dan akhlak. Kita bukan menjaga makan dan minum mereka semata-mata. Jika ada sesiapa yang berminat ingin serta di dalam perjuangan ini, marilah sama-sama menjadi sukarelawan memberi tuisyen atau pun khidmat mengajar pada anak-anak kita ini.

Selama saya mengendalikan rumah Ijabah ini, saya tidak pernah berkempen meminta derma sana dan sini. Semua keperluan di cari sendiri. Hanya anak murid saya yang rapat atau individu yang tahu sahaja membantu dari sudut kewangan. Untuk keluar dari mulut saya insyallah, setakat ini, saya tidak akan ucapkan.

Pada 19 November 2008, keluar di Akhbar Sinar mengenai rumah Ijabah. Apa yang saya nyatakan mengenai sukarelawan memang ada disebut. Cuma tajuk akhbar ialah "Rumah Anak Yatim Perlu Sumbangan Orang Ramai".

Saya terharu dengan usaha wartawan ini yang ingin membantu. Tetapi tajuk artikel ini mungkin agak gimik sehingga ramai orang yang kenal menghubungi saya. "Ustaz, apa dah jadi, tengah susah ke rumah Ijabah sekarang".

Di tengah-tengah orang yang perihatin, tetap ada yang menjelak. Tidak kurang orang yang menyindir dengan kawan-kawan saya, "amacam Ustaz Muhamad sekarang, minta sedekah nampak". Ini antara perkataan yang sampai pada saya.

Belanja anak-anak ini sangat besar. Ia lebih 20 ribu sebulan, bermula dengan sewa 3 buah rumah, sewa bas, gaji warden, gaji guru-guru dan tuisyen mereka dan lain-lain lagi. Kita akan mengusahakan sendiri dengan cara tersendiri, namun untuk meminta ke sana sini insyallah akan dihindarkan.

Apa yang kita mahu lihat ialah, anak-anak ini berjaya seperti mana orang ada ayah. Insyallah, saya bersama kawan-kawan rapat akan mengusahakan yang terbaik.

Terima kasih yang bersama di dalam perjuangan ini, dan terima kasih yang memandang rendah dan mencemuh. Yang bersama semoga dirahmati Allah, yang mencemuh semoga Allah mengampunkan kita semua.
Artikel dari Akhbar Sinar pada 19 November 2008.

Diari 12 - Keibubapaan

Hari ini 29 November 2008, saya dijemput untuk mengendalikan satu ceramah mengenai keibubapaan bersempena dengan Ihtifal Restu Kids di Yayasan Restu Shah Alam. Majlis di mulai dengan bacaan doa dan ceramah.

Ingin saya berkongsi point ceramah keibubapaan ini. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.

Ibu Bapa dan Anak
Anak merupakan amanah dari Allah. Setiap anak dilahirkan di dalam keadaan fitrah (bersih) Ibu bapalah golongan pertama yang bertanggungjawab membentuk hala tuju anak-anak.

Ada 8 kaedah melahirkan anak yang soleh

1. Ibu bapa juga perlu menjadi orang yang soleh.
Kisah Luqman al-Hakim ketika ditanya, bagaimana dia mendidik anaknya. Beliau menjawab, dia mendidik anaknya 20 tahun sebelum mereka dilahirkan. Bermakna didikan itu bermula dengan didikan dirinya dahulu

2. Menjaga adab di dalam pergaulan dan pernikahan
Larangan mendatangi isteri ketika haid
Larangan mendatangi isteri seperti haiwan
Anak yang soleh dan geniaus akan lahir dari benih yang di jaga adab di dalam pergaulan
Jangan bermain dengan lafaz talaq


3. Adab ketika mengandung
Banyakkan membaca al-Quran seperti surah yusuf, surah Maryam dan surah Luqman


4. Kelahiran
Kelahiran satu kesyukuran, hendaklah diberi nama yang baik, dipanggil dengan nama yang baik dan ia ibarat doa
Sunat menamatkan dengan nama Nabi dan orang yang soleh
Hendaklah diaqiqahkan
Hendaklah ditahniqkan
Hendaklah dikhatankan


5. Berikan anak kamu makanan yang halal
Hati ditempa dengan makanan
Hindarkan yang syubhat
Beri makan yang baik dan sunnah

6. Kaedah mendidik Anak
Hendaklah selalu ditegur dan diingatkan
Dedahkan dengan didikan agama

7. Carikan guru yang hebat
Di belakang orang yang hebat ada guru yang hebat- Muhamad al-Fateh, Imam as-Syafie, Ibn Sina, Ibn Haitham, al-Khawarizmi semuanya berguru dengan guru yang hebat.
Guru yang baik guru ada keberkatan

8. Doakan
Doa yang baik sebaiknya dari ayah
Bacakan fatihah padanya

Penutup
l1. Anak yang soleh menjadi penyejuk mata
l2. Anak yang soleh akan menyelamatkan kita di akhirat

Itu antara isi penting di dalam ceramah pada pagi ini. Mudahan ia memberi manfaaat kepada yang mendengar dan pembaca sekelian.
Ceramah keibu bapaan di Yayasan Restu
Antara ibu bapa yang hadir di majlis ini.

Friday, November 28, 2008

Jawapan Pada Persoalan 6

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika barulah saya berkesempatan manjawab soalan yang diajukan.

? Siti Ustaz, rkn sekerja sy tlh menitipkan wang kpd sy utk beli makanan (snek). Dia tlh berhenti kerja scara tiba2. Sy x dpt hubngi dia. Apa ptt sy buat ? 2008-11-21 12:47 AM


+ Simpan duit itu sekadar mampu. Kita bukannya dikira sebagai mengambil barang orang. Jika terpakai dan satu hari nanti bertemu dengannya, lafazkan minta halal atau ganti balik


?miss salam,ustaz sy nk tahu doa utk lembut hati suami supaya dia rajin solat 2008-11-23 10:33 AM


+ Surah Taha ayat 1-5

? Guest assalamualaikum ustaz,benarkah jika kite ganti puasa wajib,kite x leh ganti & fidyah sbb berbuka sblm waktunya??? 2008-11-23 2:49 PM


+ maaf saya kurang faham solan ini. Puan boleh cuba tanya kembali


? afifah assalamualaikum ustaz saya ada 2 soalan..1)apakah hukumnya jika seseorang itu melakukan teknik rebonding? 2008-11-23 11:24 PM


+Ada sesetengah ulama mengharamkan di atas dasar ia merubah ciptaan Allah. Yang mengharuskan menganggap ia tidak merubah ciptaan kerana ia akan kembali normal setelah beberapa ketika. Walaubagaiman pun, untuk menjaga agama, tidak perlulah kita buat jika tidak ada darurat

? afifah 2)sahkah solat seseorang jika dia tidak sedar auratnya terbuka ketika solat seperti kaki dan orang yg ternampak auratnya iaitu kaki tadi lalu menutup?


+ Jika dia memang tidak sedar di maafkan.

?Insan Salam ustaz...kalo saya buat mufarakah mase solat jumaat,saya perlu buat empat rakaat atau teruskan dengan 2 rakaat, mcm mana dgn solat jumaat sy tu? 2008-11-24 1:31 PM


+Buat empat rakaat. Ini kerana syarat sah jumaat adalah dengan berjamaaah

?Musykil ustaz..ada babi hutan merosakkan tanaman sy, kalo sy bersihkan kawasan tanaman sy tu, perlukah sy menyamak diri sy setelah membersihkan kawasan itu.. 2008-11-25 9:17 AM


+ Jika ingin dijawab dari soal hukum, ia tidak perlu melainkan kita nampak depan mata kita babi itu, kita hambat dia dan bekasnya itu kita nampak. Jika bekas itu terkena badan kita maka kena samak kerana ia bersifat yakin. Jika tidak nampak depan mata tidak perlu. Walaubagaiman pun, jika hendak menjaga agama maka lebih baik kita samak.

? Peminat Salam ustaz...sy minat la ustz nye kuliah,mcm mane sy nak download video kuliah2 ustaz... 2008-11-26 1:58 PM


+ Setakat ini ia belum pernah diterbitkan secara rasmi. Insyallah akan datang


?Mohd Salam ustaz..kalo kite sukar nak solat,cnthnye bos tak benarkan kite solat zohor,solat zohor tu nak diqada'kan atau nak dijamakkan dgn asar...tq 2008-11-27 2:30 PM


+ Tidak boleh mentaati makhluk pada perkara mungkar. Solat kena dirikan apa keadaan sekalipun.


?student hai ustaz.. boleh ustaz huraikan lagi berkenanaan hukum menggunakan pil perancang keluarga. saye keliru bila sekadar membaca fatwa tersebut d e-fatwa


+Di sini saya sertakan Muzakarah tersebut. Jika kurang memahami lagi boleh kembali bertanya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 22 Nov 1973 telah memutuskan bahawa:

Bagi negara dan mana-mana pihak, menggalakkan amalan rancangan kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab-sebab tertentu, amalan rancangan keluarga adalah diharuskan.

Semoga menepati kehendak soalan. Jika sidang pembaca ada persoalan, bolehlah berkongsi. Insyallah, apa yang mampu saya berikan jawapan, saya akan sempurnakan. Sekian.

Diari 11 - Majlis Perpisahan

Hari ini 28 November jam 10 pagi, saya dijemput menghadiri majlis perpisahan Tan Sri Abdul Aziz sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di pejabatnya di Putra Jaya. Majlis disempurnakan dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat.

Beliau yang akan pergi ke Mekah bersama keluarganya akan bertolak esok. Selepas ini beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya.

Daripada majlis ini, saya melihat, orang datang dan pergi. Tetapi yang berjasa yang akan sentiasa diingat.

Hari ini, jika kita memegang kuasa, janganlah kita sombong dan bongkak. Ini kerana pasti satu hari nanti ia akan hilang dari kita. Ramai orang yang bertopengkan jawatan untuk berbuat baik. Sebab itu, jika topeng itu hilang maka baru orang tahu bahawa dia banyak membuat angkara.

Orang seperti ini akan takut kehilangan jawatan, kerana hilangnya jawatan bermakna hilanglah topeng. Maka dia akan berusaha mempertahankan topengnya itu walau apa pun keadaannya. Tetapi jika seorang itu berbuat jasa ketika bertugas, selamanya mereka akan dikenang. Sudah lumrah alam, yang berjasa sahaja yang akan terus hidup selamanya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin.
Ucapan Tan Sri Abdul Aziz
Hadirin yang hadir

Jamuan selepas majlis.

Tarbiah dan Dakwah 7 - Hidup adalah ujian

Hidup kita di dunia ini adalah merupakan ujian. Di dalam surah al-Muluk ayat 2 Allah berfirman:-

2: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Apabila kita memperkatakan mengenai ujian, maka ramai orang yang akan menyangka ujian itu adalah kesusahan semata-mata. Sebenarnya, kesihatan yang Allah berikan kepada kita merupakan ujian. Allah mahu melihat sama ada kita gunakan ke jalan yang Allah redhai atau pun tidak. Begitu juga dengan akal fikiran, harta, keluarga, kepandaian dan sebagainya. Semua itu akan dipersoalkan oleh Allah sama ada kita mempergunakannya pada jalan yang diredhai Allah atau pun sebaliknya.

Para sahabat dahulu lebih banyak menangis ketika beroleh kekuasaan, dari pada ketika mereka susah dahulu. Ini kerana ramai orang yang lulus dalam ujian kesusahan tetapi tidak ramai yang lulus ketika dalam ujian kesenangan. Manusia sangant mudah lalai jika berada di dalam kesenangan berbanding ketika berada di dalam kesusahan.

Sebagai analoginya, katakanlah kita di dalam sebuah dewan peperiksaan. Kita dikehendaki menjawab 100 soalan. Di dalam siri soalan tersebut ada yang soalan susah dan ada soalan yang senang. Kedua-dua jenis soalan ini perlu kita jawab. Jika seorang murid mengatakan, "ah.. tidak perlulah menjawab soalan yang senang ni, kita tinggalkan sahaja. Soalan macam budak tadika". Maka dia pun meninggalkan soalan tersebut. Apa akan terjadi pada keputusan periksa. Sudah tentulah dia akan gagal atau mendapat markah yang rendah. Ini kerana dia meninggalkan soalan tidak terjawab.

Jadi, ketika kita susah ada jawapan yang perlu kita berikan pada Allah. Jika kita senang juga ada jawapan yang perlu diberikan. Jawapan tersebut mestilah selaras dengan kehendak Allah dan Rasulnya.

Sesungguhnya, hidup ini merupakan ujian, tidak ramai orang yang dapat memberikan jawapan yang baik pada persoalan di dalam hidupnya.

Thursday, November 27, 2008

Universiti Kehidupan 16 - Niat yang diizinkan

Pada kesempatan kali ini, saya akan berkongsi pengalaman ketika gempa bumi di Pakistan pada 8 Oktober 2005. Gempa bumi tersebut berlaku pada bulan Ramadhan. Pada mulanya, saya tidak berniat untuk ke sana sehinggalah saya menyampaikan satu ceramah di Kolej Kedua Universiti Malaya. Tajuk ceramah saya ialah iktabar peperangan Badar. Di antara pengajaran terpenting kisah peperangan Badar ialah ukhawah dan kesatuan para sahabat sehinggalah Allah mengurniakan mereka kemenangan terhadap orang-orang kafir. Ketika saya turun dari pentas, terbisik di hati saya bahawa saya menyampaikan kuliah mengenai ukhwah, tetapi apa yang saya buat ketika saudara-saudara seIslam yang ditimpa gempa di Pakistan pada waktu ini. Terasa malu sendiri pada diri. Saya berniat, "Ya Allah, aku ingin membantu saudaraku di Pakistan ini ya Allah".

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya menghubungi abang saya, Ustaz Jazlan. Saya mengajaknya untuk ke Pakistan agar dapat membantu sahabat-sahabat seIslam di sana. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ke sana. Bermulalah perjalanan saya ke Pakistan di dalam operasi gempa bumi yang mengorbankan lebih lima puluh ribu orang.

Saya bertolak dari KLIA pada 25 Oktober 2005 dengan menaiki penerbangan PIA. Pagi ini hujan renyai-renyai. Penerbangan ini kemudiannya singgah di Singapura. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur kerana keletihan di sebabkan sudah beberapa hari kurang rehat.

Sewaktu di Singapura, kami diarahkan turun. Bersama di dalam penerbangan ialah kumpulan MERCY. Saya berkenalan dengan Dr Fauziah yang bertugas di hospital Ampang Putri.

Kami sampai di Jinnah International Airport Karachi pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia. Sejam kemudian kami meneruskan lagi perjalanan ke Islamabad. Sesampai di Islamabad, saya telah ditunggu oleh En Abdul Halim bin Tasir. Beliau merupakan pegawai bahagian Imigresen di Islamabad. Abang Saya, Ustaz Jazlan telah berusaha menghubungi kedutaan Malaysia di Pakistan sebelum bertolak, agar dapat menghantar seseorang menunggu kami. En. Abdul Halim telah menempahkan guest house untuk kami di F 6/1. Pada waktu ini, susah ingin mendapatkan hotel atau guest house. Ini kerana ia dipenuhi oleh sukarelawan dari seluruh dunia.

Saya bernasib baik kerana pada malam ini, Kedutaan Malaysia di Pakistan membuat majlis berbuka puasa dan solat tarawikh berjemaah di bangunan kedutaan. Saya berkenalan dengan Duta Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Hj Hashim bin Md Hussain.

Selepas solat tarawikh, Pak Duta bertanya saya. "dari mana hendak ke mana". Saya kata, saya baru sampai dari Malaysia untuk operasi kemanusiaan di Pakistan. "Datang berdua saja ke? Beliau bertanya. "Ya", saya menjawab. "Hah, berdua saja! Tak ada kenalan di sini" beliau agak hairan. Saya tersenyum dan menjawab bahawa kami tidak mempunyai kenalan di sini. Pak Duta mengulangi lagi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya. Saya terus mengiyakan sahaja.

Setelah berbual panjang, Pak Duta berkata, saya cadangkan awak pergi ke Peshawar dan Muzafarrabad. Di Peshawar, anak-anak yatim dikumpulkan di sana dan Muzafarrabad tempat pusat gempa. Saya akan bersama operasi awak, kata Pak Duta. "Hah, ye ke?. Kali ini saya pula yang seolah-olah tak percaya. "Ya,.saya akan bersama operasi awak". Pak Duta mengulangi perkataannya untuk meyakinkan. Saya masih terkebil-kebil tidak percaya. "Malam ini, berehatlah dulu. Esok pagi kita akan rancang operasi kita", kata Pak Duta. Saya dihatar pulang ke guest house dengan kenderaan kedutaan.

Malam ini, sebelum tidur, saya meletakkan dahi saya ke lantai bersyukur pada Allah. Saya tidak mempunyai kenalan pun di sini. Saya tak tahu macam mana hendak memulakan operasi kemanusiaan ini. Tetapi, dalam diam, ia telah diuruskan oleh Allah. Perjalanan dimudahkan, penginapan dimudahkan dan jalan untuk menyampaikan bantuan pun dimudahkan.

Dalam kedinginan malam di musim sejuk ini, saya terkebil-kebil di samping selimut tebal. Malam ini saya berada jauh dari kenalan yang saya ada. Malam ini, saya berada jauh dari keluarga, dari kawan-kawan dan kenalan yang biasa. Tetapi hati saya puas. Sekurang-kurangnya, kuliah mengenai ukhwah di Kolej Kedua membuatkan saya berada di sini. Berasal dari sebuah niat, Allah izinkan ia terjadi. Benarlah kata hukama', niat yang baik akan terus diperbaiki oleh Allah. Dari Hadith Nabi, "setiap perkara bermula dengan niat". Semoga kita terus mempunyai niat-niat yang baik dan semoga niat baik kita dapat diterjemahkan di dalam amalan. Insyallah, kita akan berkongsi pengalaman selanjutnya di sini.
Hari pertama sampai di Islamabad. Memakai songkok hitam di sebelah saya ialah Duta Malaysia di Pakistan Jeneral (B) Tan Sri Hj Hashim bin Md Hussain.
Di hadapan kedutaan Malaysia di Islamabad Pakistan.

berbincang dengan Duta mengenai operasi kemanusiaan yang akan di laksanakan

Semua khusyuk mendengar penerangan dari penduduk tempatan mengenai suasana yang berlaku dan tindakan yang perlu diambil
Mencarikan selimut untuk diberikan kepada mangsa. Pada ketika ini, duit tidak ada harga bagi mereka. Mereka memerlukan keperluan mendesak seperti selimut dan makanan.

Bersama anak yatim di salah satu oenempatan mereka.
Di sebuah lagi rumah anak yatim yang lebih daif
Oleh kerana gempa yang melanda tiba-tiba, ramai anak-anak yang menjadi yatim secara mengejut. Mereka yang kecil tidak faham mengenai perkara yang berlaku dan mereka tidak mengerti bahawa ayah dan ibu mereka telah terkorban di dalam gempa.
Menyampaikan keperluan yang termampu diberikan
Keratan akhbar mengenai gempa yang berlaku.
Insyallah, kita akan berkongsi lebih lanjut lagi kisah di sana.

Monday, November 24, 2008

Sekilas 6 - Yoga

Pada kesempatan kali ini, kita akan membicarakan mengenai senaman dan yoga

1. Bersenam adalah sunnah kerana Rasullullah juga bersukan dan beriadah.

2. Ada banyak jenis senaman, riadah dan sukan. Ada yang dibenarkan di dalam Islam dan ada yang tidak dibenarkan di dalam Islam.

3. Yang tidak dibenarkan di dalam Islam biasanya kerana empat sebab, 1. kerana ada unsur atau symbol keagamaan lain dari Islam, 2. ada unsur syirik seperti pemujaan dan mentera, 3. ada unsur atau simbol pada maksiat, 4. ada unsur memudharatkan.

4. Keempat-empat di atas adalah haram li zatihi (haram kerana zatnya.) Adapun selain dari empat perkara di atas jika diharamkan adalah haram li ghairihi (haram disebabkan yang lain) seperti haram kerana cara perlaksanan tidak betul dan sebagainya.

5. Di dalam kajian Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan, bagi mereka secara umumnya, yoga di dunia adalah satu senaman yang mempunyai falsafah hindu. Saya dapat merasakan ada asas perkara ini. Saya sendiri pernah menghadiri kelas yoga beberapa tahun lalu yang dikendalikan oleh seorang Inggeris. Ada 26 gerakkan yang perlu dibuat. Setiap pergerakkan ada falsafahnnya sendiri. Ada falsafah yang diterangkan memang dari ajaran hindu. Jadi, sebagai badan yang diamanahkan untuk membahaskan hukum-hakam, Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan kena mengharamkan senaman ini.

6. Walaubagaimana pun, bagi sesetengah individu yang mengamalkannya sebagai senaman tanpa falsafah hindu dan juga tanpa gerakkan badan seolah-olah memuja, kemudian, dia tidak mampu membuat cara senaman lain, maka bagi orang itu sahaja harus. Ia seperti pengharaman perancang keluarga. Fatwa tidak boleh mengatakan secara umum ia harus. Ia akan menimbulkan implikasi amalan secara meleluasa tanpa kawalan. Tetapi fatwa mengharuskan bagi individu-individu tertentu sahaja dengan alasan-alasan tertentu.

7. Dari sudut penggunaan nama "yoga" sebagai cara senaman. Oleh kerana ia telah diharamkan, maka tidak bolehlah menggunakan nama itu. Ini kerana nama itu secara umumnya, ada simbol kepada satu senaman yang ada falsafah hindu.

8. Dari fatwa ini, ada pihak yang mungkin tersinggung terutama pengamal yoga yang beragama Islam. Bagi saya, perhalusi setiap gerakan badan. Jika ada yang ditakrifkan sebagai seolah-olah sedang memuja maka gerakkan itu hendaklah digugurkan. Selain itu, segala falsafah keagamaan dan pemujaan hendaklah dibuang.

9. Bagi kerajaan, sediakanlah infranstuktur senaman seperti di negara Jepun dan China. Di setiap bandar ada lapangan yang ada alatan senaman secara percuma. Jika kita mengharamkan sesuatu kita perlu memberikan alternatif yang baik. Senaman sunnah banyak, tetapi sekarang ia hanya untuk orang yang kaya sahaja, seperti berkuda, memanah dan berenang. Hanya golongan tertentu sahaja boleh berenang, memanah dan berkuda. Ia mahal dan tidak semua golongan mampu. Jika ia dapat disediakan, mudah dan murah, maka saya yakin bayak orang akan bersenam cara sunnah. Ini kerana ia lebih baik untuk kesihatan dan lebih menyeronokkan.

10. Bagi Majlis Agama Islam Negeri, cabaran terbesar ialah bagaimana alasan fatwa dapat disampaikan secara baik pada masyarakat. Seseorang akan membenci perkara yang tidak dia ketahui. Jika alasan fatwa tidak dapat disampaikan dengan baik, maka masyarakat akan keliru dan kecewa.

11. Bagi para ustaz dan ustazah. Kena fahamkan fatwa dan sampaikan pada masyarakat. Kadang kala, sesetengah ustaz tidak berkesempatan untuk membaca isu masyarakat hingga tidak selaras pandangan dengan apa yang sepatutnya. Kesannya, masyarakat akan keliru.

12. Bagi kita umumnya, kita kena hormati fatwa. Yang penting, hidup kita biar selaras dengan al-Quran dan Hadith. Sesuatu yang salah pada agama hendaklah ditinggalkan walaupun selesa dengan cara kita. Sesuatu yang betul perlu kita ikut walaupun pada mulanya kurang sesuai dengan kita. Mudah-mudahan, sedikit ketaatan yang kita usahakan menjadi pemadam kesusahan kita di akhirat. Amin…

Friday, November 21, 2008

Diari 10 -Motivasi Pelajar Islam (MPI) sistem Pembelajaran Imam as-Syafie.

Alhamdulillah, selesai sudah satu group Motivasi Pelajar Islam (MPI) sistem Pembelajaran Imam as-Syafie.

Kursus ini berlangsung selama tiga hari dari 17 November hingga 19 November 08. Pada hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan perjalanan hidup seorang insan, menetapakan matlamat serta merancang matlamat dengan menggunakan apa yang diajar oleh al-Quran.

Hari kedua, peserta di dedahkan dengan system pembelajaran ulama silam, termasuk cara membaca buku. Hari ini, di antara sebab ramai orang tidak minat membaca ialah kerana tidak tahu cara membaca buku. Peserta akan terus diajar secara praktikal keadah ini. Seterusnya, mereka juga didedahkan dengan system pembelajaran Imam as-Syafie. Imam Syafie lah satu-satunya imam yang menulis cara dia belajar. Peserta diajar melalui bengkel. Mereka juga di dedahkan dengan iktibar filem perjalanan saya ke Negara-negera Arab serta mencungkil hikmah perjalanan.

Hari ketiga peserta menyambung kembali system Imam as-Syafie. Pada hari ketiga, ibu bapa yang berkesempatan akan bersama di akhir majlis ini. Mereka semua akan diajak mengembara di dalam kehidupan keluarga bahagia sehingga ramai peserta menitiskan air mata. Di akhir kursus, ibu dan ayah sendiri yang akan menyampaikan sijil kepada anak mereka.

Secara peribadi, saya bersyukur dapat berkongsi dengan anak-anak ini. Pendedahan cara ulama kita belajar menjadikan kita semakin bersungguh belajar di samping memperbaiki akhlak dan adab pada diri. Sebab itulah ulama kita, semakin alim semakin tawadhuk mereka. Semakin mereka berkhidmat kepada masyarakat.

Kursus Motivasi Pelajar Islam (MPI) sistem Pembelajaran Imam as-Syafie sekali lagi akan diadakan pada 1-3 Disember 2008 di dewan Auditorium, Kompleks 3 C, Bandar Baru Sunway. Peserta adalah di dalam lingkungan umur 11-18 tahun.

Para peserta mendengar penyampaian Motivasi Pelajar Islam (MPI) sistem Pembelajaran Imam as-Syafie.
Mereka juga melihat tayangan filem pengembaraan saya ke beberapa negara arab dengan ulasan dan iktibar dari makam ulama kita terdahulu.

Peserta di dalam bengkel

Mendengar teori-teori pembelajaran Ulama silam.

Peseta di dedahkan kaedah membaca buku secara praktikal.

Ibu dan ayah sendiri yang akan meyampaikan sijil penyertaan pada anak mereka.
Kenangan, diakhir kursus. Semoga anak-anak ini dan anak kita semua dilindungi oleh Allah. Amin..

Jawapan Pada Persoalan 5

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, barulah saya ada kesempatan untuk menjawab persoalan yang diajukan. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Semoga Allah memberi kita hidayah dan bimbingannya..

? Siti Ustaz, kebnykan hotel & restoran ada bufet utk berbuka puasa & mjlis prkahwinan. Jika tmpt itu tiada sijil halal dari JAKIM, blh kah kita mkn disana? 2008-11-10 5:19 AM
+Boleh tapi syubhat. Jika kita hendak menjaga kemurnian agama kita elok elakkan

? Nia Ustaz, bolehkah perempuan yg sedang uzur memotong kuku dan rambut? 2008-11-10 5:21 AM
+ Memotong boleh. Cuma ingin menguruskannya ada dua pendapat. Pendapat pertama, kuku dan rambut yang dipotong hendaklah dibasuh sekali ketika mandi hadas. Pendapat kedua kata tak perlu.

? deenkoi ustaz cuba ustaz hurai pasal pengebom berani mati yang kene tembak tu. 2008-11-10 10:34 AM
+ Takrifan syahid ialah mati di dalam medan peperangan melawan orang kafir untuk meninggikan kalimah Allah. Kesannya pada hukum ia tidak perlu dimandikan dan dia hendaklah dikebumikan dengan menggunakan pakaian ketika mati itu. Bagi orang yang mati memperjuangkan agama Allah, tetapi tidak di dalam medan peperangan secara langsung seperti dipenjarakan kemudian ditembak mati, semoga Allah memberi kelebihan mati syahid kepada mereka. Tetapi, kita yang hendak menguruskan jenazahnya, hendaklah menguruskan seperti orang yang mati biasa.

? nora salam ustaz, berdosakah jatuh hati pada suami orang yang baik budi pekertinya dan berdoa utk jadi isterinya 2008-11-10 11:56 AM
+ Tidak berdosa rasa berkenan di hati dan tidak salah berdoa untuk menjadi isterinya. Yang berdosa apabila mengusahakannya dengan cara yang salah.

? Bakal Pengantin Salam ustaz...ape hukum bersanding? 2008-11-14 2:22 AM
+ Walaupun ada pendapat yang mengatakan boleh, saya ingin detailkan lagi. Ia mestilah tidak mendedahkan aurat, di kalangan ahli keluarga sahaja dengan tujuan untuk mengenalkan, tidak menyebabkan percampuran lelaki dengan perempuan, tidak berlaku pembaziran seperti melempar beras dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, jika dapat, elakkan. Kita boleh buat cara lain yang lebih baik seperti, pasangan datang ke meja hadirin (sekadar mampu) untuk mengenalkan isteri atau suami di dalam majlis, atau buat ucapan bersama di atas pentas.

? AINOON assalamalaikum wbt. saya nak tahu lebih lanjut pasal fidyah puasa. sila balas di email saya , 2008-11-15 12:51
+Fidyah dikenakan pada tiga golongan, orang yang tidak mampu puasa kerana sakit, orang yang tidak sempat mengganti puasa Ramadahannya sedangkan Ramadhan baru telah datang dan orang yang membatalkan puasa kerana orang lain seperti seorang ibu yang membatalkan puasa kerana takut susunya kering dan memudharatkan bayinya. Bilangannyan bagi satu hari ialah 700 gram beras yang biasa kita makan.

? adilah ustz,mana perlu didahulukn?aqiqah atau qurban?ini krn,waktu kecil dahulu ayh sy xsmpt bwtkn aqiqah utk sy.jd skrg,sy mampu mmbuatnye sendiri 2008-11-15 10:58
+ Aqiqah adalah sunat dibuat oleh ayah menyatakan kesyukuran mendapat anak. Jika kita sendiri yang hendak buat, lebih afdhal qurban.

? Guest salam ustaz,mcne klu kite berdoa utk dptkn ssuatu, kmdian prkara 2 mndekti kita,adkh ia bnr mlik kita @ hya ujian.ini brkaitn dgn jodoh.. 2008-11-16 8:34 AM
+ Jika perkara itu semakin mudah untuk kita uruskan, itu bermakna jodoh kita. Nabi mengatakan "setiap kamu akan dimudahkan apa yang ditetapkan baginya" (HR Ibnu Majah)

? Syaizul Salam Ustaz Amin, boleh saya tahu perkembangan proram BaitulMal yang dirancangkan itu? Saya mungkin boleh bawa sponsor. mail 2008-11-19 10:24 PM
+Setakat ini masih di dalam perbincangan pihak Majlis Agama. Jika tuan boleh mendapatkan sponsor dialukan kerana kita memang kekurangan sponsor program Agama di TV.

? afifah ustaz,sahkah solat seseorang apabila setelah selesai solatnya baru ia sedar bahawa auratnya terbuka. 2008-11-19 11:02 PM
+ Jika dia yakin bahawa auratnya terbuka ketika solat seperti terdapat koyak pada mana-mana tempat, maka tidak sah solatnya dan dia kena ulangi lagi solat tersebut.

Semoga jawapan menepati kehendak soalan. Jika kurang jelas teruskan bertanya, insyallah saya akan cuba menjawabnya. Doakan saya agar terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus berkhidmat pada Agama, amin..

Wednesday, November 19, 2008

Universiti Kehidupan 15 - Sang Pelakon

Pada 18 November 08, saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat di sebuah syarikat filem terkenal. Dia menceritakan kepada saya pengalamannya terlibat dengan industri perfileman ini. Dia mengajak saya untuk menulis skirp-skrip drama Islam malahan dia menunjukkan saya contoh skrip-skrip drama yang pernah dikendalikannya.

Dalam membuat drama, banyak bahagian-bahagian penting yang diketuai oleh beberapa orang. Ada orang yang memastikan pakaian sahaja, yang memastikan lampu sahaja, yang memastikan skrip sahaja dan sebagainya.

Pernah dia membuat sebuah drama yang menceritakan sebuah keluarga. Ketika babak di dalam rumah, penggambaran dibuat di Malaysia kemudian ketika buka pintu dan keluar, babak itu berada di Australia.

Cuba bayangkan, orang yang mengawal pakaian. Dia perlu memastikan pakaian yang di pakai pelakon sama, tudung yang dipakai sama, cara mengenakan pakaian sama. Jika tersalah baju maka penonton akan melihat kepincangan cerita ini. Bagaimana di dalam rumah baju lain, tiba-tiba keluar rumah jadi lain baju. Dia menceritakan pada saya tentang rumitnya kerja pembikinan filem ini.

Saya mendengar cerita ini dan terus teringatkan tentang kejadian manusia. Di dalam kehidupan manusia ini, semuanya ditadbir oleh Allah. Bayangkan, betapa banyaknya jalan hidup manusia ini. Semua skrip perjalanannya ditadbir oleh Allah. Setiap kejadian tidak berlaku dengan kebetulan. Betapa hebatnya pentadbiran Allah.Semua dari Allah.

Kita hanya pelakon yang diperintahkan hidup di pentas ini dengan betul. Setelah kita mati, filem ini akan ditayangkan kembali pada kita. Betapa susahnya kita jika ditayangkan, kita selalu dalam ingkar kepadaNya. Selalu mengumpat dan mengaibkan orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan keaiban. Selalu mengambil hak orang lain, barang pejabat diangkut bawa ke rumah, kertas pejabat, pensel pejabat sedangkan itu semua bukan hak kita.

Kita selalu tidak bersyukur pada nikmat, yang kita selalu buat hanyalah complaint mengenai kesusahan. Yang ada tidak dihargai, yang tiada selalu dikeluhkan.

Kita lupa, setiap cerita pasti ada penghujungnya. Bagi kita sebagai pelakon kehidupan, akhir cerita kita adalah dengan kematian. Tamatlah pada ketika itu waktu berlakon. Hasil lakonan kita akan dinilai. Adakah ketika di pentas kita mengikut skrip dengan baik atau tidak.

Ada orang dibenarkan berlakon sehingga ke 70 tahun, tetapi tidak sedikit yang hanya dalam lingkungan 20an atau 30an sahaja. Kita bagaimana? Semuanya pada ilmu Allah. Berapa lama lagi kita dapat berlakon tidak penting, yang penting, adakah kita sentiasa mengikut skirp yang disuruh.

Marilah sama-sama kita selalu memuhasabah diri agar sentiasa di selamatkan Allah di dunia dan di akhirat.

Sunday, November 16, 2008

Universiti Kehidupan 14 - Menghargai Tauhid di Kota Fez

Kesempatan kali ini, kita akan berkongsi pengalaman saya ke Fez, Marocco. Ketika berada di Marocco, saya tinggal di Rabat. Setelah berada beberapa hari di Rabat, saya memulakan pengembaraan saya di sekitar Marocco. Kali ini tempat yang dipilih adalah Fez.

Perjalanan saya dari Rabat ke Fez menaiki kereta api mengambil masa lebih kurang lima jam. Saya ditemani dengan beberapa adik-adik pelajar yang belajar di Rabat. Kami bertolak dari Rabat pukul 3 pagi. Sembahyang subuh di dalam kereta api dan tidur di dalam alunan gerabaknya. Gerabak kereta api di sini di susun seperti bilik. Di dalam satu gerabak ada sepuluh bilik. Di dalam satu bilik pula ada dua kerusi yang berhadapan yang boleh memuatkan lapan orang.

Orang yang awal menaiki dari kami telah memasuki bilik di dalam gerabak dan mereka terus berbaring agar orang lain tidak dapat memasukinya lagi.

Saya sampai di Fez lebih kurang pukul lapan pagi. Saya telah ditunggu oleh seorang pelajar Phd dari Thailand. Ustaz Madani adalah “orang lama” yang duduk di Maghribi lebih dari lima tahun. Selama tempoh tersebut Ustaz Madani belum pernah balik ke tanah airnya.

Misi kami di Fez adalah menziarahi para Ulama yang ada dan juga makam-makam yang ada di sekitar Fez.

Mula-mula kami pergi menziarahi masjid dan makam Syeikh Ahmad Tijani. Seorang guru tariqat Tijani yang masyhur. Di sana kami dilayan sebagai tetamu dan dihidangkan dengan minuman. Di sudut penjuru masjid saya melihat beberapa orang sedang berkumpul. Ada kumpulan yang berzikir, ada kumpulan yang membincangkan ilmu, ada kumpulan yang membaca al-Quran. Saya duduk di salah satu kumpulan yang membincangkan mengenai ilmu. Setelah tamat bermuzakarah, salah seorang dari mereka mengajak saya menziarahi makam Syeikh Ahmad Tijani. Zawiyah (tempat zikir) Syeikh Ahmad Tijani ini diseliakan oleh keturunannya dan juga anak-anak murid tariqat yang ingin berkhidmat di sini.

Menziarahi makam orang yang alim dan pendakwah yang hebat ini menyuntikkan semangat kepada kita. Kita perlu mengambil peluang hidup yang ada untuk taat kepada Allah dan berbakti kepada manusia. Mereka adalah insan-insan yang telah mendahului kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan berbakti kepada manusia. Selepas bersalaman kami pun meminta diri untuk beredar.

Selepas itu kami menziarahi makam Maula Idris 2 yang berada di tengah-tengah pasar. Beliau adalah orang yang alim. Beliau juga di antara orang yang mengasaskan kerajaan al-Idrisi yang menjadi sejarah kepada pembentukan negara Maghribi ini.

Sejarah pembentukan Maghribi berkait rapat dengan Maula Idris 2 yang berada di Fez ini dan juga ayahnya iaitu Maula Idris 1 yang berada berdekatan dengan Meknes, tidak jauh dari Fez.

Mari kita menyorot sedikit mengenai kedua-dua Maula ini. Maula Idris 1 atau nama asalnya Idris bin Abdullah adalah seorang yang mengasaskan Kerajaan al-Idris yang seterusnya menjadi asas bagi pembentukan negera Maghribi. Beliau adalah keturunan Rasulullah melalui susur galur Saidina Hassan. Beliau adalah cicit kepada Saidina Hassan.

Maula Idris adalah orang yang menentang keras gagasan kerajaan baru Abasiyah yang ingin menggulingkan kerajaan Umayyah. Oleh yang demikian, ketika tumbangnya kerajaan Bani Umayyah ini, Maula Idris berhijrah ke Afrika Utara pada tahun 788 masihi. Tempat pertama Maula Idris jejaki adalah di Tanger sebelum beliau berpindah ke satu tempat berhampiran dengan daerah Zehroun. Oleh kerana ketokohannya, dia telah diangkat menjadi raja bagi kaum Barbar dan memimpin mereka dari sudut pentadbiran maupun di dalam soal-soal kerohanian. Beliau kemudiannya membuka bandar Fez. Daripada bandar Fez ini beliau mula membuka daerah-daerah sekitarnya

Dengan pembukaan tempat-tempat baru ini, bermulalah kelahiran negara Maghribi Ia menjadi negara Islam kedua setelah Andalusia yang tidak terikat dengan kerajaan Bani Abasiyyah.

Oleh kerana kepimpinannya yang menyerlah, kerajaan Abasiyyah merasa tidak senang dengan beliau. Maka, pada tahun 791 masihi. Khalifah Abasiah menghantar orang untuk meracuni Maula Idris. Dengan kemangkatan Maula Idris, maka ancaman dari Afrika Utara ini berkurangan.

Walaubagaimanapun, setelah beberapa bulan kemangkatan Maula Idris, tanpa diketahui ramai orang, salah seorang isterinya telah melahirkan seorang anak lelaki.

Anak lelaki yang digelar sebagai Maula Idris 2 ini membesar dengan didikan yang baik. Beliau mewarisi ketokohan dan kepimpinan ayahnya. Dia mempunyai badan yang tegap dan akal yang bijak. Beliau telah menjadikan bandar Fez tempat pentadbiran bagi kerajaannya pada tahun 809 masihi. Beliau menjadi pemimpin di sana sehinggalah kemangkatannya pada tahun 828 pada umur 35 tahun. Kerjaan al-Idris ini berdiri selama 1200 tahun berikutnya.


Di kedua makam ini didirikan zawiyah (tempat ibadah dan zikir). Ia dinamakan zawiyah Maula Idris 1 di Zerhoun dan Zawiyah Maula Idris 2 di Fez.

Bandar Meknes dan Fez ini mula berkembang. Di antara kedua bandar ini, bandar Fez yang lebih menjadi tempat tumpuan kerana kedudukannya yang baik dan strategi. Terdapat sungai-sungai yang jernah dan mata air yang segar yang menjadi sumber minuman kepada penduduk setempat. Pernah digambarkan bahawa keindahan kota Fez satu ketika dahulu menyanyingi keindahan kota Baghdad. Pada ketika zaman kegemilangannya, terdapat 800 buah masjid dan beberapa buah perpustakaan yang besar yang mempunyai buku-buku di dalam berbagai bahasa seperti bahasa Latin dan Yunani.

Dalam perjalanan menuju makam Maula Idris 2 di Fez ini, saya melalui lorong-lorong suuq qadim. Di kanan dan kiri orang menjual berbagai-bagai barang. Ada barang makanan, keperluan harian, ada yang menjual pakaian dan ada yang menjual barang-barang perhiasan dan seni halus. Oleh kerana Fez ini bandar lama, kita akan dapat melihat perkara-perkara yang tidak dapat di cari di bandar lain di Maghribi ini.

Orang-orang Maghribi lama memakai jubah yang mempunyai penutup kepala. Tetapi di Fez ini kita boleh mendapati yang lebih cantik lagi iaitu jubah yang disangkut sahaja pada badan. Ia dipanggil Silham. Silham hanya dipakai dibandar Fez dan tidak ada di bandar lain.

Saya menghampiri pintu makam Maula Idris 2 ini. Di pintu masuk kawasan pemakaman ada banyak orang menjual lilin. Lilin yang berbagai saiz itu dijual dengan harga yang murah. Ada sekecil jari kelingking sehinggalah sebesar peha. Pada mulanya saya agak hairan dengan keadaan yang demikian sehinggalah seorang lelaki arab menyapa saya dan memberikan sebatang lilin kecil kepada saya. Dia menyuruh saya masuk ke dalam kawasan makam dan meminta hajat di hadapan makam tersebut. saya agak terkejut dengan keadaan yang demikian.

Ini kerana ia adalah perbuatan yang menyalahi syarak. Meminta hajat di kuburan orang yang telah mati dan menyakini bahawa jika kita menyalakan lilin tersebut bermakna hajat kita akan dicerahi dengan harapan. Perkara yang demikian adalah perkara khurafat yang tidak ada di dalam Islam.

Ini perbezaan cara pemujaan kubur di bandar Fez Maghribi di bandingkan dengan negara-negera arab yang lain. Di negara arab yang lain, mereka memuja kubur dengan menyapu-nyapu kubur, menciumnya dan meletakkan kain dan kemudian kain tersebut akan dijadikan azimat buat mereka. Ini supaya hidup mereka dilimpahi keberkataan dan hajat mereka tertunai. Di sini, mereka menyalakan lilin untuk tujuan yang tersebut. Dengan memakai jubah yang menutup kepada, mereka berjalan dengan lilin di tangan. Lagaknya seperti ahli kitab terdahulu dari bandar Baitul Maqdis ketika menziarahi Baitul Laham tempat dikatakan Nabi Isa dilahirkan. Lilin itu akan dibawa sekitar kubur. Kemudian, mereka akan berhenti di satu tempat untuk berdoa

Saya beristighfar dan menarik nafas dalam. Rupanya khurafat berada di mana-mana. Tidak kira negara dan bangsa. Kalau di Malaysia, kita dapat melihat perkara ini di Pulau Besar Melaka ketika 1 Muharram. Ada orang yang mengunjungi makam-makan di sana dengan cara yang salah dan bertentangan dengan akidah Islamiah. Sebab itulah, Rasullullah memerintahkan kita menyuluh kehidupan kita dengan al-Quran dan al-Hadith disamping mendampingi Ulama’ yang hak bagi memahami kehidupan beragama ini. Ini kerana ramai orang yang berbuat sesuatu yang salah di atas keyakinan bahawa itulah yang sebenar.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus. Semoga saya dan pembaca sekelian selamat di dunia dan di akhirat.

Wednesday, November 12, 2008

Universiti Kehidupan 13 - Kasihani

10 November 08, saya menghadiri satu mesyuarat dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selepas habis beberapa perkara, saya bergegas pergi ke Subang Jaya untuk program seterusnya.

Saya melalui highway ELIT dari Jalan Duta untuk ke USJ Subang Jaya. Sampai di persimpangan Batu 3 Shah Alam, terdapat sebuah kereta yang sedang terbakar dijilat api. Saya berhenti menyaksikan kebakaran kereta itu. Berlaku beberapa letupan dari tayar dan dari dalam kereta. Tuan kereta hanya berdiri tidak dapat berbuat apa-apa. Orang ramai yang berkumpul juga hanya memerhatikan peristiwa itu.

Selepas beberapa ketika saya pun menaiki kereta dan meneruskan perjalanan. Dalam kurang lima minit, saya telah sampai ke susur USJ Subang Jaya. Kali ini terdapat pula sebuah kereta yang terbalik. Kereta itu bergesel dengan sebuah kereta lain. Jangka waktu antara kejadian kereta terbakar dan kereta yang terbalik hampir serentak.

Saya melihat keadaan tuan kereta yang terbalik itu. Dia tergamam dan tidak tahu apa yang ingin diperbuatnya.

Daripada kedua-dua peristiwa ini, saya teringat satu kata-kata hikmah. Kasihanilah tiga golongan.

1. pemimpin apabila telah hilang kuasanya
2. orang kaya apabila telah jatuh miskin
3. orang senang ketika sedang ditimpa musibah.

Semoga dengan hati yang sentiasa kasihkan sesama, Allah jadikan kita orang yang selalu di dalam keredhaannya dan selamat ketika di pandang mahsyar nanti. Amin..


Monday, November 10, 2008

Diari 10 - Program Agama di TV

Hari ini 10 November 08, saya bersama Helmi, penerbit program TV (penerbit mari mengaji, jemputan umrah) menghadiri satu mesyuarat dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Perbincangan ini membincangkan mengenai MAIWP yang insyaallah akan menjadi sponsor satu program TV yang akan disiarkan di astro tahun hadapan

Program ini ialah satu program tv berkenaan berkaitan dengan Baitul Mal. Program ini merupakan program realiti. Trend program tv sekarang ialah realiti show. Tidak hanya di pentas dengan hos menyampaikan di dalam keadaan yang formal.

Saya melihat program seperti ini sangat bagus tetapi para penerbit agak sukar ingin mendapatkan sponsor. Jika program yang dedah sana sini, lebih senang mendapat sponsor dari yang bercirikan Islam.

Semoga semakin ramai penerbit program Islam dapat dilahirkan dan semoga masyarakat semakin berminat untuk memberi sponsor bagi program-program yang bercirikan Islam ini.
Perbincangan dengan pegawai tertinggi MAIWP bersama pegawai JAKIM dan juga wakil dari Astro OasisBergambar kenangan selepas mesyuarat

Saturday, November 8, 2008

Universiti Kehidupan 12 - Tidak Kenal Yang Tidak Disangka

Kursus Motivasi Pelajar Islam, Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie sebenarnya sudah 3 tahun dibuat. Cuma tahun ini sahaja ia diiklankan agak luas.

Sewaktu saya menganjurkan kursus ini di hotel Concorde Shah Alam beberapa tahun lalu, saya mengiklankannya secara tradisional. Menghantar flyer ke sekitar kawasan Shah Alam dan membuat pengunguman di kelas-kelas pengajian saya. Ramai juga yang menyertai program ini.

Hari yang ditetapkan semakin hampir dan ramai yang telah mengesahkan penyertaan mereka. Pihak hotel meyediakan tempat dan banner di hadapan pentas. Tulisan tersebut menyatakan nama kursus iaitu Motivasi Pelajar Islam, Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie.

Pada hari program, saya telah sampai di hotel sejak jam 7.00 pagi lagi. Saya menyiapkan keperluan peserta, meletakkan fail di setiap meja dan memastikan semua fasilitator bersiap sedia. Pukul 7.30 peserta mula memenuhi dewan kursus. Kursus akan bermula jam 8.30 pagi.

Pukul 8.20 pagi saya sudah bersedia untuk ke depan memulakan majlis pembukaan program. Petugas hotel yang ada, duduk di pintu masuk. Mereka berkumpul di sana dan sekali sekala mereka menjengah ke dalam dewan.

Saya yang melihat gelagat mereka datang menghampiri mereka. Saya menyapa mereka “nak dengar marilah masuk”

Mereka tersipu-sipu sambil menjawab, “tak apa lah”

Tiba-tiba salah seorang dari mereka menyapa, “Imam dan datang dah?”

Saya bertanya kembali, “Imam mana?”

Mereka menjawab penuh minat,“Imam as-Syafie!..

Saya bertanya lagi, “Imam Syafie mana?

“Alah.., yang nak beri kursus ini!” Mereka menjawab penuh semangat.

saya tersenyum sambil menjawab dengan hormat,

“Ooh, kursus ini saya yang akan berikan, Imam as-Syafie tu ulama kita, dah lebih seribu tahun dah meninggal.

“Oh ye ke!”, jawab petugas itu, “saya ingatkan dia Imam sekarang ni, janggut panjang-panjang, badan besar-besar”.

“Oh tak!”, jawab saya, “dia Imam kita. Fekah alirannya diamalkan di nusantara ini. Okeylah, saya nak mulakan program ni, marilah masuk”.

Mereka semua tersenyum, ada di antara mereka yang saling menepuk bahu yang lain. saya meminta izin untuk ke hadapan dewan memulakan program.

Selepas program berlalu, saya selalu teringatkan peristiwa ini. Kadang-kala saya tersenyum sendirian. Rupanya, ada juga orang yang kurang kenal siapa Imam as-Syafie.

Ini tanggung jawab semua kita yang faham agama menyampaikan pada orang lain. Bukankah Nabi berpesan agar sampaikanlah pada orang lain walaupun sepatah yang kita tahu. Jika amalan ini dapat dijadikan kebiasaan, maka semua kita akan sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan. Jika kita selalu berpesan ke arah kebaikan maka, insyaallah semua orang akan terus berusaha menjadi baik.

Inilah kelebihan umat Muhammad. Mereka akan sentiasa menyemarakkan yang baik dan mencegah mungkar. Semoga ia menjadi amalan kita semua agar kita termasuk di dalam golongan umat Muhammad yang istimewa. Amin..

Diari 9 -Motivasi Pelajar Islam (MPI) Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie

Motivasi Pelajar Islam, Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie ialah satu program motivasi yang mencungkil rahsia pembelajaran ulama silam khususnya Imam as-Syafie.

Kelebihan kursus ini :-

1. Teori asasnya bukan cedokan dari barat. Ia diambil daripada cara dan kaedah ulama-ulama kita dahulu.

2. Penekanannya bukan sahaja motivasi IQ yang merangsang keperluan minda tetapi juga EQ dan SQ yang akhirnya mengenal kenapa perlu kita cemerlang dan apakah kecemerlangan sebenar di dunia ini.

3. Menonjolkan idola dari tokoh hebat ulama kita. Ia bertujuan menanamkan rasa ingin mencontohi mereka.

Kursus ini akan berlangsung pada musim cuti sekolah ini. Keterangan lanjut boleh di dapati dari ruangan pengunguman di sebelah kiri.

Saya juga akan bersama pendengar IKIM pada hari Rabu 12 November ini jam 11.15 pagi

Semoga ia memberi manfaat pada semua.

Bersama puan Siti di IKIM pada 5 November lepas. Insyaallah, saya akan bersama pendengar IKIM lagi pada Rabu 12 November 08 jam 11.15 pagi

Thursday, November 6, 2008

Diari 3 - esasterawan

5 November, seperti biasa, hari Rabu malam Khamis saya akan berada di Universiti Malaya bersama-sama pelajar Fakulti perubatan.

Selepas kuliah malam ini, saya di ajak oleh Ismail Hashim atau lebih dikenali dengan nama Ilhami, ke rumah Prof Dr Ir Wan di Taman Tun Dr Ismail. Malam ini di rumah Prof ada majlis makan bersama penulis-penulis di dalam "esasterawan". esasterawan ialah satu laman untuk sesiapa yang berminat menulis seni bicara seperti puisi, sajak, madah, cerpen dan lain-lain lagi.

Saya rasa kagum dengan usaha-usaha mereka yang ingin merakamkan sesuatu yang berlaku dengan cara puisi. Dalam seratus tahun lagi, orang akan mencari tulisan-tulisan seperti ini untuk melihat apakah yang berlaku pada zaman kita ini. Yang lebih menarik lagi ialah Prof sendiri bukan dari bidang sastera, beliau dari bidang sains.

Setiap seni ada penggemarnya dan setiap penggemar ada seninya. Allah jadikan kita berbagai untuk kita saling melengkapi. Yang penting ialah keikhlasan hati dan sikap saling menghormati.
Sebelah saya ialah Prof Dr Ir Wan dan dan kanan sekali ialah Ilhami.
Pasangan suami isteri wartawan dari Metro dan Berita Harian bersama hadirin yang lain.

Jawapan Pada Persoalan 4

(?)Muhammad Apa beza antara air mani,air mazi atau air wadi dari segi kuantiti air yang keluar,warna air,kepekatan air dan bau.Terima kasih Ustaz… 2008-11-01 2:24 PM

(-) Air mani ialah air yang keluar dari kemaluan pekat berwarna putih. Apabila seorang menggeselkan kemaluannya, terangsang nafsunya maka air ini boleh terpancut. Status air ini tidak najis. Air mazi pula satu air yang keluar, tidak sepekat air mani. Ia keluar dengan ada unsur nafsu juga seperti seseorang yang memandang seorang perempuan, terasa ghairah dan ia boleh keluar. Status air ini najis. Air wadi pula satu air yang meleleh keluar, pekat. Ia keluar kerana seseorang itu terlalu kepenatan, mungkin kerana kerja terlalu berat. Status air ini najis. Sekian..

(?)student Assalamualaikum, Ustaz, kalau kita dengar bacaan ayat2 al-quran sambil kita study boleh x ? 2008-11-02 1:47 AM

(-)Boleh.. sekian..

(?)syamsul salam ustaz...klu sluar dlm sy terkna air kencing@mazi bleh x sy cuci ngn air dn bawak solat....coz 2 je pakaian y sy de sewaktu bekerja lg sluar dlm. 2008-11-03 9:12 AM

(-)Boleh cuma pastikan cara basuhan najis itu betul. Seluar itu buka, ambil tempat yang kena najis itu, gumpalkan di tangan tempat itu kemudian alirkan air. Tak boleh hanya sapu-sapu sahaja dari luar.

(?)Norhayati Salam.. Ustaz,Bagaimana kita tahu bahawa Allah menerima solat dan amalan kita, saya takut solat saya termasuk diantara solat2 org2 yg celaka? 2008-11-04 4:20 AM

(-)Itu adalah rahsia Allah. Cuma, tandanya kita dapat lihat. Semakin sembahyang semakin terpagar kita dari perkara maksiat dan mungkar. Semakin sembahyang semakin baik peribadi dan akhlak. Sekian..

(?)Guest ustz , soalan cabuatn bertuah tu tak lengkap rasa nya. cabutan tu macammana - kata kan dia bayar dulu sebelum dapat numbor undi, boleh ke? 2008-11-05 2:32 AM

(-)Saya kurang jelas soalan ini. Nanti saudara boleh ajukan kembali jika tidak menepati.Cuma apa yang boleh dikongsikan di sini ialah status cabutan bertuah.

Jika ada penyertaan berbayar, kemudian ada cabutan bertuah, hadiah itu dibeli dari semata-mata yuran penyertaan, maka hadiah itu haram hukumnya. Ia adalah judi. Judi ialah sama ada pertandingan berbentuk nasib atau sesuatu pertaruhan.

Untuk menjadikan sesuatu pertandingan itu tidak ditakrifkan sebagai judi, maka carilah orang ketiga yang tidak ada kena mengena dengan pertandingan menaja hadiah tersebut. Kalau semata-mata dari yuran penyertaan maka hukumnya haram. Sekian.

(?)Guest Boleh ke pakai cara bukan islam utk jauh sihir ? pelik jawapan ustz ni 2008-11-05 2:33 AM

(-)Jawapan saya yang lepas adalah umum untuk semua jenis perubatan, tidak hanya sihir.
Islam mempunyai kaedah rawatannya. Tetapi Islam tidak menghalang kita berubat dengan apa-apa cara lain dengan tiga syarat.

1. tidak ada unsur syirik
2. tidak bertentangan dengan syarak
3. tidak ada unsur mudharat yang lebih besar.

1. Jika mengelak sihir dengan ikan puyu, itu ada unsur percaya kepada kuasa selain Allah, ia tidak dibenarkan. Jika dengan mentera-mentera, juga tidak dibenarkan kerana ada pemujaan selain Allah. Jika kita berubat dengan kaedah moden sekalipun, janganlah sampai terpasak di hati kita ubat yang kita makan inilah yang menyembuhkan. Ia boleh syirik. Ini kerana yang menyembuhkan hanyalah Allah.

2. Ia mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Ada satu orang perempuan yang ingin supaya dilihat cantik, dia dibalut badannya oleh seorang bomoh. Pada mulanya ia berada di dalam keadaan bogel. Ini tidak dibenarkan kerana bertentangan dengan syarak.

3. Tidak ada unsur mudharat yang lebih besar. Sebagai contoh, tidak boleh seseorang mendermakan organnya pada seseorang, sedangkan dia juga bergantung hanya pada organ itu untuk hidup.

Saya ada menganjurkan kelas Fiqh Perubatan di Yayasan Restu Shah Alam Selangor jam 9.30 pagi setiap Selasa. Jika mahu bahaskan lebih lanjut tentang perubatan ini bolehlah hadiri kuliah ini insyaallah. Sekian..

(?)Guest ustz , macammana nak tau alcohol tu dari najis ?

(-)Itu susah sikit, kena berbincang dengan orang sains. Sekian..

(?)Siti Assalamualaikum ustaz. Boleh ustaz berikan doa atau ayat2 al-quran sebagai pendinding supaya kita atau perniagaan kita tidak dikhianati orang lain. 2008-11-06 5:45 AM

(-)Kak Siti, amalkan ayat kursi. Jadikan amalan setiap waktu solat. Jika tengah uzur sekalipun, boleh dibaca dengan niat zikir. Insyaallah, Allah lindungi. Sihir tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Pagar diri dengan al-Quran dan hati yang sentiasa mengingatiNya. Saya doakan semoga perniagaan Kak terus maju dan dapat menunaikan zakat dengan baik, menolong fakir miskin dan anak yatim. Insyaallah, amin..

Sekian saja jawapan ringkas dari saya. Saya minta maaf jika lambat beri respons, juga jika jawapan terlalu ringkas. kadang-kala masa terlalu penuh untuk bersama pembaca sekelian. Tapi, Insyaallah saya cuba yang terbaik, doakan saya agar terus sihat untuk berbakti pada agama ini, amin..

Diari 8 – Pertemuan dengan Mufti Selangor

Pagi ini, 6 November 08, seawal jam 8.30 pagi saya telah berada di Pejabat Mufti. Temujanji yang telah dibuat sejak dua minggu lalu akan membincangkan beberapa perkara.

1. Dengan izin Allah, saya akan terlibat dengan penerbitan sebuah majalah yang berjudul FIQH. Majalah ini seperti majalah biasa yang membincangkan tentang kehidupan masyarakat. Ia akan membincangkan mengenai isu semasa, keluarga, undang-undang, kesihatan dan sebagainya. Bezanya ialah setiap perbahasan akan dikaitkan dengan Islam. Insyallah, di dalam membahaskan isu semasa, Dato’ Mufti Selangor akan membicarakannya.

2. Di kesempatan ini juga, saya sempat berbincang dengan Dato’ Mufti satu permasalahan mengenai korban terutamanya korban untuk orang yang telah mati. Menurut Dato’ Mufti ia harus. Mulakan dengan niat untuk orang Islam amnya kemudian barulah kepada siapa yang kita ingin niatkan.

3. Perbincangan ini ditutup dengan cadangan menerbitkan fatwa-fatwa yang telah digazetkan untuk bacaan umum. Ini kerana, banyak fatwa-fatwa yang telah diputuskan tidak sampai kepada masyarakat.

Semoga setiap usaha bagi memartabatkan Islam akan mendapat bantuan dari Allah dan mendapat sokongan dari semua.

Tuesday, November 4, 2008

Universiti Kehidupan 11 - di sebalik makanan kita

Kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya di Mekah Jun 2008.

Pagi ini merupakan hari-hari akhir saya di Mekah. Esok, saya akan meninggalkan Mekah dan menuju ke Jordan kerana beberapa urusan.. Seperti biasa, hobi membaca membuatkan saya mencari kedai-kedai buku di sini. Hampir dua jam berada di kedai kitab di belakang Zam-Zam Tower. Setelah membeli kitab-kitab, saya berjalan pulang ke hotel.

Di pertengahan jalan, saya singgah di sebuah kedai minum. Saya membeli air jus oren kisar. Sambil meneguk sedikit demi sedikit air ini, saya memerhati gelagat manusia yang lalu lalang. Saya mengeluarkan buku catitan kecil saya dan mulai menulis pengajaran yang boleh saya belajar. Tiba-tiba datang seorang tua dengan pakaian ihram di tepi saya. Dia terus melabuhkan punggungnya di kaki lima hotel, berhampiran saya duduk. Kemudian, pelahan-pelahan dia mengeluarkan beg plastik kecil dari celah simpulan kain di pinggangnya.

Beg plastik itu mengandungi sebuku roti. Orang tua ini memakan roti tersebut dengan seleranya. Sekali sekala dia memandang kepada saya sambil tersenyum. Setelah habis roti itu dimakannya, dia melihat saya lagi, kali ini dia cuba menyatakan sesuatu. Saya cuba untuk memahamkan apa yang sedang diperkatakan. Rupanya dia meminta dari saya air jus yang ada di tangan saya, saya bingkas bangun untuk membelikannya air yang baru. Dia menggoyang-goyangkan tangannya memberi isyarat "tidak perlu".

Saya memberikan air jus oren kepadanya. Dia minum air itu dengan penuh menghargainya. Sedikit-sedikit air itu ditelannya. Setelah habis air tersebut, sekali lagi dia melemparkan senyuman kepada saya. Dia mengganggukkan kepalanya tanda berterima kasih.

Saya sempat merakamkan gelagat orang tua ini dengan camera saku saya.
Orang tua ini kemudian bangun pelahan-lahan. Sekali lagi dia melemparkan senyuman kepada saya. Dia kemudian memulakan langkahnya dan hilang di celah-celah orang ramai.

Saya duduk kembali. Saya terharu. Setiap kali kita menelan makanan, di waktu yang sama terdapat orang yang lapar.

Teringat saya kembali lambakan makanan bagi jemaah Malaysia. Di hotel tersedia makanan, di luar membeli lagi, jika makanan di hotel tidak sesuai dengan seleranya, dicampak pinggan sambil memaki-maki,

Ya Allah. hari ini kita kenyang belum tentu esok masih mampu kenyang. Kita jarang mensyukuri nikmat makanan yang masuk ke dalam mulut kita. Buktinya, ramai orang yang makan dengan mencela makanan tersebut. Itu belum lagi sikap suka membuang makanan. Padahal, setiap kali kita makan, saat itu juga ada orang yang sedang memegang perut kelaparan.

Sewaktu gempa bumi di Pakistan Oktober 2005, saya melihat kanak-kanak menangis meminta makanan, sedangkan makanan tidak ada. Sesungguhnya, mengenang orang miskin ketika makan menyebabkan kita lebih menghargai makanan yang direzkikan kepada kita.

Marilah kita belajar untuk selalu berterima kasih pada Allah kerana Dia masih memberi kita makan yang baik. Semoga kita terus diberi rezki yang baik dan semoga orang yang lapar saat ini, sentiasa dirahmati Allah. Amin..
Saat lapang, saya suka menulis pengalaman yang saya dapat dan pengajaran yang boleh dicungkil
Seorang pakcik duduk di sebelah saya sambil meminta air yang saya minum

Dia begitu menghayai setiap teguk yang ditelannya
Orang tua ini meneruskan perjalanannya setelah selesai minum.
Semoga kita sentiasa menghargai setiap butir nasi dan setiap titis minuman yang masuk ke mulut kita. Allah berfirman, "sedikit dari hambaku yang bersyukur"..

Diari 7 - Motivasi Pelajar Islam - Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie

Sempena dengan cuti sekolah ini, ALC Arabic Language & Consultancy dan saya akan menganjurkan Motivasi Pelajar Islam, Sistem Pembelajaran Imam as-Syafie

Ia akan berlangsung selama tiga hari dari Isnin hingga Rabu setiap minggu pada cuti sekolah ini bermula dari tarikh-tarikh 17 November 08 hingga 24 Disember 08 . Tempat kursus ialah di Komples 3 C, Bandar Baru Sunway (bersebelahan dengan Sunway Lagoon)

Kelebihan kursus ini ialah mendedahkan motivasi dan kaedah pembelajaran ulama silam khususnya Imam as-Syafie

Ikuti temubual eksklusif saya di IKIM esok 5 November dan 12 November 08 jam 11.15 pagi.

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi 03-5880 1886

Tarbiah dan Dakwah 6 - Rasa Kita Dan Irsyad Nabi

1. Manusia menganggap dunianya lebih besar sedangkan Nabi s.a.w mengajar kita bahawa akhirat itu yang lebih besar.

Kesannya, orang yang membesarkan dunia akan sentiasa rungsing dengan hal-hal dunia, dan orang yang besarkan akhirat akan merungsingkan hal-hal akhirat.

2. Manusia itu selalu mahu berehat dan malas di dalam usahanya, sedangkan Nabi s.a.w mengajar kita kerehatan sebenar adalah di ahkirat

Kesannya, orang yang suka berehat di dunia akan sentiasa mengeluh kerana kepenatan di dalam hidup sedangkan orang yang mahu rehat di akhirat sentiasa memaksima segala usahanya untuk tujan di akhiarat

3. Manusia itu sentiasa terburu-buru, Nabi s.a.w ,mengajar bahawa ketenangan itulah yang membawa kebaikan.

Kesannya, manusai ingin cepat mendapat hasil, akhirnya mereka terlibat dengan perkara haram di dalam mencari rezki, mengambil hak orang lain di dalam usaha, mengaibkan orang untuk berjaya sedangkan tenang menyebabkan seseorang sentiasa tawakkal dan ingat Allah sebelum ketika berusaha.

4. Manusia selalu sedih jika hartanya hilang, sedangkan Nabi s.a.w mengajarkan agar sentiasa berhati-hati jika pahala hilang dan bersedih jika masa hilang denga sia-sia.

Kesannya, manusia akan mengungkit-ungkit kejadian-kejadian, menyalahkan takdir dan tidak redha di atas hal yang berlaku, Sedangkan orang yang berhati-hati menjaga amalannya akan sentiasa memuhasabah apa yang berlaku

5. Akhir sekali, manusia selalu lupa dia diperhatikan, sedangkan Nabi mengajar bahawa kita sentiasa di dalam rakaman malaikat.

Kesannya, manusia selalu ingkar jika bersendirian, bangga dengan maksiat bila beramai-ramai, sedangkan orang yang sentiasa ingat dia diperhati akan sentiasa taqwa di dalam sendiri dan tawadhuk ketika ramai.

Semoga kita sentiasa menjadi orang yang mengikut Nabi dari menjadi orang yang mengikut rasa. Amin…

Saturday, November 1, 2008

Jawapan Pada Persoalan 3

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini dapat saya menjawab beberapa persoalan yang diajukan di dalam ruangan shout. Saya ulangkan kembali soalan dan tarikh soalan.

Kek^Lapis Assalammualaikum ustaz, kalo org india mintak derma utk sami2 kat kuil utk upacara keagamaan ape hukum kalo kita tak bagi derma?
2008-10-30 1:08 AM

Hukum menahan diri dari memberi itu mendapat pahala. Ini kerana, jika kita beri, ia seolah-olah kita menjayakan upacara yang sudah tentu bertentangan dengan agama kita.

syamsul bleh x sy btahlil atas mtr tuk sedekah phala kt nenekmoyang n musliminmuslimah sbb sy ni despatch slalu atas mtr
2008-10-30 2:39 AM

Tahlill maknanya ucapan kalimah “la ilaha illallah” kita boleh baca di mana-mana dan boleh dihadiahkan kepada muslimin muslimat, lebih-lebih lagi pada ibu dan ayah sendiri.

nz Salam ustaz, apa hukum bela ikan puyu utk menjauhkan sihir/terkena buatan orang.
2008-10-30 7:03 AM

Terpulang kepada kita untuk memilih cara menghindarkan sihir dengan cara Islam atau cara tidak Islam selagi tidak bertentangan cara itu. Tapi, dahulukan cara Islam sebab ia akan menyelamatkan kita dari sihir dan menyelamatkan akidah kita. Dalam Islam, untuk elak sihir banyakkan baca ayat-ayat tauhid seperti ayat kursi dan empat Qul.

Guest Salam ustz...jika saya menang cabutan bertuah,katakan dpt sebiji motor,pastu saya jual motor tu kat org lain mengikut harga pasaran..boleh ker ustz?..
2008-10-30 8:12 AM

Boleh sebab itu telah harta kita.

Nak tny Ustz...aqiqah tu wajib ker?..pastu kene ker buat kenduri bile berlaku kematian..cnthnye, kenduri mlm ke-7,100 dan sebagainye..
2008-10-30 8:14 AM

Aqiqah hukumnya sunat. Ia sunat dibuat oleh kedua ibu dan ayah kita menandakan kesyukuran mendapat kita. Jika mereka tidak buat dahulu kita boleh buat, Cuma lebih afdhal ialah kita buat korban. Ini kerana jika datang dari harta kita, afdhalnya korban. Mengenai tahlil, ia boleh dibuat jika tidak berlaku pembaziran, tidak berlaku percampuran lelaki dengan perempuan dan tidak menyebabkan fitnah berlaku. Adapun susunan 7 atau seratus hanya amalan orang tua kita. Supaya ada tarikh ingatan.

mr gollywood assalammualaikum ustaz kalau saya buat korban raya haji dikampong tapi saya tak balik kampong dan wakilkan saja bolehke taceh
2008-10-30 12:58 PM

boleh

Norhayati Assalammulaikum ustaz, ustaz perfum yg saya pakai ada mengandngi alcohol denat sah ke solat saya selama ini?
2008-10-31 2:26 AM

Sah jika bahan alcohol itu dibuat dari perkara yang tidak najis. Ulama kita dahulu pernah menghukumkan alcohol itu haram kerana mereka menyangkan alcohol adalah arak.

Semoga, memenuhi kehendak soalan. Sidang pembaca boleh bertanya melalui ruangan shout di sebelah kanan. Insyallah, saya akan menjawabnya dengan sebaik yang mampu. Jika ada di antara pembaca yang ingin menambah, saya mengalukan asalkan sahaja menjaga adab di dalam perbahasan ilmu.

Akhir sekali, doakan saya agar sentiasa sihat dan dapat berkhidmat untuk semua kerana Allah, amin..

Jom Kongsi Pengalaman 16 - Mushaf Uthmani di Tashkent

Pada zaman Nabi, al-Quran dihafal di dalam dada para Sahabat. Pada masa itu, penulisan al-Quran dibuat secara peribadi. Hal ini berlalu sehinggalah zaman Saidina Uthman. Ada dua sebab yang utama penulisan al-Quran secara rasmi dibuat.

1. Ramai penghafal al-Quran yang ikut berperang dan ramai juga pengahafal al-Quran ini yang gugur syahid.
2. Wilayah Islam telah tersebar luas dan ini membuatkan wilayah ini memerlukan mushaf untuk dibaca.

Terdapat kisah ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu di dalam usaha menundukkan Armania dan Azabaijan, seorang sahabat bernama Saidina Huzaifah al-Yamani bertemu dengan Saidina Uthman mencadangkan al-Quran di tulis secara rasmi. Ia untuk mengelakkan berlakunya kekhilafan pada al-Quran. Akhirnya Saidna Uthman telah bersetuju.
Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip al-Quran di dalam salinan-salinan yang sempurna. Salinan ini kemudian dihantarkan ke wilayah-wilayah Islam.

Salah satu mushaf itu ada bersama Saidina Uthman. Ketika terjadi fitnah kepada Saidina Uthman, beliau telah dikurung di dalam kepungan di rumah beliau. Pada waktu-waktu genting tersebut, Saidina Uthman banyak bertadarus dengan mushafnya. Sehinggalah saat terakhir hayatnya. Para pemberontak menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Pada ketika itu Saidina Uthman baru sahaja mengulang al-Quran yang telah beberapa kali dikhatamkannya. Saidian Uthman baru memasuki ayat ke 137 surah al-Baqarah ketika pedang pemberontak menusuk tubuhnya. Darah beliau menyimbah pada al-Quran yang ditatangnya. Isterinya cuba menahan pemberontak tersebut dan mengakibatkan beberapa jarinya terputus.

Pembunuhan tersebut menjadikan umat Islam kehilangan seorang khalifah yang juga menantu Nabi saw. Sejurus kemudian, Saidian Ali dilantik menjadi Khalifah. Mushaf al-Quran tersebut telah dibawa kepada Saidina Ali di Kufah sebagai bahan pengadilan kes pembunuhan tersebut. Al-Quran tersebut tetap berada di sana sehinggalah tentera Monggol melanggar Baghdad. Ketika itu, mushaf ini telah diselamatkan dan disimpan dengan baik di Basrah.

Setelah zaamn Monggol berlalu, lahirlah seorang pemimpin Islam yang menganggap dirinya sahaja panglima terunggul. Beliau adalah Amir Timur atau juga dikenali sebagai Timurlane. Timurlane telah menyerang banyak negara-negara Islam dan membunuh penduduknya. Semua barang rampasan dibawa balik ke Samarqand. Di antara negeri yang diserangnya adalah Basrah.

Ketika menyerang Basrah, Timurlane telah membawa Mushaf Uthmani ini ke Samarqand.
Samarqand kemudiannya masuk dibawah jajahan Rusia. Pada tahun 1869, Jeneral Pan Kaukaman telah membawa al_Quran ini ke St. Petersberg. Ia disimpan di sana hinggalah pada tahun 1917. Lenin mengarahkan ia dipindahkan ke Ufah Tataristan, negeri di bawah jajahan Rusia juga. Pada tahun 1924, ulama Tashkent telah meminta agar ia diserahkan kembali kepada umat Islam. Pada tahun itu, ia dibawa ke Tashkent dan diletakkan di bawah jagaan Muzium Sejarah Uzbekistan.

Pada tahun 1989 ia telah dipindahkan ke Idarah Diniyyah (Pejabat Agama) dan berada di situ hinggalah Uzbekistan bebas dari Rusia.

Idarah Diniyyah (pejabat agama) sekarang berada di Kompleks Masjid Hazrat Imam di Tashkent.

Al-Quran ini diletakkan di dalam satu bilik pameran. Masih terdapat kesan simbahan darah Saidina Uthman pada mushaf ini. Bilik ini dijaga oleh tentera. Di bangunan ini juga terdapat beberapa al-Quran lama yang lain. Masing-masing berumur lebih 300 tahun.

Demikianlah ia dipindahkan dan dipelihara oleh Allah dari zaman ke zaman. Allah pernah menjanjikan bahawa al-Quran akan dipelihara oleh Allah. Ia tidak akan hilang dan tidak akan dapat diubah. Inilah satu-satunya kitab yang Allah janjikan ia tidak akan dapat diubah.

Melihat mukjizat al-Quran ini, ia menyuntik kesedaran kita terhadap al-Quran. Ada 4 tanggungjawab kita ada al-Quran.

1. banyakkan membacanya.setiap patah huruf akan diberikan kebaikan
2. cuba fahamkan.Sesiapa yang berusaha ke arah kefahamannya, pasti akan diberi ilmu tentangnya
3.usaha amalkan. Ia menjadikan kita layak untuk mendapat syafaat al-Quran.
4. Usaha untuk sampai dan ajarkan kepada orang lain. Ia memberi kita pahala yang berterusan.

Semoga kita terus meningkatkan kesungguhan kita di dalam membaca, memahamkan, mengamalkan dan menyampaikan pada orang lain. Semoga dengannya, kita akan terus dirahmati Allah.



Bangunan Idarah Diniyyah di Tashkent yang menyimpan Mushaf Uthman
Bilik pameran yang menyimpan Mushaf
Mushaf Uthman yang kini berada di Tashkent Uzbekistan